Gambar atas: Harrif Salleh menemani Ahmad Fakhrullah Alias yang sedang menerima terapi ais ketika terlibat dalam kemalangan kilometer terakhir ke penamat sebelum Hariff rampas jersi biru untuk peringkat ke 11.
Hari ini pelumbaan peringkat ke 10 dengan jarak 36km pada sebelah pagi dan peringkat ke sebelas untuk sebelah petang dengan jarak 86.5km lebuhraya.
Peringkat ke 10 adalah perlumbaan circuit 30 pusingan yang mana 1.2km untuk satu pusing dengan 11 pecutan di dalamnya. Acara di lepaskan dengan beberapa attacking oleh kelab tempatan Australia yang cuba membuat pemisah (breakaway) tetapi keadaan dalam situasi selamat oleh pelumba negara Malaysia yang semakin matang dengan keberanian yang memuas hati.
Gambar kanan: Zamri Salleh
Walaupun cuaca agak sejuk serta sedikit berangin, pelumba negara sedikit pun tidak kelihatan terganggu dengan percubaan dan mengejar beberapa pelumba yang sedang membuat pemisah. Zamri Salleh, Ahmad Fakhrullah Alias serta Amir Mustafa Rusli antara pelumba yang bekerja keras untuk merapatkan jarak agar Hariff Salleh menghenjut ke garisan dengan mudah.
Sementara pelumba yang lain berada bersama Harrif agar beliau selamat jika berlaku sesuatu. Pelumba negara begitu memberi saingan senget kepada mereka yang cuba membuat pemisah. Zamri Salleh di sebut-sebut oleh pengulas acara pihak penganjur oleh kerana beliau sering mengepalai di hadapan sekali.
Masing-masing menjalankan tugas dengan baik serta bersungguh untuk mencipta misi kepada pelumba pecut lebuhraya Hariff Salleh.
Semua tugasan yang di rancang sebelum perlumbaan menjadi dan di pegang sehingga ke penamat. Akan tetapi semasa 500 meter sebelum ke garisan penamat semua jaguh pecut jelajah ini terperangkap secara tidak sedar termasuk Hariff Salleh yang ketika itu kelajuan menurun apabila masing-masing tidak mahu memecut terlebih dahulu dan pelumba yang berada dari belakang dengan tidak sengaja terkedepan dan terus memecut dengan mudah hingga ke penamat. Hariff hanya sekadar di kedudukan 6 -10 terbaik.
Walaubagaimanapun pasukan tetap berbangga dengan kesungguhan yang di tunjukan semasa perlumbaan peringkat ke 10.
Bagi peringkat ke 11 dengan jarak 86.5km dengan laluan agak beralun tidak begitu mencabar dengan 2 pecutan dan 7 KOM. Permulaan antara 20 km pertama satu kemalangan dalam peloton telah mengakibatkan pelumba Yusrizal Usoff terpaksa menarik diri oleh kerana mengalami kesakitan pada pergelangan tapak tangan serta bahu beliau. Salah seorang pelumba Plan B Wais kemungkinan mengalami patah tulang bahu.
Ramai pelumba yang cuba membuat pemisah akan tetapi ia sukar sekali oleh kerana laluan lurus yang boleh di lihat dengan mudah oleh peloton serta beberapa pasukan mengejar untuk tidak kehilangan leader jersey dan green jersey.
Gambar kiri: Yusrizal Usoff
Pelumba negara hanya berada di pertengahan sambil melihat gelagat oleh beberapa pelumba lain yang tergantung di depan dari jarak oleh peloton. Laluan ini juga agak sukar dengan angin lintang di pertengahan serta permukaan jalan agak kasar. Berbaki 3km empat pelumba yang melakukan breakaway telah di telan dengan mudah dan pelumba begitu agrasif serta berasak-asak dengan kelajuan masing-masing.
Hempit menghimpit telah menyebabkan Ahmad Fakhrullah terjatuh pada kilometer terakhir dan Zamri Salleh mendapat musibah yang sama pada 500 meter terakhir. Kesakitan sedikit reda oleh rakan pasukan di sambut dengan kegembiraan atas kejayaan Hariff menduduki tangga kedua setelah tewas kepada Nicholas Walker dari pasukan (Aus) Jayco/VIS yang bijak mengikuri beliau dari belakang. " Hati hendak pergi, tapi kaki tak nok mari bang " katanya Harrif Salleh.
Sekaligus Hariff kembali merampas Leader Jersey bawah 21 tahun dan akan memakainya pada peringkat ke 12. Saya menjangka Hariff boleh merampas jersey purple untuk Leader Tour ini jika beliau dapat mengekalkan rentak kayuhan seperti peringkat yang lalu. Beliau dan rakan pasukan kini digeruni dengan kemampuan yang boleh menyaingi pelumba handalan Kebangsaan Australia (Jayco Skin).
Kepuasan terasa amat sekali dengan kerjasama antara pasukan dalam memperbaiki mutu kayuhan pelumba lebuhraya Malaysia untuk mara di peringkat yang lebih tinggi seperti Tour de Langkawi dan sebagainya.
1 comment:
sgt bersungguh2! i like their spirit! go MALAYSIA! :)
Post a Comment