Tuesday, December 21, 2010

Bahang LTDL 2011



Kem lebuhraya Le Tour De Langkawi hampir pasti menyenaraikan lapan (8) pelumba terbaik minggu hadapan selepas Grand Prix Final di Melaka sejauh 180km berbentuk circuit pada 26hb Disember 2010. Sebelum itu mereka akan menjalani ujian ( 22hb Disember 2010 ) sepertimana kelihatan nama (beberapa) pelumba yang mungkin tersenarai ke LTDL 2011 telah di sebut berdasarkan pada perlumbaan siri Grand Prix yang lalu.

Andaian itu akan lebih tepat pada dua (2) sesi ujian, iaitu ujian masa 25km pendakian secara solo bermula di kaki bukit Batang Kali ke puncak First World, Genting Highlands dan kedua ujian masa 5 minit dan 20 minit yang akan dilakukan di Laboratory Makmal di Institut Sukan Negara Malaysia. Ujian tersebut adalah salah satu kriteria pemilihan pelumba yang akan mewakili negara ke LTDL 2011.

Ujian makmal berkenaan akan memberitahu segala peningkatan dan tahap kecergasan pelumba yang terkini dengan penghasilan power output dan watt /kilo. Data base (polar monitor) latihan harian juga akan di masukan (sesi pemilihan) untuk melihat purata kecergasan mereka sepertimana yang kita sedia maklum fokus perlumbaan adalah berbentuk jelajah seperti Le Tour de Langkawi.

Kelayakan pelumba juga boleh tersenarai dari semua laporan perlumbaan kepada kejohanan luar Negara Malaysia bagi tugas seorang pelumba domestic. Segelintir lupa pelumba domestik inilah yang bertungkus lumus kepada pelumba pecut atau pemenang.

Melalui ujian pendakian, lapan (8) pelumba akan menyertai “ Short Training Camp “ di Langkawi selama lima (5) hari untuk mengambil tumpuan mereka (pelumba) dan mengurangkan tekanan yang di hadapi oleh mereka sebelum menjelangnya perlumbaan sebenar. Kem ini bertujuan merehatkan minda dan membantu menurunkan tekanan, gangguan luar, penurunan latihan keras seperti yang di rancang di awal Kem berpangkalan di Kuala Lumpur.

Tugasan sementara penulis akan di ambil alih pada awal Januari 2011 apabila jurulatih baru Graham Sears menjawat sebagai ketua jurulatih lebuhraya Negara 2011. Beliau serta John Beasley akan bersama pihak penal berbasikal akan mengkaji semula lapan (8) pelumba terpilih kepada enam (6) pelumba yang akan mewakili ke LTDL 2011.

Di harap semua pelumba yang akan menjalani ujian-ujian berikut dan latihan harian dapat bersedia dengan menunjukan prestasi terkini agar satu keputusan muktmad di buat oleh semua panel pemilihan nanti. Semoga berjaya dan tidak mensia-siakan latihan selama ini di mana bantuan serta pelaburan telah di berikan bagi melihat pelumba tempatan menjejak kaki ke podium di hari pertandingan. Majukan sukan berbasikal Negara Malaysia. Chill ride

No comments: