Monday, August 30, 2010
Merdeka! Merdeka ! Merdeka!
Sempena ulang tahun Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke -53 saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pejuang terdahulu yang telah tekorban (al-fatihah) dan bekorban untuk memerdekakan negara ini di jajah ketika dulu. Jasa mereka tetap akan di kenang oleh semua lapisan masyarakat bangsa dan agama. Takziah buat ahli kelurga walaupun ia telah menjangkau lebih 50 tahun dulu. Saya hargai pengorbananmu wira negara Malaysia.
Semangat perjuangan mereka telah menjadi ikutan dan contoh untuk menghargai erti pengorbanan dan kedamaian Negara ini. Kita semua perlu bersyukur dengan apa yang ada. Kita masih boleh menjalankan aktiviti dengan selamat 24jam sehari seminggu, berkelurga, tidur dengan nyenyak, cukup pakaian dan makanan. Tidak seperti beberapa negara lain yang masih berperang dan mati kebuluran.
Bersyukur terus bersyukur jika tidak angkara tamak kebendaan dan kepentingan diri sendiri akan memusnahkan keharmonian yang selama ini kita kecapi. Sekadar 80% kepuasan sudah memadai untuk kita semua menjalankan kehidupan seharian dan di teruskan oleh anak serta cucu kelak. Kita atau dunia tidak ketinggalan dengan golongan yang kaya yang akan terus ingin jadi kaya dan yang miskin untuk jadi kaya. Ianya kebendaan dunia yang sementara yang tidak menjamin keselamatan yang berkekalan. Kukuhkan ikatan persahabat pasti kita kukuh dalam berkerajaan.
Bersederhanalah dalam hidup kita semua akan damai sejahtera hingga akhir hayat. Kembali pada asas dalam pegangan agama yang telah mengajar kita semua agar saling berbaik antara satu dan lain. Mari kita semua bersama memohon doa agar Negara Malaysia terus kekal selamat, di hormati dan cemerlang;
Peace No War
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yg- Ke 53. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment