Saturday, September 25, 2010

MB Terengganu Kesal Kecaman PKBM

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa kesal terhadap kecaman Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berhubung langkah negeri itu menubuhkan pasukan basikal benuanya.

Ahmad berkata PKBM tidak harus meluahkan kecaman mereka melalui media kerana ada saluran lain yang boleh diselesaikan dengan cara yang lebih berhemah.

“Kita berunding di peringkat negeri, kalau mereka (PKBM) tidak bersetuju beritahulah kita melalui badan gabungan mereka di Terengganu. Kalau mereka (PKBM) kata tidak boleh tubuh persatuan dan lebih baik tubuh kelab, tidak ada masalah, kita ikut saja.

“Yang penting kita mahu satu pasukan yang boleh membabitkan pelumba Terengganu dalam Le Tour de Langkawi (LTdL),” katanya, kelmarin.

Sebelum ini usaha Terengganu menubuhkan pasukan basikal benua menerima kecaman Presiden PKBM Abu Samah Wahab, antara lain kerana ia tidak mengikut prosedur ditetapkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

No comments: