Pelumba ketika moto dalam acara cross selepas kelayakan ujian masa perseorangan trek Ayer Keroh Melaka
Julung-julung kali saya dan rakan mengambil kesempatan menghadiri perlumbaan basikal BMX di Taman Rekriasi Ayer Keroh pada 25hb Disember 2010. Ini adalah kali pertama saya melihat secara langsung acara ini yang di anjurkan oleh Naib Presiden Berbasikal Negeri Melaka En. Baharudin atas usaha beliau sejak sekian lama apabila impiannya gagal untuk menyenaraikan acara BMX ke Sukan Malaysia (Melaka) 2010.
Walaupun acara ini tidak mendapat sambutan yang mengalakan ketika itu, tetapi beliau terus berdiri berseorangan (dengan dana sendiri) untuk melihat acara BMX terus di minati dan di ceburi oleh peringkat muda atau pelapis.
Tertarik dan menyedari usaha ini kami berharap BMX akan di jadikan salah satu program berbasikal dibawah pihak berwajib kerana ia begitu penting ( pendapat saya ) kerana di sinilah lahirnya jaguh-jaguh dunia seperti yang di tunjukan oleh negara luar China, Austarlia, Perancis, Amerika dan sebagainya.
Di harap berwajib dapat membangkitkan pekara ini untuk mencapai fokus jarak jauh kerana ilmu/asas ini perlu di bentuk dari sini bukan di didik atau di bentuk semasa di peringkat kebangsaan.
Saya difahamkan hanya ada dua (2) trek/ BMX di Malaysia iaitu di Damansara (semen) dan Ayer Keroh Melaka.
Secara jujur skill mengendali basikal samaada acara trek dan lebuhraya oleh pelumba di peringkat bawahan adalah rendah. Saya percaya penglibatan mereka di peringkat negeri kepada acara BMX ini pasti memberi hasil yang sangat baik untuk jangka masa yang panjang dengan kos pembelian sebuah basikal BMX antara RM450(standard) dan RM1800 bagi supercross.
Ia juga boleh di jadikan sebagai supplement kepada acara trek dan lebuhraya selain terus serius kepada acara BMX.
Pengajuran yang lalu di sertai oleh beberapa pelumba yang telah lama berkecimpung dalam arena berbasikal trek dan lebuhraya. Skill dan "hati kering" sudah pasti boleh di bentuk dalam masa enam (6) hingga setahun.
Selain itu ia dapat menarik perhatian bagi mereka yang berminat berbasikal BMX dan juga berbasikal ini boleh di perbagaikan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi Sea Games dan Sukan Olimpik.
Gambar kanan: Nurul Ahmar pelumba projek Majlis Sukan Negara ketika menyertai acara cross BMX sebagai supplement serta sokongan beliau terhadap berbasikal Negara Malaysia.
Melihat dengan penuh serius Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka En. Thomas yang hadir ketika itu sehingga di akhir acara beliau telah bersetuju serta menyokong untuk memberi bantuan untuk pembanggunan sukan basikal BMX ini untuk terus di anjurkan.
Selaku Presiden BMX En. Baharudin telah merancang agar acara supercross BMX akan di adakan setiap bulan pada tahun hadapan. Semoga impian beliau terlaksana dan mendapat kerjasama yang baik oleh ahli tertinggi dalam misi melahirkan jaguh serta sebagai industri berbasikal Negara Malaysia.
Tahniah di ucapkan
5 comments:
Bagus BMX ni diketengahkan di Melaka. Ada minat tapi tak ada 'proper place' nak main tak guna jugak. Saya bermain BMX street/park juga berminat dengan bmx race ni. kalau ade skatepark berskala besar yang sesuai dengan BMX park lagi bagus, dapat kita kembangkan sukan BMX di melaka. Apa-apa pun macam mana nak join race ni? kena nak join persatuan apa-apa?
thanks.
Salam Bro Khairin,
Kalo2 free. Jom minggu ni kita berjumpa bincang sama. Kami cadang nak pergi track supercross ni kat Melaka. Sabtu petang dan Ahad pagi.
Mungkin dari situ kita boleh sama2 kembangkan BMX baik dari segi supercross mahu pun flatland ataupun park.
Wan 50 Cent
Salam,
Khairin terima kasih sudi layari blog ini dan saya mengucapkan selamat datang dalam dunia berbasikal Negara Malaysia. Soalan awak boleh di jawab oleh rakan saya yang akan mengendali arena BMX ini bersama Tuan Presiden BMX Melaka. Sms or call Isma Rizuan Esa 012 - 285 5284.
Thanks to Wan 50 cent. Maju BMX!
Alhamdullilah ada juga yang ingin sambung perjuangan saya dulu..5 tahun saya cuba maintain untuk menjayakan bmx race di bandar utama damansara tapi tidak membuahkan hasil. Akhirnya trek tu sudah hampir tiada pengunjung memandangkan saya pula dah sibuk bekerja...Teruskan usaha untuk menaikkan scene bmx race di Melaka.. Saya akan sentiasa menyokong usaha anda sekalian.. Andai kata memerlukan bantuan boleh hubungi saya di ub_bmxrace@yahoo.com atau rusydiakmal@yahoo.com....0173878438
Salam Rusydi,
Terima Kasih sudi ke ruangan ini. Walaupun BMX ini baru bagi saya dan rakan akan tetapi kami akan cuba usahakannya sebaik yang mungkin.
Sudi kita semua memberi cadangan dan meneliti pekara atas kelemahan lalu (BMX).
Saya percaya jika ada pertunjukan dan perlumbaan sudah tentu BMX ini akan maju seperti pelumba trek dan lebuhraya.
Minggu lalu kami di melaka dan saya serta rakan telah kenal pasti kelemahan BMX.
Maju BMX
Post a Comment