Hari ini 1st day solat terawih bersama perenang selat inggeris Dato' Abdul Malek Mydin di kampung Baru. Sampai2 sana mereka dah mula solat terawih. Seperti biasa setiap tahun di sana mengimport Imam Arab terpilih yang sememangnya kita semua tidak akan jemu atau tertidur dengan bacaan ayat suci al-quran. Babak yang pilu adalah semasa imam membaca doa qunut pada witir yang terakhir, imam membacakannya dengan penuh keinsafan dan tangisan sepanjang lebih kurang 10-15minit. Ramadan ramadan ramadan...
Saya baru sahaja pulang dari rumah pada jam 3:30am. Kisahnya kami duduk bersidang di tempat biasanya parlimen bersama tetamu abg zairee berita harian. Juga brothers yang telah lama bersama keluh kesah dengan dunia pembangunan lumba basikal negara Malaysia. Tajuk utama kami adalah Keirin Open Leg Series. Lama juga membentangkan isu ini, sampaikan bergelas2 kami minum air, perbincangan kami kearah pembangunan masa depan lumba basikal negara. Mereka sanggup menggeluarkan bantuan sendiri dan sudi bekerjasama tanpa mengharapkan balasan. Saya begitu terharu tertarik dengan cara pemikiran mereka yang tidak mengira pulangan untuk diri tetapi ingin kan kepuasan di atas usaha yang ikhlas. Banyak idea untuk jangka masa panjang tetapi kami ingin memulakan peringkat pertama sebagai permulaan bagi mendapatkan sambutan dan penilaian kepada setiap individu yang menceburi arena basikal trek negara masa kini. Kita juga tahu trek pecut negara telah meletakan negara kita setanding negara2 terkuat seperti Great britain, australia, Japan, German dan sebagainya. Kita mahukan impian emas atau sekurang2nya pingat olimpik dari sukan berbasikal negara. Saya pohon dari sekarang kita mula kan misi ini agar impian itu tercapai supaya kita sama2 berbangga Malaysia bukan lagi jaguh kampung malah di segani oleh jaguh dunia. Terima Kasih kepada individu dan swasta yang sudi membantu untuk menjayakan KOL ini. Saya berharap dengan bantuan ini KOL akan lebih dikenali dan lancar walaupun ia tidak melibatkan perbelanjaan besar. Motif KOL ini sebenarnya adalah untuk memperbanyakan pelumbaan trek di Malaysia dan memberi nafas untuk kita semua untuk melihat kejayaan serta mencari bakat2 baru sebagai pelapis negara kepada pelumba elit akan datang. Saya percaya sokongan dari anda semua sedikit sebanyak meningkatkan mutu kualiti pelumba-pelumba Malaysia. Marilah sama2 bergerak tanpa mengira kedudukan dan terus maju dan maju. Jutaan terima kasih kepada pembaca dan semua yang terlibat. Selamat bersahur.
4 comments:
Kita sokong habis-habis....
Salam,ada masa kita minum lepas terawih.Nak cari idea dan dah lama tak jumpa bersidang di parlimen Maju
hi jangan lupa dopod malek! HOHOHOHOH
PLBD Dungun sentiasa menyokong demi untuk kebaikan sukan berbasikal di negara ini.
Post a Comment