Semalam adalah hari yg paling best dan puas hati oleh kami semua kerana sekian lama bertungkus lumus memastikan keadaan dan kelancaran KOL2 boleh berjalan dengan baik tanpa ada sebarang kesulitan. Sabtu 11pagi saya dan Hardi Razali ke trek bersama2 cyclist, untuk memastikan peralatan basikal cyclist sedia untuk berlumba pada malam hari nanti. Sementara itu, saya, Hardi dan dibantu Rizal Tisin mengejar masa untuk mencari air minuman 100plus dan mineral di shoping berdekatan area Cheras untuk di berikan kepada penonton dan cyclist yg hadir. Agak keletihan dan kurang tidur kerana kami selesai final meeting pada hari sabtu jam 2pagi. 3ptg saya sampai rumah, barulah dpt pejamkan mata dlm 2jam. Bestnya. Seperti biasa, tanggungjawab ketua keluarga membeli juadah berbuka puasa di bazaar Ramadan berdekatan Bandar Kinrara.
Pada awal nya planning kami untuk datang pada jam 10 malam selepas solat terawih tetapi memandangkan Arnaz NST dan Hardi Razali begitu berkobar2 ingin berada lebih awal untuk mempersiapkan segala urusan. Jadi saya dan Isma bertukar fikiran untuk dtg awal juga selepas berbuka puasa. Kami semua berada di tengah trek dlm jam 815pm. Masa itu keadaan trek masih gelap kecuali tempat duduk penonton sahaja terang. Kami berharap jangan lah cuaca hujan melanda kerana inilah 1st time buat race trek waktu malam. Alhamdulillah syukur, tuhan maha kuasa telah mengizinkan kita semua untuk berlumba pada malam KOL2.
9malam lampu limpah mula di buka awal untuk memastikan agar tiada lampu yg bermasalah. Hardi, Arnaz dan Isma jalan
10malam- Kelihatan Jasmin Roslan dan Amir Mustafa dengan motor memasuki trek dan mendaftar awal. Seterusnya para pelumba Suhardi Hassan dan Jimy cyclist KL serta pelumba2 Majlis Sukan Negara elit dan pelapis kebangsaan. Juga pelumba Le Tua Anuar Manan. Pelumba pilihan juga kelihatan iaitu M.Rizal Tisin (Olympian Beijing 2008).
1030pm- warm up 20minit motor pacing untuk semua cyclist sebelum pelumbaan Heat pertama acara keirin. Total 5 heat kesemuanya. Pelumbaan semakin panas oleh kerana pada malam itu Datuk Naim menhulurkan RM200 dan Datuk Astaman RM1000 secara on the spot. 9 pelumba yang berjaya ke final. Kelibat finalist keirin dengan asakan dan kelajuan speed yg maksimum oleh pelumba dan di menangi oleh 1st- M.Rizal Tisin, 2nd-Harnizam Basri dan 3rd-Anuar Manan. Pemenang membawa balik cash RM500, RM300 dan RM200. Datuk Malek Mydin secara peribadi menghulurkan RM50 kepada pelumba wanita yg berani memberi cabaran kepada pelumba lelaki dan terus ke pusingan kedua. Itu lah yg kita mahu. Jangan takut dan tak perlu complicated. Kayuh tetap kayuh.
Kami telah merancangkan side event 5 laps scratch race untuk pemenang tempat pertama RM200 dan kedua RM100 sahaja. Di menangi oleh pelumba pelapis kebangsaan M.Zamani(black).
Dan acara penutup tirai KOL2 menjadi rebutan dan paling kecoh adalah pelumbaan Snow Ball. Pelumbaan pertama kali di anjurkan di
1pagi- pelumbaan tamat dengan meriahnya. Hadiah acara keirin di sampaikan oleh Yg bhg Datuk Astaman Abdul Aziz dan Datuk Naim untuk acara Scratch Race.
230am- Meeting di area s.petaling bersama group KOL. Tak lupa juga, solat isyak dan terawih sendirian di rumah.
Kami KOL Group ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg hadir demi membantu pembangunan sukan berbasikal Negara
Big thanks+salute to our group Arnaz NST, Hardi Razali, Isma Rizuan, Tengku Hadi, Ajeep, Doc Azlin, Datuk Malek Mydin, Zairee Berita Harian dan di bantu secara sukarela oleh Mat Kodiang, yafiz jamaludin serta Jalil from Nilai . You all so great and success! See u the next KOL3. Insya allah. Amiin.
2 comments:
Kasi marah itu Datuk Malek Maidin. Mana dia pegi, tak muncul pun kat trek!!!
terima kasih juga dari saya kerana memberi peluang untuk terlibat dalam KOL. looking forward to the next legs.
Post a Comment