Sunday, September 7, 2008
Di jemput semua hadir KOL2.(Keirin Open Leg)
Salam, semalam saya telah bersidang untuk menjayakan KOL2 walaupun kita semua menjalani ibadah puasa. Terima kasih yang turut hadir pada perjumpaan semalam sehinggalah jam 320am. Sebenarnya banyak benda yang mudah dalam menjayakan sesuatu even/acara untuk pembangunan basikal, hendak seribu daya sebenarnya untuk orang yang minat dan bukan ada dasar bagi mencari kepentingan peribadi. Perkara begitu mudah dan tidak perlu diberi penelitian yang terlalu detail kerana jika tidak ia mengambil proses begitu lama. Sampai bila pun usaha yang hendak kita lakukan tidak akan terlaksana. Seperti KOL ini, ia perlulah terlebih dahulu mendapatkan persetujuan pihak2 tertentu atau terlibat, yang selebihnya pelaksaan itu terpulang kepada kita bagaimana cara atau kehendak penganjur bagi pembangunan sukan berbasikal negara.
Saya juga tidak terfikir dengan meeting kami semalam, ia sgt simple/tenang/keperluan asas. Yang penting kita kena buat dan jangan cakap banyak tetapi tidak dilaksanakan ibarat kita sembang2 dlm kedai kopi genap masa dan idea dah habis terus balik rumah tidur. Saya berharap, cetusan idea kami akan terus berkembang dan mendapat sambutan dan kita semua sama2 jayakannya.
Tidak mustahil memang ada individu yg akan mengkritik mencari kesilapan atas dasar sikap/sifat dengki sesama kita walaupun usaha ini adalah bertujuan pembangunan untuk semua. Ia sudah pasti, tetapi saya sudah pun bersedia dengan sikap ini. Saya terima jua apa pun berlaku yang penting kita inginkan sukan berbasikal negara terus maju dan dihormati.
Jika tiada masalah kami akan langsungkan KOL2 ini pada hari Sabtu 13hb September 2008 jam dalam lingkungan 11 malam. Pendaftaran adalah percuma. Kita akan "warm up" bersama2 dan saya akan menjemput semua pelumba negara kita yg menyertai olimpik beijing(jika mereka berminat) untuk sertai KOL2 untuk memeriahkan suasana. Dari situ kita dapat merapatkan lagi hubungan national cyclist dengan junior/peminat bersama berlumba mencari level atau pengalaman. Cyclist lain tidak perlu risau jika kehadiran mereka yang penting beri saingan positif. Itu misi kami. Kami dengan hati terbuka menantikan kehadiran anda semua ke Keirin Open Leg 2 (KOL) dan bawalah family serta rakan2 untuk memenuhkan tempat duduk trek velodrom. Jika boleh bawakan kompang dan serta sorakan pukulan gendang.
Insya allah saya menjemput juga Ketua Jurulatih negara John beasley untuk membantu kita semasa KOL di jalankan. Terima kasih rakan2 yang sudi mengeluarkan poket money untuk bayaran sewa lampu limpah(spotlight) untuk beberapa jam dan hadiah tunai kepada pemenang KOL2.
Terima kasih sekali lagi kepada semua sukarelawan/peminat/cyclist yang terlibat menjayakan KOL. LOVE YOU GUYS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
go!go!go! cayok!!majulah sukan untuk malaysia!!!!maaf tak dapat join
Post a Comment