Friday, July 31, 2009

Berbasikal. Mini Olimpik

Acara berbasikal Sukan Mini Olimpik akan di adakan di Putrajaya 5hb-6hb Ogos 2009 dan Velodrom Kuala Lumpur 7hb-8hb Ogos 2009.

HARI PERTAMA
TARIKH : 5 OGOS 2009 (RABU)

MASA NO ACARA ACARA KATEGORI PERINGKAT
9:00 pg 30 KM Uji Masa Perlumbaan P/Raya Perseorangan Wanita
9:45 pg 40 KM Uji Masa Perlumbaan P/Raya Perseorangan Lelaki
11:00 pg Penyampaian Hadiah Uji Masa Perlumbaan J/Raya
HARI KEDUA
TARIKH : 6 OGOS 2009 (KHAMIS)

MASA NO ACARA ACARA KATEGORI PERINGKAT
9:00 pg 160 KM Perlumbaan Jalan Raya Lelaki
3:00 ptg 110 KM Perlumbaan Jalan Raya Wanita
6:00 ptg Penyampaian Hadiah Perlumbaan Jalan Raya
SUKAN : BERBASIKAL
TEMPAT : VELEDROM CHERAS, KUALA LUMPUR
HARI KETIGA
TARIKH : 7 OGOS 2009 (JUMAAT)

MASA NO ACARA ACARA KATEGORI PERINGKAT
9:00 pg 200 M Uji Masa Kelayakan Pecut Lelaki dan Wanita - 8 pelumba layak ke peringkat Separuh Akhir
10:00 pg 3 KM Kejar Mengejar Perseorangan Kelayakan Wanita
4 KM Kejar Mengejar Perseorangan Kelayakan Lelaki
11:00 pg Team Sprint Kelayakan Lelaki
12:00 tgh 4 KM Kejar Mengejar Berpasukan Kelayakan Lelaki
3:00 ptg 200 M Pecut 1/4 Akhir Lelaki
200 M Pecut 1/4 Akhir Wanita
4:30 ptg 24 KM Point Race Wanita Akhir (72 lap)
5:30 ptg Penyampaian Hadiah Point Race Wanita
HARI KEEMPAT
TARIKH : 8 OGOS 2009 (SABTU)

MASA NO ACARA ACARA KATEGORI PERINGKAT
9:00 pg 3 KM Kejar Mengejar Perseorangan Wanita Tempat 3 / 4
3 KM Kejar Mengejar Perseorangan Wanita Tempat 1 / 2
4 KM Kejar Mengejar Perseorangan Lelaki Tempat 3 / 4
4 KM Kejar Mengejar Perseorangan Lelaki Tempat 1 / 2
9:40 pg Penyampaian Hadiah 3 KM Kejar Mengejar Wanita
Penyampaian Hadiah 4 KM Kejar Mengejar Lelaki
10:00 pg 200 M Pecut Akhir Wanita Tempat 3 / 4
200 M Pecut Akhir Wanita Tempat 1 / 2
200 M Pecut Akhir Lelaki Tempat 3 / 4
200 M Pecut Akhir Lelaki Tempat 1 / 2
10:50 pg Penyampaian Hadiah 200 M Pecut Wanita dan Lelaki
11:10 pg Kerin Pusingan Pertama Lelaki
12:00 tgh 4 KM Kejar Mengejar Berpasukan (Akhir) Lelaki Tempat 3 / 4
4 KM Kejar Mengejar Berpasukan (Akhir) Lelaki Tempat 1 / 2
12:30 ptg Penyampaian Hadiah 4 KM Kejar Mengejar Berpasukan Lelaki
3:00 ptg Kerin Pusingan Kedua / Repecharge Lelaki
3:30 ptg Team Sprint (Akhir) Lelaki Tempat 3 / 4
Team Sprint (Akhir) Lelaki Tempat 1 / 2
4:00 ptg Penyampaian Hadiah Team Sprint Lelaki
4:20 ptg Keirin Lelaki Akhir
4:45 ptg Penyampaian Hadiah Keirin Lelaki
5:00 ptg 40 KM Point Race Lelaki Akhir
6:10 ptg Penyampaian Hadiah 40 KM Point Race Lelaki

http://www.miniolympic2009.com.my/cy.htm

Saturday, July 25, 2009

Presiden baru berbasikal Kuala Lumpur 2009

Dalam kesibukan dan bisik bisik kita bercakap mengenai pelumbaan terulung di dunia Tour De France dari channel astro 814 pada setiap malam, lain pula dengan perubahan structure baru persatuan berbasikal Kuala Lumpur.

Nampaknya hasrat anak muda atau bekas pelumba kebangsaan Jaya 98'Datuk Abdul Malek Mydin (perenang selat English 2002) telah di tabalkan menjadi presiden PBKL. Perancangan dan impian yg ingin di majukannya oleh beliau adalah sangat mulia dan patut di contohi serta saling bantu membantu bagi membangunkan sukan berbasikal negara.

Memang betul katanya jika tidak di lakukan dari sekarang bilakan lagi kita ingin mencari bakat baru serta mencari pengganti Azizul Hasni Awang serta beberapa pelumba elit negara.

Strategi dan perancangan oleh beliau adalh untuk menghidupkan semula Velodrom yang usam lagi kusam sejak sekian lama. Dengan tiadanya kekuatan dan idea baru sudah tentu sukan berbasikal itu akan lemah jika tiada usaha dan semangat atau jiwa seorang pencinta berbasikal negara.

Kita sedia maklum berbagai tanggapan dan pandangan terhadap pencaturan baru ini, tetapi semua pihak perlu melihat berbagai sudut sebelum menilai dan pandang diri kita sendiri jika hendak menuduh secara emosi yang negatif.

Apa2 pun yang sedia ada, kita sama2 membantu memberi idea dan mencantikannya dengan pandangan positif. Berikan peluang ruang kepada usaha orang muda atau pihak orang lama yang berfikiran kesukanan bukan politik semata mata.

Lumrah khabar angin tuduh menuduh adalah sikap yang sering berada di dalam sesetengah masyarakat kita walhal dirinya hanya kosong dengan tiada berbuat baik dan berusaha. Hanya ingin melihat seseorang yang bukanya rakan karibnya untuk di jatuhkan dan merana.

Jika sikap ini berterusan sudah tentu ia akan menghancurkan sukan ini dan juga membudayakan sifat2 negatif kepada anak muda serta pelumba negara. Usaha yang di tunjukan oleh Datuk MM dan rakan berbasikal sgt bijak. Kami pencinta berbasikal negara berharap impian beliau akan tercapai dan berjaya. Jutaan TAHNIAH Dato' Malek Mydin dan rakan.

Wassalam.

Saturday, July 4, 2009