Wednesday, December 29, 2010

" Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya "

" It was a long transition from being a BMX rider to track cyclist and it took me about six years to become successful even at national level on the track," Sir Chris Hoy

Presiden Persatuan BMX Negeri Melaka En. Baharudin dalam usaha menarik minat kepada semua peminat BMX yang telah lama pudar dan kurang mendapat perhatian oleh sebab tertentu yang mungkin menghalang pembangunan sukan ini. Ia sudah tentu tergolong dalam berbasikal tetapi usaha penerapan kearah itu adalah tercorot. Beliau serta Timbalan-nya En. Minhat sedang menyiapkan kertas kerja untuk di-ajukan kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka En. Thomas setelah tertarik melihat supercross BMX yang di-anjurkan pada 25hb Disember 2010 yang lalu.

Ia seharusnya berterusan melaksanakan-nya dengan menyediakan trek atau skatepark kepada mereka. Jika tidak jangan menyalahkan golongan ini sebagai vendalisma menggunakan tangga, dinding atau harta benda di tempat awam kerana mereka memerlukan sesuatu bagi melepaskan bakat mereka.

Secara jujur saya jahil dalam sukan ini tetapi telah mengenal pasti bagaimana langkah memajukan sukan ini seperti berbasikal trek dan lebuhraya.

Berbasikal bagai terlepas pandang acara ini kerana tidak mendapat sambutan yang mengalakkan serta memberi kejayaan atau keputusan yang baik, akan tetapi di sinilah mulanya kejayaan pelumba kelas dunia di lahirkan seperti yang kita lihat hari ini.

Mengasah bakat dari peringkat ini sudah tentu negara dapat melahirkan lebih ramai pelumba yang mempunyai skill mengawal dengan baik dan berkualiti seperti pelumba trek Negara Malaysia Azizul Hasni Awang.

Ramai peminat di luar sana sedia menanti agar bmx ini di pertunjukan atau di pertandingkan di sekitar semenanjung Malaysia atau setidaknya di kawasan Lembah Klang dan Zon Selatan.

Contoh budaya yang telah di pupuk di Terengganu dengan ada-nya "Basikal Nyamuk" ramai pelumba dapat di lahirkan dari kelompok itu sehinggalah hampir 90% pelumba yang mewakili negara terdiri daripada pelumba kelahiran Terengganu.

Inilah yang di maksudkan perkara asas serta budaya sukan yang perlu di terap dari akar umbi dan sedikit sebanyak dalam permulaan BMX ini perlu di bantu/di sokong oleh " Satu Badan" untuk mengilap potensi pelumba muda secara berperingkat serta jangka masa panjang.

Semasa Jaya 98' satu projek Talent ID telah di jalankan akan tetapi ia kurang menjadi oleh kerana jiwa seorang pelumba itu tidak sampai walaupun antaranya berjaya dan di pilih melalui ujian Lab dan fizikal. Bakat adalah keutaman dalam apajua sukan yang di ceburi.

Ia tidak boleh memaksa seseorang itu menyukai sesuatu sukan walhal seseorang lebih cenderung kepada sukan yang tersemat di dalam diri sejak kecil. Sukan Berbasikal memerlukan kendalian yang begitu baik, seorang yang lasak, mental yang kuat, kekuatan dan lain tidak bukan hati perlu kering (tidak takut/tiga suku).

Perasaan darah gemuruh contohnya dapat di bina dengan menyertai bmx ini. Selain itu juga otot-otot juga (core) lebih kukuh dengan sendirinya.

Pengalaman yang di lalui mereka dari peringkat ini (BMX) akan membawa mereka berlumba dengan kemas semasa (jika) mereka berkecimpung dalam acara lebuhraya atau trek velodrom suatu masa nanti. Ia telah terbukti oleh beberapa juara dunia yang bermula sejak kecil lagi.

Saya akui suara ini tidak sehebat kepada pakar-pakar yang sedia-ada dan berpengalaman seperti mewakili negara ke temasya tertinggi Sukan Olimpik. Oleh itu jika ingin melihat lebih ramai pelapis "Azizul Hasni Aweng" di lahirkan, marilah kita memulakan Sukan BMX ini dari sekarang daripada hanya melihat sebilangan pelumba yang hanya menunggang basikal ketika perlumbaan ke penamat.

“ If I was going to put my mortgage on anyone winning the gold medal, it would be Shanaze” said 2004 Olympic track champion Sir Chris Hoy, who also made the transition from BMX to velodrome.

Jika mahu menunggu keajaiban seorang jaguh jatuh dari langit tanpa usaha sudah pasti Berbasikal Negara kita akan ketinggalan jauh. Ketika itu, barulah kita melihat tajuk di muka akhbar-akhbar tempatan " Negara dahagakan kilauan emas 40 tahun dulu" dan sebagainya. Timbul-lah perkataan " KALAU DULU KITA.." dan sebagainya.

Anda seronok melakukan perkara yang Anda sukai, potensi Anda untuk berkembang sentiasa ada, bahkan tiada hadnya. Anda akan terdorong untuk belajar kepada perkara-perkara baru di api-apikan oleh rasa ingin tahu. Anda akan maju tanpa Anda sendiri menyedarinya. Sampai-sampaikan.
Ayuh pantas-pantas! Supercross Maju!

Graeme Brown : Pelumba lebuhraya (pecut) terbaik dengan kejayaannya memenangi 5 peringkat pada tahun 2005 pada perlumbaan Le Tour de Langkawi.

What is your earliest memory?
Sometimes I don’t know if they’re memories or not. I can’t go back very far - I think because I’m not sure if they’re memories or just memories of photos. I can duhefinitely remember the 1990 BMX World Cup.

Do you have a motto for life? Go hard or go home.

Monday, December 27, 2010

BMX Perlu Mendapat Sokongan Penuh

Pelumba ketika moto dalam acara cross selepas kelayakan ujian masa perseorangan trek Ayer Keroh Melaka

Julung-julung kali saya dan rakan mengambil kesempatan menghadiri perlumbaan basikal BMX di Taman Rekriasi Ayer Keroh pada 25hb Disember 2010. Ini adalah kali pertama saya melihat secara langsung acara ini yang di anjurkan oleh  Naib Presiden Berbasikal Negeri Melaka En. Baharudin atas usaha beliau sejak sekian lama apabila impiannya gagal untuk menyenaraikan acara BMX ke Sukan Malaysia (Melaka) 2010.

Walaupun acara ini tidak mendapat sambutan yang mengalakan ketika itu, tetapi beliau terus berdiri berseorangan (dengan dana sendiri) untuk melihat acara BMX terus di minati dan di ceburi oleh peringkat muda atau pelapis.


Tertarik dan menyedari usaha ini kami berharap BMX akan di jadikan salah satu program berbasikal dibawah pihak berwajib kerana ia begitu penting ( pendapat saya ) kerana di sinilah lahirnya jaguh-jaguh dunia seperti yang di tunjukan oleh negara luar China, Austarlia, Perancis, Amerika dan sebagainya.

Di harap berwajib dapat membangkitkan pekara ini untuk mencapai fokus jarak jauh kerana ilmu/asas ini perlu di bentuk dari sini bukan di didik atau di bentuk semasa di peringkat kebangsaan.

Saya difahamkan hanya ada dua (2) trek/ BMX di Malaysia iaitu di Damansara (semen) dan Ayer Keroh Melaka.

Secara jujur skill mengendali basikal samaada acara trek dan lebuhraya oleh pelumba di peringkat bawahan adalah rendah. Saya percaya penglibatan mereka di peringkat negeri kepada acara BMX ini pasti memberi hasil yang sangat baik untuk jangka masa yang panjang dengan kos pembelian sebuah basikal BMX antara RM450(standard) dan RM1800 bagi supercross.

Ia juga boleh di jadikan sebagai supplement kepada acara trek dan lebuhraya selain terus serius kepada acara BMX.

Pengajuran yang lalu di sertai oleh beberapa pelumba yang telah lama berkecimpung dalam arena berbasikal trek dan lebuhraya. Skill dan "hati kering" sudah pasti boleh di bentuk dalam masa enam (6) hingga setahun.

Selain itu ia dapat menarik perhatian bagi mereka yang berminat berbasikal BMX dan juga berbasikal ini boleh di perbagaikan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi Sea Games dan Sukan Olimpik.

Gambar kanan: Nurul Ahmar pelumba projek Majlis Sukan Negara ketika menyertai acara cross BMX sebagai supplement serta sokongan beliau terhadap berbasikal Negara Malaysia.

Melihat dengan penuh serius Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka En. Thomas yang hadir ketika itu sehingga di akhir acara beliau telah bersetuju serta menyokong untuk memberi bantuan untuk pembanggunan sukan basikal BMX ini untuk terus di anjurkan.

Selaku Presiden BMX En. Baharudin telah merancang agar acara supercross BMX akan di adakan setiap bulan pada tahun hadapan. Semoga impian beliau terlaksana dan mendapat kerjasama yang baik oleh ahli tertinggi dalam misi melahirkan jaguh serta sebagai industri berbasikal Negara Malaysia.

Tahniah di ucapkan

Friday, December 24, 2010

Sepucuk Coretan Harungi Berbasikal Negara Malaysia


Sempena hari lahir pada 6hb Disember 2010 yang lalu, saya di datangi sepucuk email dari seorang guru yang sentiasa mengikuti perkembangan berbasikal Negara Malaysia. Beliau sering memberi nasihat, kata semangat seperti rakan yang lain dan saya begitu terharu sehingga beliau memgambil masa beliau untuk melahirkan sebuah coretan tentang penglibatan saya kepada berbasikal Negara Malaysia.

Saya juga ingin berkongsi kata-kata di bawah bersama rakan semua serta menghayatinya.

P          Pada  usia meniti  masa yang  belum ada nokhtahnya
E          Engkau rangsangkanlah segala kudrat
S          Segarkanlah semerbak setangi syukur
A          Agar terjelma limpahan
N          Nikmat  rahmat  kurniaan yang tidak terhitung terus bersambung
A          Anugerah Pencipta Maha Perkasa
N          Nescaya di hatimu nanti


B          Bakal bersemadi  ketenangan dan kebahagiaan hakiki
U          Untuk mengemudi bahtera hidup sebagai
A          Azimat suci sang nakhoda
T          Tatkala mengangkat sauh melayari samudera  luas.

K          Kendati pun,

A          Alunan gelombang badai  menongkah
N         Nantinya  pasti mengundang resah
A          Anggaplah segalanya hanyalah ujian Allah
K          Kepada hambamu bagi mengangkat
A          Alas-alas berdebu
N         Nan lama bertapuk di dasar kalbu
D         Dimensi suram yang sudab wajar ditukar
A          Anjakan minda menjurus ke ufuk maya


F          Fikirkanlah, wahai anakanda yang dikasihi
A          Amat besar amanah terpikul di pundakmu
I          Ibarat  tali temali  kukuh         
R          Rangkulan teguh pada simpulan layar bahtera
O         Oleh siap siaga sang awak-awak
Z          Zahirnya sederap meraih patuh pada tuannya tiap ketika.

I          Impianmu yang tinggi pastikan dahulu  melewati
Z          Zun fikiran manusia yang kurang cerdik akal budinya
N         Nilai tulus hatimu sejernih embun pagi
I          Itulah maharnya sehingga  memungkinkan visimu menjadi reality

Semoga sedikit sebanyak coretan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua erti hari-hari yang kita tempuhi yang mana akan berbagai onak dan rintangan serta bersedia mengharungi halangan walaupun ia perit jerih sekali. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat pengirim ini atas kesudian ingin bersama memajukan sukan berbasikal Negara Malaysia. Maju!

"Kemenangan yang bersih pasti akan datang kelak dan bukan dari kemenangan permainan politik yang kotor serta jijik( hasad etc). Majulah Sukan Untuk Negara Malaysia".

Amir, Rauf berkayuh untuk Malaysia di LTdL 2011

Angin perubahan tampak bakal menguasai senarai penuh enam pelumba kebangsaan yang bakal disenaraikan bagi mengharum nama Malaysia pada kejohanan berprestij Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011) bermula di Pulau Langkawi pada 23 Januari ini.

Tatkala nama seorang pelumba baru yang langsung tidak dikenali dalam dunia basikal bakal dihadiahkan tiket berkayuh pada LTdL 2011, Muhammad Nur Rizuan mungkin terpaksa melupakan impian beraksi rentetan prestasi kurang menentu kebelakangan ini khususnya pada sesi ujian di Genting Highlands baru-baru ini.

Jurulatih pasukan kebangsaan, Omar Saad membayangkan nama Amir Mustafa Rusli dan Mohd Nazri Muhammad – nama baru dalam dunia basikal berkemungkinan tampil kali pertama pada kejohanan edisi ke-16 tahun depan bersama pasukan kebangsaan Malaysia.

“Secara kasarnya saya dah dapat idea keseluruhan siapa bakal naik Le Tour de Langkawi 2011. Kita dah buat tiga ujian di Genting Highlands. Kita juga dah harungi lima Siri Grand Prix Kebangsaan yang semuanya dibuat pada laluan landai.

“Jadi secara keseluruhan kita dah adun kombinasi bukit dan landai. Di bukit kita ada Amir Mustafa dan (Muhammad) Rauf (Nur Misbah). Ahmad Fakrullah (Alias) handal di laluan landai. Cuma kita akan timbangkan dengan rapi sehingga Grand Prix Kebangsaan pusingan akhir yang akan diadakan di Melaka Ahad ini.

“Bagaimanapun, seperti yang saya katakan tadi, gambaran kasar tentang siapa yang bakal berkayuh telah pun ada dalam fikiran saya. Saya akan bentangkan kepada Panel Pemilihan Le Tour de Langkawi 2011 untuk dapatkan keputusan akhir,” katanya dalam satu kenyataan.

Menyentuh tentang Amir Mustafa, Omar menjelaskan wujud petanda betapa pelumba yang berlatih di Melbourne, Australia itu mungkin terpaksa melupakan hajatnya untuk berkayuh bersama pasukan Drapac-Porsche.

“Saya belum dapat maklumat sepenuhnya. Tapi saya difahamkan mungkin kita ada peluang untuk guna khidmat Amir Mustafa pada Le Tour de Langkawi 2011. Setakat ini, itu saja yang boleh saya maklumkan tentang Amir Mustafa.

“Jika perkara ini berlaku saya rasa ia satu berita baik kepada pasukan kebangsaan kerana Amir Mustafa muncul pelumba terbaik pada pemilihan ketiga di Genting Highlands baru-baru ini,” katanya.

Jurulatih kelahiran Kedah yang pernah berkayuh di Sukan Olimpik itu menjelaskan betapa dia berdepan kesukaran menilai keupayaan Suhardi Hassan, Wan Najmee Wan Mohamed dan Muhammad Nur Rizuan.

“Rizuan dapat nombor 11 keseluruhan ketika mendaki Genting Highlands baru-baru ini. Paten yang ditunjukkan oleh Rizuan jelas tidak menentu meskipun menang GP Selangor. Rizuan sendiri kurang pasti apa yang sedang berlaku terhadap dirinya,” katanya.

Pasukan kebangsaan telah pun mendapat tiket jemputan untuk menyertai perlumbaan berprestij LTdL 2011 yang dianjurkan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama MNCF.

Kejohanan menawarkan hadiah RM1 juta itu kembali dilepas di Pulau Langkawi pada kejohanan edisi ke-16 selepas kali terakhir ke pulau tersebut pada 2007 dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story8552701.asp

Thursday, December 23, 2010

Brilliance in patches

Azizul Hasni Awang ended Malaysia’s 40-year drought by winning gold in Guangzhou.

TWO meaningful pieces of history written by the track sprints squad failed to eclipse the fact that Malaysian cycling was still firing blanks on all other fronts in 2010.
 
A first ever Commonwealth Games gold medal was achieved in New Delhi in October when Josiah Ng benefited from Azizul Hasni Awang's disqualification from what would have been an even more astonishing gold and silver medal feat.

A month later in Guangzhou, Azizul made amends, and the gold medal he won ahead of Josiah ended Malaysia's 40-year drought.

Earlier in the year, road cyclist Anuar Manan etched his name into the history books by becoming the first Malaysian to win a stage in Le Tour de Langkawi (LTdL).

That victory, however, had been diluted by the critics as the race had featured its weakest field since the inaugural edition in 1996, with mainly Asian teams, alongside just one ProTour team and two European teams.

If the LTdL in March provided just what was expected of Anuar, later in the month Azizul provided fans with another display of his competitiveness when he rebounded from defeat in the early stages of the 200m sprint (he won the silver last year) to bag the silver in the keirin at the World Championships in Moscow.

The Asian Championships and Asian Junior Championships in Sharjah, the United Arab Emirates in April then served to bring the riders down to earth and provide a wake-up call for Malaysian cycling.

For the first time since 2006, Malaysia failed to win a single gold medal in the senior championships, while the juniors returned without a gold for the third year running.

But those alarm bells were rather unnoticed by the Malaysian National Cycling Federation (MNCF), as much attention was deflected towards the sprints squad.

With a record of one gold, silver and bronze in the Commonwealth Games and one gold and silver in the Asian Games, this was by far the greatest achievement in history by Malaysian cycling.

The belief in the likes of Azizul, Josiah and Rizal Tisin inspired so much hope that cycling suddenly had millions of ringgit at its disposal, be it for track cycling or other areas.

An RM1.9 million budget came from the Sports Ministry via the LTdL, for the development of a road programme, but what the MNCF did with it was to start a National Grand Prix Circuit, for which RM60,000 per round was budgeted for the one-day events.

It remains to be seen just how will putting the squad, with a RM500,000 budget, in a training camp in Malacca (which head coach John Beasley has nothing to do with) help raise the level of the cyclists.

Checks revealed that some MNCF officials made deals with certain high-ranking officials which had their close relatives providing accommodation and catering services. Some of these relatives were even appointed as team officials.

The MNCF, it seemed this year, had little control over decisions made by some of its top ranking officials, simply because they are pulling in funds from the government, which these select few in the federation have full control of.

Questions have been raised over whether the Sports Ministry itself is having a hand in the MNCF's internal politics, because via the LTdL the ministry seems to want to have a hand in a number of decisions and appointments.

These are decisions which generally should be left to the federation's council members since they are the ones who will eventually be held collectively accountable for.

It is this sort of politicking that forces us to look at other efforts that can be trusted to contribute to the actual development or overcoming ailments which the national body has often failed to correct.

In recent years, it has been proven by poorly-funded teams like the LeTua Cycling Team, that privately-run programmes could be the only way forward for road cycling in the country. Despite little funds, the team managed to produce some great results.

The MNCF has not been fully supportive of this notion, but president Abu Samah Wahab should be given some credit for retracting his earlier condemnation of the proposed Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TPCT) even before they were formed.

It could be teams like this (properly funded and with good management that isn't linked to any of the political hierarchy in the national body) that will drive road cycling out of the doldrums.

Signs are that the MNCF, apart from merely complementing development efforts via the National Sports Council-backed State Training Centres (PLN) and their closed circuit competitions, and the SportExcel National Junior Circuits, are happy to ride on the success of the track team.

But there are also signs that, politics apart, small groups in the cycling fraternity, MNCF included, are making efforts to at least build the base for the sport to prosper.

Credit must be given to those in the background, seldom highlighted in the press, who are contributing to the running of these programmes, along with the efforts to multiply the numbers of well-equipped coaches via the Level 2 coaching courses held this year.

More than 30 coaches with Level 2 qualifications will operate in the national scene next year. Just five years ago, there were only three Malaysians who held the same qualifications.

These are signs of improvement in the quality of riders coming up from the base, particularly for road and track events.

But to go further into the base, the MNCF, despite almost 10 years of trying, still haven't fully secured its one vital partner, the Malaysian Schools Sports Council (MSSM).

Cycling needs a base starting from the Under-12 age group, with simple road, track and mountain bike events or BMX as catalyst, but for that to be realised, the sport needs to be part of the education system and part of the MSSM annual calendar with the Education Ministry playing a more active role.

As it is, the sport relies mainly on the PLNs and academies which operate with juniors coming from talent identification programmes or ad-hoc scouting. Cycling's wings aren't spread as wide as they should be.

Sure, Malaysian cycling's big target is the London Olympic in 2012, and with Azizul and his teammates looking well on track towards that goal, eyes should be opened to what lies ahead for cycling beyond that.

The foundations are there, but they don't seem strong enough.

Road cycling is struggling to even win back the little glories such as Sea Games gold medals, while mountain biking seems almost forgotten despite some valiant effort by riders in that discipline.

Track cycling, despite the performances of the elite squad, should be alarmed by the dismal results of the junior squad which doesn't augur well for long-term success, or beyond the career of Azizul.

Cycling may have produced Malaysia's athlete of the decade in Azizul, but in truth there's a lot of cleaning up to be done, a lot more effort and funding that need to be channeled into all areas of development.

To end on a sorrowful note, 2010 also saw the demise of two of Malaysian cycling's icons -- 1971 Sportsman of the Year Daud Ibrahim, who was killed in a road accident on Nov 10 and the long serving Kuala Lumpur CA deputy president Daud Abu Kassim who succumbed to a heart attack on Dec 12.

Both had spent the larger part of their lives contributing to the sport and their absence is already being felt by a fraternity that had benefited much from their presence.


Read more: Cycling: Brilliance in patches http://www.nst.com.my/nst/articles/ansuaia/Article#ixzz18uOzLb2c

Amir lepasi ujian sukar daki puncak Genting


KUALA LUMPUR - Pelumba basikal lebuh raya negara, Amir Mustafa Rusli membuktikan sudah bersedia untuk melakukan kejutan pada saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011, apabila menjadi pelumba pertama yang tiba di puncak Genting Highlands, pada sesi latihan mendaki semalam.

Amir, yang sudah mengikat kontrak bersama pasukan benua dari Australia, Drapac Porsche, diberi pelepasan untuk mewakili pasukan kebangsaan dan kini sibuk melakukan persiapan untuk perlumbaan bertaraf dua hors (2.HC) itu.

Menurutnya, zon pendakian berprofil tinggi seperti Genting Highlands menjadi halangan besar buat pelumba negara, bagaimanapun keputusan latihan semalam amat menggembirakan beliau.

"Latihan ini merupakan sebahagian daripada sesi pemilihan untuk mewakili pasukan kebangsaan, keputusan ini menambahkan lagi semangat saya.

"Sedikit sebanyak ia memberi kelebihan buat saya untuk dipilih beraksi bersama pasukan Malaysia," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia melalui laman sosial, Facebook semalam.

Jelasnya, pendakian berprofil tinggi seperti Genting Highlands dan Cameron Highlands merupakan peringkat yang amat penting buat pelumba untuk mendapat kedudukan keseluruhan individu dan pasukan terbaik.
"Saya akan cuba untuk memberi saingan pada LTdL 2011 dengan memberi kayuhan terbaik terutama sekali di zon pendakian.

"Ia bukan mudah kerana pada perlumbaan edisi ke-16 ini, pelumba perlu melalui zon pendakian berprofil tinggi berturut-turut.

"Malaysia sekurang-kurangnya perlu mempunyai dua atau tiga orang pendaki yang baik, barulah boleh meletakkan sasaran kedudukan keseluruhan bagi kategori pasukan," kata pelumba kelahiran Terengganu itu.
Ditanya samada latihan di Australia banyak membantu mempertingkatkan teknik pendakian, Amir berkata, ia sedikit membantu tetapi berbeza dengan Genting Highlands, namun latihan awal memberi kelebihan untuk mereka mempersiapkan diri.

"Latihan awal ini menguji kekuatan mental dan daya ketahanan, setakat ini saya yakin dengan kemampuan saya untuk perlumbaan tahun depan. Saya sudah dapat kelajuan dan keupayaan yang saya inginkan ketika di kem latihan Drapac, awal bulan ini.

"Apa yang saya perlu buat sekarang ialah menambah teknik kayuhan jarak jauh dan ketahanan cuaca, saya yakin kemampuan Malaysia bagi saingan kali ini, kerana pelumba banyak didedahkan dengan perlumbaan bertaraf antarabangsa baik di Malaysia mahupun di Australia," katanya.

Latihan mendaki Genting Highlands merupakan sebahagian daripada proses pemilihan pelumba untuk mewakili pasukan kebangsaan. Pelumba akan berdepan dengan satu lagi proses pemilihan terakhir pada Grand Prix Melaka Ahad ini.

Jurulatih baru, Graham Seers akan mengambil alih tugas melatih pasukan lebuh raya kebangsaan pada 1 Januari nanti.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm

Tiada pasukan A atau B

TIADA istilah Pasukan A atau B dan hanya akan ada satu pasukan yang akan mewakili pasukan Malaysia dalam saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 pada 23 Januari depan. Perkara itu ditegaskan penolong jurulatih skuad negara, Omar Saad berhubung pasukan lebuh raya negara yang kini dikatakan mempunyai dua pasukan.

Omar yang dipertanggungjawabkan membimbing skuad Malaysia buat sementara waktu sebelum tibanya jurulatih negara, Graham Seers Januari depan berkata, tiada istilah A atau B dan hanya terbaik yang akan dipilih mewakili negara.

Katanya, Pasukan A dan B tercetus apabila ada segelintir pelumba negara yang tidak terpilih berlatih di Melbourne tempoh hari dipanggil semula meneruskan latihan di Melaka.

“Pernah timbul isu pelumba terbuang dan PKBM (Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia) mengambil keputusan menggabungkan semula barisan pelumba ini dalam satu pasukan.

“Pelumba seperti Suhardi Hassan, Mohd Rauf Misbah (gambar), Faris Razak, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi, Mohd Rizuan Zainal dan Wan Mohd Najmee Wan Mohammad dipanggil menjalani latihan bersama dan dikenali sebagai pasukan B.

“Manakala pelumba yang pernah berpangkalan di Melbourne terdiri daripada Amir Mustapa, Fallanie Ali, Ahmad Fakrullah Alias dan Zamri Salleh dilabel sebagai pasukan A.

“Namun pemilihan sebenar pelumba mana yang akan mewakili negara hanya akan diketahui selepas selesai Grand Prix di Melaka, Ahad ini,” katanya.

Sementara itu, sesi pendakian ke Genting Highlands yang berlangsung semalam turut menjadi kayu pengukur kepada pemilihan berkenaan. Dalam sesi itu Amir memperlihatkan kayuhan cemerlang untuk mengatasi 11 pelumba negara yang turut sama dalam sesi pendakian ke Genting Highlands.

Kedudukan pelumba itu dilihat semakin selamat menjelang pemilihan sebenar barisan pelumba LTdL 2011.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TiadapasukanAatauB/Article/index_html

Wednesday, December 22, 2010

Lumba Basikal Dan Resiko

Saya sudi berkongsi kepada semua mengenai pengetahuan diri semasa berlaku kecemasan dan sebagainya.

Sejak menyertai kursus Pengenalan Pertolongan Cemas dan CPR di Ibu Pejabat Kebangsaan ( institut Bulan Sabit Merah Malaysia) Ampang Kuala Lumpur, saya berpendapat kursus ini wajar di ambil oleh para jurulatih berbasikal dalam mengendali pelumba semasa latihan atau perlumbaan.

Pertolongan cemas ini sangat berguna di mana bukan sahaja kita dapat membantu pelumba, malah boleh di gunakan kepada diri, keluarga dan masyarakat. Banyak perkara yang mungkin kita tidak tahu, akan di ajar serta memahami dalam apa jua situasi.

Kursus ini juga adalah salah satu syarat yang perlu di ambil (pelengkap) selepas lulus tahap satu berbasikal Australia. Selepas menghadirinya kelas ini saya rasa terpanggil untuk bersama berkongsi pengalaman yang tidak merugikan.

Mungkin, ia agak remeh tetapi percayalah ia sangat baik, lebih-lebih lagi acara berbasikal ini adalah salah satu sukan yang beresiko tinggi oleh kerana menjalani latihan di jalanraya dan sesekali berada pada kawasan pendalaman yang mungkin ketika itu talian telifon di luar kawasan atau jauh dari mendapat bantuan pihak luar.

Untuk persediaan awal kelas ini mampu menambah lagi pengetahuan dan mungkin akan merasa menyesal jika kita tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan nyawa seseorang itu oleh kerana ketika itu kita adalah orang yang pertama di tempat kejadian dan sepatutnya bertindak dengan cepat sebelum mendapat bantuan luar.

Pertolongan cemas ini akan menjadikan kita lebih yakin serta bersedia dimana berada. Difahamkan kursus ini, di anjurkan setiap bulan pada minggu yang ketiga (3) dengan bayaran RM150 sahaja.

Gambar di sebelah kanan menunjukan pelumba sedang di rawat oleh pihak pertolongan cemas semasa perlumbaan yang telah di sediakan oleh pihak penganjur. Kepada yang berminat sila hubungi talian 03 - 4257 8122

Tuesday, December 21, 2010

Melaka Tekad Untuk Berubah

Kepimpinan negeri Melaka kini bertukar wajah selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke- 33 di rumah Persatuan Berbasikal Negeri Melaka, Semabok Negeri Melaka. Di lihat kepimpinan yang baru bersedia mengharungi cabaran bagi melihat satu perubahan dan kegemilangan pelumba serta kejayaan berulang kembali.
Inilah rombakan menyeluruh sejak hampir 25 tahun (beberapa) di bawah persatuan yang setia berbakti tanda menyokong sukan berbasikal negeri Melaka yang menyahut cabaran sukan Negara Malaysia dalam persediaan menjadi pelapis kepada pelumba elit yang sedia ada.

Selain itu, kepimpinan 2010/2011-2012 akan berusaha memperbaiki dan memikirkan kebajikan pelumba terpilih untuk memberi biasiswa selama dua (2) tahun 2011-2012.


Ini adalah satu cadangan terbaik kepada pelumba junior bagi melihat akademik pelajaran perlu seiring dan sebagai kepercayaan/sumbangan kepada keluarga terhadap pembabitan pelumba yang berdaftar secara sah (berpersatuan).

Kesudian individu telah menyediakan antara dua (2) – tiga (3) buah basikal untuk kegunaan pelumba dan akan di serahkan secara pinjaman kepada persatuan negeri Melaka untuk membantu pelumba yang serba kekurangan atau tidak berkemampuan.

Di Malaysia, tumpuan basikal BMX tidak di perkenalkan di peringkat awal secara meluas di sebuah negeri jadi ini adalah salah satu penyebab skill para pelumba baik Negeri dan Negara peratusannya adalah rendah. Mujur segelintir pelumba yang sedia ada punyai kelebihan mengendali ( asas ) basikal melalui basikal bukit (MTB). Secara jujur ada yang masih lemah skill asas ini walaupun telah bergelar pelumba elit.

Oleh itu, usaha ini akan di lakukan di negeri Melaka dan satu perlumbaan BMX akan di anjurkan pada 25hb Disember 2010. Bersama menyokong dan usaha murni ini dan hindari hasad yang nyata merugikan.

“Golf pros hit balls on the range, swimmers practice with paddles on their hands, and athletes in other sports do other things that improve performance by enhancing muscle memory. Too many cyclist just ride their bikes”

Bahang LTDL 2011



Kem lebuhraya Le Tour De Langkawi hampir pasti menyenaraikan lapan (8) pelumba terbaik minggu hadapan selepas Grand Prix Final di Melaka sejauh 180km berbentuk circuit pada 26hb Disember 2010. Sebelum itu mereka akan menjalani ujian ( 22hb Disember 2010 ) sepertimana kelihatan nama (beberapa) pelumba yang mungkin tersenarai ke LTDL 2011 telah di sebut berdasarkan pada perlumbaan siri Grand Prix yang lalu.

Andaian itu akan lebih tepat pada dua (2) sesi ujian, iaitu ujian masa 25km pendakian secara solo bermula di kaki bukit Batang Kali ke puncak First World, Genting Highlands dan kedua ujian masa 5 minit dan 20 minit yang akan dilakukan di Laboratory Makmal di Institut Sukan Negara Malaysia. Ujian tersebut adalah salah satu kriteria pemilihan pelumba yang akan mewakili negara ke LTDL 2011.

Ujian makmal berkenaan akan memberitahu segala peningkatan dan tahap kecergasan pelumba yang terkini dengan penghasilan power output dan watt /kilo. Data base (polar monitor) latihan harian juga akan di masukan (sesi pemilihan) untuk melihat purata kecergasan mereka sepertimana yang kita sedia maklum fokus perlumbaan adalah berbentuk jelajah seperti Le Tour de Langkawi.

Kelayakan pelumba juga boleh tersenarai dari semua laporan perlumbaan kepada kejohanan luar Negara Malaysia bagi tugas seorang pelumba domestic. Segelintir lupa pelumba domestik inilah yang bertungkus lumus kepada pelumba pecut atau pemenang.

Melalui ujian pendakian, lapan (8) pelumba akan menyertai “ Short Training Camp “ di Langkawi selama lima (5) hari untuk mengambil tumpuan mereka (pelumba) dan mengurangkan tekanan yang di hadapi oleh mereka sebelum menjelangnya perlumbaan sebenar. Kem ini bertujuan merehatkan minda dan membantu menurunkan tekanan, gangguan luar, penurunan latihan keras seperti yang di rancang di awal Kem berpangkalan di Kuala Lumpur.

Tugasan sementara penulis akan di ambil alih pada awal Januari 2011 apabila jurulatih baru Graham Sears menjawat sebagai ketua jurulatih lebuhraya Negara 2011. Beliau serta John Beasley akan bersama pihak penal berbasikal akan mengkaji semula lapan (8) pelumba terpilih kepada enam (6) pelumba yang akan mewakili ke LTDL 2011.

Di harap semua pelumba yang akan menjalani ujian-ujian berikut dan latihan harian dapat bersedia dengan menunjukan prestasi terkini agar satu keputusan muktmad di buat oleh semua panel pemilihan nanti. Semoga berjaya dan tidak mensia-siakan latihan selama ini di mana bantuan serta pelaburan telah di berikan bagi melihat pelumba tempatan menjejak kaki ke podium di hari pertandingan. Majukan sukan berbasikal Negara Malaysia. Chill ride

Wednesday, December 15, 2010

Misi Perguruan Bersama Dr. Aldo Sassi Gagal

                                               Dr. Aldo Sassi ( kiri ) bersama Ivan Basso

Siapa yang tidak kenal Dr. Aldo Sassi 51'jurulatih terkenal di seluruh dunia yang telah melahirkan ramai jaguh dunia dan Tour de France yang berasal dari Itali. Pernah mendidik menantunya sendiri William Walker , Cadel Evans, Ivan Basso, Andrea Tafi, Johan Museeuw, Franco Ballerini, Michele Bartoli, Paolo Bettini,beberapa pelumba Australia dan ramai lagi.

Sebagai pengarah Mapei Training Center dan difahamkan rakan beliau pernah mengadakan sessi klinik berbasikal buat berbasikal Negara Malaysia ketika edisi awal LTDL ketika itu agar jurulatih negara Malaysia dapat bersama menimba pengetahuan dan dilaksanakan sepertimana beliau lakukan kepada pelumba kendaliannya.

Pemergiannya mengejutkan buat pelumba, peminat berbasikal dunia lebih-lebih lagi buat tanahair negara Itali. Sumber dipercayai dan terdekat beliau mengidap kanser ketumbuhan pada bahagian otak dan kali terakhir beliau turun menyaksikan World Championship Geelong bagi melihat kelibat anak didiknya dan anak perempuan beliau yang ketika itu bercuti di Melbourne bersama William Walker yang selamat menjalani pembedahan bahagian jantung beberapa bulan yang lalu.

Hajat ingin berguru dalam erti " knowledge transfer " tidak kesampaian setelah impian saya di sokong penuh oleh Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Negara Malaysia bermula seawal tahun 2011. Walaubagaimanapun, sedikit sebanyak telah menimba ilmu dari anak didik beliau William Walker yang ketika itu adalah ketua jurulatih lebuhraya bagi tahun 2010.

Ucapan selamat tinggal buat Dr. Aldo Sassi dan maaf atas kehilangannya buat ahli keluarga Sassi. Pemergiannya memberi kesan besar kepada Sukan Berbasikal Dunia dan sumbangan serta jasanya tetap di kenang dalam sejarah basikal Dunia.

Wednesday, November 17, 2010

Akhirnya Sejarah 40 Tahun Termeterai !


 " ..Yeahhhhhhhhhhhhhh!!!!! Milik aku..! " Kemungkinan itulah yang di lafazkan oleh jaguh keirin nombor satu dunia Azizul Hasni Awang selepas melintasi garisan penamat selaku pemenang pingat emas Sukan Asia 2010 dalam acara Keirin akhir lelaki hari ini pada jam 1230pm. Lebih manis dan cantik di alas dengan pingat perak melalui Josiah Ng yang memintas pelumba tuan rumah di mana beliau juga pemenang pingat emas Sukan Komanwel New Delhi 2010 sebulan yang lalu.

Kejayaan ini juga tidak dapat di saksikan oleh arwah Daud Ibrahim (Pak Daud) kurang seminggu pemergiannya selaku lagenda pemenang pingat emas Sukan Asia 1970 dalam acara mass start 1600 meter lepas beramai-ramai yang di anggap acara keirin ketika itu dengan empat pusingan pada balapan 400 meter untuk satu pusingan.

"..Bagi acara basikal, kita lama dahulu pernah menang pingat emas semasa zaman Datuk Ng Joo Ngan dan Daud Ibrahim (era 1970-an). Selepas itu memang lama kita tak menang pingat emas. Tapi kebelakangan ini atlet berbasikal kita terutama dalam acara trek sudah bertaraf dunia.." - Kosmo

Merasai kehangatan perjuangan ini sejak hari pertama dalam usaha mengembalikan sinar 40 tahun dahulu kami sekeluarga dan rakan tidak duduk senang dan saling menantikan detik-detik emas yang di harapkan. Denyutan jantung semakin laju melihat kelibat Azizul yang sedang mendahulu di hadapan sambil Josiah Ng berasak kepada pelumba tuan rumah China yang mengakibatkan pergeseran lalu pelumba berkenaan jatuh oleh kerana gagal mengawal dengan kelajuan yang begitu laju serta pelumba dari Iran Mahmud Parash terus mengempurnya.

Doa yang tidak putus mengucapkan kata-kata terbaik untuk kedua mereka setelah kerja keras Adiq Hussainie Othman dan Amir Mustafa dalam acara perlumbaan kutipan mata (points race) berjaya pada kedudukan tempat yang ke-lima (5) dengan punggutan mata 56 terpaksa berkongsi mata yang sama oleh pelumba Kazakhstan di tempat ke-empat.


Penantian memang sangat di nantikan oleh peminat sukan berbasikal dan 28juta rakyat Malaysia. Hikmah di sebalik keputusan (relegated) Azizul Hasni Awang di batalkan selaku pemenang pingat emas keirin sukan Komanwel yang lalu di izinkan olehNya dengan kesabaran dan keredaan beliau.

Kesangsian kesalahan yang di lakukan olehnya sedikit tidak menjejaskan emosi persiapannya menjelang Sukan Asia yang berbaki kurang sebulan itu malah terus membuktikan siapa juara sebenar di mata dunia.

Ucapan jutaan tahniah kepada The Pocket Rocket Man dan Josiah Ng serta ketua jurulatih John Beasley yang menghasilkan satu ciptaan kegemilangan 2010. The great and the best performance ever dari pelumba pecut negara Malaysia!!!

Aidil-adha 2010

Salam,

Di kesempatan ini, saya Fairoz Izni Bin Abd Ghani ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-adha kepada semua umat Islam yang menyambutnya. Aidil-adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Wassalam,
Fi

Tuesday, November 16, 2010

" Sampai Bila.. "



Basikal atau berbasikal adalah aktiviti atau sukan yang telah lama di ceburi oleh saya sejak berumur 13 tahun pada 1992. Selama itu, banyak perkara yang telah di lalui dalam kancah berbasikal negara malaysia. Pembabitan ini adalah kehendak diri sendiri dan sama lah anda yang meminati sukan berbasikal ini untuk terus maju.

Jika melihat sejarah lalu, banyak sejarah telah terukir oleh pejuang terdahulu seperti nama-nama besar Datuk Ng Joo Ngan, Arwah Daud Ibrahim, M. Kumaresan, Nor Affendy Rosli, Rosman Alwi, Shahrulneza Razali, Ishak Amin, Fazin Saad, N. A. Rosli (bapa kepada Nor Affendy), Tsen Seong Hoong, Lee Robert, Hardi Razali, Mutalib Mydin dan ramai lagi yang tidak dapat saya turunkan di sini.


Hari ini, Negara bersyukur dengan adanya nama sehebat Azizul Hasni Awang, Rizal Tisin, Josiah Ng yang di kendali oleh Ketua Jurulatih John Beasley.

Kelibat mereka mengantikan nama-nama tersohor seperti di atas dan kejayaan itulah mendapat kepercayaan pihak kerajaan memberi bantuan jutaan ringgit untuk saluran pembiayaan, pembelian dan sebagainya.




Dengan " Amanah Pemberian" itu, mereka yang tiada pekerjaan juga dapat merasai lebih dari pembawa kejayaan malangnya ada segelintir lupa akan dari manakah status mereka sebelum itu. Siapakah mereka jika tiada kejayaan ini.

Kita semua bersyukurlah amanat perlu dilakukan dengan sebaiknya. Walaupun perlu hidup sesuap nasi janganlah kamu begitu kejam dengan kuasa yang ada kerana pangkat dan harta adalah sementara. Benar, "Si Penasihat" yang bertindak (mengampu) ketika ini kepada "atasan" untuk memberi idea terbaik dan menentukan segalanya tetapi perlu di ingat balasan akan menanti kelak di hari kejatuhan hasil pembohongan itu terhadap pihak/seseorang yang telah di aniaya.
Untuk memuaskan hati dan masih ada sikap menghormati si pemuda senyum tanda memberi laluan melihat sikap dan telatah si lapuk (maaf) kononnya bijak dalam semua perkara yang mana dahulunya mereka tidak pula terlibat dalam kancah ini, di sebabkan ada imbuhan besar maka si penasihat dengan semangat kesukanan turun sebagai Jebat yang mengunakan cangkul di medan perang.

Malah di lihat memandai-mandai dengan mengunakan template copy and paste dengan mengabaikan era kemajuan Sains dan Sukan seperti negara maju yang lain.

Perkara ini penulis tidak mahu menghentam secara terus tetapi biarlah pembaca membuat andaian serta pandangan masing-masing dan jika boleh tidak perlu di aibkan. Itu hak tuan di sini. Isu kronik ini memang berluasa dalam sukan ini tetapi bagaimana cara seseorang itu (contoh seperti X ) yang terlibat secara dekat berhadapan dalam kancah politik ini. Ia perlu mengatur strategi dalam mainan ini dengan cara berseni.

Berbasikal sangat berharap Sang penasihat ini hentikan kerana topeng do re mi anda itu telah di ketahui ramai dan akan memakan diri serta mengotori nama baik yang kini harum kasturi di Dunia. Percayalah, kita semua akan kembali ke zaman seperti dahulu di sebabkan taktik kotor ini. Masing-masing dengan ego dan mengunakan kekuatan diri atas kegemilangan lalu yang telah menjadi sejarah.


Sejarah adalah sejarah ia tetap akan di kenang tetapi jika di bandingkan kekuatan lalu di bawa ke hari ini ianya cukup berbeza. Jadi sama-samalah belajar dengan perkara baru dan terkini "dan" itu adalah sebaiknya dan juga diharapkan.


Penulis bukanlah untuk menjadi perwira dengan melontarkan kata-kata berjuang habis-habisan kerana ia sedikit pun menguntung malah akan mendapat hentaman di masa hadapan.



Kepercayaan kepadaNya adalah kekuatan untuk terus berbakti dan percaya kepada rezeki untuk hari esok dan seterusnya. Bukan kita memberi rezeki kepada kawan atau lawan.

Kebiasaannya orang yang marah akan cuba menyuara dalam komennya di sini oleh kerana mungkin terkena diri sendiri. Sang penasihat boleh di ketegori pengecut menghentam terus kepada keyboard dengan ketidak puas hatinya di dalam blog ini.

" Kalau marah nanti kena jual" Itu lah syarat utama dalam perjanjian tiga abdul dengan Saddiq Sigaraga. Kenapa perlu marah? Apa punca marah? Apa maksudnya?

Orang marah ialah orang yang gagal mengawal perasaan atau emosinya dengan tiupan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahannya akan terselah. Orang marahlah yang akan buat tindakan bodoh dan mengeluarkan kata-kata yang tidak senonoh.

Hanya orang bijak sahaja dapat memikirkan kelemahan ini. Pembaca, Sang penasihat tahu akan dirinya tetapi akan cuba mengadakan cerita dalam penulisan ini kepada atasan akan rekaan penulisan ini (kononnya). Oleh itu "Bapak" terpaksa turun hasil provok dengan kuasa ditangan dan menjatuhkan hukuman berat tanpa bicara dan tidak mengira nasib seseorang itu.

Tuan penasihat berjaya mendapat pujian atas kejayaannya serta memiliki keuntungan 25%. (contoh).

Penulisan di sini bukan untuk memecah belah mana-mana pihak cuma ingin kejujuran dalam urusan dan tanggungjawab di beri. Guna sebaiknya kerana kita masih terlalu jauh dan sampai bila isu ini harus mencemari dalam arus pembangunan sukan berbasikal negara Malaysia. Sang penasihat-lah segala dalang serta penyumbang kemerosotan dan kehancuran ini.
Penulisan ini mungkin boleh mengajak untuk berfikir, melihat diri sendiri di depan cermin dan menilai diri sendiri. Tidak ramai orang dapat melihat secara terus dalam perkara ini. Bagi mereka yang faham mungkin merasa tersindir. Jadi bertaubatlah dan jangan mengkhianati Berbasikal Negara Malaysia.

Semoga maju jaya dan bijak menilainya dan mudahan di jauhkan fitnah. Majulah Sukan Untuk Negara Malaysia.


Yang Ikhlas,

Fairoz Izni bin Abd Ghani

Saturday, November 13, 2010

Perginya Wira Emas Negara

Berbasikal: Pemenang pingat emas dalam acara 1600 meter Sukan Asia 1970 Daud Ibrahim 63 atau sapaan Pak Daud telah kembali ke rahmatullah atas nahas jalaraya di KM232.6 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Rembau, Negeri Sembilan pada 11 November 2010 antara awal pagi (1am - 2am). 

Beliau seorang yang selalu memperkatakan dalam kemajuan berbasikal Negara Malaysia ketika kami bertemu dan serta bergurau senda. Pemergiannya memberi impak dalam berbasikal Negeri Johor serta dalam pembangunan sukan berbasikal Malaysia. 

Saya mewakili rakan dan seluruh yang terlibat dalam Berbasikal Negara Malaysia ingin menyampaikan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham

Al - Fatihah

Sunday, October 31, 2010

TDI 2010: Pasukan Malaysia Juarai Peringkat ke-Tujuh

Madium - Surabaya 162km

Surabaya - Cuaca amat baik hari ini dengan segala persiapan kami ke garisan permulaan begitu teratur tanpa sebarang halangan. Matlamat yang ingin di capai adalah melakukan pemisah selepas kilometer 40 kerana jarak yang akan di laluan adalah landai dan memberi laluan kepada pelumba luar untuk melakukan pemanas.

Perancangan awal berharap agar tidak terburu-buru oleh kerana masih terlalu awal dan masing-masing mempunyai tenaga (fresh). Jadi, pasukan hanya menguasai di bahagian hadapan sambil makan dan minum.

Suhu cuaca yang agak panas memperlihatkan pelumba berulang mengambil air bagi memastikan tidak dehydrate yang membolehkan pelumba lesu di peringkat seterusnya. Seawal pagi, kami mengunakan banyak ais agar air minuman yang akan di bekalkan sentiasa dalam keadaan sejuk sehingga ke penamat nanti di Surabaya.

Pelumba negara Malaysia sentiasa mengetuai kelompok hadapan dalam peringkat ini dan saya sering menerima laporan semasa melalui radio communication oleh pihak komisar di mana pelumba negara dalam cubaan membuat pemisah bersama kelompok kecil.

Ahmad Fallanie Ali antara pelumba yang mempunyai harapan yang tinggi bagi menyarung jersi pecut dengan perbezaan 6 mata di belakang sebelum peringkat ke-tujuh (7).

Attacking yang di lakukan selepas 50km pertama berhasil apabila beliau berjaya memunggut dua (2) mata pada zon pecutan pertama sambil Zamri Salleh dengan tiga (3) mata di belakang Carrera Sherwin dari Pasukan 7-Eleven Philippine.

Selepas zon pecutan pertama km67, masing-masing tidak dapat bertahan lama dan kemudiannya di telan kelompok peloton yang di asak oleh pelumba tempatan Indonesia dan juga pasukan pendahulu (yellow jersey) dan penyarung jersi pecut Santoso Budi.

Tidak lama kemudian, asakan bertubi-tubi telah meloloskan kelompok kecil menjadi kelompok pendahulu dengan Shahrul Mat Amin berjaya dengan punggutan tiga (3) mata pada zon pecutan ke-dua (2) pada kilometer 101.

Peringkat ini amat sukar untuk pelumba negara meloloskan diri oleh kerana semasa di dalam kelompok pendahulu masing-masing gagal memberi kerjasama antara mereka untuk mengekalkan purata kelajuan yang stabil selaku pendahulu.

Satu attacking melibatkan antara 13 pelumba termasuk Sharul Mat Amin telah berjaya sampai ke penamat dengan jarak antara 25 saat di belakang peloton besar itu. Sharul hanya berjaya di tempat ke-empat (4) sekaligus pasukan negara menjadi pasukan pertama dengan catatan masa terpantas hasil gabungan masa oleh Ahmad Fallanie dan Ahmad Fakhrullah Alias.

Esok peruingkat ke-lapan (8) dari Surabaya ke Jember 192.5km termasuk 11km neutralized dengan tiga (3) zon pecutan km81.9, km112.1 dan km169.9. Semoga pelumba negara selamat ke penamat dan mencipta lagi kemenangan . Tahniah dan Full Gas!

Saturday, October 30, 2010

Pasukan Negara Terus Mengasak

Peringkat Ke-Enam (6) - Jogjakarta-Madiun- 167km

 Dari kiri; Sergey, Ferinanto dan pelumba negara malaysia Shahrul Mat Amin

Persedian pihak penganjur sedikit terganggu hari ini oleh kerana Gunung Merapi sekali lagi meletus beberapa kali waktu subuh (tempatan Indonesia) dengan menghembuskan asap berdebu yang bertebangan sehingga ke arah penginapan kami. Gunung Merapi boleh di lihat dari tingkat tempat menginap antara 20km. Semua yang terlibat dan pelumba terpaksa memakai penutup hidung dan mulut (mask) bagi mengelakkan agar kesihatan tidak terganggu dari pernafasan kami di sini.

Hajat Zamri Salleh tidak kesampaian apabila terbabas di bahu jalan dan beliau gagal mengawal keadaan kemudian melanggar sebatang pili bomba di tiga (3) kilometer terakhir sebelum penamat sekaligus gagal menumpaskan keupayaan Sergey yang antaranya persaing utama beliau di awal perlumbaan bagi setiap peringkat.

Zamri mengalami kecederaan sederhana di mana kepalanya menjunam terlebih dahulu di permukaan jalanraya. Impak yang kuat telah menyebabkan keretakan di bahagian hadapan helmetnya.

Bagaimanapun beliau gagah menghabiskan perlumbaan bagi memastikan pasukan negara tidak ketinggalan. Sementara itu, Shahrul Mat Amin selaku back up kepada Zamri berjaya menduduki tempat ketiga di belakang Sergey (Polygon) di tempat ke-dua (2) dan tempat pertama di miliki jaguh kebangsaan Indonesia Ferinanto yang mula kembali menjalani latihan bagi menghadapi temasya Sea Games 2011.


Ahmad Fallanie mujur tempat ke-dua (2) dalam kategori pelumba pecut untuk peringkat ini setelah berjaya mengumpul 4 mata keseluruhan dengan tempat ke-dua (2) pada zon pecutan ke-dua (2) dan ke-empat (4) pada zon pecutan ketiga.

Beliau antara pelumba yang paling agresif dalam peringkat ini dengan cubaan membuat pemisah secara solo dan kelompok mulai zero (0) km sehingga ke penamat. Tahniah Ahmad Fallanie dan juga rakan sepasukan yang lain.

Esok peringkat ke-tujuh (7) sejauh 162.5km dari Madiun ke Surabaya dengan laluan landai. Semoga pasukan terus mencatat keputusan terbaik.

Friday, October 29, 2010

Pelumba Negara Intai Jersi Hijau dan Menang Peringkat

Ringkasan; The Speedy Tour d’ Indonesia, Jakarta - Bali
24hb Okt – 3hb Nov 2010

Jogjakarta - Tour d’ Indonesia (TDI) adalah salah satu perlumbaan jelajah terakhir dalam persiapan pelumba Negara Malaysia bagi menghadapi Le Tour de Langkawi 2011. Dengan jarak keseluruahan 1418 km TDI ini adalah fasa latihan di mana mereka akan menghadapi 10 peringkat dan satu KOM pada peringkat yang ke-5(lima).

Laluan TDI agak mencabar dengan jarak yang jauh dengan zone pecutan yang mana, pelumba Negara harus bertindak cepat dengan segala situasi untuk melepaskan diri dari peloton.

Di lihat dari kekuatan, pengalaman dan pendedahan, pelumba Negara mampu untuk menyarung jersi pecut (green jersey). Hingga kini (peringkat ke-5), pelumba Negara masih ketinggalan 8 mata dari penyarung jersi hijau Santoso Budi dengan 11 mata. Pelumba Negara Ahmad Fallanie di tangga ke-7 dengan 3 mata di belakang oleh pemegang.

Strategi awal adalah untuk membantu Shahrul Mat Amin untuk mengumpul mata pecut pada setiap zon pecutan dalam semua peringkat. Situasi yang begitu aggressive sedikit mengagalkan strategi kami.

Ahmad Fallanie bertindak mengejar mana-mana pelumba yang cuba melakukan pemisah sebelum zon pecutan dan juga selaku pemisah secara solo atau berkelompok jika berpeluang terlepas dari peloton.

 Peringkat masih berbaki 9 zon pecutan sehingga di peringkat ke-sembilan (9) sahaja. Kita berharap, pelumba sentiasa bertindak bijak dalam segala situasi di setiap peringkat dan yang mana boleh mengagalkan pasukan luar.

Peringkat ke-empat (4) antara keputusan terbaik oleh pasukan negara dengan keputusan tempat ke-dua(2) Zamri Saleh, Ke-empat(4) Ahmad Fakhrullah Alias, Ke-enam (6) Sharul Mat Amin dan sekaligus pasukan Negara berada tempat yang pertama pada peringkat berkenaan.

Saya berharap, kejayaan akan di capai pada peringkat seterusnya walaupun mereka berhadapan kesukaran dengan pelumba-pelumba tempatan Indonesia yang sentiasa agrasif selepas zero kilometer di lepaskan dengan melakukan attack secara bertubi-tubi untuk mereka meloloskan diri sampai ke garisan penamat secara solo atau bergabung antara negeri mereka.

Peringkat ke-lima (5) adalah peringkat yang paling mencabar dengan laluan berbukit yang mana pelumba akan menghadapi dua(2) zon KOM di kilometer 84 (Alt; 1059 m) dan kilometer 89.1 (Alt; 1013 m) di kawasan Monumen Selo dan akan tamat di Jogjakarta antara 22km dari Gunung Merapi.

Gunung Merapi telah muntah dan pihak penganjur mengambil keputusan Peringat ke-lima (5)di batalkan. Bencana ini mengakibatkan antara 20-30 kematian sementara 200 yang masih hilang mengikut sumber perkembangan di sini. Semua yang terlibat berkabung dengan mengikat tali reben hitam di lengan kanan dengan kayuhan Peduli Merapi 10km pertama kemudian menaiki bas, pelumba berkayuh semula berbaki antara 5km ke penamat bagi menyambut segala persiapan yang di berikan oleh pihak penganjur sementara hadiah wang untuk peringkat ini akan di sumbangkan kepada pihak mangsa Gunung Merapi.

Esok, peringkat ke-enam(6) sejauh167.2km serta neutralized 12.2km keseluruhan 179.4km dari Jogkarta ke penamat di Madiun dengan tiga (3) zon pecutan pada KM 51, KM100.5 dan KM134.9.

Ucapan Takziah;
Penjaga Kunci Gunung Merapi Mbah Maridjan turut terkorban dalam keadaan posisi sujud di rumahnya. Saya mewakili pihak Berbasikal dan Negara Malaysia mengucapkan takziah buat semua mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat.

Al-Fatihah.

Kudentsov Menang, Hari Pertahankan Jersey Kuning

Hendra Mujiraharja - Okezone



SEMARANG - Sergey Kudentsov bangkit di Etape 4 Speedy Tour d’ Indonesia 2010. Pembalap andalan Polygon Sweet Nice (PSN) ini berhasil finis pertama. Sementara itu, rekan setimnya Hari Fitrianto mempertahankan Jersey Kuning.

Kudentsov menjadi pembalap terdepan yang menyentuh garis finis di Semarang, Rabu (27/10/2010). Pembalap asal Rusia unggul atas pembalap asal Malaysia Mohd Zamri Saleh dan pembalap Projo Waseso dari tim Kutai Kartanegara.

Meski menang, Jersey Kuning gagal direbut oleh Kudentsov. Pasalnya, jersey kebanggaan ini berhasil dipertahankan rekan setimnya Hari. “Ini balapan yang sangat bagus. Saya tidak kecewa gagal dapat Jersey Kuning, karena yang megang jersey kuning masih rekan setim,” kata Kudentsov kepada wartawan.

Sementara itu, meski gagal finis 10 besar di Etape 4 ini, namun Hari masih mempertahankan Jersey Kuning. Sebab, pesaing terdekat M. Taufik terjatuh. Hari mengaku senang bisa mempertahankan gengsi tertinggi ini.

“Saya rasa ini adalah balapan yang sangat bagus, meski banyak kecelakaan. Namun, saya sangat senang masih bisa mempertahankan jersey kuning ini,” tandas pembalap yang juga memegang Jersey Merah Putih ini.  


Berikut hasil Etape 4:Pembalap - Catatan Waktu - Time Bonus
1.Sergey Kudentsov (PSN) - 2:06:00 - 10
2.Mohd Zamri Saleh (MAS) - 2:06:00 - 6
3.Projo Waseso (KKT) - 2:06:00 - 4

Klasemen Pembalap Total Waktu (Jersey Kuning)
Pembalap - Catatan Waktu:
1.Hari Fitrianto (PSN) 10:19:56
2.Erwin Jaya (PSN) 10:19:58
3.Lex Nederlof (CLS) 10:20:07

Klasemen Pembalap Total Poin (Jersey Hijau)
Pembalap - Poin
Budi Santoso (UBK) 11
M. Taufik (YOG) 9
Prasetya Heksa (CCC) 6(acf)

Pembalap Malaysia Ikut Peduli Merapi



YOGYAKARTA – Kepedulian yang tinggi dilakukan pembalap Malaysia. Mereka ikut memberikan sejumlah sumbangan kepada korban Gunung Merapi di Sleman.

Ya, suasana berbeda terlihat di garis start Speedy Tour d’Indonesia (STdI) di Semarang, sekira 90 pembalap dari berbagai negara dan klub terlihat sangat santai. Sebab, etape 5 sudah dihapus dan digantikan menjadi Peduli Merapi.

Pic: Pembalap Malaysia Fallanie Alie/ Foto: Hendra Mujiraharja-Okezone

Meski banyak yang menyayangkan dihapusnya rute Semarang-Yogyakarta, namun sejumlah pembalap luar negri sangat mendukung keputusan panitia STdI yang menghapus lomba dan menjadi Peduli Merapi.

“Tak menjadi masalah etape 5 ini dihapus. Bahkan, saya sangat mendukung aksi kepedulian manusia yang dilakukan panitia lomba ini,” demikian penjelasan pembalap Malaysia Fallanie Alie kepada wartawan, Kamis (27/10/2010).

Bukan hanya itu, manajemen tim sudah menyediakan sejumlah dana untuk memberikan sumbangan kepada korban bencana Gunung Merapi di Sleman. Tapi, Fallanie menolak memberitahukan jumlah uangnya.

“Ya, manajemen tim memang sudah menyiapkan sejumah uang untuk memberikan sumbangan kepada korban bencana,” tandas pembalap No.48 ini tanpa memberikan keterangan berapa uang yang sudah disiapkan untuk memberikan sumbangan.(msy)
Kamis, 28 Oktober 2010 - 18:41 wib
Hendra Mujiraharja - Okezone
http://sports.okezone.com/read/2010/10/28/43/387568/pembalap-malaysia-ikut-peduli-merapi

Tuesday, October 19, 2010

" Saya Kembali 2011 "

Gambar: M. Fauzan Lutfi ketika aksi dalam acara trek di Velodrom Cheras, Kuala Lumpur.

Sukan Komanwel New Delhi 2010 telah menutup tirai dengan " The Best Ever Performance " oleh pasukan trek pecut kebangsaan dengan satu (1) emas oleh Josiah Ng - Keirin, satu (1) perak oleh Mohd Rizal Tisin - 1 Kilometer Ujian Masa Perseorangan Lelaki dan satu (1) gangsa menerusi Mohd Azizul Hasni Awang, Josiah Ng dan M. Rizal Tisin dalam acara Pecut Berpasukan (Team Sprint).

Kejayaan itu juga telah mengembirakan semua rakyat Malaysia dan juga peminat sukan berbasikal tanahair di mana kita sedia maklum Nor Affandy Rosli adalah pelumba tunggal yang berjaya memenangi pingat perak pada Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 dalam acara lebuhraya lepas beramai-ramai lelaki.

Di samping kejayaan serta program yang berlangsung, Presiden UCI dan Berbasikal Negara Malaysia telah pun memberi perhatian dan pengampunan kepada rayuan oleh pelumba kebangsaan Mohd Fauzan Lutfi 24-tahun  yang ketika itu telah menggegarkan berbasikal Negara Malaysia atas kesalahan yang menyalahi peraturan undang-undang UCI.

Hukuman pengantungan beliau di pendekan, yang mulanya mendapat bantahan oleh president UCI oleh sebab tertentu dan salah satunya UCI mahu pelumba (berdaftar) yang melanggar syarat-syarat dan peraturan perlu adil dan bersih dari segala pengambilan bahan terlarang dalam mana-mana perlumbaan di sertai kecuali pelumba itu mendapat rawatan khas bagi merawat kecederaan (etc.) dan medikal oleh pihak yang layak ke atas pelumba itu serta dijamin bersih untuk menyertai perlumbaan berikutnya di mana satu surat pengesahan TUE COMMITTEE DECISION akan di keluarkan.

Pengalaman pahit itu juga, telah menjadi pengajaran kepada beliau serta semua generasi kini dalam perlumbaan di masa akan datang yang tidak akan berlaku untuk seterusnya.

Bekas juara kebangsaan itu yang kini menjalani latihan harian seperti biasa dalam persiapan 2011 di mana hukuman beliau akan tamat pada Febuari 2011, bererti tidak dapat beraksi pada LTDL 2011 nanti.

Saya percaya semua sokongan yang di berikan telah menyuntik semangat dan mengembalikan sinar baru lebih-lebih lagi oleh para pelumba lebuhraya negara Malaysia yang perlu menonjolkan diri dengan dana yang diberikan untuk program lebuhraya dalam usaha menaik taraf kelas mereka di peringkat yang lebih tinggi serta jangka masa panjang.

Saturday, October 2, 2010

ABU SAMAH (tengah) pada sidang media di Melbourne semalam

MELBOURNE - Nama Malaysia kini semakin mendapat perhatian dunia apabila Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) telah mengiktiraf negara sebagai antara kuasa besar dalam arena sukan basikal antarabangsa.
Presiden UCI, Pat McQuaid ketika Mesyuarat Kongres UCI di Melbourne sema- lam, tanpa berselindung, melahirkan rasa bangganya dengan pelumba Malaysia yang mula mencipta kejayaan demi kejayan dalam kejohanan-kejohanan utama di peringkat tertinggi, khususnya dalam acara trek.

Kenyataan ini disahkan sendiri oleh Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab yang turut hadir pada mesyuarat sehari tersebut yang terdiri daripada anggota-anggota Jawatankuasa Eksekutif UCI itu semalam.

"Pada mesyuarat Kongres UCI tadi (semalam), Presiden UCI, Pat McQuaid telah melahirkan rasa bangganya dengan penca- paian pelumba-pelumba kita di peringkat antarabangsa.

"Ini telah meletakkan nama negara kita sebagai antara kuasa besar dalam sukan basikal dunia. Jika dulu kuasa-kuasa besar di Asia ialah Jepun dan Korea Selatan, namun kini Malaysia sudah mula tergolong dalam kalangan negara besar tersebut," kata Abu Samah pada sidang akhbar di Melbourne semalam.

Menurut Abu Samah lagi, status yang disahkan oleh Presiden UCI itu membukti- kan bahawa program latihan pelumba negara di Melbourne selama ini telah berjaya memberi pulangan besar dan ini semua adalah hasil jalinan kerjasama yang utuh di antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan juga PKBM sendiri.

"Jika dulu pelumba trek yang menjalani latihan di sini mempamer peningkatan memberangsangkan tetapi kini saya lihat pelumba lebuh raya yang dihantar tiga bulan lalu juga telah mula menunjukkan perubahan dari segi prestasi dan pencapaian," kata Abu Samah.

"Ini membuktikan bahawa PKBM tidak mensia-siakan kepercayaan (peruntukan) yang KBS berikan kepada kami untuk memastikan pelumba-pelumba trek dan lebuh raya negara mendapat pengetahuan dan pengalaman yang bernilai di luar negara.

"Cuma apa yang saya harapkan ialah pelumba skuad lebuh raya kita akan terus berusaha dengan lebih gigih supaya dapat mencatat pelbagai kejayaan dan mengukuhkan reputasi mereka sama seperti skuad trek kita, contohnya Azizulhasni (Awang) dan Rizal (Tisin)," ujarnya lagi.

Seiring dengan status yang diberikan itu, Abu Samah menambah, UCI juga bersedia memberi peluang kepada pelumba-pelumba negara memantapkan lagi kualiti yang sedia ada dengan menjalani latihan di Pusat Lumba Basikal Dunia (WTC) di Aigre, Switzer- land tidak lama lagi.

"Pusat latihan ini juga ditawarkan kepada mekanik-mekanik dan juga pengurus pasu- kan basikal negara supaya dapat mempelajari perkara teknikal dan cara-cara mendapat jemputan berlumba dalam kejo- hanan luar negara.

"Ini penting kerana jika pengurus pasu- kan sendiri kurang mahir dalam hal ini, maka jemputan untuk menyertai kejohanan-kejohanan besar bagi pasukan mereka akan terbatas," ujar Abu Samah.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Abu Samah memberitahu bahawa UCI juga sedia membantu Malaysia menganjurkan satu kejohanan jemputan pemanas badan sebelum Sukan Olimpik 2012 London sekira- nya velodrom baru bertaraf dunia siap di- bina sepenuhnya di Nilai.

"Pat (McQuaid) dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek telah pun berjumpa dan secara dasarnya bersetuju supaya velodrom baru ini harus siap sebelum Sukan Olimpik 2012.

"Sekiranya velodrom tersebut siap sepe- nuhnya, UCI sendiri bersedia memberi hak kepada Malaysia menganjurkan satu kejo- hanan jemputan pada bulan Ogos sebagai pemanas badan sebelum ke Sukan Olimpik 2012," tambah Abu Samah.

Ketika mengakhiri sidang media semalam Abu Samah sempat memberitahu: "Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih saya kepada bekas Ketua Setiausaha KBS, Datuk Yassin Salleh dan Ketua Setiausaha KBS yang baru, Datuk Mohid Mohamad di atas kepercayaan yang mereka berikan kepada PKBM."

Friday, October 1, 2010

Skuad Lebuh Raya Mantap

Daripada SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my

MELBOURNE - Skuad lebuh raya basikal negara menerima suntikan baru menjelang saingan musim 2011 nanti selepas jurulatih baru, Graham Seers akan memulakan tugasnya awal Januari tahun depan.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PK- BM), Abu Samah Wahab menjelaskan, kehadiran jurulatih dari Australia itu adalah untuk memantapkan lagi cabaran skuad negara yang ketika ini kehilangan beberapa pelumba berkualiti yang menyertai Pasukan Lumba Basikal Terengganu (TCT) bermula pada Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.

Abu Samah turut menjelaskan, Seers yang pernah melatih skuad negara pada Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, akan membuat keputusan mengenai pelumba negara sama ada terus menjalani latihan di Melbourne tahun depan atau kembali ke tanah air.

"Besar kemungkinan jurulatih baru, Graham Seers akan melatih skuad lebuh raya negara pada Januari 2011. Secara dasarnya beliau telah bersetuju untuk melapor diri pada awal Januari tahun depan.

"Skuad lebuh raya kita akan di- kendalikan sendiri oleh Seers dan beliau akan tentukan sama ada pelumba-pelumba lebuh raya kita akan pulang semula ke Malaysia atau terus menjalani latihan di sini (Melbourne)," kata Abu Samah ketika ditemui semasa kunjungan ke kediaman pelumba trek negara, Azizulhasni Awang di Melbourne semalam.

Abu Samah turut menambah bahawa keputusan menghantar pelumba negara menjalani latihan di bawah penyeliaan John Beasley selama tiga bulan di Australia telah menampakkan hasil yang memberangsangkan menerusi peningkatan prestasi yang dipamerkan pada perlumbaan di negara tersebut.

"Saya rasa pelaburan yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi dana RM1.5 juta telah berjaya membuahkan hasil dengan peningkatan yang ditunjukkan oleh pelumba kita yang menyertai lati- han di Australia," kata Abu Samah.

"Saya amat berterima kasih kepada KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN) yang telah bersetuju memberi kami peruntukan terse- but untuk tiga tahun lagi bermula 2011 hingga 2013."

Begitupun, Abu Samah mengakui bahawa taraf pelumba lebuh raya negara masih jauh ketingga- lan berbanding dengan pelumba- pelumba dari Asia dan sebagai cara untuk meningkatkan lagi kualiti pelumba negara, kejohanan lumba basikal selama satu hari akan diperbanyakkan lagi pada tahun depan.