24hb Okt – 3hb Nov 2010
Jogjakarta - Tour d’ Indonesia (TDI) adalah salah satu perlumbaan jelajah terakhir dalam persiapan pelumba Negara Malaysia bagi menghadapi Le Tour de Langkawi 2011. Dengan jarak keseluruahan 1418 km TDI ini adalah fasa latihan di mana mereka akan menghadapi 10 peringkat dan satu KOM pada peringkat yang ke-5(lima).
Laluan TDI agak mencabar dengan jarak yang jauh dengan zone pecutan yang mana, pelumba Negara harus bertindak cepat dengan segala situasi untuk melepaskan diri dari peloton.
Di lihat dari kekuatan, pengalaman dan pendedahan, pelumba Negara mampu untuk menyarung jersi pecut (green jersey). Hingga kini (peringkat ke-5), pelumba Negara masih ketinggalan 8 mata dari penyarung jersi hijau Santoso Budi dengan 11 mata. Pelumba Negara Ahmad Fallanie di tangga ke-7 dengan 3 mata di belakang oleh pemegang.
Strategi awal adalah untuk membantu Shahrul Mat Amin untuk mengumpul mata pecut pada setiap zon pecutan dalam semua peringkat. Situasi yang begitu aggressive sedikit mengagalkan strategi kami.
Ahmad Fallanie bertindak mengejar mana-mana pelumba yang cuba melakukan pemisah sebelum zon pecutan dan juga selaku pemisah secara solo atau berkelompok jika berpeluang terlepas dari peloton.
Peringkat masih berbaki 9 zon pecutan sehingga di peringkat ke-sembilan (9) sahaja. Kita berharap, pelumba sentiasa bertindak bijak dalam segala situasi di setiap peringkat dan yang mana boleh mengagalkan pasukan luar.
Peringkat ke-empat (4) antara keputusan terbaik oleh pasukan negara dengan keputusan tempat ke-dua(2) Zamri Saleh, Ke-empat(4) Ahmad Fakhrullah Alias, Ke-enam (6) Sharul Mat Amin dan sekaligus pasukan Negara berada tempat yang pertama pada peringkat berkenaan.
Saya berharap, kejayaan akan di capai pada peringkat seterusnya walaupun mereka berhadapan kesukaran dengan pelumba-pelumba tempatan Indonesia yang sentiasa agrasif selepas zero kilometer di lepaskan dengan melakukan attack secara bertubi-tubi untuk mereka meloloskan diri sampai ke garisan penamat secara solo atau bergabung antara negeri mereka.
Peringkat ke-lima (5) adalah peringkat yang paling mencabar dengan laluan berbukit yang mana pelumba akan menghadapi dua(2) zon KOM di kilometer 84 (Alt; 1059 m) dan kilometer 89.1 (Alt; 1013 m) di kawasan Monumen Selo dan akan tamat di Jogjakarta antara 22km dari Gunung Merapi.
Gunung Merapi telah muntah dan pihak penganjur mengambil keputusan Peringat ke-lima (5)di batalkan. Bencana ini mengakibatkan antara 20-30 kematian sementara 200 yang masih hilang mengikut sumber perkembangan di sini. Semua yang terlibat berkabung dengan mengikat tali reben hitam di lengan kanan dengan kayuhan Peduli Merapi 10km pertama kemudian menaiki bas, pelumba berkayuh semula berbaki antara 5km ke penamat bagi menyambut segala persiapan yang di berikan oleh pihak penganjur sementara hadiah wang untuk peringkat ini akan di sumbangkan kepada pihak mangsa Gunung Merapi.
Esok, peringkat ke-enam(6) sejauh167.2km serta neutralized 12.2km keseluruhan 179.4km dari Jogkarta ke penamat di Madiun dengan tiga (3) zon pecutan pada KM 51, KM100.5 dan KM134.9.
Ucapan Takziah;
Penjaga Kunci Gunung Merapi Mbah Maridjan turut terkorban dalam keadaan posisi sujud di rumahnya. Saya mewakili pihak Berbasikal dan Negara Malaysia mengucapkan takziah buat semua mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment