Friday, August 20, 2010

Harrif selesa di lebuh raya

 " I used to train too much, too many hours. 
In my first year as a pro I trained thirty-five hour a week, which is too hard." 
- Tony Rominger

KUALA LUMPUR - Meraih tempat ketiga di peringkat terakhir perlumbaan Jelajah Geelong, Ahad lalu membuktikan pelumba negara, Mohd. Harrif Salleh sudah semakin selesa dalam acara lebuh raya walaupun dia sebelum ini sering kali disenaraikan dalam acara trek.

Menurut pelumba kelahiran Terengganu itu, dia sekarang ini semakin mendapat rentak dalam acara lebuh raya, sejak menyertai sirkit pertama siri perlumbaan kebangsaan Australia, Jelajah Gippsland.

"Saya semakin selesa dan kembali menemui rentak bagi acara lebuh raya, ini mungkin disebabkan saya banyak mengambil bahagian dalam acara trek membuatkan kekuatan saya semakin bertambah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia melalui laman sosial, Facebook.

Jelasnya, beralih acara daripada trek ke lebuh raya membolehkan dia mempunyai tenaga yang banyak terutama sekali ketika melakukan pecutan baik di zon pecutan.
"Ketika melakukan serangan baik di zon pecutan mahupun garisan penamat saya dapat merasakan perbezaan ketara berbanding sebelum ini, cuma masalah saya sekarang ialah di zon pendakian dan melakukan breakaway," katanya.

Kata Harrif, dia mendapati pelumba pasukan lain mula berjaga-jaga dan tidak memberi ruang kepadanya selepas berjaya meraih keputusan cemerlang bagi kedua-dua perlumbaan ini.
"Kalau boleh dalam perlumbaan sirkit ketiga, Jelajah Murray River yang bermula Khamis depan saya mahu muncul juara, mungkin kali ini ada peluang kerana terdapat 14 peringkat yang kebanyakannya kriterium dan laluan landai.

"Saya gembira melihat kedua-dua jurulatih John Beasley dan William Walker berpuas hati dengan prestasi saya, apa yang saya perlu ialah mengekalkan terbaik ini," katanya.

No comments: