Tuesday, September 28, 2010

Tiga Pelumba Bengang

Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my

TANPA alasan munasabah, tiga pelumba berbasikal negara, Wan Mohd Najmee Wan Mohamed, Suhardi Hassan dan Nor Riduan Zainal digugurkan daripada senarai skuad kebangsaan.

Lebih mengaibkan, tindakan terhadap tiga pelumba itu dilaksana ketika mereka dilapor akan berkampung di Melbourne bersama rakan sepasukan lain.



Senior: Suhardi Hassan di temurah oleh media selepas atas kejayaan memenangi peringkat Jelajah Malaysia yang lalu.


Tindakan dibuat dalam mesyuarat Khamis lalu dipengerusi Amrun Misnoh terlalu mengejutkan. Najmee, 27, yang disingkir kerana didakwa tidak berdisiplin menegaskan, alasan diberikan tidak masuk akal.

Suhardi pula diketepikan kerana usianya didakwa sudah tua meskipun ada pelatih negara di Melbourne juga seusia dengannya.

Hakikatnya, selepas membantu skuad negara di Le Tour de Langkawi (LTdL) dan berlumba buat negara hampir lebih 10 tahun, mereka diketepikan atas alasan tidak boleh diterima akal.

Tambah memeritkan, ketiga-tiga pelumba sudah berkeluarga.

“Saya cuma ingin tahu kenapa digugurkan daripada skuad kebangsaan. Keputusan ini tidak adil kerana kami tidak dipanggil membela diri.

“Mungkin kerana ada segelintir pihak tidak berpuas hati dengan kami, kami digugurkan,” kata Najmee.

Rasa tidak puas hati itu diluahkan tiga pelumba berkenaan apabila Persekutuan Kebangsaan Basikal Malaysia (PKBM) memilih untuk mendengar keputusan jurulatih lebuh raya, William Walker yang hanya berstatus jurulatih sementara tanpa mengambil kira pendapat mereka sebagai pelumba.

Najmee pernah bergelar juara kebangsaan tahun lalu manakala Suhardi pemenang pingat emas lebuh raya Sukan Sea Manila, menjuarai Jelajah Malaysia (JM) 2003 dan 2004, serta muncul pelumba terbaik tempatan jelajah berkenaan pada 2007.

No comments: