Tuesday, December 21, 2010

Melaka Tekad Untuk Berubah

Kepimpinan negeri Melaka kini bertukar wajah selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke- 33 di rumah Persatuan Berbasikal Negeri Melaka, Semabok Negeri Melaka. Di lihat kepimpinan yang baru bersedia mengharungi cabaran bagi melihat satu perubahan dan kegemilangan pelumba serta kejayaan berulang kembali.
Inilah rombakan menyeluruh sejak hampir 25 tahun (beberapa) di bawah persatuan yang setia berbakti tanda menyokong sukan berbasikal negeri Melaka yang menyahut cabaran sukan Negara Malaysia dalam persediaan menjadi pelapis kepada pelumba elit yang sedia ada.

Selain itu, kepimpinan 2010/2011-2012 akan berusaha memperbaiki dan memikirkan kebajikan pelumba terpilih untuk memberi biasiswa selama dua (2) tahun 2011-2012.


Ini adalah satu cadangan terbaik kepada pelumba junior bagi melihat akademik pelajaran perlu seiring dan sebagai kepercayaan/sumbangan kepada keluarga terhadap pembabitan pelumba yang berdaftar secara sah (berpersatuan).

Kesudian individu telah menyediakan antara dua (2) – tiga (3) buah basikal untuk kegunaan pelumba dan akan di serahkan secara pinjaman kepada persatuan negeri Melaka untuk membantu pelumba yang serba kekurangan atau tidak berkemampuan.

Di Malaysia, tumpuan basikal BMX tidak di perkenalkan di peringkat awal secara meluas di sebuah negeri jadi ini adalah salah satu penyebab skill para pelumba baik Negeri dan Negara peratusannya adalah rendah. Mujur segelintir pelumba yang sedia ada punyai kelebihan mengendali ( asas ) basikal melalui basikal bukit (MTB). Secara jujur ada yang masih lemah skill asas ini walaupun telah bergelar pelumba elit.

Oleh itu, usaha ini akan di lakukan di negeri Melaka dan satu perlumbaan BMX akan di anjurkan pada 25hb Disember 2010. Bersama menyokong dan usaha murni ini dan hindari hasad yang nyata merugikan.

“Golf pros hit balls on the range, swimmers practice with paddles on their hands, and athletes in other sports do other things that improve performance by enhancing muscle memory. Too many cyclist just ride their bikes”

1 comment:

Anonymous said...

kami bukan nak rampas kuasa atau sewaktu dengan nya....kami hanya mahu perubahan.....

sudah sampai masa....

ayoh bangun anak anak muda di persatuan negeri ngeri lain! bangkit untuk peruabahan!!

Rahim Bukit Cina
Setiausaha Sulit Timbalan President 2010-2012