Saturday, September 4, 2010

Hariff Salleh Tersungkur


Hari ini cuaca agak sejuk berbanding hari semalam dengan tiupan angin yang boleh mengagalkan para peserta yang berada di barisan pertengahan dan belakang. Peringkat ke 12 dengan jarak 33km dengan 11 pecutan di mana Hariff Salleh penyarung jersi biru sebagai pendahulu bagi kategori 21 tahun ke bawah.

Pasukan Negara agak terkebelakang sedikit pada permulaan dan kembali di depan setelah keadaan agak berbahaya kerana kelajuan begitu konsisten pada setiap pusingan yang berukuran 1.1km. Rakan pasukan sentiasa bersama Harrif agar beliau tidak lagi di sekat oleh mana-mana pelumba yang cuba mengambil kesempatan atas pecutan beliau nanti.

Kelajuan yang ada tidak membenarkan sesiapa terlepas dari kelompok besar dan pasukan lain juga memastikan pelumba pecut mereka dalam keadaan segar semasa ke penamat. Hariff dan pasukan yakin kemenangan akan di cipta oleh kerana beliau sudah pun berada dalam posisi 6 pelumba di depan. Malangnya Hariff tidak dapat mengimbang basikal apabila roda hadapannya terlanggar pada salah seorang pelumba pasukan Genesys dan beliau terus tersungkur 5 meter selepas loceng di bunyikan menandakan perlumbaan pada pusingan terakhir.

Beliau mengalami luka di bahagian punggung serta lutut di mana kecederaannya tidaklah begitu serius dan masih boleh menerukan pada peringkat seterusnya. Manakala Hariff kehilangan Jersi Biru dengan kekalahan 4 saat di belakang pemegang terdekatnya.

Selang 2 jam kemudian pelumba melalui peringkat ke 13 dengan jarak 57.6km circuit. Pelumba harus melalui 9 pecutan pertengahan dengan 4.8km sepusingan dengan jumlah 12 pusingan ke semuanya. Peringkat ini adalah yang paling mencabar dengan angin sejuk serta pelumba terpaksa berhadapan dengan angin kencang dengan kelajuan antara 68-72kmh dengan purata kelajuan 42kmh oleh sumber berita. Ramai pelumba gagal menghabiskan perlumbaan apabila pihak komisar mengarah untuk keluar dari perlumbaan agar dapat memberi laluan kepada kelompok pendahulu.

Amir Mustafa Rusli adalah pelumba tunggal Negara yang dapat menghabiskan perlumbaan angin kencang ini bersama kelompok kecil beliau. Esok adalah peringkat terakhir yang ke 14 bagi Tour of Murray River 2010 dengan jarak 66km circuit dengan 14 pecutan pertengahan.

Harapan pelumba negara tidak berputus asa dengan berhabis tenaga untuk mencipta kejayaan serta kepuasan walaupun mereka terpaksa berkorban di dalam bulan Ramadhan ini dan meninggalkan kampung halaman untuk tidak berhari raya bagi menyertai Tour of Tasmania 2010 nanti. Semoga berjaya.

1 comment:

Anonymous said...

Salam,
Sakit jerih dah kepayahan adalah mahar yg perlu dibayar utk berjaya.
Lonjakan yg berikut tentu lebih
"power"

All the best Malaysian Team.

FIAG > Good job son.


brosms