Tuesday, November 16, 2010

" Sampai Bila.. "



Basikal atau berbasikal adalah aktiviti atau sukan yang telah lama di ceburi oleh saya sejak berumur 13 tahun pada 1992. Selama itu, banyak perkara yang telah di lalui dalam kancah berbasikal negara malaysia. Pembabitan ini adalah kehendak diri sendiri dan sama lah anda yang meminati sukan berbasikal ini untuk terus maju.

Jika melihat sejarah lalu, banyak sejarah telah terukir oleh pejuang terdahulu seperti nama-nama besar Datuk Ng Joo Ngan, Arwah Daud Ibrahim, M. Kumaresan, Nor Affendy Rosli, Rosman Alwi, Shahrulneza Razali, Ishak Amin, Fazin Saad, N. A. Rosli (bapa kepada Nor Affendy), Tsen Seong Hoong, Lee Robert, Hardi Razali, Mutalib Mydin dan ramai lagi yang tidak dapat saya turunkan di sini.


Hari ini, Negara bersyukur dengan adanya nama sehebat Azizul Hasni Awang, Rizal Tisin, Josiah Ng yang di kendali oleh Ketua Jurulatih John Beasley.

Kelibat mereka mengantikan nama-nama tersohor seperti di atas dan kejayaan itulah mendapat kepercayaan pihak kerajaan memberi bantuan jutaan ringgit untuk saluran pembiayaan, pembelian dan sebagainya.




Dengan " Amanah Pemberian" itu, mereka yang tiada pekerjaan juga dapat merasai lebih dari pembawa kejayaan malangnya ada segelintir lupa akan dari manakah status mereka sebelum itu. Siapakah mereka jika tiada kejayaan ini.

Kita semua bersyukurlah amanat perlu dilakukan dengan sebaiknya. Walaupun perlu hidup sesuap nasi janganlah kamu begitu kejam dengan kuasa yang ada kerana pangkat dan harta adalah sementara. Benar, "Si Penasihat" yang bertindak (mengampu) ketika ini kepada "atasan" untuk memberi idea terbaik dan menentukan segalanya tetapi perlu di ingat balasan akan menanti kelak di hari kejatuhan hasil pembohongan itu terhadap pihak/seseorang yang telah di aniaya.
Untuk memuaskan hati dan masih ada sikap menghormati si pemuda senyum tanda memberi laluan melihat sikap dan telatah si lapuk (maaf) kononnya bijak dalam semua perkara yang mana dahulunya mereka tidak pula terlibat dalam kancah ini, di sebabkan ada imbuhan besar maka si penasihat dengan semangat kesukanan turun sebagai Jebat yang mengunakan cangkul di medan perang.

Malah di lihat memandai-mandai dengan mengunakan template copy and paste dengan mengabaikan era kemajuan Sains dan Sukan seperti negara maju yang lain.

Perkara ini penulis tidak mahu menghentam secara terus tetapi biarlah pembaca membuat andaian serta pandangan masing-masing dan jika boleh tidak perlu di aibkan. Itu hak tuan di sini. Isu kronik ini memang berluasa dalam sukan ini tetapi bagaimana cara seseorang itu (contoh seperti X ) yang terlibat secara dekat berhadapan dalam kancah politik ini. Ia perlu mengatur strategi dalam mainan ini dengan cara berseni.

Berbasikal sangat berharap Sang penasihat ini hentikan kerana topeng do re mi anda itu telah di ketahui ramai dan akan memakan diri serta mengotori nama baik yang kini harum kasturi di Dunia. Percayalah, kita semua akan kembali ke zaman seperti dahulu di sebabkan taktik kotor ini. Masing-masing dengan ego dan mengunakan kekuatan diri atas kegemilangan lalu yang telah menjadi sejarah.


Sejarah adalah sejarah ia tetap akan di kenang tetapi jika di bandingkan kekuatan lalu di bawa ke hari ini ianya cukup berbeza. Jadi sama-samalah belajar dengan perkara baru dan terkini "dan" itu adalah sebaiknya dan juga diharapkan.


Penulis bukanlah untuk menjadi perwira dengan melontarkan kata-kata berjuang habis-habisan kerana ia sedikit pun menguntung malah akan mendapat hentaman di masa hadapan.



Kepercayaan kepadaNya adalah kekuatan untuk terus berbakti dan percaya kepada rezeki untuk hari esok dan seterusnya. Bukan kita memberi rezeki kepada kawan atau lawan.

Kebiasaannya orang yang marah akan cuba menyuara dalam komennya di sini oleh kerana mungkin terkena diri sendiri. Sang penasihat boleh di ketegori pengecut menghentam terus kepada keyboard dengan ketidak puas hatinya di dalam blog ini.

" Kalau marah nanti kena jual" Itu lah syarat utama dalam perjanjian tiga abdul dengan Saddiq Sigaraga. Kenapa perlu marah? Apa punca marah? Apa maksudnya?

Orang marah ialah orang yang gagal mengawal perasaan atau emosinya dengan tiupan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahannya akan terselah. Orang marahlah yang akan buat tindakan bodoh dan mengeluarkan kata-kata yang tidak senonoh.

Hanya orang bijak sahaja dapat memikirkan kelemahan ini. Pembaca, Sang penasihat tahu akan dirinya tetapi akan cuba mengadakan cerita dalam penulisan ini kepada atasan akan rekaan penulisan ini (kononnya). Oleh itu "Bapak" terpaksa turun hasil provok dengan kuasa ditangan dan menjatuhkan hukuman berat tanpa bicara dan tidak mengira nasib seseorang itu.

Tuan penasihat berjaya mendapat pujian atas kejayaannya serta memiliki keuntungan 25%. (contoh).

Penulisan di sini bukan untuk memecah belah mana-mana pihak cuma ingin kejujuran dalam urusan dan tanggungjawab di beri. Guna sebaiknya kerana kita masih terlalu jauh dan sampai bila isu ini harus mencemari dalam arus pembangunan sukan berbasikal negara Malaysia. Sang penasihat-lah segala dalang serta penyumbang kemerosotan dan kehancuran ini.
Penulisan ini mungkin boleh mengajak untuk berfikir, melihat diri sendiri di depan cermin dan menilai diri sendiri. Tidak ramai orang dapat melihat secara terus dalam perkara ini. Bagi mereka yang faham mungkin merasa tersindir. Jadi bertaubatlah dan jangan mengkhianati Berbasikal Negara Malaysia.

Semoga maju jaya dan bijak menilainya dan mudahan di jauhkan fitnah. Majulah Sukan Untuk Negara Malaysia.


Yang Ikhlas,

Fairoz Izni bin Abd Ghani

7 comments:

Anonymous said...

Salam,
Jauhari sahaja yg mengenal manikam..

Biarlah SiLuncai terjun dg labu-labunya..

Jika berkemudi di haluan, kapal pasti hanyut..

Kebenaran muncul, yg batil pasti tertolak..

SMS

Anonymous said...

Setuju dengan pendapat dan pandangan, era berbasikal negara telah jauh ketinggalan sebelum ini, tapi dengan adanya sinar baru sekarang jangan ada yang meracun akar umbi ( pembangunan ), kebajikan pelumba - pelumba yang memerah keringat untuk nama negara. Penasihat @ penyelaras yang diwujudkan sepertimana sekarang, umpama BOM JANGKA bagi kecermelangan sukan berbasikal negara sekarang kearah kemusnahan. Kepercayaan yang diberi jangan dibalas dengan tuba kepada KBS kerana selama ini MSNM / KBS yang membantu dlm program yang ada sekarang. Ketelusan dan keikhlasan dalam merencana program pembangunan haruskan adil bukan menjaga kepentingan diri sendiri serta kedudukan yang ada sekarang.

Sekian. Salam Hormat

Anonymous said...

Setuju dengan pendapat dan pandangan, era berbasikal negara telah jauh ketinggalan sebelum ini, tapi dengan adanya sinar baru sekarang jangan ada yang meracun akar umbi ( pembangunan ), kebajikan pelumba - pelumba yang memerah keringat untuk nama negara. Penasihat @ penyelaras yang diwujudkan sepertimana sekarang, umpama BOM JANGKA bagi kecermelangan sukan berbasikal negara sekarang kearah kemusnahan. Kepercayaan yang diberi jangan dibalas dengan tuba kepada KBS kerana selama ini MSNM / KBS yang membantu dlm program yang ada sekarang. Ketelusan dan keikhlasan dalam merencana program pembangunan haruskan adil bukan menjaga kepentingan diri sendiri serta kedudukan yang ada sekarang.

Sekian. Salam Hormat

Anonymous said...

Tiada kata seindah bahasa, tapi kata-kata mampu merubah segalanya... Berubah untuk yang baik atau sebaliknya, itu pilihan masing-masing...

Anonymous said...

salam,kalau sebegitu,apa kata saudara fairuz pulang ke negeri melaka,mebimbing plumba2 negeri melaka dahulu,dan bawa mereka ke tahap yang lebih tggi?pasti orang atasan tidak mampu berkata apa2,kerana saudara mampu menghasilkan plumba daripada bawah shingga peringkat tertggi.Itu pun,kalu saudara mampu melaksanakan..

Fairoz Izni Abd Ghani said...

Salam,

1. Terima kasih atas segala ucapan di sini. Saya amat menghormati dan hargai.

2. Saya tertarik saudara yang tiada nama di sini dengan; Anonymous said...

salam,kalau sebegitu,apa kata saudara fairuz pulang ke negeri melaka,mebimbing plumba2 negeri melaka dahulu,dan bawa mereka ke tahap yang lebih tggi?pasti orang atasan tidak mampu berkata apa2,kerana saudara mampu menghasilkan plumba daripada bawah shingga peringkat tertggi.Itu pun,kalu saudara mampu melaksanakan..

November 21, 2010 11:33 PM

1. Walaupun pemahaman tuan dalam tajuk ini tersasar tetapi saya akan sampaikan dengan cara terbaik sebagai seorang yang professional.

2. Cadangan tuan itu telah lama saya lakukan sebelum ini tanpa pengetahuan pihak atasan Negeri Melaka.

Bukan sahaja negeri Melaka malah pelbagai pelumba, kelab, negeri serta jurulatih seangkatan.

3. Sudi berkongsi; "...Keupayaan Fairoz mengawal perasaan dalam apapun situasi amat penting. Penghinaan, sinis atau apapun tindakan pihak yg tidak bertanggungjawab adalah ujian Tuhan kepada Fairoz sbg persiapan memikul amanah itu kemudian".

4. Berbasikal juga berharap tuan bersama menyumbang dalam pembangunan berbasikal negara malaysia.

Terima kasih.

Anonymous said...

http://gary-mark.blogspot.com/2010/01/interview-with-lim-teong-kim.html

dah tiba masa....

tau sama tau bisa boleh di runding.

Kamal Dancer
Kampung Morten