Motivation can't take you very far if you don't have the legs.
- Lance Armstrong
Mendidik dalam kejurulatihan kepada seorang pelumba baru adalah suatu perkara yang bukan mudah. Ia perlu mengambil masa untuk menerap perkara asas dengan kukuh agar mereka cekap dalam ilmu yang di beri oleh jurulatih. Salah satu perkara utama yang perlu dilakukan dalam membentuk generasi baru/junior(13-16 tahun - pendapat saya) adalah dengan memperbanyakkan pada sudut kemahiran teknik taktikal (SKILL) mengendali basikal samaada dalam kemahiran berbasikal road, trek dan mtb.
Ini adalah pendedahan yang perlu dilakukan oleh jurulatih kepada peringkat usia ini dengan sebaiknya selepas mereka melepasi peringkat elite Junior (17-18 tahun - pendapat saya bagi peringkat World Junior Championship). Ini adalah sudut pandangan dan pengalaman saya sejak berkecimpung dalam berbasikal Negara Malaysia.
Atas pengalaman yang di lalui, perkara ini tidak di bentuk atau di terap semasa hari pertama saya berkecimpung oleh kerana tiada jurulatih dan hanya menjejak ilmu dari pelumba senior yang sedia ada ketika itu. Aktiviti yang di lakukan hanya berkayuh sejauh mungkin dan selaju yang mungkin. Oleh itu, kelemahan dalam kemahiran mengendali basikal begitu lemah dan terpaksa menempuh cabaran baru ketika usia pada peringkat senior.
Boleh dikatakan ramai yang terkorban dalam peringkat senior dan pelumba yang berjaya hanya datang dari jurulatih yang berilmu dan tekun dalam kejurulatihan. Ketika era saya secara purata pelumba yang berjaya keperingkat kebangsaan datangnya dari pasukan Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Percayalah pelumba yang berjaya datangnya dari pelumba yang mempunyai kemahiran yang tinggi. Jurulatih inilah melahirkan pelumba berbakat serta kejayaan pada peringkat senior kelak dan perlu berterima kasih dengan usaha membentuk akar umbi membina struktur berbasikal negara Malaysia.
Jika lemah dengan dua kemahiran ini maka lambatlah untuk mendapat hasilnya. Selain pelajaran teknik berbasikal, saya sudi berkongsi tentang kemahiran " tactical development". Cara mengendali agak mudah dengan mengajar melakukan group sprint dalam kelompok kecil dan besar.
Ia mendidik pelumba kita dalam situasi keadaan sebenar dalam penamat ke garisan penamat. Jika ia menjadi kebiasaan dalam latihan maka untuk mencapai kejayaan adalah tinggi. Lakukan antara beberapa kali dalam latihan harian atau minggu. Kelajuan tidak perlu di terap akan tetapi cara berhadapan situasi itu perlu di didik terlebih dahulu serta cara dalam kedudukan untuk memecut ke penamat antara 200 meter terakhir atau kehendak jurulatih.
Mini race(perlumbaan mingguan) adalah salah satu bentuk kemahiran tinggi di dalamnya secara complete. Malangnya mini race tidak di terap dalam berbasikal negara kita. Ia boleh di lakukan jika ada kemahuan dan juga kerjasama oleh semua peringkat dan lapisan. Percayalah, jika ia berlaku negara akan banyak mempunyai bakat-bakat yang berkualiti pada masa akan datang serta sedia menjadi pelapis kepada senior yang sedia ada. Bersama menjayakannya untuk sukan berbasikal.
Video di atas adalah salah satu cara membentuk generasi yang berkualiti dan secara tidak langsung ia telah membentuk kemahiran asas serta menarik minat pelumba dan ahli keluarga. Di fahamkan, European Cycling Tour Assen 2010 ini telah mendapat sambutan dari Norway, Denmark, Germany, Lituania, Finland, Netherlands, Netherlands Antilles, United Kingdom, USA dan Switzerland. Peserta yang terlibat pada umur 6 tahun keatas sehingga mencecah lebih 700 peserta. Kita mampu melakukannya dengan kemahuan.
Terima Kasih.
Fi
4 comments:
Salam,
Melentur buluh biar dari rebung..
Saya amat menyokong jika usaha itu dijalankan di M'sia.
Setakat ini anak2 sek rendah menjadi penonton sahaja dan mereka tidak berpeluang terjun ke arena.
Sebenarnya segenap lapisan boleh terlibat (kampung atau bandar)
Ikatan kekeluargaan yg erat khasnya bapa dapat dipupuk malah merentasi batas kaum, umur atau pangkat.
Siapakah yang harus memulakan hasrat itu?
Bilakah ia akan dimulakan?
Hendaknya janganlah sampai ayahanda menutup mata..
Salam,
Terima kasih atas komen dan persoalan yang di lontarkan. Saya sentiasa menyelami pekara ini sejak 2005. Tertarik dan minat dengan pratikal yang di jalankan di negara luar.
Ia sebenarnya datangnya dari creativity dan pandangan oleh pihak yang memimpin. Saya di fahamkan, selain budaya sukan yang sedia ada,peminat dengan sendiri menarik minat untuk berdaftar kepada federation berbasikal mereka oleh kerana dengan faedah yang di perolehi dan juga salin menyokong program yang di anjurkan, contoh recreational berbasikal sambil mengutup derma, insurans dan sebagainya.
Mereka mempunyai basikal trek untuk development tersendiri untuk berkayuh di dalam trek oleh pelajar sekolah rendah dan menengah atau sebagai kelas pendidikan Jasmani.
Mereka mempunyai coach khas yang mengendali program jasmani ini yang mana di fahamkan program tersebut ada connection bersama pihak federation.
Simple dengan berbaju T-shirt dan berseluar pendek serta helmet. Tidak perlu complicated dengan syarat dan sebagainya. Yang penting pendedahan dan lama kelamaan keinginan itu akan datang dengan sendirinya.
Salam,
Kadang kala idea yang bagus tapi tidak difahami oleh pemimpin maka bermulalah soalan2 yang tak menentu.
Ada pula yang memahami tetapi....
(AR Tompel sebut..nak cari lobang2 kerja) pelaksanaan jadi lagi celaru.
Jika ada segelintir yg penuh jujur nak memulakannya akan ada pula pertanyaan ...siapa kamu?
(maksud: nak memandai2)
Akhirnya.. pi mai pi mai tang tu
Teruskan berusaha jika peluang dah terbuka.
Ayahanda SMS
Salam,
Hanya mampu tersenyum ketika ini dan insya Allah jika peluang datang akan saya tunaikan bersama rakan lain yang kini di dalam proses pembelajaran sukan ini. Amiin
Post a Comment