Sunday, August 15, 2010

My Redeemer Lives - Team Hoyt



Ketemu kita sekali lagi dalam coretan saya yang serba kekurangan dan yang penting di sini adalah ingin berkongsi dengan anda semua dalam satu kisah benar seorang ayah dan seorang anak yang kurang upaya (OKU) dalam kejayaan melakukan permulaan perlumbaan sehingga ke penamat IRONMAN. Video kisah benar ini telah mendapat tontonan lebih 9,175,278 di seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Mulanya video ini telah di post oleh salah seorang sahabat karib Hardi Razali di Facebook beliau. Jesteru itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kisah ini dengan lebih meluas kepada kenalan lain di dalam blog saya.


Jika anda menghayati sebaiknya saya percaya anda akan menitiskan air mata kegembiraan dengan kejayaan dan semangat yang di lakukan oleh mereka berdua. Kekuatan yang datangnya oleh kedua mereka perlu menjadi ikutan oleh semua atlit pada masa kini untuk tidak mengalah dan berputus asa.


Kisah ini telah memberitahu kita semua kejayaan bukan sahaja dengan memenangi tempat 3 terbaik (podium) tetapi menang dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk pencapaian terbaik dan sejarah diri sendiri.


Fighting itu penting dalam perjuangan bagi seorang atlit yang ingin berkelas dunia yang telah di tunjukkan oleh ayah dan anak kurang upaya ini. Tidak mustahil kejayaan akan datang dengan usaha gigih serta diiringi doa. 

Bersyukurlah atlit berbasikal Negara kerana kian memuncak dengan limpah bantuan jutaan ringgit oleh pihak kerajaan bagi melunaskan impian anda semua. Bersungguhlah dengan pemberian yang tidak terhingga. AMBIL KESEMPATAN dan GUNALAH KESEMPATAN ini.

Benar, politik sukan tanahair memang berlaku tetapi anggap itu sabagai salah satu tebing anda melangkah ke suatu puncak kejayaan. Anda akan tangisi kegembiraan serta kepuasan yang tidak terhingga sehingga ke akhir hayat. Percayalah atlit berbasikal. Mari maju terus maju wira negara Malaysia.

Saya berharap atlit berbasikal akan berjaya dengan lebih cemerlang dan di bantu oleh semua pihak yang terlibat bagi menyokong usaha kejayaan mereka untuk Kecermelangan Negara Malaysia tercinta.


Saya mohon maaf jika coretan di atas ada mengandungi unsur yang kurang sihat dan tidak terniat untuk menyakiti pembaca dan ia adalah untuk bersama memotivasi kepada semua terlibat menjayakan impian negara memenangi emas pertama Sukan Olimpik 2012 London.




Dari Brisbane, Queensland.

6 comments:

Anonymous said...

Salam,
You appeared this on 26 Dis 2008 n watched in Nov 2006 about 2 X with tears.
2day I got the same thing n I did the same.
Thks a lot bcz its stimulate my energy. If you give next,I won't avoid 2 watch it again n again.
How crazy i am?

bro sms

Fairoz Izni Abd Ghani said...

Salam,

Allah.. Terlalu aggressive yang terjadi kedua kali. But, terima kasih atas keperihatinan ayahanda. Saya perlu restart rasanya (hehehehe).

Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan dan jangan teragak2 jika perlu menasihati atau menegur saya jika saya ada membuat kata-kata yang keterlaluan di dalam penulisan ini.

Saya ada beberapa perkara yang perlu di kongsi di sini nanti dan perlukan sedikit masa.

Doakan saya berjaya untuk berbakti kepada semua berbasikal Negara Malaysia.

Salam Ayahanda Sms

Fairoz Izni Abd Ghani said...

A son says to his father: 'Dad, would you be willingly to run a marathon with me?'

The father, despite his age and a heart disease, says 'YES'.

And they run that marathon, together.

The son asks: 'Dad, can you run another marathon with me?' Again father says 'YES'.

They run another marathon, together.

One day the son asks his father: 'Dad, would please do the Iron Man with me?'

Now just in case you wouldn't know, 'The Iron Man' is the toughest triathlon in existence;

4km swimming, then 180 km by bike, and finally another 42 km running, in one stroke. Again father says 'YES'

Anonymous said...

Salam,
Sorry, (my mistake > I watched in "Nov 2009"only)

Dnt worry so far I never detected any bad thg bcz I always analyze each word.

Thru experience n ur writing, I can figure out tht u hv good quality characters of leader. So, be yourself!

....."YES", I pray 4 that son!

Anonymous said...

4KM swimming...perghh...

Anonymous said...

4KM swimming...