Datuk Astaman: Sabar dulu Datuk, Tayar saya belum pump lagi, kita tunggu next KOL3, kita pastikan budak2 nie kecundang, lepas raya kita dah boleh start secret training, you tunggu tempat biasa, tau lah nasib mereka Datuk..
Datuk Naim: Ok2 Datuk, kita analisis dulu kekuatan dan kelemahan mereka.. settt.. KOL3 mereka kena tapau lah dengan kita.. emm.. Insya allah..
Datuk Astaman: amiin, mudah mudahan.. jemputlah datang raya di rumah nanti ok.
Datuk Naim: Insya allah...
Cuba Lagi.... Zamani dan Akmal hanya memenangi tempat pertama dan kedua dlm acara sampingan Scratch Race. Kelihatan Timbalan president MNCF YgBahagia Datuk Naim menyampaikan hadiah kepada pemenang. Tepat jam 1pagi kami bersurai. Terima kasih kpd semua yg hadir pada KOL2 dan berjumpa lagi the next KOL3, Insya allah.
Akulah Raja Keirin... Rizal Tisin di apit oleh pemenang kedua Harnizam Basri(kanan) dan Anuar Manan(kiri). Bersama pada malam itu supporter cyling negara iaitu Yang Berbahagia Datuk Astaman Abdul Aziz yang sudi datang serta menyampaikan hadiah pada pelumbaan KOL tanda sokongan dan juga memberi sumbangan tunai secara peribadi untuk KOL dan pembangunan sukan berbasikal negara Malaysia. Tahniah kepada semua yg terlibat.
Malang nasibku.. Akmal terpaksa tepuk dahi apabila niatnya itu dipadamkan oleh Zamani(skuad pelapis kebangsaan) di saat-saat akhir dalam acara sampingan 5laps Scratch Race yang mempertaruhkan hadiah tunai RM200 dan RM100.
Siapa hebat???.... Akmal Amrun mempertaruhkan kayuhan peringkat akhir Keirin Open Leg 2, apabila harimau2 negara terus menerkamnya di garisan tamat. Amir Mustafa, Rizal Tisin dan Harnizam Basri mengerah seluruh tenaga untuk menjadi Siapa Raja Keirin sebenar.
Kejar tengokkk... Jasmin Roslan terus memecut dihadapan dan Rizal tisin bijak mengambil peluang menunggu selekoh terakhir untuk mendapat tempat ke final.
Berdebar2 : barisan pelumba dalam heat kedua dari kiri Jasmin Roslan, Akmal Amron, Zulhelmie, Anuar Manan dan Rizal Tisin di bantu head Coach negara John Beasley.
Hafiz Sufian(champion KOL1) mengetuai di selekoh terakhir di kejar rapat oleh pelumba berjersey Terengganu(atas) juga Fauzan Lufti yang tidak mahu peluangnya di sia-siakan ke pusingan ke-2, kelihatan juga M. Fattah (Kedah) menekan kuat kayuhan untuk asakan kepada pelumba lebih senior.
Para pelumba bersiap sedia untuk menunjukkan kehandal masing bagi memastikan kedudukan mereka adalah tepat sesudah motor pace keluar dari trek yang di bawa oleh sukarelawan Isma rizuan. Terlihat di belakang motor Jasmin Roslan dan Rizal Tisin bejersey Selangor. Manakala Marvin George dari sabah berada di belakang Rizal.
aksi Harnizam Basri dlm heat keirin menunjukkan skill memperlihatkan kelibat jaguh 4km individu persuit Amir Mustafa dan juga di ekori rapat oleh pelumba handalan lebuhraya Suhardi Hassan yg turut melayakkan diri kepusingan kedua.
2 comments:
SYABAS ABG FEROZ!!!!KALAU SEMUA ORG KAT MALAYSIA MCM ABG FEROZ..TENTU SEMUA RIDER KITER LAGI KUAT DARI CHRIS HOY..
terima kasih, jika perkataan "KALAU" itu termakbul mmg kita semua juga berjaya.
Post a Comment