Monday, September 22, 2008

Nak tahu? CsC punya preparation? JOm!!















Apa yg kita lihat, bagaimana mereka menjadikan kekuatan Team Work sebenar untuk kejayaan bersama, lihat bagaimana cara kerja yg dilakukan semua sentiasa teliti agar planing tidak terjejas dan jujur antara satu sama lain, dari awal preparation membentuk kekuatan supaya kejayaan terhasil dan kepuasan akan terasa bila berjaya.

Jika ingin di bandingkan dengan cara pro dan cara kita amatlah jauh sekali. Lihat cara bjarne Riis(Coach) berkomunikasi dengan cyclist( cyclist di hargai). Itu salah satu team building kerana mereka menjadi bersatu walaupun terdapat pelbagai negara dalam team csc itu.

Mekanik ada 8, mereka buat cara mekanik(tak perlu sibuk dengan pengurusan lain), 15 doctor, tukang urut dengan cara tersendiri rapat dengan cyclist, di situ kita lihat mereka boleh meluahkan rasa peribadi walaupun bukan kerja mereka tetapi atas team work dan minat yg ikhlas. Mereka juga adalah professional, berterus terang dlm apa jua ke tidak puas hati dan mereka ambil itu sebagai isu yg perlu di atasi dengan cepat sebelum merebak meluas bukan mendorong cyclist kepada kemusnahan kerier mereka oleh itu kita perlu mengenali dan membantu mereka supaya permasalah boleh diatasi. Our cyclist?coach?officer?

Kita jangan ambil mudah, kita semestinya belajar dan terus belajar. Jika kita anggapnya biasa ia akan jadi biasa biasa sahaja. Cyclist memerlukan perhatian perbagai aspek, emosi, keperluan, persefahaman antara cyclist dan juga jurulatih. Mereka bukan robot, bukan askar atau polis, bagaimana kita nk build sebegini, pandai2 lah dengan cara tersendiri, jgn asyik nk meniru, pemalaslah nama nya. Semua org happy dan enjoy,sukan berbasikal negara cemerlang. Boleh? Kita masih kekurangan jika sikap ego terus bermaharajalela.

Saya teringat bagaimana kata2 jurulatih saya Jasmi Baba berkata " Hidup ini jangan jadi bodoh, nanti kita diperbodohkan, oleh itu kita kena belajar jadi pandai, tetapi bila dah pandai jangan pula hendak memandai mandai... Fikirkanlah

Team Work, Team Work and Team Work!!! 2008



rileks lah brothers... sak kok luhhhh... Hiburan dulu. Jumpa lagi. Enjoy...

2 comments:

Arnaz M. Khairul said...

Woi!!! Kau tunjuk video ni semua nak suruh MSN beli lagi sparepart dan barang basikal, dan perabihkan duit rakyat ke?? Yang untung apek hidung besar dan geng dia je!!! Sukan berbasikal takde untung apa2!!!!

Fairoz Izni Abd Ghani said...

Sedihnya...