Monday, February 22, 2010

Gigihnya Jaguh vs Hasil Jagung


Gambar 1: Jaguan Negara

The Poket Roket Man telah di anugerah atlit terbaik SAM 100 Plus Award 2010. Sejurus kejayaan ini juga telah melihatkan level sukan berbasikal Negara Malaysia diberi pengiktirafan di antara sukan-sukan di Malaysia. Kejayaan demi kejayaan selama ini berbaloi hasil usaha beliau yang inginkan sukan berbasikal terus maju ke depan.

Keringat semua pihak dan pelumba terdahulu atau generasi lama perlu di ambil kira kerana tanpa kerjasama serta pencapaian terdahulu sama sekali tidak akan di pandang dan di beri bantuan jika tiada pencapaian oleh semua generasi lalu seperti Datuk Ng Joo Ngan, M.Kumaresan, N. Affandy Rosli, Daud Ibrahim serta rakan domistik yang membantu kejayaan mereka. Tanpa ilmu serta pengalaman yang di turunkan ia tidak mudah untuk berbasikal berjaya seperti anda lihat hari ini.

Ia memakan masa yang begitu lama antara 50 tahun yang lalu. Berbagai permasalahan, perbalahan serta kritikan yang berlaku yang anda tidak ketahui(peminat sukan tanah air)untuk menghasilkan Azizul Hasni Awang. Percubaan dan pertukaran(lokasi latihan, pelumba etc) selama ini adalah satu pembangunan yang terpaksa di lakukan. Hasilnya kini amat berbaloi akan tetapi berbasikal perlu bersedia untuk menghasilkan lebih ramai pelumba seperti Azizul.

Percayalah suatu hari nanti berbasikal negara Malaysia akan menjunam jika berbasikal negara asyik dengan satu TUMPUAN sahaja. Contoh kejayaan bermula antara tahun 1970 oleh Datuk Ng Joo Ngan dan Daud Ibrahim, selepas itu beberapa rakan lain seperti Lee Robert yang telah sedaya memecahkan rekod 11 tahun 4km ITT pada tahun 2001 milik M. Kumaresan pada Sea Games 2001, Josiah Ng yang mula bangkit pada tahun 2002 untuk pingat perak Asia Games Busan dan Doha Qatar 2006 serta buat pertama kali dalam sejarah negara dengan pencapaian terbaik memenangi pingat perak dan gangsa oleh Azizul dan Rizal Tisin di World Championship 2009.

Gambar 2: M. Kumaresan semasa kegemilangannya dan salah seorang pelumba serba boleh.

Selain sukan bola sepak, perlu di ingatkan juga sukan berbasikal adalah sukan yang diminati ramai oleh semua peringkat umur dan di sertai seluruh dunia. Tidak seperti sukan-sukan yang lain di mana sukan itu hanya tertumpu oleh beberapa negara. Anugerah yang di sanjung oleh Azizul Hasni adalah tepat dan benar.

Diharapkan kejayaan ini akan memberi suntik cemburu kepada semua pelumba negara baik dari peringkat negeri, serantau, pelapis kebangsaan serta rakan-rakan elit yang lain untuk mengikuti jejak kecemerlangan yang telah di buktikan. Tiada perkara mudah untuk di capai seperti beliau tunjukan bagi memartabatkan sukan berbasikal negara berada pada kedudukan terbaik di kalangan sukan-sukan di Malaysia.

Pelumba-pelumba sekarang perlu mengambil peluang yang ada kerana dengan kejayaan ini pihak kerajaan akan membantu dana semaksimum yang mungkin untuk menghasilkan produk sebegini pada masa akan datang. Peluang ini jangan di persiakan kerana anda akan kerugian suatu hari nanti. Jadilah yang luar biasa anda akan terkejut dengan hasilnya dan jika anda seperti biasa anda pasti mendapat hasilnya yang biasa-biasa serta sia-sia.

Bersama lahirkan lebih ramai jaguh dari jagung yang akan dicampak ke tanah begitu sahaja. Bagaimana jaguh di hasilkan adalah dari benih usaha kemahuan dalam diri sendiri. Hasil kegagalan adalah berpunca dari sikap tidak mahu berusaha dan bertanya. Jaguh akan di kenangan dalam sejarah sukan berbasikal khususnya serta menjadi bualan pada setiap masa sehingga ke generasi akan datang.

Harapan berbasikal akan sentiasa berdoa agar kejayaan para pelumba di lihat dengan lebih consisten pada setiap masa. Mudahan pingat emas pertama Sukan Olimpik dapat di lunaskan dari Sukan Berbasikal atau setidaknya sebarang pingat yang di cipta oleh Sukan Badminton. Basikal Boleh Basikal Boleh.

* Mohon maaf jika sebarang penyampaian di sini tergelincir dari fakta sebenar dan sila berkongsi komen anda(jika perlu)untuk menjelaskan kepada generasi masa kini.

Terima Kasih.

Friday, February 19, 2010

‘Selamat Tinggal’ kepada Sukan Olimpik London 2012


Untuk berbasikal Negara: Tumpuan perlu kepada Pelapis Kebangsaan bagi meneruskan kesinambungan dan usaha menyalurkan prestasi cemerlang ke peringkat Elit Kebangsaan.

KBS selamat PKBM

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
2010/02/19
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JAGUH lumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang dan barisan pelumba lain boleh mengucapkan ‘Selamat Tinggal’ kepada Sukan Olimpik London 2012 lebih awal jika tidak kerana usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membebaskan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) daripada terus dibelenggu hutang penganjuran Le Tour de Langkawi 2009 (LTdL) sebanyak RM4.5 juta.
Kesudian KBS melunaskan hutang dengan syarikat kontraktor LTdL yang terbabit membolehkan PKBM menarik nafas lega kerana mereka berkemungkinan bakal berdepan tindakan undang-undang jika perkara itu diheret ke mahkamah. Presiden PKBM, Abu Samah Wahab berkata, Jika perkara itu berlarutan, PKBM juga sudah pasti tidak akan terlepas daripada dikenakan hukuman penggantungan oleh badan induk sukan berbasikal antarabangsa UCI yang sekali gus menyebabkan peluang pelumba negara ke Sukan Olimpik London akan terjejas. “PKBM menganjurkan LTdL 2009 dengan bajet RM7.5 juta namun kos penganjuran meningkat sehingga RM12 juta yang menyebabkan kami berhutang dengan kontraktor sebanyak RM4.5 juta.

Malah kami juga tidak berjaya mendapatkan penajaan untuk menampung kos itu.

Bagaimanapun hasil perbincangan dengan KBS, mereka setuju untuk membayar hutang berkenaan. “Jika kami gagal membayar hutang itu, kemungkinan kontraktor terbabit akan mengambil tindakan undang-undang dan jika itu berlaku dan PKBM diisytiharkan muflis, PKBM boleh dibatalkan dan kami boleh tutup kedai.


Bila kami tutup kedai, pelumba tidak ada tempat untuk bergantung dan program Road to London tidak akan menjadi seperti yang diharapkan,” katanya pada majlis ramah mesra bersama media LTdL 2010 yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif, LTdL 2010, Mohamed Salleh semalam. Bagaimanapun PKBM terselamat apabila KBS yang mengambil tugas sebagai penganjur LTdL tahun ini yang akan bermula 1 hingga 7 Mac, setakat ini sudah membayar hampir 95 peratus hutang tertunggak itu. Malaysia menaruh harapan untuk meraih pingat emas di temasya Olimpik London menerusi pelumba Keirin nombor satu dunia, Azizulhasni yang mengetuai barisan pelumba harapan yang lain iaitu Mohd Rizal Tisin, Mohd Edrus Md Yunos, Junaidi Mohammad Nasir dan Josiah Ng.

Sementara itu, mengulas mengenai kegagalan LTdL 2010 menarik penyertaan banyak pasukan Pro Tour, Abu Samah berkata ia berlaku disebabkan perubahan tarikh perlumbaan pada Mac. “Banyak perlumbaan di Eropah sudah bermula pada bulan Mac yang menyebabkan banyak pasukan Pro Tour tidak dapat mengambil bahagian.

Jadi saya berharap KBS pada masa akan datang akan memohon untuk menganjurkan perlumbaan ini pada Januari hingga awal Februari bagi menarik penyertaan pasukan Pro Tour ke LTdL,” jelasnya. Setakat ini hanya satu pasukan Pro Tour iaitu Footon Servetto dari Sepanyol berada dalam senarai 20 pasukan yang akan beraksi dalam jelajah berbasikal LTdL 2010.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KBSselamatPKBM/Article

Thursday, February 18, 2010

Projek ITT untuk Kimberly Yap


Gambar 1: Kim ketika era Triathlon

Dari seorang perenang ke triathlon dan kini menjadi seorang pelumba road women individu time trial bagi menyarung jersi negara ke Asian Games 2010 dan juga Sukan Komanwel New Delhi 2010. Kimberli Yap Fui Li pemenang pingat emas Triathlon Sea Games Manila 2005 bertukar arah untuk sepenuh masa dalam acara ITT untuk Negara Malaysia. Beliau yang telah menjalani pembedahan slip disc pada 2009 serta berehat panjang membuatkan dirinya perlu menjalani latihan berganda bagi membolehkannya berada pada prestasi yang membanggakan.

Setelah pulih dan di benarkan menjalani latihan, beliau mula mengasak dirinya agar tidak ketinggalan dan sentiasa tepat pada masa yang di janjikan. Seorang yang rajin dan memberikan 100% tumpuan pada latihan dan tidak mudah melatah malah sudi menerima ilmu baru untuk terus berjaya. Sikapnya yang bersungguh membuatkan prestasinya makin meningkat dengan ujian physio yang di kendalikan oleh Abraham ISN serta Behrad sebagai instraktor gym ISN.

Beliau mendapat maklum balas yang baik dari pihak kendaliannya oleh kerana kesungguhan yang di beri malah ia telah membuktikan kayuhannya semakin berkualiti dengan ujian yang di berikan.

Terbaru dalam sessi ujian 21.6km ke putrajaya beliau telah membuktikan kayuhan bertenaga dengan mencatatkan 32 minute 06 saat dengan kepantasan 40.3738 kmh. Ia adalah ujian pertama baginya dan beliau akan di hidangkan dengan latihan SE untuk membantu ketahanan otot yang lama serta menstabilkan retak kayuhan yang consisten beliau supaya purata kelajuannya sebaris dengan para pelumba wanita Asia terlebih dahulu.

Usaha pembangunan kekuatan Power Watt kaki beliau semestinya menu utama dalam menghasilkan kayuhan BIG GEAR dengan mudah dan tenang. "Core Session" adalah makanan harian yang perlu di lakukan olehnya untuk extra latihan jika beliau ingin berada di atas podium serta di landasan dikalangan terbaik Asia. Ia tidak semudah seperti yang di huraikan akan tetapi komitmen harian adalah punca utama projek ini akan berjaya.

Selain meningkatkan kekuatan kakinya di laluan berbukit beliau juga di bekalkan latihan Ergo ATS di MSN. Peringkat pertama Kim perlu melakukan keputusan terbaik semasa Asian Cycling Championship April ini. Masa yang singkat untuk melihat beliau terus berjaya dengan misi ini sama sekali tidak pernah putus oleh kerana sikapnya ingin MAJU dan projek ini juga berharap Kim menguasai langkah pertama dengan purata kelajuan antara 43kph dalam ujian semasa latihan dan acara sebenar.

Berharap dengan usaha serta pertolongan semua pihak yang terlibat dapat membantu beliau kearah melayakan diri ke Sukan Asia dan Komanwel 2010.

Saturday, February 13, 2010

Selamat Tahun Baru Cina 2010


Selamat Tahun Baru Cina (CNY) 2010 kepada rakan-rakan serta semua yang menyambutnya. Semoga bergembira di samping keluarga tersayang. Kepada mereka yang mengambil dan mengunakan kesempatan pulang bercuti CNY ini, Utamakan keselamatan jalanraya dan pandulah dengan cermat jiwa selamat. Ingat orang tersayang dan semoga selamat sampai ke distinasi anda semua.
Raya! Raya! Gong Xi Fat Choy !

Sunday, February 7, 2010

Perginya Wira Negara

Baru sebentar, kita semua telah di tinggalkan oleh bekas jurulatih Negara Alwi Ahmad atau di kenali Pak Alwi di rumah kediamannya di Keramat Kuala Lumpur. Perginya satu kehilangan besar buat sukan berbasikal negara dengan ilmu dan kejayaan yang telah di capai sejak tahun 1950-an. Banyak pembangunan di bentuk olehnya bagi melihat anak didiknya berdiri megah di atas podium dengan nyayian NegaraKu.

Arwah mengalami stroke sejak beberapa tahun lalu dan hanya terlantar sepi di atas katil rumah yang di bantu isteri dan ahli keluarga. Pengorbanannya tidak terhingga buat negara Malaysia. Tiada kata kata selain mengucapkan jutaan terima kasih atas segala usaha murni beliau dan jutaan doa kepada arwah Pak Alwi.

Salam takziah buat ahli keluarga dan kami doakan roh arwah tenang dan di cucuri rahmat. Amiin.

Al Fatihah.

Tuesday, February 2, 2010

Wira Negara 70's Di Anugerah

Sempena Hari Wilayah 2010, salah seorang bekas pelumba Kebangsaan Negara Malaysia dan pemenang pingat emas Sukan Asia telah mendapat gelaran Datuk. Beliau di maksudkan Ng Joo Ngan. Atas segala jasa bakti beliau telah di iktiraf oleh Kerajaan Wilayah Persekutuan bagi membalas jasanya selama ini.

Beliau antara orang kedua(setahu saya) pelumba berbasikal menerima anugerah ini selepas Dato Abdul Malik Mydin(bekas pelumba dan perenang Selat Inggeris). Di harapkan, anugerah ini dapat memberi suntikan positif kepada pelumba pelumba negara atau berbasikal untuk berusaha membangunkan sukan berbasikal serta berjasa untuk negara Malaysia.

Tahniah Datuk Ng Joo Ngan.