Friday, September 19, 2008

Saya bagai anak terabai’

Saya bagai anak terabai’

Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my
persiapan ke Beijing tapi sia-sia." title="KEJAR IMPIAN...Nor Azian (dua dari kanan) buat
persiapan ke Beijing tapi sia-sia." border="0" height="217" width="300">
KEJAR IMPIAN...Nor Azian (dua dari kanan) buat
persiapan ke Beijing tapi sia-sia.

TIDAK tahu siapa yang harus dipersalahkan atau di manakah silapnya sehingga menyebabkan pelumba basikal wanita negara, Nor Azian Alias terlepas peluang untuk beraksi pada temasya Sukan Olimpik di Beijing, bulan lalu.

Apa yang pasti nama pelumba dari Johor itu berada dalam senarai pelumba yang layak ke Olimpik menerusi acara lebuh raya apabila Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) menetapkan pelumba yang berada dalam senarai kelompok 100 terbaik dunia layak mewakili negara masing-masing.

Menurut syarat UCI, 65 pelumba dalam ranking dunia secara automatik layak untuk beraksi manakala baki 35 pelumba lagi dipilih daripada senarai pelumba negara yang belum mempunyai wakil.

Azian menduduki tempat ke-76 dalam senarai UCI yang dikeluarkan Mei lalu, yang meletakkannya dalam kedudukan selesa untuk mewakili negara ke Olimpik.




“Saya benar-benar kecewa. Peluang bukan mudah diperoleh. Saya terpaksa menunggu empat tahun lagi biarpun saya sebenarnya sudah layak untuk beraksi di Olimpik, temasya yang menjadi impian setiap orang yang bergelar atlit.


“Mengikut syarat berkenaan, memang 100 peratus saya layak ke Olimpik. Mungkin UCI mengira mata berdasarkan penyertaan saya sebelum ini seperti kejayaan meraih perak di Kejohanan Basikal Asia di Bangkok dan pingat emas Sukan Sea, Manila,” katanya.

Azian berkata, dia hanya diberi peluang menyertai satu perlumbaan iaitu Kejohanan Lumba Basikal Asia 2008 (ACC) ke-28 di Nara, Jepun, dan selepas itu tidak lagi menyertai mana-mana perlumbaan.

“Selepas pulang dari Nara, April lalu, saya sekali lagi membuat semakan dan memang nama saya masih tersenarai dalam kelompok 100 pelumba terbaik dunia.

“Saya hanya terus berlatih dan selepas 31 Mei iaitu tarikh akhir senarai nama yang layak ke Olimpik dikeluarkan, saya diberitahu saya tidak layak.

“Mungkin kerana UCI menganggap saya tidak lagi aktif berbasikal kerana tidak menyertai sebarang pertandingan selepas Nara, maka nama saya terkeluar daripada ranking dunia,” katanya.

Azian, 28, berkata Persatuan Kebangsaan Basikal Malaysia (PKBM) serta Majlis Sukan Negara (MSN) mengetahui perkara itu dan turut berusaha membantu dengan menyediakan jurulatih khusus untuknya bagi mengukuhkan kedudukan menjelang Olimpik.

Bagaimanapun, Azian terus ditimpa malang apabila dia tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada jurulatih terbabit malah tidak menjalani latihan seperti sepatutnya seorang atlit.

“Saya pun tidak tahu apa yang terjadi. Perkara itu benar-benar membuat saya tertekan. Saya seperti anak terbuang yang diabaikan. Saya tidak tahu apa silap saya,” katanya yang berharap dapat menerima perhatian sewajarnya sebagai seorang atlit.

2 comments:

East Coast Cycling Team said...

Kenapa jadi begitu...!!Apa apa pun sabar ajelah dek..suatu hari nanti akan terserlah jua kebenaaran nya.

Fairoz Izni Abd Ghani said...

sabar untuk 2010, sabar lagi untuk next 2020, and sabar terus sabar the next 100 tahun lagi.. kita Pecinta sukan berbasikal perlu tabah dan perlu faham hati cyclist kerana mereka lebih tahu yg tersirat. Buang hasat dengi dan ego, insya allah kita semua akan di hormati.. amiin