Wednesday, September 8, 2010

Ucapan Tulus Ikhlas 1 Syawal

Sempena hari lebaran yang akan menjelma saya Fairoz Izni Bin Abd Ghani ingin memohon ampun dan maaf atas segala penulisan di dalam blog saya ini serta perilaku juga pertuturan kata selama ini kepada semua kenalan yang mungkin telah menyingung mana-mana pihak secara sengaja atau tidak.

Kata telah terucap, tangan telah tergerak, prasangka telah terungkap, tiada kata, Kecuali “Saling Bermaafan” jalin ukhuwah dan kasih sayang raih indahnya kemenangan hakiki 1431H. Sambutlah lebaran ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan, bukan kesayuan dan kesedihan serta keselamatan berkekalan hendaknya. Amiin.

Jutaan Terima Kasih tidak terhingga kepada semua penyokong Berbasikal Negara Malaysia yang selama ini telah membina asas pembangunan, tunjuk ajar, idea, petunjuk dan pelaksanaan bagi melihat kualiti dalam pembangunan sukan ini untuk masa akan datang. Anda semua hebat dan tulang belakang kami semua.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Eid Mubarak, Minal 'a'idin wal fa'izin, Kullu 'am wa antum bikhair. Taqabballahu minna wa minkum."


Terbaik Dari,
Fairoz Izni Bin Abd Ghani


 Dari kiri; Muhamad Fatzil Muhi, Al-Ghazali Hamid, Zamri Salleh, Harrif Salleh, Akmal Amrun, Yusrizal Usoff, Ahmad Fakhrullah Alias, Shahrul Mat Amin, Amir Mustafa Rusli, Fairoz Izni Abd Ghani dan Ahmad Fallanie Ali.


Saya bagi pihak pelumba lebuhraya lelaki yang mengikuti Kem Latihan Pusat Melbourne 2010-2011 ingin memohon agar pencinta Berbasikal Negara Malaysia terus menyokong kami sepenuhnya dan mendoakan kejayaan kami di sini untuk menaik taraf kayuhan pelumba lebuhraya lelaki khususnya. Kami akan mengikuti satu lagi program jalanraya Australia, Tour Of Tasmania yang akan bermula pada 16hb - 21hb September 2010.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Pelumba Berbasikal Lebuhraya Lelaki 2010

No comments: