Wednesday, November 17, 2010

Akhirnya Sejarah 40 Tahun Termeterai !


 " ..Yeahhhhhhhhhhhhhh!!!!! Milik aku..! " Kemungkinan itulah yang di lafazkan oleh jaguh keirin nombor satu dunia Azizul Hasni Awang selepas melintasi garisan penamat selaku pemenang pingat emas Sukan Asia 2010 dalam acara Keirin akhir lelaki hari ini pada jam 1230pm. Lebih manis dan cantik di alas dengan pingat perak melalui Josiah Ng yang memintas pelumba tuan rumah di mana beliau juga pemenang pingat emas Sukan Komanwel New Delhi 2010 sebulan yang lalu.

Kejayaan ini juga tidak dapat di saksikan oleh arwah Daud Ibrahim (Pak Daud) kurang seminggu pemergiannya selaku lagenda pemenang pingat emas Sukan Asia 1970 dalam acara mass start 1600 meter lepas beramai-ramai yang di anggap acara keirin ketika itu dengan empat pusingan pada balapan 400 meter untuk satu pusingan.

"..Bagi acara basikal, kita lama dahulu pernah menang pingat emas semasa zaman Datuk Ng Joo Ngan dan Daud Ibrahim (era 1970-an). Selepas itu memang lama kita tak menang pingat emas. Tapi kebelakangan ini atlet berbasikal kita terutama dalam acara trek sudah bertaraf dunia.." - Kosmo

Merasai kehangatan perjuangan ini sejak hari pertama dalam usaha mengembalikan sinar 40 tahun dahulu kami sekeluarga dan rakan tidak duduk senang dan saling menantikan detik-detik emas yang di harapkan. Denyutan jantung semakin laju melihat kelibat Azizul yang sedang mendahulu di hadapan sambil Josiah Ng berasak kepada pelumba tuan rumah China yang mengakibatkan pergeseran lalu pelumba berkenaan jatuh oleh kerana gagal mengawal dengan kelajuan yang begitu laju serta pelumba dari Iran Mahmud Parash terus mengempurnya.

Doa yang tidak putus mengucapkan kata-kata terbaik untuk kedua mereka setelah kerja keras Adiq Hussainie Othman dan Amir Mustafa dalam acara perlumbaan kutipan mata (points race) berjaya pada kedudukan tempat yang ke-lima (5) dengan punggutan mata 56 terpaksa berkongsi mata yang sama oleh pelumba Kazakhstan di tempat ke-empat.


Penantian memang sangat di nantikan oleh peminat sukan berbasikal dan 28juta rakyat Malaysia. Hikmah di sebalik keputusan (relegated) Azizul Hasni Awang di batalkan selaku pemenang pingat emas keirin sukan Komanwel yang lalu di izinkan olehNya dengan kesabaran dan keredaan beliau.

Kesangsian kesalahan yang di lakukan olehnya sedikit tidak menjejaskan emosi persiapannya menjelang Sukan Asia yang berbaki kurang sebulan itu malah terus membuktikan siapa juara sebenar di mata dunia.

Ucapan jutaan tahniah kepada The Pocket Rocket Man dan Josiah Ng serta ketua jurulatih John Beasley yang menghasilkan satu ciptaan kegemilangan 2010. The great and the best performance ever dari pelumba pecut negara Malaysia!!!

Aidil-adha 2010

Salam,

Di kesempatan ini, saya Fairoz Izni Bin Abd Ghani ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-adha kepada semua umat Islam yang menyambutnya. Aidil-adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Wassalam,
Fi

Tuesday, November 16, 2010

" Sampai Bila.. "



Basikal atau berbasikal adalah aktiviti atau sukan yang telah lama di ceburi oleh saya sejak berumur 13 tahun pada 1992. Selama itu, banyak perkara yang telah di lalui dalam kancah berbasikal negara malaysia. Pembabitan ini adalah kehendak diri sendiri dan sama lah anda yang meminati sukan berbasikal ini untuk terus maju.

Jika melihat sejarah lalu, banyak sejarah telah terukir oleh pejuang terdahulu seperti nama-nama besar Datuk Ng Joo Ngan, Arwah Daud Ibrahim, M. Kumaresan, Nor Affendy Rosli, Rosman Alwi, Shahrulneza Razali, Ishak Amin, Fazin Saad, N. A. Rosli (bapa kepada Nor Affendy), Tsen Seong Hoong, Lee Robert, Hardi Razali, Mutalib Mydin dan ramai lagi yang tidak dapat saya turunkan di sini.


Hari ini, Negara bersyukur dengan adanya nama sehebat Azizul Hasni Awang, Rizal Tisin, Josiah Ng yang di kendali oleh Ketua Jurulatih John Beasley.

Kelibat mereka mengantikan nama-nama tersohor seperti di atas dan kejayaan itulah mendapat kepercayaan pihak kerajaan memberi bantuan jutaan ringgit untuk saluran pembiayaan, pembelian dan sebagainya.




Dengan " Amanah Pemberian" itu, mereka yang tiada pekerjaan juga dapat merasai lebih dari pembawa kejayaan malangnya ada segelintir lupa akan dari manakah status mereka sebelum itu. Siapakah mereka jika tiada kejayaan ini.

Kita semua bersyukurlah amanat perlu dilakukan dengan sebaiknya. Walaupun perlu hidup sesuap nasi janganlah kamu begitu kejam dengan kuasa yang ada kerana pangkat dan harta adalah sementara. Benar, "Si Penasihat" yang bertindak (mengampu) ketika ini kepada "atasan" untuk memberi idea terbaik dan menentukan segalanya tetapi perlu di ingat balasan akan menanti kelak di hari kejatuhan hasil pembohongan itu terhadap pihak/seseorang yang telah di aniaya.
Untuk memuaskan hati dan masih ada sikap menghormati si pemuda senyum tanda memberi laluan melihat sikap dan telatah si lapuk (maaf) kononnya bijak dalam semua perkara yang mana dahulunya mereka tidak pula terlibat dalam kancah ini, di sebabkan ada imbuhan besar maka si penasihat dengan semangat kesukanan turun sebagai Jebat yang mengunakan cangkul di medan perang.

Malah di lihat memandai-mandai dengan mengunakan template copy and paste dengan mengabaikan era kemajuan Sains dan Sukan seperti negara maju yang lain.

Perkara ini penulis tidak mahu menghentam secara terus tetapi biarlah pembaca membuat andaian serta pandangan masing-masing dan jika boleh tidak perlu di aibkan. Itu hak tuan di sini. Isu kronik ini memang berluasa dalam sukan ini tetapi bagaimana cara seseorang itu (contoh seperti X ) yang terlibat secara dekat berhadapan dalam kancah politik ini. Ia perlu mengatur strategi dalam mainan ini dengan cara berseni.

Berbasikal sangat berharap Sang penasihat ini hentikan kerana topeng do re mi anda itu telah di ketahui ramai dan akan memakan diri serta mengotori nama baik yang kini harum kasturi di Dunia. Percayalah, kita semua akan kembali ke zaman seperti dahulu di sebabkan taktik kotor ini. Masing-masing dengan ego dan mengunakan kekuatan diri atas kegemilangan lalu yang telah menjadi sejarah.


Sejarah adalah sejarah ia tetap akan di kenang tetapi jika di bandingkan kekuatan lalu di bawa ke hari ini ianya cukup berbeza. Jadi sama-samalah belajar dengan perkara baru dan terkini "dan" itu adalah sebaiknya dan juga diharapkan.


Penulis bukanlah untuk menjadi perwira dengan melontarkan kata-kata berjuang habis-habisan kerana ia sedikit pun menguntung malah akan mendapat hentaman di masa hadapan.



Kepercayaan kepadaNya adalah kekuatan untuk terus berbakti dan percaya kepada rezeki untuk hari esok dan seterusnya. Bukan kita memberi rezeki kepada kawan atau lawan.

Kebiasaannya orang yang marah akan cuba menyuara dalam komennya di sini oleh kerana mungkin terkena diri sendiri. Sang penasihat boleh di ketegori pengecut menghentam terus kepada keyboard dengan ketidak puas hatinya di dalam blog ini.

" Kalau marah nanti kena jual" Itu lah syarat utama dalam perjanjian tiga abdul dengan Saddiq Sigaraga. Kenapa perlu marah? Apa punca marah? Apa maksudnya?

Orang marah ialah orang yang gagal mengawal perasaan atau emosinya dengan tiupan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahannya akan terselah. Orang marahlah yang akan buat tindakan bodoh dan mengeluarkan kata-kata yang tidak senonoh.

Hanya orang bijak sahaja dapat memikirkan kelemahan ini. Pembaca, Sang penasihat tahu akan dirinya tetapi akan cuba mengadakan cerita dalam penulisan ini kepada atasan akan rekaan penulisan ini (kononnya). Oleh itu "Bapak" terpaksa turun hasil provok dengan kuasa ditangan dan menjatuhkan hukuman berat tanpa bicara dan tidak mengira nasib seseorang itu.

Tuan penasihat berjaya mendapat pujian atas kejayaannya serta memiliki keuntungan 25%. (contoh).

Penulisan di sini bukan untuk memecah belah mana-mana pihak cuma ingin kejujuran dalam urusan dan tanggungjawab di beri. Guna sebaiknya kerana kita masih terlalu jauh dan sampai bila isu ini harus mencemari dalam arus pembangunan sukan berbasikal negara Malaysia. Sang penasihat-lah segala dalang serta penyumbang kemerosotan dan kehancuran ini.
Penulisan ini mungkin boleh mengajak untuk berfikir, melihat diri sendiri di depan cermin dan menilai diri sendiri. Tidak ramai orang dapat melihat secara terus dalam perkara ini. Bagi mereka yang faham mungkin merasa tersindir. Jadi bertaubatlah dan jangan mengkhianati Berbasikal Negara Malaysia.

Semoga maju jaya dan bijak menilainya dan mudahan di jauhkan fitnah. Majulah Sukan Untuk Negara Malaysia.


Yang Ikhlas,

Fairoz Izni bin Abd Ghani

Saturday, November 13, 2010

Perginya Wira Emas Negara

Berbasikal: Pemenang pingat emas dalam acara 1600 meter Sukan Asia 1970 Daud Ibrahim 63 atau sapaan Pak Daud telah kembali ke rahmatullah atas nahas jalaraya di KM232.6 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Rembau, Negeri Sembilan pada 11 November 2010 antara awal pagi (1am - 2am). 

Beliau seorang yang selalu memperkatakan dalam kemajuan berbasikal Negara Malaysia ketika kami bertemu dan serta bergurau senda. Pemergiannya memberi impak dalam berbasikal Negeri Johor serta dalam pembangunan sukan berbasikal Malaysia. 

Saya mewakili rakan dan seluruh yang terlibat dalam Berbasikal Negara Malaysia ingin menyampaikan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham

Al - Fatihah