Saturday, October 2, 2010

ABU SAMAH (tengah) pada sidang media di Melbourne semalam

MELBOURNE - Nama Malaysia kini semakin mendapat perhatian dunia apabila Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) telah mengiktiraf negara sebagai antara kuasa besar dalam arena sukan basikal antarabangsa.
Presiden UCI, Pat McQuaid ketika Mesyuarat Kongres UCI di Melbourne sema- lam, tanpa berselindung, melahirkan rasa bangganya dengan pelumba Malaysia yang mula mencipta kejayaan demi kejayan dalam kejohanan-kejohanan utama di peringkat tertinggi, khususnya dalam acara trek.

Kenyataan ini disahkan sendiri oleh Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab yang turut hadir pada mesyuarat sehari tersebut yang terdiri daripada anggota-anggota Jawatankuasa Eksekutif UCI itu semalam.

"Pada mesyuarat Kongres UCI tadi (semalam), Presiden UCI, Pat McQuaid telah melahirkan rasa bangganya dengan penca- paian pelumba-pelumba kita di peringkat antarabangsa.

"Ini telah meletakkan nama negara kita sebagai antara kuasa besar dalam sukan basikal dunia. Jika dulu kuasa-kuasa besar di Asia ialah Jepun dan Korea Selatan, namun kini Malaysia sudah mula tergolong dalam kalangan negara besar tersebut," kata Abu Samah pada sidang akhbar di Melbourne semalam.

Menurut Abu Samah lagi, status yang disahkan oleh Presiden UCI itu membukti- kan bahawa program latihan pelumba negara di Melbourne selama ini telah berjaya memberi pulangan besar dan ini semua adalah hasil jalinan kerjasama yang utuh di antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan juga PKBM sendiri.

"Jika dulu pelumba trek yang menjalani latihan di sini mempamer peningkatan memberangsangkan tetapi kini saya lihat pelumba lebuh raya yang dihantar tiga bulan lalu juga telah mula menunjukkan perubahan dari segi prestasi dan pencapaian," kata Abu Samah.

"Ini membuktikan bahawa PKBM tidak mensia-siakan kepercayaan (peruntukan) yang KBS berikan kepada kami untuk memastikan pelumba-pelumba trek dan lebuh raya negara mendapat pengetahuan dan pengalaman yang bernilai di luar negara.

"Cuma apa yang saya harapkan ialah pelumba skuad lebuh raya kita akan terus berusaha dengan lebih gigih supaya dapat mencatat pelbagai kejayaan dan mengukuhkan reputasi mereka sama seperti skuad trek kita, contohnya Azizulhasni (Awang) dan Rizal (Tisin)," ujarnya lagi.

Seiring dengan status yang diberikan itu, Abu Samah menambah, UCI juga bersedia memberi peluang kepada pelumba-pelumba negara memantapkan lagi kualiti yang sedia ada dengan menjalani latihan di Pusat Lumba Basikal Dunia (WTC) di Aigre, Switzer- land tidak lama lagi.

"Pusat latihan ini juga ditawarkan kepada mekanik-mekanik dan juga pengurus pasu- kan basikal negara supaya dapat mempelajari perkara teknikal dan cara-cara mendapat jemputan berlumba dalam kejo- hanan luar negara.

"Ini penting kerana jika pengurus pasu- kan sendiri kurang mahir dalam hal ini, maka jemputan untuk menyertai kejohanan-kejohanan besar bagi pasukan mereka akan terbatas," ujar Abu Samah.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Abu Samah memberitahu bahawa UCI juga sedia membantu Malaysia menganjurkan satu kejohanan jemputan pemanas badan sebelum Sukan Olimpik 2012 London sekira- nya velodrom baru bertaraf dunia siap di- bina sepenuhnya di Nilai.

"Pat (McQuaid) dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek telah pun berjumpa dan secara dasarnya bersetuju supaya velodrom baru ini harus siap sebelum Sukan Olimpik 2012.

"Sekiranya velodrom tersebut siap sepe- nuhnya, UCI sendiri bersedia memberi hak kepada Malaysia menganjurkan satu kejo- hanan jemputan pada bulan Ogos sebagai pemanas badan sebelum ke Sukan Olimpik 2012," tambah Abu Samah.

Ketika mengakhiri sidang media semalam Abu Samah sempat memberitahu: "Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih saya kepada bekas Ketua Setiausaha KBS, Datuk Yassin Salleh dan Ketua Setiausaha KBS yang baru, Datuk Mohid Mohamad di atas kepercayaan yang mereka berikan kepada PKBM."

No comments: