Tuesday, February 24, 2009

LE TOUR De LANGKAWI 1996-2009




Perlumbaan ini diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Pertama kali diadakan pada tahun 1996 dengan 12 peringkat. Namun mulai 2002, ia dikurangkan kepada 10 atas permintaan UCI. Pencapaian para pelumba basikal di acara ini tidak diambil kira dalam ranking dunia.

Le Tour de Langkawi (bahasa Perancis bermaksud "Melancong ke Langkawi") merupakan acara lumba basikal tahunan yang dianjurkan oleh Malaysia. Nama ini dipilih kerana perlumbaan ini bermula di pulau Langkawi, Kedah. Lumba basikal ini melibatkan beberapa tempat di seluruh Semenanjung Malaysia dan merupakan sebahagian daripada UCI Asia Tour.

Le Tour de Langkawi ini merupakan sebahagian daripada acara memanaskan badan bagi para pelumba profesional sebelum kembali berlumba di benua Eropah.


Sejarah

Le Tour de Langkawi 2004 (LTdL 2004) pemilik LTDL Wan Lokman Ibrahim telah menjual LTDL ini kepada Simon Donnellan (nama islam Imran Abdullah) merupakan medan perlumbaan basikal yang diiktiraf sebagai yang ketiga terbesar di dunia, selepas Le Tour de France dan Giro de’ Italia. 147 pelumba basikal dari 21 pasukan melalui jarak kayuhan 1250.9 kilometer, merentasi negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Tawaran hadiah wang tunai RM1.6 juta.

Le Tour de Langkawi 2005 bermula di pulau Langkawi pada 28 Januari 2005 hingga 6 Februari 2005 melalui beberapa tempat di pantai barat, pantai timur dan selatan Semenanjung Malaysia.

LTdL 2005 merupakan lumba basikal keempat berprestij di dunia selepas Tour de France, Vuelta d'Espania dan Giro d'Italia.

Ranking lumba basikal ini hanya 2.6 hors pada 1996. Tetapi 2005 meningkat kepada 2.0 hors oleh Kesatuan Basikal Antarabangsa ( UCI). Kini diiktiraf sebagai lumba basikal utama di Asia dan setaraf dengan lumba basikal di Eropah.

LTdL melibatkan 140 pelumba dari 20 pasukan beraksi dan akan berkayuh di laluan landai, mendaki bukit, merempuh halangan angin kuat dan juga memecut di garisan penamat.

LTdL 2005 dianjurkan oleh syarikat swasta First Cartel Sdn Bhd dengan Telekom Malaysia selaku penaja utama bersama Proton,Tourism Malaysia, MAS, Genting Berhad, Petronas, Nestle dan Naza Kia.

LTdL 2005 terbahagi kepada 10 peringkat dengan jarak dan kesukaran yang berbeza-beza sejauh 1,282.6 km merentasi sembilan buah negeri.

Tour de Langkawi 2008 merupakan Tour de Langkawi edisi ke-13. Perlumbaan basikal bertaraf antarabangsa dan terbesar di Asia ini bermula pada 9 Februari, 2008 di Alor Star, Kedah dan tamat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 17 Februari 2008. Perlumbaan ini tidak lagi bermula di pulau Langkawi Geopark.


Perlumbaan ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Persekutuan Lumba Basikal Kebangsaan Malaysia (MNCF), Union Cycliste Internationale (UCI) dan Pertubuhan Lumba Basikal Asia (ACC).

Kali ini tidak ada perlumbaan mendaki ke puncak Genting kerana ia sangat mencabar kepada pelumba tempatan. Sebaliknya tumpuan kepada laluan rata dan landai serta lurus.

Tour de Langkawi 2009 atas kekurangan dana dan sponsorship penganjur terpaksa memendekan jelajah berperingkat ini kepada 7 peringakat sahaja. Dana RM7.5 juta berbanding RM25.5 juta pada 2007 and RM22 juta pada 2008.

Tour de Langkawi 2009 merupakan acara tahunan edisi ke-14 kayuhan basikal yang diadakan di Semenanjung Malaysia. Kali ini laluan kayuhan basikal agak terhad di Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan ,sedikit laluan di Pahang dan sedikit laluan di Johor. Kejohanan ini kekal berstatus "hors classe", setaraf dengan jelajah terulung dunia seperti Tour de France, Giro d Italia dan Vuelta a Espana.

120 pelumba handalan dunia mewakil 20 pasukan dari 35 negara, dari 9 hingga 15 Februari 2009. Malaysia membariskan 15 pelumba utama negara yang mewakili tiga pasukan iaitu pasukan kebangsaan, MCF Continental dan Le Tua.Pasukan dari Itali (11), Australia, Perancis (8), Afrika Selatan (6), Kazakhstan (6), Iran (6), China (6) dan Korea Selatan (6).Pasukan Sepanyol (5), Switzerland (5) dan Jepun (5), Ukraine (3) Amerika Syarikat (2), Jerman(2), Austria (2), Venezuela (2), Tunisia (2), Algeria (2) dan Indonesia (2). Negara Belgium (1), New Zealand (1), Kanada(1), Belanda(1), Slovenia(1), Poland(1), Ireland(1), Sweden(1), Britain(1), Moldova(1), Colombia(1), Argentina(1), Mongolia(1), Syria(1) dan Qatar(1). Pelumba termuda dari Kazakhstan, Vadim Izotov - 19 tahun.Pelumba tertua dari Jepun - Shinichi Fukushima - (37) dari pasukan EQA-Meitan-Hompo.

Keseluruhan jarak ialah 1,029.9km bermula di Putrajaya dan berakhir di kriterium Kuala Lumpur. LTdL 2009 dianjurkan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan dan status perlumbaan itu diberi kategori "Hors oleh UCI, kedudukan tertinggi dalam pertandingan lumba basikal peringkat dunia.

Setakat ini Paolo Lanfranchi telah memenangi 2 kali pemenang overall LTDL dalam sejarah LTDL. Saya berharap pihak berwajib perlu bekerja keras sebagaimana pelumba negara bertungkus lumus untuk sampai ke garisan penamat. Kembalikan kualiti dan juga status maruah LTDL negara pada tahun 2010. Apa yang dirancang oleh pengasas awal Tun Dr. Mahathir Bin Muhammad, LTDL ini perlu di jaga seperti corak penganjuran terulung Tour de France. Sudah tentu Tun Dr. Mahathir Muhammad hampa dan kecewa. Kita jangan mudah lupa di mana RINGGIT di depan mata LTDL terus menjunam untuk agenda tersendiri.

Kembalikan Kuncinya(seperti DULU),
Kembalikan Kegemilangannya,
Kembalikan Penganjuranya,
Kembalikan Kekuatanya,
Kembalikan Sokongannya,
Kembalikan Sinarnya(Status)
Kembalikan Harapanya(Rakyat)
Kembalikan Tarikannya,(penonton).
Kembalikan Mulanya,(Langkawi)
Kembalikan Kepercayaannya,(Penaja)
Kembalikan Sejarahnya.


Belia Benci Dadah.

Wednesday, February 18, 2009

Tamatnya LTdL 2009 (EDISI 14TH)

Setiap tahun kita semua akan di hidangkan perlumbaan yang terbesar di Malaysia dan terbaik dunia iaitu LTdL. Kita akan terasa bahangnya semasa edisi awal LTdL di anjurkan. Sudah pasti, kita semua dan juga peminat akan menanti-nantikan di kaca television di rumah mahupun di garisan mula dan penamat. Aksi2 yang julung kali kita lihat di depan mata oleh pelumba-pelumba professional. Banyak perkara kita telah belajar sejak ia di anjurkan untuk kita belajar pelbagai aspek seperti pengurusan, penganjuran, skill teknik, strategi, informasi terkini oleh pasukan professional, pendakian, speed, ketahanan, kelemahan, penginapan, basikal, dan banyak lagi.

Saya masih teringat(jika benar) terbaca di akbar2, kita mengunakan khidmat nasihat oleh pelumba tersohor dunia Tour De France iaitu Tony Rominger untuk membantu dalam aspek laluan yang akan pelumba lalui. Begitu sekali, qualiti ketika itu LTDL untuk mendapatkan penganjuran terbaik oleh UCI.

Rata-rata ketika itu kita sering melihat gelagat Pasukan Mapei sering mengambil bahagian di dalam LTDL, antaranya individu 7 terbaik dunia ketika itu Andre Tafi. Skill, strategi, pengurusan telah mereka kongsi bersama untuk pembangunan pelumba road untuk masa akan datang. Tahun demi tahun kita melihat prestasi dan persembahan pelumba road semakin meningkat sehinggakan banyak kejayaan yang telah pelumba road pada masa itu lakukan antaranya memenangi pasukan terbaik asia pada tahun 1999 sekali gus memenangi jersey Polka Dot menerusi pelumba berpengalaman Suhaimi Keton, Musairi musa dengan aksi agresifnya setiap stage, T,Seong Hong dengan Jersey Biru.
Kelibat M. Kumaresan pada setiap stage menjadi tumpuan beliau untuk mendapatkan posisi terbaik bagi memastikan pasukan negara tidak jatuh dari team overall asia dan juga keseluruhan.

Kebanyakan awal LTDL di anjurkan kita melihat hampir kesemua pelumba negara di barisi oleh pelumba terbilang ketika itu, siapa tidak kenal Nor Affandi Rosli(Silver Medalist Commanwealth Games 1998),Shahrullniza Razali pakar ujian masa, Mahazir Hamad pakar pecut.
Mereka semua sgt berpengalaman dalam bidang Jelajah. Jika kita lihat, mereka juga akan melakukan aksi yang begitu konsisten. Walaupun mereka di KATA kan Veteran tetapi pengalaman dan usaha yang mereka tunjukan begitu manis untuk kita semua.
Kekuatan dan team spirit yang mereka tunjukan membawa kejayaan dan sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain semasa di dalam perlumbaan. Mereka mempunyai Ketua pelumba untuk mengatur strategi dan menghormati ketua untuk kepentigan bersama pasukan negara Malaysia.

Kini, bisa itu kian tiada lagi,semakin mengharap dan terus mengharap. Apakah, ia tiada lagi boleh di pulihkan? Setiap tahun kita akan membaca dan mendengar prestasi pasukan negara di dada akhbar "PELUMBA NEGARA DI TAKUK LAMA"... YANG PASTI pembaca, akan mula terbayang-bayang agak boleh mendapatkan satu kuasa pecutan yang akan mengalahkan jaguh Team Professional atau sekurangnya Best Asia.
Program telah di aturkan dan juga telah tahu LTDL akan di anjurkan setiap tahun. Apakah kekurangan persedian? menuduh kepada pihak lain? atau pelumba sendiri?

Tonton Susanto nama besar dan umur lewat 30-an masih bisa dengan pengalamannya membantu beliau tenang dalam apa jua tekanan. Mendapat kepercayaan oleh pasukan L2A sebagai Leadership dalam pasukan. Pasukan lebih yakin dan kuat dengan bantuan pengalaman sebegini. keyakinan mereka terus melonjak sehingga mendapat kejayaan agar kepuasan dan sejarah tercatat di dlm LTDL. Samaii, mengunakan kepakaran dan kegilaan melakukan pecutan sehingga kegarisan penamat. Siapakah pelumba negara yang paling berpengalaman atau layak mengetuai pasukan di masa keadaan menjadi kelam kabut?? siapa? Berapa tahun pelumba muda yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penjelajahan berperingkat ini? Pelumbaan terbesar manakah mereka sertai sebelum menjelangnya LTDL? Siapakah yang sering bercakap dan turun padang? LeTUA? Tonton? Iran sentiasa di barisi pelumba handalan mereka setiap tahun. Muka-muka yakin dan selamba untuk memastikan podium pasukan terbaik menjadi milik mereka.

"Mungkin" peminat akan hilang sokongan di sebabkan pelbagai "excuse" setiap tahun. Berharap peminat tidak luntur semangat kesukanan untuk negara di sebabkan kemerosotan sejak beberapa tahun ini. Ada juga yang datang hanya untuk menyokong dan melihat kekemasan pasukan professional untuk di jadikan idola mereka. Datang bergambar semata-mata untuk kenangan peribadi.

Bagaimana LTDL 2010? adakah pelumba negara hanya untuk pelengkapkan edisi LTDL oleh kerana kita adalah penganjur? atau..................................kalau?
Ya, bagi peminat setia sudah tentu tidak akan luntur atau malu bersama pasukan kesayangan negara kerana kita bangga dengan penganjuran terbesar ini kita masih lagi boleh melihat penyarung jersey negara masih berada di dalam kelompok di jalanraya.

Saya berpendapat, tiba masanya pihak bertanggungjawab dapat membuat persediaan awal dari sekarang untuk mendapatkan injection dari pelumba-pelumba lama negara yang mahu berbakti mencurahkan pengalaman mereka. Dapatkan khidmat mereka ini bersatu untuk kembalikan kekuatan seperti dulu dan lebih baik dari dahulu.
Gunakan kepakaran yang ada dari mereka atau sebaiknya pelumba berguru dengan pasukan eropah.

Dulu lain sekarang dah lain.
Dulu 12 stage, sekarang 7 stage.
Dulu Orang putih handle, sekarang orang tempatan handle.
Dulu hadiah pemenang lumayan, sekarang sedikit.
Dulu kuda tua, sekarang kuda muda.
Dulu guna otak, sekarang guna apa yang ada.
Dulu Gemilang, sekarang temberang.
Dulu xda SRM, sekarang sudah ada SRM.
Dulu 1970, sekarang 2009.
Dulu muda, sekarang dah Tua,
Dulu Bujang, sekarang dah kawin,
Dulu pelumba, sekarang pesara.
Dulu ikut SPEED, sekarang ikut HR.
Dulu ikut LORI, sekarang LORI ikut kita.
Dulu Champion, Sekarang ikut jer.
Dulu tak ada budget, sekarang sudah ada.
Dulu jelajah satu negara, sekarang main pusing-pusing.
Dulu tahan panas, sekarang demam tak tahan panas.
Dulu gila-gila, sekarang hati-hati.
Dulu minum air panas, sekarang dah boleh minum air sejuk.
Dulu TV live, sekarang ermm....
Dulu byk senior, sekarang byk junior.
Dulu-dulu abang break-away sorang di depan, sekarang break-away kat belakang sorang2

ITU DULU "kalau" nak di bandingkan, INI SEKARANG.
Teruskan berjuang. Fikir dari sekarang. Sentiasa bertindak dan fahami dengan keputusan yg positif.
Kalau tak percaya, Jumpa next LTDL 2010.
Sedih Tun sekarang melihat LTDL tiada Gemilangnya. Bangunlah.

"MELAYU MUDAH LUPA"

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...

by Tun Dr Mahathir Mohammad.





wassalam.

LTDL 2009?

. . . . . TUT.... TUTT......
TU.. THUTT........
HAH? ERMM OK LAH..
ER,\... OK CUBA LAGI...
SPEED, SPEED... BUDGET???..
TEAM LEADER?.... ERMM XPA2. ikut je..
OPS!!,... PENGALAMAN, TRY2.

CUACA PANAS, BELUM CUKUP LAGI,,,
NIE MACAM MANA NIE.. HEYY..

TONTON, SAMAII.. ADALAH TUE.
SAYA INGAT.. SAYA RASA.. MCM...
TENGOK LAH MCM MANA NANTI..
SPEED TAK SAMPAI...
EMMM.... EMMM....

OK2...OK. OK.... JAGA2..
AIR TAK CUKUP.. OK, STRENGHT
E1, E1, E3, O2.. APA LG, OH LUPA..
COACH,? CYCLIST? RACING?
TUTT... TUTTTTTTTTT...

DIAM.. DIAM.. JGN CAKAP.. HANG..
JGN MAKAN NIE OK,
TENGOK NIE
TERUK LAH.... AKU TAK SUKA DIA.
HAH YG INI AKU SUKA.

IKUT JER, TAHAN SIKIT.
BOLEH BOLEH,.. DAH NK SAMPAI. TAHAN2.
MENTAL?
BIKE?
KEPERLUAN... EH MUDA LAGI..

YANG LAMA TAK BEST,
TUA DAH KOT.
ADA TENAGA.
DISPLIN PULAK NIE. TAKUT MEREBAK.

PENAT LAH, POWER TAK DA. TAKDA SAPER NK COVER LAH.
ATTACK, DIE KEJAR.. JALAN KECIK
KALAU LAH
KALAU..
KALAU AKU
MASA TUE KALAU AKU...


KALAU TRAINING DARI ..
360HARI.

YEKE? RASANYA LAH.
KETUA CYCLIST?
ARAHAN YOU KE?.. EH BUANG JE
DIE TAK PANDAI,
MANA RETI, ERMM...
BUDAK LAGI NIE, DULU DIE OK..
SEKARANG DAH TAK OK?
NAPE EK?

PENING2... APA NK BUAT?

KALAU KITA? SEMUA?
REHAT DULU. TAK BOLEHH... NO.... TRAINING..
ARGGGGHHHHHHHHHH.........
SAYANG LER.. KALAU LAH..
AHH BIAR LAH,.. AKU STAY, YOU?

KAYUH JE...KAYUH JE..
"TEPOK DADA TANYA OPERATOR"

WASSALAM.



JUMPA LAGI.

Friday, February 13, 2009

Pesananan dari Abu Hanifah Al-Ansari

Abu Hanifah Al-Ansari said...


Kpd Azizul, salute spring to you!! Tapi kalau boleh, make sure menang gold medal dulu di Sukan Asia, Komanwel dan Olimpik dulu kemudian baru buat velodrom sendiri..sebabnya waktu tu byk pihak akan 'menempek' atau menumpang tuah dgn kejayaan awk tu..phk kerajaan @ MS*, negeri, UMNO atau YB Timb. Presiden MNCF, boleh bagi duit hadiah kemenangan atas kejayaan menang pingat emas nanti..sapapun takkan lupa bila Amirul Hamizan menang 3 pingat emas di Suk.Komanwel Manchester 2002, Amirul dapat 'durian runtuh' sehingga hampir RM 400k (bentuk cek atau tunai) dari pelbagai pihak termasuk kerajaan..sampaikan ada byk wakil penjual insurans dtg nak jumpa Amirul mintak dia labur duit dlm skim perlindungan insurans..Jadi Azizul, saya cadangkan awk fokus dulu utk menang emas di S.Asia, S.Komanwel dan S.Olimpik dulu, kmdn baru citer buat velodrom..awk kan lebih puas hati bila nama awk dpt dikenangkan dlm bentuk sebegini.

'Juruletih' dan peg2 'MAHA TAHU' yang sokong dan buang Azizul dulu, tak kira la sapapun, malu la skit apa yg anda dah buat..BAWAK2 LAH BERTAUBAT (tumpang petikan Karpal Singh kpd pemimpin Kit Sing dan Guan Eng)..dah lah cukup lah..'Juruletih' yang dh lama sgt tu, mcm S**D tu dh boleh htr balik ke sekolah balik,tak dak hasil apapun..

Kpd Pembesar-pembesar dlm persatuan : rajin2 lah cari penaja utk atlet2 nie, especially beskal yg sesuai utk dorang nie..sampai bila nak harap msn tanggung semua tu..at the end, si apek tu jgak yg untung cari makan dgn m*n..tolong kesian skit kat atlet, nak kayuh tapi tak dak beskal sesuai utk atlet..dgr citer, si yan tu, masih tak dak beskal yg elok skit utk dia guna? betul ke?

Anyway and anyroad, paling ptg skali ialah keikhlasan dan kesungguhan dlm soal latihan atlet. Azizul takkan serik utk kayuh beskal balik kalau tak dapat jumpa org yg bleh bwk ke jalan benar dgn hati yang ikhlas utk menolong atlet/harta negara ini.

Pesanan utk Azizul, jadilah ikon utk atlet beskal yg ada skrg nie..kalau bleh, cari lagi byk2 atlet yg 'gila' beskal mcm awk nie, baru ada pelapis..ajak kayuh beskal sama-sama dan jgn 'bias' pada org ganu jer..org negeri lain pong ada mcm mu, cuma tak perasan kot..

Wallahu'alam


February 11, 2009 5:18 AM

Wednesday, February 4, 2009

Suhardi Hassan Kini Seorang Bapa


Istimewa buat Suhardi Hassan dan Wife dengan kelahiran puteri sulong mereka. Moga sejahtera selalu. amiin

Jaguh: Suhardi Hassan antara pelumba negara terbaik negara masa kini


Salam,

Tahniah kepada Suhardi Hassan kerana telah mendapat seorang baby girl semalam. Baby girl seberat 2.6kg selamat di lahirkan tanpa sebarang masalah. Semoga beliau akan lebih bersemangat dan mendapat kekuatan, lebih-lebih lagi akan menyertai LTDL beberapa hari lagi. Teruskan pejuangan yang tidak jemu-jemu. Kami doakan beliau success di dalam kehidupan berkeluarga dan banyakkan bersabar.(sakit kepala tampal KOYOK OK)

Sekali lagi TAHNIAH !!! Pak Suhardi Boleh!!!

Sunday, February 1, 2009

John Beasley di Mata Azizul

John Beasley is the best coach in the world ever and ever...this is true..the fact..

1.John respects athlete die
2.John believes his athlete
3.John treats us like family
4.John does mechanic's work although he is a coach
5.John did the management work
6.John helped athletes to stand togetherness with him...
7.John understand human being..athletes are human..not machine

*..so its so worth for the government to hire him as a coach..