Saturday, November 13, 2010

Perginya Wira Emas Negara

Berbasikal: Pemenang pingat emas dalam acara 1600 meter Sukan Asia 1970 Daud Ibrahim 63 atau sapaan Pak Daud telah kembali ke rahmatullah atas nahas jalaraya di KM232.6 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Rembau, Negeri Sembilan pada 11 November 2010 antara awal pagi (1am - 2am). 

Beliau seorang yang selalu memperkatakan dalam kemajuan berbasikal Negara Malaysia ketika kami bertemu dan serta bergurau senda. Pemergiannya memberi impak dalam berbasikal Negeri Johor serta dalam pembangunan sukan berbasikal Malaysia. 

Saya mewakili rakan dan seluruh yang terlibat dalam Berbasikal Negara Malaysia ingin menyampaikan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham

Al - Fatihah

1 comment:

Bates said...

Al-Fatihah juga buat rider2 yang pernah berjasa & masih hidup. Semoga jasa mereka kepada negara bukan sahaja dikenang apabila sesudah mereka tiada.....