Dari kiri; Sergey, Ferinanto dan pelumba negara malaysia Shahrul Mat Amin
Persedian pihak penganjur sedikit terganggu hari ini oleh kerana Gunung Merapi sekali lagi meletus beberapa kali waktu subuh (tempatan Indonesia) dengan menghembuskan asap berdebu yang bertebangan sehingga ke arah penginapan kami. Gunung Merapi boleh di lihat dari tingkat tempat menginap antara 20km. Semua yang terlibat dan pelumba terpaksa memakai penutup hidung dan mulut (mask) bagi mengelakkan agar kesihatan tidak terganggu dari pernafasan kami di sini.Hajat Zamri Salleh tidak kesampaian apabila terbabas di bahu jalan dan beliau gagal mengawal keadaan kemudian melanggar sebatang pili bomba di tiga (3) kilometer terakhir sebelum penamat sekaligus gagal menumpaskan keupayaan Sergey yang antaranya persaing utama beliau di awal perlumbaan bagi setiap peringkat.
Zamri mengalami kecederaan sederhana di mana kepalanya menjunam terlebih dahulu di permukaan jalanraya. Impak yang kuat telah menyebabkan keretakan di bahagian hadapan helmetnya.
Bagaimanapun beliau gagah menghabiskan perlumbaan bagi memastikan pasukan negara tidak ketinggalan. Sementara itu, Shahrul Mat Amin selaku back up kepada Zamri berjaya menduduki tempat ketiga di belakang Sergey (Polygon) di tempat ke-dua (2) dan tempat pertama di miliki jaguh kebangsaan Indonesia Ferinanto yang mula kembali menjalani latihan bagi menghadapi temasya Sea Games 2011.
Ahmad Fallanie mujur tempat ke-dua (2) dalam kategori pelumba pecut untuk peringkat ini setelah berjaya mengumpul 4 mata keseluruhan dengan tempat ke-dua (2) pada zon pecutan ke-dua (2) dan ke-empat (4) pada zon pecutan ketiga.
Beliau antara pelumba yang paling agresif dalam peringkat ini dengan cubaan membuat pemisah secara solo dan kelompok mulai zero (0) km sehingga ke penamat. Tahniah Ahmad Fallanie dan juga rakan sepasukan yang lain.
Esok peringkat ke-tujuh (7) sejauh 162.5km dari Madiun ke Surabaya dengan laluan landai. Semoga pasukan terus mencatat keputusan terbaik.
No comments:
Post a Comment