Cyling di Malaysia sememangnya masih kecil berbanding negara2 luar yang hidup mereka bersukan pada setiap hari setiap waktu, ada sahaja orang bersukan, pergi kerja pun kayuh ke office. Makna kata "Tiada Hari Tanpa Latihan".
Kita perhatian sekarang ini, masyarakat telah mula berjinak2 mengenali dan bersukan. Antaranya untuk kesihatan diri dan keluarga. Mereka tidak lagi malu2 bersukan, asal ada "kaki" pedal pun pusing. Saya lihat ramai orang2 yang berumur kian membanjiri laluan ulu langat, genting sepah dan sebagainya. Jadi, mereka(publik) yang bersukan ini tahu perkara asas dan susahnya nak maintain kecergasan. Oleh itu mereka(public)boleh menilai sebelum mengkritik seseorang atlit yang tidak mencerlah. Payahnya hendak bercerita tentang dlm hal2 ini kecuali jika atlet itu sendiri yang tidak deliver setelah diberi semua full support dari pihak Nasional. Haa lu pikirlah sendiri...
Saya tertarik dengan cyclist part time iaitu Isma Rizuan 29 tahun berkeluarga. Dia seorang kawan rapat kepada saya semasa mewakili negeri melaka. Dia terpaksa meninggalkan basikal dlm sekitar tahun 1994 untuk menunaikan hajat keluarga supaya berjaya dlm pelajaran. 1996 kami menduduki SPM. Saya melihatnya sebagai cyclist contoh bagi pelumba2 muda yang ada sekarang. Beliau begitu tekun dalam mengenali lebih dlm tentang cyling di Malaysia, Jika dulu dia selalu mendengar kurangnya menyerlah pelumba negara, sekarang dia mula faham dari akar umbi sejak bersama menjalani latihan bersama pelumba negara. Saya mengajak supaya mendekati bagaimana ianya berfungsi dan proses dilakukan. Saya berbangga, tangkapan negatif kini bertukar positif, pandangan keluhan kami mula melahirkan idea2 dan memahami alam berbasikal negara. Macam2 perkara perlu di titik beratkan untuk melihat kejayaan cycling malaysia.
2003-2004 kami bertemu setelah terputus hubungan. Ketika itu isma berbadan besar 98kg. Dia mengambil keputusan untuk menurunkan berat badannya dengan berkayuh dan berenang. Walaupun bekerja dan berkeluarga beliau smart dlm membahagikan masa supaya targetnya tercapai. Berkat kerajinan beliau tercapai akhirnya berjaya menurunkan berat badannya dari 98kg ke 64kg. Dalam masa 3bulan usaha keras itu di lakukan. Tahniah. Sekarang beliau berjaya dalam cycling part time bersama club P2K. Berlatih setiap hari dan memasuki setiap perlumbaan dan sanggup menghabiskan wang ringgit sendiri untuk berlumba bersama rakan2 malah sanggup mendengar permasalahan yg timbul dari saya supaya pelumba2 lebih cemerlang. Beliau banyak memberi pandangan dan idea2 kepada saya. Kami saling bertukar2 pendapat inginkan perubahan buat berbasikal negara Malaysia. Apa yang saya dapat dari usaha itu, Jika beliau boleh lakukan sebagai part time cyclist inikan pula full time cyclist. Maksud/kesimpulannya adalah "usaha diri sendiri tidak merugikan dan sedia belajar menambah ilmu dari kesilapan serta jangan cepat melatah". Sekian
click disini http://www.nestle.com.my/powerbar/team/athlete-highlight.htm
3 comments:
waayyyyy22riiiiiiiiiiiideeee!!
Ada ramai orang macam Isma ni kat Malaysia. Cuma orang yang ada kepentingan sendiri yang tak nak layan dan tak ambil berat apa yang diluahkan mereka.
Jadi, kalau minat sukan berbasikal, buat je lah. Tak payah tunggu manusia sewel yang pandai cari alasan dan ruang untuk menggagalkan kita.
Apa apa pun yang penting semangat. Peduli apa orang nak kata.
Post a Comment