Friday, March 12, 2010

Tour de Taiwan 2010

Keberangkatan ke Taiwan bagi membantu pasukan lebuhraya lelaki kebangsaan menyertai Tour De Taiwan.

5 Pelumba terlibat:
1. Suhardi Hassan
2. Wan Mohd Najmi
3. Rizuan
4. Fallanie Ali
5. Yusrizal Usoff

Mekanik:
Fadzil

Manager:
Hj. Omar

General ect:
Fairoz Izni

1. Suhardi Hassan adalah pelumba berpengalaman dalam pelumbaan jelajah dan beliau pernah memenangi stage yang ketiga pada 2003. Di harap pengalaman yang ada boleh membantu pasukan sekaligus dapat mengekalkan status terbaik untuk 2010.

2. Yusrizal Usooff antara pelumba baru yang akan di serap sebagai pelumba lebuhraya lelaki yang akan di programkan pada 2010 ini serta usia muda dalam mencari pengalaman baru ini berharap beliau tidak akan melepaskan peluang ini untuk melonjak ke satu tahap yang membanggakan negara serta pasukan.

3. Jelajah ini juga adalah satu cabaran buat di saya untuk menimba seberapa banyak pengalaman dalam tugasan pertama kali ini. Pelajaran akan di teruskan dan peluang ini sangat bagus buat seseorang jurulatih untuk mencari idea, strategi, method untuk di gabungkan dalam setiap program latihan serta pelumbaan.Ia sangat penting bagi saya untuk memastikan beberapa perkara dunia sukan berbasikal agar tidak ketinggalan seperti yang di nyatakan oleh William Walker di akhbar yang lalu.

Maju jaya untuk Pasukan Negara Tour De Taiwan

Tuesday, March 2, 2010

LTDL 2010: Kerajaan Kelantan Kecewa


KOTA BARU, 1 Mac — Seorang anggota exco kerajaan Kelantan melahirkan rasa kecewanya dengan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi kerana membelakangkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan peserta hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata apa yang berlaku pada majlis pelepasan itu di hadapan Istana Balai Besar pagi tadi adalah sesuatu memalukan.

“Ia tidak menghormati tok guru selaku Menteri Besar dan tuan rumah yang sepatutnya melakukan pelepasan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Majlis pelepasan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia itu memulakan peringkat pertama dari sini ke Kuala Berang sejauh 174.5km.

Mengulas perkara itu, Abdul Fatah berkata nama Nik Aziz, selaku tetamu kehormat untuk melepaskan peserta, dimaklumkan kepada beliau pada malam tadi.

“Sepatutnya saya dimaklumkan terlebih dahulu jika ada perubahan tetapi ini tidak dan keadaan ini sangat memalukan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mengutus surat kepada pihak penganjur terhadap insiden itu.

LTdL kali ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan disertai 20 pasukan.

Perlumbaan melibatkan tujuh peringkat sejauh 1,013.9km untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650. — Bernama

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/index.php/bahasa/54862-kelantan-kecewa-bukan-nik-aziz-lepaskan-peserta-ltdl-2010