Wednesday, September 29, 2010

Sukan Komenwel New Delhi 2010: Sasar 1 Pingat


SATU pingat emas menjadi sasaran ketua jurulatih berbasikal negara, John Beasley di temasya Sukan Komenwel di New Delhi pada 3 Oktober ini menerusi pelumba negara, Rizal Tisin dalam acara 1 kilometer ujian masa.

Sandaran itu dianggap optimis berdasarkan prestasi semasa pelumba berkenaan selepas kembali pulih daripada kecederaan kemalangan yang dialaminya tahun lalu.


Beasley berkata, Rizal berada di tahap terbaik dan jika pelumba itu berjaya mengulangi catatan masa 1 minit 01 saat ketika memenangi pingat gangsa di Kejohanan Dunia di Poland, tahun lalu tidak mustahil emas mampu berada dalam genggamannya.

“Kami kini memasuki fasa latihan intensif dan satu pendekatan baru ditekankan kepada dua pelumba negara, Azizul (Hasni Awang) dan Rizal dengan meletakkan mereka dalam bilik beraltitud tinggi dengan ketinggian mencecah 3,000 meter paras laut.

“Ia adalah pendekatan baru yang saya gunakan ke atas Azizul dan Rizal kerana saya perlu mencuba pendekatan berbeza. Keputusannya bagaimanapun hanya akan dapat dilihat selepas Komanwel,” katanya.

Beasley akan berlepas dari Melbourne ke New Delhi Jumaat ini berkata, Komanwel adalah masa tepat buat Rizal menyerlah dan catatan masa Rizal 1.01s yang juga rekod Asia adalah catatan terpantas di Komanwel.

Mengulas mengenai Azizul, sukar bagi pemenang pingat perak Kejohanan Dunia itu untuk meraih emas biarpun tanpa kehadiran juara dunia dan tiga emas Olimpik. Chris Hoy kerana dia perlu berdepan dengan pelumba Australia, Shane Perkins yang kini berada di ranking kedua dunia.

“Saya tetap opitimis apabila bercakap mengenai Azizul kerana dia mampu mendapat sebarang pingat dalam keirin, pecut individu ataupun pecut berpasukan namun bagi pelumba lain agak sukar untuk saya jangkakan,” katanya.

Jelasnya lagi, keadaan cuaca panas di New Delhi sekitar 46 darjah Selsius memberi kelebihan kepada pelumba negara memperagakan kayuhan lebih pantas.

Tuesday, September 28, 2010

Tiga Pelumba Bengang

Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my

TANPA alasan munasabah, tiga pelumba berbasikal negara, Wan Mohd Najmee Wan Mohamed, Suhardi Hassan dan Nor Riduan Zainal digugurkan daripada senarai skuad kebangsaan.

Lebih mengaibkan, tindakan terhadap tiga pelumba itu dilaksana ketika mereka dilapor akan berkampung di Melbourne bersama rakan sepasukan lain.



Senior: Suhardi Hassan di temurah oleh media selepas atas kejayaan memenangi peringkat Jelajah Malaysia yang lalu.


Tindakan dibuat dalam mesyuarat Khamis lalu dipengerusi Amrun Misnoh terlalu mengejutkan. Najmee, 27, yang disingkir kerana didakwa tidak berdisiplin menegaskan, alasan diberikan tidak masuk akal.

Suhardi pula diketepikan kerana usianya didakwa sudah tua meskipun ada pelatih negara di Melbourne juga seusia dengannya.

Hakikatnya, selepas membantu skuad negara di Le Tour de Langkawi (LTdL) dan berlumba buat negara hampir lebih 10 tahun, mereka diketepikan atas alasan tidak boleh diterima akal.

Tambah memeritkan, ketiga-tiga pelumba sudah berkeluarga.

“Saya cuma ingin tahu kenapa digugurkan daripada skuad kebangsaan. Keputusan ini tidak adil kerana kami tidak dipanggil membela diri.

“Mungkin kerana ada segelintir pihak tidak berpuas hati dengan kami, kami digugurkan,” kata Najmee.

Rasa tidak puas hati itu diluahkan tiga pelumba berkenaan apabila Persekutuan Kebangsaan Basikal Malaysia (PKBM) memilih untuk mendengar keputusan jurulatih lebuh raya, William Walker yang hanya berstatus jurulatih sementara tanpa mengambil kira pendapat mereka sebagai pelumba.

Najmee pernah bergelar juara kebangsaan tahun lalu manakala Suhardi pemenang pingat emas lebuh raya Sukan Sea Manila, menjuarai Jelajah Malaysia (JM) 2003 dan 2004, serta muncul pelumba terbaik tempatan jelajah berkenaan pada 2007.

Saturday, September 25, 2010

MB Terengganu Kesal Kecaman PKBM

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa kesal terhadap kecaman Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berhubung langkah negeri itu menubuhkan pasukan basikal benuanya.

Ahmad berkata PKBM tidak harus meluahkan kecaman mereka melalui media kerana ada saluran lain yang boleh diselesaikan dengan cara yang lebih berhemah.

“Kita berunding di peringkat negeri, kalau mereka (PKBM) tidak bersetuju beritahulah kita melalui badan gabungan mereka di Terengganu. Kalau mereka (PKBM) kata tidak boleh tubuh persatuan dan lebih baik tubuh kelab, tidak ada masalah, kita ikut saja.

“Yang penting kita mahu satu pasukan yang boleh membabitkan pelumba Terengganu dalam Le Tour de Langkawi (LTdL),” katanya, kelmarin.

Sebelum ini usaha Terengganu menubuhkan pasukan basikal benua menerima kecaman Presiden PKBM Abu Samah Wahab, antara lain kerana ia tidak mengikut prosedur ditetapkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Thursday, September 23, 2010

Dua Pasukan Luar Ketagih Kepakaran Amir Mustafa Rusli


Sejak kebelakangan ini pelumba negara Malaysia di sebut-sebut dan menjadi saingan hebat oleh beberapa pasukan tempatan Australia. Pelumba negara semakin berani dengan percubaan demi percubaan. Bukan ingin menimbulkan atau mencipta untuk mendapatkan publisiti tetapi jika anda di sini anda sendiri merasa peningkatan itu.

Dalam masa terdekat ini dengan menyertai empat siri jelajah bermula Tour of Gippsland, Tour of Geelong, Tour of The Murray dan yang terakhir Tour of Tasmania pelumba negara gigih melakukan aksi yang luar biasa yang berbisa sehingga ada pasukan sukar mengatur strategi bagi mengagalkan mereka di penamat.

Kerjasama oleh mereka menimbulkan keghairahan mencipta kemenangan pada setiap peringkat. Mereka lalui berbagai perubahan cuaca, kelajuan, spontan, mental dan sebagainya.

 
  
Giliran saya;  Amir Mustafa Rusli menjadi rebutan Pasukan Luar Australia selepas Adiq Hussainie oleh Drapac Porsche Professional Cycling Team.

Ia tidak semudah di sangkakan jika tiada kemahuan oleh hati mereka sendiri. Malah di akui baru-baru ini oleh pelumba handalan kebangsaan Adiq Hussainie " ...LTDL pun tidak macam nie teruk.." Katanya semasa Tour of Tasmania minggu lalu.

Kekuatan yang di tunjukan oleh Amir Mustafa telah menarik minat satu pasukan X Continental Team dan Pasukan X Team Australia yang sanggup berbayar lebih untuk beliau bersama pasukannya pada tahun hadapan. Di fahamkan pengurus itu juga belajar memahami budaya, halal haram, agama dan sentiasa memastikan Amir dalam keadaan selesa contoh menyuruh Amir melakukan solat 5 waktu.

Beliau juga adalah pemilik pasukan itu sendiri yang di tubuhnya atas minat malah melakukan kerja-kerja memasak, membasuh pingan, membantu mekanik dan sebagainya selain malam harinya menyambung urusan kerja IT.

Selepas menunjukan kesungguhan pada setiap laluan berbukit dan mengungguli laluan Tour of Tasmania Amir terus cekup oleh pasukan X dalam masa terdekat ini. Ini satu perubahan berbasikal lebuhraya Negara Malaysia sebagai satu penubuhan indsutri kecil dan seterusnya . Dengan saluran seperti ini peluang dan tempat oleh generasi baru boleh di isi dan terus berkembang pesat kepada pasukan luar di seluruh dunia.

Ini lah cara yang tepat dan kita akan lihat kelainan dengan adunan oleh semua method dan pengurusan. Dengan itu segala adunan itu kita sebatikan pada suatu masa yang sesuai dengan kukuh sekali. Berbasikal Negara perlu kuat dengan melahirkan lebih ramai pelumba dan sentiasa melaksanakan program lahirkan juara.

Tidak mustahil kita mampu melakukan seperti hari ini. Biar ia mengambil sedikit masa secara berperingkat tetapi usaha itu bergerak. Gagal tidak bermakna gagal selalu. Jadikan saluran ini sebagai satu platform untuk terus kembangkan sayap di serata dunia.

Tahniah Amir Mustafa Rusli atas kejayaan di terima pasukan luar. Kami berbasikal Negara Malaysia akan sentiasa menyokong dan membantu anda sehingga ke puncak gading dan tidak lupa rakan pasukan yang ingin menjejaki kejayaan seperti Amir. Malaysia Boleh!!! 3x

Tuesday, September 14, 2010

Abu Samah urged to quit


IN lambasting Malaysian National Cycling Federation (MNCF) president Abu Samah Wahab for his remarks about the formation of the Terengganu continental team that gathered momentum during the festive period, Sports Advisory Panel (SAP) member Shaharuddin Jaffar has called for the long serving head honcho to resign.

Citing the gravity of the remarks, which he expected would have an adverse affect on the plans of the team, Shaharuddin said Abu Samah had again demonstrated weaknesses within the parent body "to manage simple situations and assist plans that would help the development of cycling."

Abu Samah had appeared in various press reports stating his discontentment about the formation of the Terengganu team which would be funded by the state government with an aim of competing in the country's biggest race -- Le Tour de Langkawi (LTdL).

"I am amused about how this was made an issue in an era where we should be moving towards professionalism. In making such statements, Abu Samah is only demonstrating that the federation is incapable of doing their job and are happy to be a hindrance to the development of cycling," said Shaharuddin, 66, who is known for his outspokeness and is himself a former secretary of the MNCF and former national cycling.
"It is not something that's so difficult to do. All that was needed to be done was for the Terengganu team to be advised sufficiently on the procedures since this is the first time they are pursuing such an effort. Of course, in their enthusiasm they might forget a few things, and that is why the MNCF should be there to guide them, not to be publicly humiliated in the way Abu Samah has done."

Abu Samah was reported as saying the team had not followed procedures set by the International Cycling Union (UCI) regarding registration and rider contracts. He had also feared that the formation of the team would disrupt the smooth flowing of the national road programme and employment of several riders shortlisted by the team. He had also raised issues regarding insurance, rider contracts, bank guarantees and the uncertain future of the team if it were to be formed merely compete in LTdL.

On top of that, Abu Samah stated in one press report that the team should have consulted his office before publicising the plan in the press. From feedback given from a number of MNCF council members, it was found that the matter had been discussed and the formation of the team given the greenlight in a previous MNCF council meeting.

Terengganu Menteri Besar Datuk Ahmad Said has also openly expressed his displeasure with Abu Samah in a statement that circulated on Thursday. Ahmad went as far as stating that the state government would have no problems in not forming the team if the MNCF had too many problems with it.


Read more: Abu Samah urged to quit http://www.nst.com.my/nst/articles/ofoijdfij/Article/#ixzz0zVmgcQVs

Wednesday, September 8, 2010

Ucapan Tulus Ikhlas 1 Syawal

Sempena hari lebaran yang akan menjelma saya Fairoz Izni Bin Abd Ghani ingin memohon ampun dan maaf atas segala penulisan di dalam blog saya ini serta perilaku juga pertuturan kata selama ini kepada semua kenalan yang mungkin telah menyingung mana-mana pihak secara sengaja atau tidak.

Kata telah terucap, tangan telah tergerak, prasangka telah terungkap, tiada kata, Kecuali “Saling Bermaafan” jalin ukhuwah dan kasih sayang raih indahnya kemenangan hakiki 1431H. Sambutlah lebaran ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan, bukan kesayuan dan kesedihan serta keselamatan berkekalan hendaknya. Amiin.

Jutaan Terima Kasih tidak terhingga kepada semua penyokong Berbasikal Negara Malaysia yang selama ini telah membina asas pembangunan, tunjuk ajar, idea, petunjuk dan pelaksanaan bagi melihat kualiti dalam pembangunan sukan ini untuk masa akan datang. Anda semua hebat dan tulang belakang kami semua.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Eid Mubarak, Minal 'a'idin wal fa'izin, Kullu 'am wa antum bikhair. Taqabballahu minna wa minkum."


Terbaik Dari,
Fairoz Izni Bin Abd Ghani


 Dari kiri; Muhamad Fatzil Muhi, Al-Ghazali Hamid, Zamri Salleh, Harrif Salleh, Akmal Amrun, Yusrizal Usoff, Ahmad Fakhrullah Alias, Shahrul Mat Amin, Amir Mustafa Rusli, Fairoz Izni Abd Ghani dan Ahmad Fallanie Ali.


Saya bagi pihak pelumba lebuhraya lelaki yang mengikuti Kem Latihan Pusat Melbourne 2010-2011 ingin memohon agar pencinta Berbasikal Negara Malaysia terus menyokong kami sepenuhnya dan mendoakan kejayaan kami di sini untuk menaik taraf kayuhan pelumba lebuhraya lelaki khususnya. Kami akan mengikuti satu lagi program jalanraya Australia, Tour Of Tasmania yang akan bermula pada 16hb - 21hb September 2010.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Pelumba Berbasikal Lebuhraya Lelaki 2010

Monday, September 6, 2010

Pelumba negara mula digeruni di Victoria

Oleh Syed Riduan Ahmad 
2010/09/06

TOUR of the Murray River melabuhkan tirainya, semalam dengan skuad lebuh raya kebangsaan menjadi antara pasukan cukup digeruni pelumba handalan Australia sepanjang lapan hari perlumbaan di Victoria, Australia.

Mohd Harrif Salleh merakam kejayaan paling membanggakan dengan empat kemenangan peringkat, dua tempat kedua dan dua, ketiga daripada semua 14 peringkat perlumbaan yang menjadi medan pembangunan pelumba terbaik Australia.

Selepas kecewa pada peringkat 12 dan 13 yang menyaksikan Harrif terlepas jersi biru pelumba remaja terbaik, dia bangkit memenangi peringkat terakhir kayuhan kriterium 66 kilometer di Mildura, semalam.

Joel Pearson dari pasukan Genesys Wealth Advisers muncul juara keseluruhan dengan catatan 20 jam 29 minit 48 saat, manakala klasifikasi kriterium dimenangi Scot Law (Virgin Blue) yang mengumpul 59 mata. Harrif di tangga kedua dengan 44 mata.

Selepas di Victoria, skuad kebangsaan akan berehat beberapa hari sebelum menyertai Tour of Tasmania pada 16 September ini.

Ini adalah pengorbanan mereka untuk negara yang tidak mudah putus asa mencipta kejayaan, kata pembantu jurulatih, Fairoz Izni Abdul Ghani.

Malaysia diwakili Amir Mustafa Rusli, Ahmad Fallanie Ali, Mohd Akmal Amrun, Mohd Zamri Salleh, Mohd Harrif, Shahrul Mat Amin, Yusrizal Yusuf dan Ahmad Fakhrullah Alias pada jelajah berkenaan. Fallanie turut menduduki tangga keenam pelumba paling agresif keseluruhan dengan dua mata.

Harrif Cipta Sejarah Di Mildura

That's four for me: Malaysian National Team rider Harrif Saleh, was a star of the tour, collecting four stage victories.

Semalam adalah hari yang kurang bernasib baik buat beberapa pelumba negara yang tidak dapat menghabiskan perlumbaan oleh kerana keadaan cuaca, perlanggaran dan pelumba kelihatan agak lesu.

Usaha telah di lakukan sebaiknya dengan segala strategi sebelum perlumbaan tetapi usaha itu gagal dan pelumba masing-masing kehampaan kerana tidak dapat menunjukan usaha itu. Saya tetap bangga dengan segala usaha mereka itu dan sangat memahami keadaan situasi itu. Kita hanya berusaha dan merancang.

Pasukan negara telah menunjukan kebangkitan dan perubahan bagi pelumba lebuhraya untuk masa terdekat ini. Keberanian sudah kelihatan apabila mereka sering muncul di depan dan melakukan attack dan sebagainya. Apa yang saya mahu di sini, mereka terus cuba untuk melakukannya dalam apa sahaja situasi.

Saya percaya mereka ada kekuatan itu tetapi perlu di asah dan di beri keyakinan berganda untuk maju setapak demi setapak. Oleh itu, mereka telah mula menjadi sebutan orang ramai di sini dan pasukan lain mula untuk merisik pelumba negara dalam pasukan mereka nanti.. Hasilnya akan kelihatan jika proram ini terus kekal dengan program jangka panjang.

Peringkat terakhir yang ke 14 di Mildura menceriakan pasukan negara dengan keadaan cuaca yang baik dengan semangat yang tidak penah pudar untuk memberikan satu dentuman pada peringkat terakhir ini.

"Gagal semalam tidak bererti gagal lagi" itulah semangat yang di tanam oleh pasukan negara yang bersedia untuk memberi asakan terakhir. " Saya tidak kira, mati pun matilah.."itulah kata-kata oleh ketua pasukan Amir Mustafa Rusli bagi merialisasikan kemenangan di Mildura ini.

Perlumbaan circuit sejauh 66km ini dengan 30 pusingan serta 14 pecutan di mana perlumbaan ini mengandungi 129 pecutan kesemuanya dalam jarak keseluruhan 901.8km dan membabitkan hanya 14 zon KOM.

Pasukan yakin dengan laluan landai ini mereka akan boleh mencipta kejayaan untuk mengantikan kehampaan bagi peringkat ke 12 dan ke 13. Permulaan perlumbaan telah di monopoli oleh pasukan Genesys pada setiap pusingan. Pelumba luar cuba membuat attacking dan breakaway dan memaksa pasukan negara Ahmad Fakhrullah Alias dan Zamri Salleh bekerja keras mengejar pelumba berkenaan sementara Amir Mustafa Rusli dan lain berada bersebelahan pelumba pecut Harrif Salleh bagi mengelak di sekat oleh mana-mana pelumba luar. Perancangan begitu terkawal dengan pengulas yang sering memberitahu keadaan situasi pelumba pada setiap pusingan dengan jarak 2.2km itu. Pasukan Negara Malaysia sentiasa menjadi sebutan penganjur dengan kerjasama yang di lakukan.

Pengulas telah menjangka pasukan negara akan bertungkus lumus untuk memenangi perlumbaan bagi Hariff Salleh. Semasa pertengahan perlumbaan saya di beritahu oleh Chief Komisar akan tayar belakang Hariff telah bocor di laluan selepas antara 1km dari garisan mula dan tamat.

Kerisauan mula di rasai kerana mungkin roda yang di berikan oleh penganjur mungin tidak bersesuai dengan spoket beliau. Hariff di beri satu pusing percuma untuk masuk semula ke peloton yang sedang berasak dan mujur kebijaksaan serta semangat team work oleh Al-Ghazali pelumba muda berhenti dan memberi roda (Campag Bora) kepadanya.

Sementara itu empat pelumba telah membuat pemisah dengan jarak 30-40 saat oleh bacaan saya yang mana peloton di ketui oleh pasukan Genesys sejak mula lagi. Baki tiga pusingan terakhir jarak itu semakin dekat dengan 25 saat dan jauh kemudian dengan masa 27 saat pada pusingan berikutnya.

Saya mohon pasukan untuk lead out sehabis tenaga untuk menangkap empat pelumba itu dan pasukan Genesys tidak membenarkan pasukan kita untuk menangkap dan berada di depan oleh kerana terlalu awal. Pasukan negara tidak memperdulikan tipu helah itu dan terus mengetuai barisan hadapan dengan tenaga yang ada.

Selekoh 500 meter masih samar-samar dari pandangan saya untuk melihat jersi oren di depan dan dia (Harrif Salleh) dalam posisi selamat antara 4 dan 5 pada 300 meter. Hariff mula bangun pada jarak seawal 250 meter dan beliau di himpit oleh Scott Law yang kelihatan jelas sehingga ke barricade berbaki 100 meter. Lantas Hariff menanduk beliau dan terus mara dengan menduduki tempat pertama dan sebagai wira pecut sebanyak empat kali sepanjang jelajah ini.

Scott Law (Virgin Blue/RBS Morgans) duels with Harrif Saleh (Malaysian National Team) for stage 14 honours in Mildura.

Kepuasan dan kegembiraan memang kelihatan oleh kami semua dengan usaha sejak hari pertama lagi. Peringkat ini juga, Hariff telah mendapat liputan media serta menang tv plasma 32 inci sebagai hadiah kejayaannya. Barisan pelumba Negara di anggotai oleh;

  1. Amir Mustafa Rusli
  2. Akmal Amrun
  3. Harrif Salleh
  4. Zamri Salleh
  5. Yusrizal Usoff
  6. Ahmad Fakhrullah Alias
  7. Ahmad Fallanie Ali
  8. Shahrul Mat Amiin
  9. Al Ghazali Hamid 

    Malaysian fast-man Harrif Saleh may have won four stages on the tour but that's not all he won, Saleh also took home a brand new TV when his name was drawn out after the presentations - 'I am very happy', he said.

    Tahniah buat pasukan negara Malaysia dan jumpa lagi! 
    Malaysia Boleh ! 3x

    Sunday, September 5, 2010

    Harrif terlepas jersi biru

    Oleh Syed Riduan Ahmad 
    2010/09/05

    JERSI biru Pelumba Terbaik Remaja terlepas daripada genggaman Mohd Harrif Salleh selepas berakhir Peringkat 13 Tour of The Murray River di Victoria semalam, apabila pelumba muda negara tersungkur pada pusingan terakhir perlumbaan sejauh 33 km (30 pusingan) itu.

    Mohd Harrif sebelum ini membuktikan kehebatannya sebagai pakar pecut di garisan penamat pada jelajah itu dengan menjuarai Peringkat 2, 7 dan 8, dan hampir tidak pernah ketinggalan menaiki podium sepanjang jelajah siri ketiga Piala Scody itu berlangsung.

    Harrif kini ketinggalan empat saat di belakang pemegang jersi berkenaan dan peluang merampasnya kembali terhidang pada peringkat terakhir hari ini, membabitkan perlumbaan sejauh 66 km. Jurulatih, William Walker dan pembantunya, Fairoz Izni Abd Ghani, bagaimanapun gembira dengan kejayaan dicatat skuad kebangsaan pada jelajah ini.

    Harrif yang dianggap Walker sebagai pakar pecut dalam pembikinan menjadi antara pelumba paling digeruni di garisan penamat.

    Namun Harrif tidak berseorangan dalam mengukir gemilang di bumi Australia kerana dia dibantu kemas oleh Amir Mustafa Rusli dan rakan-rakan senegara untuk berada di kelompok depan.

    Kerjasama ditampilkan pelumba negara cukup memuaskan hati, kata Fairoz. Mutu kayuhan mereka juga semakin meningkat, dan harapan untuk pergi lebih jauh seperti Le Tour de Langkawi juga cerah.

    Saturday, September 4, 2010

    Hariff Salleh Tersungkur


    Hari ini cuaca agak sejuk berbanding hari semalam dengan tiupan angin yang boleh mengagalkan para peserta yang berada di barisan pertengahan dan belakang. Peringkat ke 12 dengan jarak 33km dengan 11 pecutan di mana Hariff Salleh penyarung jersi biru sebagai pendahulu bagi kategori 21 tahun ke bawah.

    Pasukan Negara agak terkebelakang sedikit pada permulaan dan kembali di depan setelah keadaan agak berbahaya kerana kelajuan begitu konsisten pada setiap pusingan yang berukuran 1.1km. Rakan pasukan sentiasa bersama Harrif agar beliau tidak lagi di sekat oleh mana-mana pelumba yang cuba mengambil kesempatan atas pecutan beliau nanti.

    Kelajuan yang ada tidak membenarkan sesiapa terlepas dari kelompok besar dan pasukan lain juga memastikan pelumba pecut mereka dalam keadaan segar semasa ke penamat. Hariff dan pasukan yakin kemenangan akan di cipta oleh kerana beliau sudah pun berada dalam posisi 6 pelumba di depan. Malangnya Hariff tidak dapat mengimbang basikal apabila roda hadapannya terlanggar pada salah seorang pelumba pasukan Genesys dan beliau terus tersungkur 5 meter selepas loceng di bunyikan menandakan perlumbaan pada pusingan terakhir.

    Beliau mengalami luka di bahagian punggung serta lutut di mana kecederaannya tidaklah begitu serius dan masih boleh menerukan pada peringkat seterusnya. Manakala Hariff kehilangan Jersi Biru dengan kekalahan 4 saat di belakang pemegang terdekatnya.

    Selang 2 jam kemudian pelumba melalui peringkat ke 13 dengan jarak 57.6km circuit. Pelumba harus melalui 9 pecutan pertengahan dengan 4.8km sepusingan dengan jumlah 12 pusingan ke semuanya. Peringkat ini adalah yang paling mencabar dengan angin sejuk serta pelumba terpaksa berhadapan dengan angin kencang dengan kelajuan antara 68-72kmh dengan purata kelajuan 42kmh oleh sumber berita. Ramai pelumba gagal menghabiskan perlumbaan apabila pihak komisar mengarah untuk keluar dari perlumbaan agar dapat memberi laluan kepada kelompok pendahulu.

    Amir Mustafa Rusli adalah pelumba tunggal Negara yang dapat menghabiskan perlumbaan angin kencang ini bersama kelompok kecil beliau. Esok adalah peringkat terakhir yang ke 14 bagi Tour of Murray River 2010 dengan jarak 66km circuit dengan 14 pecutan pertengahan.

    Harapan pelumba negara tidak berputus asa dengan berhabis tenaga untuk mencipta kejayaan serta kepuasan walaupun mereka terpaksa berkorban di dalam bulan Ramadhan ini dan meninggalkan kampung halaman untuk tidak berhari raya bagi menyertai Tour of Tasmania 2010 nanti. Semoga berjaya.

    Friday, September 3, 2010

    Rakan Pasukan Berdarah Untuk Hariff Rampas Jersi Biru

    Gambar atas: Harrif Salleh menemani Ahmad Fakhrullah Alias yang sedang menerima terapi ais ketika terlibat dalam kemalangan kilometer terakhir ke penamat sebelum Hariff rampas jersi biru untuk peringkat ke 11.

    Hari ini pelumbaan peringkat ke 10 dengan jarak 36km pada sebelah pagi dan peringkat ke sebelas untuk sebelah petang dengan jarak 86.5km lebuhraya.

    Peringkat ke 10 adalah perlumbaan circuit 30 pusingan yang mana 1.2km untuk satu pusing dengan 11 pecutan di dalamnya. Acara di lepaskan dengan beberapa attacking oleh kelab tempatan Australia yang  cuba membuat pemisah (breakaway) tetapi keadaan dalam situasi selamat oleh pelumba negara Malaysia yang semakin matang dengan keberanian yang memuas hati.

    Gambar kanan: Zamri Salleh

    Walaupun cuaca agak sejuk serta sedikit berangin, pelumba negara sedikit pun tidak kelihatan terganggu dengan percubaan dan mengejar beberapa pelumba yang sedang membuat pemisah. Zamri Salleh, Ahmad Fakhrullah Alias serta Amir Mustafa Rusli antara pelumba yang bekerja keras untuk merapatkan jarak agar Hariff Salleh menghenjut ke garisan dengan mudah.

    Sementara pelumba yang lain berada bersama Harrif agar beliau selamat jika berlaku sesuatu. Pelumba negara begitu memberi saingan senget kepada mereka yang cuba membuat pemisah. Zamri Salleh di sebut-sebut oleh pengulas acara pihak penganjur oleh kerana beliau sering mengepalai di hadapan sekali.

    Masing-masing menjalankan tugas dengan baik serta bersungguh untuk mencipta misi kepada pelumba pecut lebuhraya Hariff Salleh.

    Semua tugasan yang di rancang sebelum perlumbaan menjadi dan di pegang sehingga ke penamat. Akan tetapi semasa 500 meter sebelum ke garisan penamat semua jaguh pecut jelajah ini terperangkap secara tidak sedar termasuk Hariff Salleh yang ketika itu kelajuan menurun apabila masing-masing tidak mahu memecut terlebih dahulu dan pelumba yang berada dari belakang dengan tidak sengaja terkedepan dan terus memecut dengan mudah hingga ke penamat. Hariff hanya sekadar di kedudukan 6 -10 terbaik.

    Walaubagaimanapun pasukan tetap berbangga dengan kesungguhan yang di tunjukan semasa perlumbaan peringkat ke 10.

    Bagi peringkat ke 11 dengan jarak 86.5km dengan laluan agak beralun tidak begitu mencabar dengan 2 pecutan dan 7 KOM. Permulaan antara 20 km pertama satu kemalangan dalam peloton telah mengakibatkan pelumba Yusrizal Usoff terpaksa menarik diri oleh kerana mengalami kesakitan pada pergelangan tapak tangan serta bahu beliau. Salah seorang pelumba Plan B Wais kemungkinan mengalami patah tulang bahu.


    Ramai pelumba yang cuba membuat pemisah akan tetapi ia sukar sekali oleh kerana laluan lurus yang boleh di lihat dengan mudah oleh peloton serta beberapa pasukan mengejar untuk tidak kehilangan leader jersey dan green jersey.

    Gambar kiri: Yusrizal Usoff

    Pelumba negara hanya berada di  pertengahan sambil melihat gelagat oleh beberapa pelumba lain yang tergantung di depan dari jarak oleh peloton. Laluan ini juga agak sukar dengan angin lintang di pertengahan serta permukaan jalan agak kasar. Berbaki 3km empat pelumba yang melakukan breakaway telah di telan dengan mudah dan pelumba begitu agrasif serta berasak-asak dengan kelajuan masing-masing.

    Hempit menghimpit telah menyebabkan Ahmad Fakhrullah terjatuh pada kilometer terakhir dan Zamri Salleh mendapat musibah yang sama pada 500 meter terakhir. Kesakitan sedikit reda oleh rakan pasukan di sambut dengan kegembiraan atas kejayaan Hariff menduduki tangga kedua setelah tewas kepada Nicholas Walker dari pasukan (Aus) Jayco/VIS yang bijak mengikuri beliau dari belakang. " Hati hendak pergi, tapi kaki tak nok mari bang " katanya Harrif Salleh.

    Sekaligus Hariff kembali merampas Leader Jersey bawah 21 tahun dan akan memakainya pada peringkat ke 12. Saya menjangka Hariff boleh merampas jersey purple untuk Leader Tour ini jika beliau dapat mengekalkan rentak kayuhan seperti peringkat yang lalu. Beliau dan rakan pasukan kini digeruni dengan kemampuan yang boleh menyaingi pelumba handalan Kebangsaan Australia (Jayco Skin).

    Kepuasan terasa amat sekali dengan kerjasama antara pasukan dalam memperbaiki mutu kayuhan pelumba lebuhraya Malaysia untuk mara di peringkat yang lebih tinggi seperti Tour de Langkawi dan sebagainya.

    Thursday, September 2, 2010

    Amir Mustafa Pencetus Utama Kejayaan Harrif Peringkat ke 8


    Yeah! Aku menang; Hariff Saleh berjaya menjuarai peringkat ke lapan setelah menganggap peringkat berkenaan milik empat pelumba yang melakukan pemisah.

    Hari ini pelumba negara meneruskan cabaran bagi peringkat ke-8 Tour of Murray River dengan jarak 48km perlumbaan circuit yang menghidangkan 9 pecutan untuk 20 pusingan serta 2.4km (untuk satu lap) setiapnya. Laluan rata sedikit menyukarnya setiap pelumba untuk melakukan pemisah dari peloton dengan purata kelajuan 44km/h.

    Permulaan menyaksikan pelumba luar melakukan attacking liar untuk memberi tekanan kepada pemegang learder perlumbaan dan memaksa pasukan Genesys Wealth Advisers mengetuai kelompok hadapan agar jarak serta masa tidak terlalu jauh antara pemisah. Mereka tidak mahu menangkap pelumba berkenaan terlalu awal oleh kerana risau akan pelumba dari Drapac serta Total Rush membuat attacking bertubi-tubi yang boleh menghuru-harakan situsi dalam peloton.

    Genesys Wealth Advisers mengatur strategi sentiasa berada di hadapan walaupun tekanan berikut memaksa mereka mengeluarkan banyak tenaga pada setiap pusingan. Pelumba muda Jayco Vis antara pelumba yang paling agrasif pada pelumbaan ini dan sekaligus menyarung jersey Agrasif di mana pelumba Negara Malaysia Ahmad Fallanie Ali pernah menyarung untuk satu peringkat sahaja.

    Sementara itu pelumba negara berada dalam pertengahan barisan pelumba sepanjang jalan oleh kerana kelajuan memberi impak agar tidak terputus di tengah-tengah kelompok. Hariff Saleh dalam keadaan tenang antara 20 pelumba di hadapan. Beliau telah menjadi sebutan dan di hormati oleh pelumba handalan Australian untuk berada di mana sahaja kedudukan dalam peloton.

    Berbaki 3 pusingan terakhir melihat 4 pelumba masih berada di hadapan dan saya merasa berdebar dalam situasi itu untuk melihat pelumba negara boleh memenangi kedudukan atas podium. Empat pelumba pemisah berasak sedaya mungkin untuk sampai ke penamat oleh kerana peloton masih menjarakan masa antara 10 saat di hadapan. ketika itu saya merasa ragu berbaki satu pusingan terakhir dengan jarak itu masih tidak di telan oleh peloton yang besar.

    Saya mohon agar pelumba dapat berbuat sesuatu untuk memujuk peloton menelan empat pelumba berkenaan dan memastikan Harrif mengulangi kejayaan. Loceng berbunyi menandakan pusingan terakhir dan ketua pasukan Amir Mustafa Rusli mengeluarkan arah kepada dua pelumba yang ketika itu bersama beliau Akmal Amrun serta Sharul Mat Amin untuk melakukan lead out hampir 1000 meter dan tugas itu berbaloi oleh kerana peloton dapat menelan pelumba pemisah pada baki antara 1km ke penamat.

    Kelihatan selekoh terakhir antara 500 meter pasukan Drapac bejersey merah berada di hadapan dan Hariff terperangkat di tengah pelumba antara mereka dan menyukarkan beliau untuk lakukan henjutan. Ketika itu menghampiri kurang 250 meter Hariff masih terperangkap dan beliau terpaksa memperlahankan kayuhan dan cuba memecut semula di mana di fikiran saya dan orang ramai menganggap Hariff mungkin pelumba di tangga ketiga atau keempat.

    Percaya atau tidak Hariff menghenjut berbaki jarak kurang tiga roda sahaja di celah-celah pelumba yang cuba memerangkapnya di garisan penamat. Ia di saksikan semua penonton yang menganggap ia suatu yang luar biasa. Pengulas dari pihak penganjur kerap mengulangi kuasa yang datang secara spontan oleh Hariff Salleh dari pasukan Negara Malaysia.

    1 Harrif Saleh (Malaysian National Team) 1:05:27  
    2 Scott Law (Virgin Blue RBS Morgans)    
    3 Nicholas Walker (Jayco/VIS/QAS)    
    4 Rico Rogers (Swan Hill Rural City Council)    
    5 Gordon Mccauley (Hyster - Total Rush)

    Dua jam kemudian Hariff menduduki tangga yang ketiga pada peringkat ke sembilanEuston 52km dan beliau kelihatan kepenatan serta mengalami kebas-kebas pada tapak dan jemari kanannya. Ia menyukarkan beliau untuk menukar gearing semasa melakukan selekoh serta pecutan. Tahniah kepada pelumba negara atas kesungguhan yang tidak ternilai.


    1 Thomas Palmer (Drapac Professional Cycling) 1:13:30  
    2 Rico Rogers (Swan Hill Rural City Council)    
    3 Harrif Saleh (Malaysian National Team)    
    4 Joel Pearson (Genesys Wealth Advisers)    
    5 Nicholas Walker (Jayco/VIS/QAS)

    Wednesday, September 1, 2010

    Full Gas Lonjak Mamat Antara Jaguh Pecut Peringkat

     Harrif Salleh dua dari kanan dalam peringkat keenam 102km yang terpaksa berpuas hati tempat kedua dan juara pada peringkat ketujuh 56.9km selepas dua jam kemudian.

    Setiap peringkat perlumbaan Tour of The Murray River 2010 makin hangat dengan strategi serta henjutan oleh para pelumba dalam mengguasai setiap laluan landai dengan hidangan zon pecutan. Cuaca ketika ini juga merangsang pelumba negara untuk terus membuktikan kejaguhan dan bersaing ke garisan penentu.

    Peringkat keempat dan kelima melihat pelumba negara dalam status kurang bermaya dan agrasif oleh kerana kepenatan pada setiap peringkat dengan kelajuan oleh kelab tempatan Australia. Mereka telah sedaya menguasai kelompok hadapan bagi menjulang status sebagai juara peringkat berkenaan tetapi kekuatan tenaga tidak mengizinkan berbaki 200 meter kepenamat. " Saya sudah memecut sehabis tenaga tetapi power itu tidak dapat maintain seperti hari lain" katanya Mamat (Harrif Salleh).

    Setelah berbincang dan selidik, pelumba di beri terapi ais dan " hot water" bagi mempercepatkan proses recovery. Selain itu bekalan makanan (fresh) di beri sebanyak dan segera mungkin untuk memulihkan tenaga yang telah digunakan.

    Mamat antara pelumba yang mengalami masalah dehydrate yang membuatkan otot mengalami tekanan dan tidak balas agak kurang berbanding peringkat sebelumnya. Urine beliau juga menunjukan tanda-tanda berikut dan kemudian pulih pada peringkat keenam 102km (naib juara) dan ketujuh 57km (juara) hari ini.

    Laluan landai memudahkan urusan pasukan negara bagi membantu Mamat untuk muncul juara peringkat ketujuh. Pasukan negara di sebut-sebut oleh pihak penganjur oleh kerana dengan kehebatan bersaing dengan para pelumba tempatan mereka. Mereka telah menunjukan peningkatan pada siri jelajah yang ketiga ini dan akan berdepan laluan berbukit dan paling mencabar pada Tour of Tasmania 2010.

    Kami gembira kemahuan yang di tunjukan oleh semua pelumba negara atas kesungguhan selari dengan quote " Malaysia Boleh".

    Pasukan negara akan mengharungi tujuh peringkat bagi menamatkan Tour of The Murray River 2010. Mari berdoa untuk peringkat seterusnya.