Madium - Surabaya 162km
Surabaya - Cuaca amat baik hari ini dengan segala persiapan kami ke garisan permulaan begitu teratur tanpa sebarang halangan. Matlamat yang ingin di capai adalah melakukan pemisah selepas kilometer 40 kerana jarak yang akan di laluan adalah landai dan memberi laluan kepada pelumba luar untuk melakukan pemanas.
Perancangan awal berharap agar tidak terburu-buru oleh kerana masih terlalu awal dan masing-masing mempunyai tenaga (fresh). Jadi, pasukan hanya menguasai di bahagian hadapan sambil makan dan minum.
Suhu cuaca yang agak panas memperlihatkan pelumba berulang mengambil air bagi memastikan tidak dehydrate yang membolehkan pelumba lesu di peringkat seterusnya. Seawal pagi, kami mengunakan banyak ais agar air minuman yang akan di bekalkan sentiasa dalam keadaan sejuk sehingga ke penamat nanti di Surabaya.
Pelumba negara Malaysia sentiasa mengetuai kelompok hadapan dalam peringkat ini dan saya sering menerima laporan semasa melalui radio communication oleh pihak komisar di mana pelumba negara dalam cubaan membuat pemisah bersama kelompok kecil.
Ahmad Fallanie Ali antara pelumba yang mempunyai harapan yang tinggi bagi menyarung jersi pecut dengan perbezaan 6 mata di belakang sebelum peringkat ke-tujuh (7).
Attacking yang di lakukan selepas 50km pertama berhasil apabila beliau berjaya memunggut dua (2) mata pada zon pecutan pertama sambil Zamri Salleh dengan tiga (3) mata di belakang Carrera Sherwin dari Pasukan 7-Eleven Philippine.
Selepas zon pecutan pertama km67, masing-masing tidak dapat bertahan lama dan kemudiannya di telan kelompok peloton yang di asak oleh pelumba tempatan Indonesia dan juga pasukan pendahulu (yellow jersey) dan penyarung jersi pecut Santoso Budi.
Tidak lama kemudian, asakan bertubi-tubi telah meloloskan kelompok kecil menjadi kelompok pendahulu dengan Shahrul Mat Amin berjaya dengan punggutan tiga (3) mata pada zon pecutan ke-dua (2) pada kilometer 101.
Peringkat ini amat sukar untuk pelumba negara meloloskan diri oleh kerana semasa di dalam kelompok pendahulu masing-masing gagal memberi kerjasama antara mereka untuk mengekalkan purata kelajuan yang stabil selaku pendahulu.
Satu attacking melibatkan antara 13 pelumba termasuk Sharul Mat Amin telah berjaya sampai ke penamat dengan jarak antara 25 saat di belakang peloton besar itu. Sharul hanya berjaya di tempat ke-empat (4) sekaligus pasukan negara menjadi pasukan pertama dengan catatan masa terpantas hasil gabungan masa oleh Ahmad Fallanie dan Ahmad Fakhrullah Alias.
Esok peruingkat ke-lapan (8) dari Surabaya ke Jember 192.5km termasuk 11km neutralized dengan tiga (3) zon pecutan km81.9, km112.1 dan km169.9. Semoga pelumba negara selamat ke penamat dan mencipta lagi kemenangan . Tahniah dan Full Gas!
3 comments:
MACAM MASA NAK KOMANWELL GAME....BERDEGAR2 MENANG KAT AUSTRALIA.....KOMANWELL GAME HABUK PUN TARAK.......
JURULATIH PERLU TAHU MERANCANG MANA RACE YANG NAK MENANG......BUKAN SEMUA RACE KENA MENANG.....KALAU TARGET SUKAN ASIA....TUMPU PADA SUKAN ASIA.....BUKTIKAN MENANG DI SUKAN ASIA.....
Salam,
Benar. Terima kasih atas nasihat, pandangan dan sebagainya.
Selamat Datang ke dalam Berbasikal Negara Malaysia.
Anonymous,
tanya lebai google.
kah kah kah.
fairoz,
dah lama orang dalam berbasikal malaysia. pi tanya orang2 atas tu agak agak daging diorang tu empuk lagik tak kalo di rebus. umur pun dah baya pokok kelapa. berundur lah seadanya. yang kaki chai nombor jadi manager team road.
regards
zamani husin
teh tarik krew
Post a Comment