Saya sudi berkongsi kepada semua mengenai pengetahuan diri semasa berlaku kecemasan dan sebagainya.
Sejak menyertai kursus Pengenalan Pertolongan Cemas dan CPR di Ibu Pejabat Kebangsaan ( institut Bulan Sabit Merah Malaysia) Ampang Kuala Lumpur, saya berpendapat kursus ini wajar di ambil oleh para jurulatih berbasikal dalam mengendali pelumba semasa latihan atau perlumbaan.
Pertolongan cemas ini sangat berguna di mana bukan sahaja kita dapat membantu pelumba, malah boleh di gunakan kepada diri, keluarga dan masyarakat. Banyak perkara yang mungkin kita tidak tahu, akan di ajar serta memahami dalam apa jua situasi.
Kursus ini juga adalah salah satu syarat yang perlu di ambil (pelengkap) selepas lulus tahap satu berbasikal Australia. Selepas menghadirinya kelas ini saya rasa terpanggil untuk bersama berkongsi pengalaman yang tidak merugikan.
Mungkin, ia agak remeh tetapi percayalah ia sangat baik, lebih-lebih lagi acara berbasikal ini adalah salah satu sukan yang beresiko tinggi oleh kerana menjalani latihan di jalanraya dan sesekali berada pada kawasan pendalaman yang mungkin ketika itu talian telifon di luar kawasan atau jauh dari mendapat bantuan pihak luar.
Untuk persediaan awal kelas ini mampu menambah lagi pengetahuan dan mungkin akan merasa menyesal jika kita tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan nyawa seseorang itu oleh kerana ketika itu kita adalah orang yang pertama di tempat kejadian dan sepatutnya bertindak dengan cepat sebelum mendapat bantuan luar.
Pertolongan cemas ini akan menjadikan kita lebih yakin serta bersedia dimana berada. Difahamkan kursus ini, di anjurkan setiap bulan pada minggu yang ketiga (3) dengan bayaran RM150 sahaja.
Gambar di sebelah kanan menunjukan pelumba sedang di rawat oleh pihak pertolongan cemas semasa perlumbaan yang telah di sediakan oleh pihak penganjur. Kepada yang berminat sila hubungi talian 03 - 4257 8122
No comments:
Post a Comment