Thursday, September 23, 2010

Dua Pasukan Luar Ketagih Kepakaran Amir Mustafa Rusli


Sejak kebelakangan ini pelumba negara Malaysia di sebut-sebut dan menjadi saingan hebat oleh beberapa pasukan tempatan Australia. Pelumba negara semakin berani dengan percubaan demi percubaan. Bukan ingin menimbulkan atau mencipta untuk mendapatkan publisiti tetapi jika anda di sini anda sendiri merasa peningkatan itu.

Dalam masa terdekat ini dengan menyertai empat siri jelajah bermula Tour of Gippsland, Tour of Geelong, Tour of The Murray dan yang terakhir Tour of Tasmania pelumba negara gigih melakukan aksi yang luar biasa yang berbisa sehingga ada pasukan sukar mengatur strategi bagi mengagalkan mereka di penamat.

Kerjasama oleh mereka menimbulkan keghairahan mencipta kemenangan pada setiap peringkat. Mereka lalui berbagai perubahan cuaca, kelajuan, spontan, mental dan sebagainya.

 
  
Giliran saya;  Amir Mustafa Rusli menjadi rebutan Pasukan Luar Australia selepas Adiq Hussainie oleh Drapac Porsche Professional Cycling Team.

Ia tidak semudah di sangkakan jika tiada kemahuan oleh hati mereka sendiri. Malah di akui baru-baru ini oleh pelumba handalan kebangsaan Adiq Hussainie " ...LTDL pun tidak macam nie teruk.." Katanya semasa Tour of Tasmania minggu lalu.

Kekuatan yang di tunjukan oleh Amir Mustafa telah menarik minat satu pasukan X Continental Team dan Pasukan X Team Australia yang sanggup berbayar lebih untuk beliau bersama pasukannya pada tahun hadapan. Di fahamkan pengurus itu juga belajar memahami budaya, halal haram, agama dan sentiasa memastikan Amir dalam keadaan selesa contoh menyuruh Amir melakukan solat 5 waktu.

Beliau juga adalah pemilik pasukan itu sendiri yang di tubuhnya atas minat malah melakukan kerja-kerja memasak, membasuh pingan, membantu mekanik dan sebagainya selain malam harinya menyambung urusan kerja IT.

Selepas menunjukan kesungguhan pada setiap laluan berbukit dan mengungguli laluan Tour of Tasmania Amir terus cekup oleh pasukan X dalam masa terdekat ini. Ini satu perubahan berbasikal lebuhraya Negara Malaysia sebagai satu penubuhan indsutri kecil dan seterusnya . Dengan saluran seperti ini peluang dan tempat oleh generasi baru boleh di isi dan terus berkembang pesat kepada pasukan luar di seluruh dunia.

Ini lah cara yang tepat dan kita akan lihat kelainan dengan adunan oleh semua method dan pengurusan. Dengan itu segala adunan itu kita sebatikan pada suatu masa yang sesuai dengan kukuh sekali. Berbasikal Negara perlu kuat dengan melahirkan lebih ramai pelumba dan sentiasa melaksanakan program lahirkan juara.

Tidak mustahil kita mampu melakukan seperti hari ini. Biar ia mengambil sedikit masa secara berperingkat tetapi usaha itu bergerak. Gagal tidak bermakna gagal selalu. Jadikan saluran ini sebagai satu platform untuk terus kembangkan sayap di serata dunia.

Tahniah Amir Mustafa Rusli atas kejayaan di terima pasukan luar. Kami berbasikal Negara Malaysia akan sentiasa menyokong dan membantu anda sehingga ke puncak gading dan tidak lupa rakan pasukan yang ingin menjejaki kejayaan seperti Amir. Malaysia Boleh!!! 3x

No comments: