Tuesday, September 23, 2008

Gold medalist Sukma Terengganu Letak Jawatan

Pelapis skuad Keirin School Japan, Cuba kirakan untuk saya berapa bijik basikal yg mereka pegang?
Adiq Hussainie Othman(kiri) salah seorang pelumba yang sgt berbakat bersama Isma Rizuan, pelumba part time by P2K and Power Bar. Jika Adiq H.O tidak di beri plan dari sekarang, pasti dia akan ikut jejak MAT PARIT.


Sejak beberapa minggu yg lepas saya mendapat berita khabar angin mengatakan salah seorang pelumba pelapis Shahrul Mat Amin 19 tahun (pemenang pingat Emas lebuhraya Sukma terengganu) akan meninggalkan skuad kebangsaan, tetapi perkara itu menjadi kenyataan. Die atau nama samaran Mat Parit telah mengambil keputusan berundur lebih awal dari umur muda yg tidak di sangka-sangkakan. Saya di fahamkan, oleh kawan2 dia berundur atas alasan untuk belajar dan membantu keluarga di masa akan datang. Saya sungguh sedih kerana dlm usia sebegini dia terpaksa melupakan hasrat walaupun mmg pada asalnya dia masih ingin berkayuh untuk negara. Namun apakan daya untuk masa depan nya.

Kelibatnya sangat di perlukan serta bakat yang ada untuk terus lebih maju dan mengharumkan nama negara. Pada pandang saya perkara ini sgt mudah utk dia terus bersama negara. Dia hendak kayuh, jadi? bagaimana kita hendak membantunya? apakah pihak atasan perlu bantu baginya menyelesaikan perkara mudah ini? Saya mengambil contoh ex-national persuiter Lee Robert yang penah meleburkan rekod 4km individu milik M. Kumaresan berusia 11tahun semasa 2001. Lee robert salah seorang pelumba yang pandai dlm selok belok hidup berdikari, Semasa dia bersama national team dia juga pelajar UPM. Dia pintar membahagikan jadual latiahn yang diberikan dan semasa belajar sehinggalah tamat pengajian kelulusan Diploma. Lee Robert telah di iktiraf pelajar cemerlang oleh pihak UPM. Dan kini dia seorang anggota polis berpangkat Inspektor 3paku bahagian perisik dan jenayah. Juga telah di iktiraf sebagai anggota yang cemerlang beberapa bulan yang lalu.

Berbalik masalah yang di hadapi oleh Mat Parit ini adalah alasan untuk keluar dengan cara baik. Tetapi kita telah terlepas bakat2 yg ada sepertinya kerana untuk mendapat cyclist boleh dikatakan mudah tapi kualiti kurang. Sukan berbasikal kita tidak segah seperti negara luar. Nasiblah kita sekarang ada John Beasley, Tapi berapa lama lagi? 5 tahun? 10? 20 tahun? lepas itu?.......?hah?....

Saya menulis di sini adalah kerana sayangkan sukan berbasikal negara dan saya faham apa yang mereka perlukan. Duit? kejayaan? kepuasan? come on.... cuba dekati lebih mendalam dengan mereka ini. Mereka juga manusia ada hak kebebasan dan maruah hidup seperti kita. Mereka telah menghabiskan usia muda untuk negara, apa salah kita perbetulkan keadaan kemahuan dan beri bimbingan seperti John beasley katakan dalam seminar baru2 ini.


Tapi apa yang saya dapat selidik secara tepat dan mendalam dari kawan2 rapatnya Mat Parit telah mengalami emosi yang kurang senang sekian lama. Ketidak puas hati dan tidak di hargai. Itu yang saya dengar sendiri, jika mereka bohong maka saya bohonglah kepada pembaca. Dia menjadikan alasan itu untuk berundur supaya tidak mahu memanjang2kan cerita. Hati pun dah tawar dan tidak tahu apa sebenarnya plan untuk dia.

Dan lagi kita juga akan kehilangan 2 pelumba wanita negara. Dan memang telah meletak jawatan untuk bekerja dan belajar. Isu wanita ini sama seperti Mat Parit. Kesian sungguh. Saya juga telah menemui salah seorang dari pada mereka. Hasil perbincangan secara peribadi dia juga mengatakan masalah yang di hadapi emosi dan maruah.

Itu saja lah yang saya boleh berkongsi dengan pembaca, next challenge...................
Peace no War.



Tata...

5 comments:

Arnaz M. Khairul said...

Seorang lagi rider berbakat, tersekat di tengah jalan... Apa nak jadi, aku pun tak tau la...
Yang nyata, tak siapa di MSN atau PKBM, pedulikan atau perihatin dengan nasib rider2 ni semua. Cuma bila dah jadi macam Azizul, baru semua mula nak tumpang sekaki.
Tak siapa nampak berapa ramai rider berbakat yang terbuang, hanya kerana sikap tak mahu bertolak ansur dan pemerintahan kuku-besi dalam MSN. Rider dah berpuluh-puluh keluar tanpa ganti, tapi coach dan pegawai tak pernah kena jawab.
Terlalu berkuasa diorang ni sampai dah berharajalela.
Cuba ingat nama rider-rider yang kecundang kerana pelbagai masalah yang diungkit. Tak pernah cuba cari jalan penyelesaian supaya rider dapat teruskan perjuangan.
Bakat tu bagaikan langsung tak bermakna.... Dulu Azizul pun diorang nak buang senang-senang...

Najib Ghani, Ghaffuan Ghazali, Lee Robert, Hardi Razali, Azrul Hafidz Awang, Razif Salleh, Hafiz Sufian, Amirruddin Jamaludin, Mohd Azlan Jamaludin, Alif Shamsudin, Arif Syukri Sabti, ...etc. Nak sambung sampai dua muka surat pun tak habis... Semua rider ni berhenti pada peringkat umur yang muda, ketika dalam lingkungan 19 hingga 26 tahun, sedangkan sepatutnya boleh berkayuh lagi..
Mohd Sayuti Zahit dan Lim Yew Meng mengalami nasib yang begitu perit, bila karier mereka memang hendak dibunuh oleh pegawai yang tak berperi kemanusiaan.
Apa lagi? Satu lori rider wanita dah pun berhenti dan nampak macam tak berganti.
Hishhh... aku dah tak larat nak membayangkan...

Fairoz Izni Abd Ghani said...

Allah, selamat kan sukan berbasikal negara

East Coast Cycling Team said...

Tertarik dangan gambar satu. Tak termampu nak mengira basikal mereka,nampak macam tentera yang berbaris aje. Kenapa tidak di Malaysia? Bila akan berlaku di Negara kita? Membantu keluarga menjadi penghalang bakat dan minat mereka.....Bantuan? siapakah yang sudi.Peringkat negara sudah begitu apa lagi macam kami diperingkat dearah yang sangat daif dalam serba serbi.Maaf kalau terlanjur kata, kata kata ini terbit dari hati bukan nya perasaan. Pokok pangkal terima apa yang ada. Itu hakikatnya.Salam.....!!!!!

Fairoz Izni Abd Ghani said...

Mulut tertutup dan tangan saya terikat.

Anonymous said...

topik menarik..takde betul takde salah..cuma perbaiki keadaan sebaik mungkin yang boleh saya katakan.."kalau" kata PLB Dungun terima hakikat itu benar kita usah berpikiran jauh untuk menang/menguasai peringkat asia mahu pun dunia. baik sahaja kita kata sukan berbasikal untuk kesihatan ala2 sebuah forum bebasikal..setiap permasalahan ada penyelesaian. cuma sama ada kita ada kesanggupan atau pun tidak. harap kita sama2 usaha untuk terbaik dan tidak sahaja berpuas hati dengan apa yang sudah ada.

Cheers
Unholy Alliance