Friday, December 24, 2010

Sepucuk Coretan Harungi Berbasikal Negara Malaysia


Sempena hari lahir pada 6hb Disember 2010 yang lalu, saya di datangi sepucuk email dari seorang guru yang sentiasa mengikuti perkembangan berbasikal Negara Malaysia. Beliau sering memberi nasihat, kata semangat seperti rakan yang lain dan saya begitu terharu sehingga beliau memgambil masa beliau untuk melahirkan sebuah coretan tentang penglibatan saya kepada berbasikal Negara Malaysia.

Saya juga ingin berkongsi kata-kata di bawah bersama rakan semua serta menghayatinya.

P          Pada  usia meniti  masa yang  belum ada nokhtahnya
E          Engkau rangsangkanlah segala kudrat
S          Segarkanlah semerbak setangi syukur
A          Agar terjelma limpahan
N          Nikmat  rahmat  kurniaan yang tidak terhitung terus bersambung
A          Anugerah Pencipta Maha Perkasa
N          Nescaya di hatimu nanti


B          Bakal bersemadi  ketenangan dan kebahagiaan hakiki
U          Untuk mengemudi bahtera hidup sebagai
A          Azimat suci sang nakhoda
T          Tatkala mengangkat sauh melayari samudera  luas.

K          Kendati pun,

A          Alunan gelombang badai  menongkah
N         Nantinya  pasti mengundang resah
A          Anggaplah segalanya hanyalah ujian Allah
K          Kepada hambamu bagi mengangkat
A          Alas-alas berdebu
N         Nan lama bertapuk di dasar kalbu
D         Dimensi suram yang sudab wajar ditukar
A          Anjakan minda menjurus ke ufuk maya


F          Fikirkanlah, wahai anakanda yang dikasihi
A          Amat besar amanah terpikul di pundakmu
I          Ibarat  tali temali  kukuh         
R          Rangkulan teguh pada simpulan layar bahtera
O         Oleh siap siaga sang awak-awak
Z          Zahirnya sederap meraih patuh pada tuannya tiap ketika.

I          Impianmu yang tinggi pastikan dahulu  melewati
Z          Zun fikiran manusia yang kurang cerdik akal budinya
N         Nilai tulus hatimu sejernih embun pagi
I          Itulah maharnya sehingga  memungkinkan visimu menjadi reality

Semoga sedikit sebanyak coretan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua erti hari-hari yang kita tempuhi yang mana akan berbagai onak dan rintangan serta bersedia mengharungi halangan walaupun ia perit jerih sekali. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat pengirim ini atas kesudian ingin bersama memajukan sukan berbasikal Negara Malaysia. Maju!

"Kemenangan yang bersih pasti akan datang kelak dan bukan dari kemenangan permainan politik yang kotor serta jijik( hasad etc). Majulah Sukan Untuk Negara Malaysia".

No comments: