Daripada SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my
MELBOURNE - Skuad lebuh raya basikal negara menerima suntikan baru menjelang saingan musim 2011 nanti selepas jurulatih baru, Graham Seers akan memulakan tugasnya awal Januari tahun depan.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PK- BM), Abu Samah Wahab menjelaskan, kehadiran jurulatih dari Australia itu adalah untuk memantapkan lagi cabaran skuad negara yang ketika ini kehilangan beberapa pelumba berkualiti yang menyertai Pasukan Lumba Basikal Terengganu (TCT) bermula pada Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
Abu Samah turut menjelaskan, Seers yang pernah melatih skuad negara pada Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, akan membuat keputusan mengenai pelumba negara sama ada terus menjalani latihan di Melbourne tahun depan atau kembali ke tanah air.
"Besar kemungkinan jurulatih baru, Graham Seers akan melatih skuad lebuh raya negara pada Januari 2011. Secara dasarnya beliau telah bersetuju untuk melapor diri pada awal Januari tahun depan.
"Skuad lebuh raya kita akan di- kendalikan sendiri oleh Seers dan beliau akan tentukan sama ada pelumba-pelumba lebuh raya kita akan pulang semula ke Malaysia atau terus menjalani latihan di sini (Melbourne)," kata Abu Samah ketika ditemui semasa kunjungan ke kediaman pelumba trek negara, Azizulhasni Awang di Melbourne semalam.
Abu Samah turut menambah bahawa keputusan menghantar pelumba negara menjalani latihan di bawah penyeliaan John Beasley selama tiga bulan di Australia telah menampakkan hasil yang memberangsangkan menerusi peningkatan prestasi yang dipamerkan pada perlumbaan di negara tersebut.
"Saya rasa pelaburan yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi dana RM1.5 juta telah berjaya membuahkan hasil dengan peningkatan yang ditunjukkan oleh pelumba kita yang menyertai lati- han di Australia," kata Abu Samah.
"Saya amat berterima kasih kepada KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN) yang telah bersetuju memberi kami peruntukan terse- but untuk tiga tahun lagi bermula 2011 hingga 2013."
Begitupun, Abu Samah mengakui bahawa taraf pelumba lebuh raya negara masih jauh ketingga- lan berbanding dengan pelumba- pelumba dari Asia dan sebagai cara untuk meningkatkan lagi kualiti pelumba negara, kejohanan lumba basikal selama satu hari akan diperbanyakkan lagi pada tahun depan.
No comments:
Post a Comment