Monday, August 23, 2010
Perhubungan Dunia dan Basikal
Berbasikal adalah salah sukan yang di minati ramai selain sukan-sukan lain seperti bola sepak, olahraga dan sebagainya. Ia tidak terhad kepada umur, saiz, miskin dan kaya, lelaki dan wanita, tua dan muda. Antara tahun 1880-1890 basikal telah di cipta dengan mengunakan kayuhan pada pedal (complete dan selamat) dan sebelumnya orang terdahulu mengunakan kuda sebagai salah satu pergerakan dari satu tempat ke satu tempat sebagai pengangkutan.
Hasil kebijaksanaan orang terdahulu dengan era permodenan basikal telah di cipta untuk semua lapisan masyarakat seperti yang telah dinyatakan di atas. Kebiasaannya yang telah berkeluarga sudah tentu akan memperkenalkan serta membeli basikal plastik/besi (contoh) untuk anak-anak sebagai tanda anak itu mulai membesar untuk berdikari dan secara tidak langsung telah mendidik anak itu untuk kearah aktiviti yang sihat.
Ia di asuh dari setiap keluarga dalam era permodenan pada hari ini. Mudah dipandu serta berkemampuan oleh setiap individu yang menginginkannya. Secara logiknya, budaya ini di lahirkan oleh setiap keluarga tentang titik jalinan perkembangan serta salah satu saluran yang boleh membantu pembangunan aktiviti berbasikal terhadap sebuah negara itu dari sudut formal (perlumbaan) dan tidak formal (beriadah etc)
Negara Malaysia juga tidak ketinggalan dengan budaya sihat ini tetapi ia kurang mendapat sambutan oleh pihak keluarga dengan informasi yang di terima. Di sinilah mulanya dan cara mana untuk memikat terpulang kepada pihak tentu untuk memastikan faedahnya berbaloi oleh mereka. Pelbagai cara boleh di lakukan jika inginkan individu terlibat dalam berbasikal dengan lebih serius lagi. Contoh mengalakkan XPDC berbasikal, Basikal Ria, Karnival, Sekolah antara Sekolah, Akedemi Fantasia Berbasikal dan sebagainya.
Ia memerlukan kerjaan oleh individu yang boleh membimbing dalam memberi kemesraan kepada masyarakat bagi aktiviti berbasikal. Saya meminati berbasikal ini dengan saluran oleh abang saya dengan berbasikal xpdc, menonton perlumbaan yang berdekatan kawasan rumah, basikal ria dan mula serius apabila rakan baik terlibat dalam persatuan berbasikal Negari.
"Jika" pati ini boleh di perkenalkan (selalu) sudah tentu negara mendapat sambutan yang mengalakan untuk menjadikan ianya sebagai industri pelapis (kebangsaan) akan datang.
Tiada junior tiadalah senior. Tiada aktiviti tiadalah pembangunan. Tiada kemahuan tiada pencapaian dan tiada perlaksanaan dan tiadalah apa-apa hasilnya.
Juniorlah kunci utama dalam sukan berbasikal untuk membuka pintu kecemerlangan sukan ini dan membantu mengembangkan bakat mereka.
Sejarah Berbasikal Junior dengan secara rasminya telah diadakan pada tahun 1868 dalam acara lebuhraya (RR) di Paris dan pertama kali acara trek kebangsaan berbasikal junior di anjurkan pula pada tahun 1895 di mana Sukan Olimpik pertama pada tahun 1896. Dengan penganjuran itu barulah acara trek di minati ramai di seluruh dunia sehingga ke hari ini negara Malaysia telah punyai pelumba kelas dunia seperti Azizul Hasni "Aweng" dan Rizal Tisin dalam Track World Championship. Tahniah.
Sekian lama dan hasil kejayaan mereka telah mendapat tempat oleh generasi baru dan penaja bagi memudahkan impian mereka di capai. Dapat?
Kita semua berharap segala program pembangunan yang telah di jalankan dapat menghasilkan pelumba yang berkualiti serta berjaya demi Sukan Berbasikal Negara Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment