Saturday, September 27, 2008

SALAM AIDILFITRI


Ampun maaf dipinta

jika ada terkasar

bahasa

terlebih bicara....


untuk semua....


MAAF ZAHIR & BATIN

Daripada :

Fairoz Izni Abd Ghani

Juzaida Izam Jaafar

Ilie Isabella dan

Ilie Delisha.

Wednesday, September 24, 2008

JEANNE CADANG KANAK-KANAK CACAT AKIBAT MERCUN DAN MAT REMPIT DISENARAIKAN SEBAGAI ATLET PARALIMPIK


Dari http://tukartiub.blogspot.com/

JEANNE CADANG KANAK-KANAK CACAT AKIBAT MERCUN DAN MAT REMPIT DISENARAIKAN SEBAGAI ATLET PARALIMPIK

PETANI, 23 Sept (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Atin Seri Jeanne Abdullah mencadangkan agar kanak-kanak yang cacat akibat bermain mercun dan mat rempit yang cacat kerana nahas jalan raya tetapi berbakat dalam sukan disenaraikan sebagai atlet paralimpik.

Dengan ini, katanya, negara akan mempunyai lebih ramai atlet Orang Kurang Upaya untuk bertanding di peringkat antarabang
sa.

kah kah kah….. inilah pandangan yang paling jilbab yang hanya muncul seratus tahun sekali….kah kah kah…. NEGARA AKAN MEMPUNYAI LEBIH RAMAI ATLET ORANG KURANG UPAYA…..kah kah kah…..ni macam perli suami sendiri aje ni….. kah kah kah…. satu pandangan yang tidak pernah terlintas di kepala 27 juta rakyat malaysia……kah kah kah. memperbanyakkan orang kurang upaya agar kita dapat lebih banyak pingat emas……kah kah kah….kalau gagal tanding real olympik kenapa tidak patahkan kaki mereka boleh masuk paralimpik tahun depan….kah kah kah




Tuesday, September 23, 2008

Gold medalist Sukma Terengganu Letak Jawatan

Pelapis skuad Keirin School Japan, Cuba kirakan untuk saya berapa bijik basikal yg mereka pegang?
Adiq Hussainie Othman(kiri) salah seorang pelumba yang sgt berbakat bersama Isma Rizuan, pelumba part time by P2K and Power Bar. Jika Adiq H.O tidak di beri plan dari sekarang, pasti dia akan ikut jejak MAT PARIT.


Sejak beberapa minggu yg lepas saya mendapat berita khabar angin mengatakan salah seorang pelumba pelapis Shahrul Mat Amin 19 tahun (pemenang pingat Emas lebuhraya Sukma terengganu) akan meninggalkan skuad kebangsaan, tetapi perkara itu menjadi kenyataan. Die atau nama samaran Mat Parit telah mengambil keputusan berundur lebih awal dari umur muda yg tidak di sangka-sangkakan. Saya di fahamkan, oleh kawan2 dia berundur atas alasan untuk belajar dan membantu keluarga di masa akan datang. Saya sungguh sedih kerana dlm usia sebegini dia terpaksa melupakan hasrat walaupun mmg pada asalnya dia masih ingin berkayuh untuk negara. Namun apakan daya untuk masa depan nya.

Kelibatnya sangat di perlukan serta bakat yang ada untuk terus lebih maju dan mengharumkan nama negara. Pada pandang saya perkara ini sgt mudah utk dia terus bersama negara. Dia hendak kayuh, jadi? bagaimana kita hendak membantunya? apakah pihak atasan perlu bantu baginya menyelesaikan perkara mudah ini? Saya mengambil contoh ex-national persuiter Lee Robert yang penah meleburkan rekod 4km individu milik M. Kumaresan berusia 11tahun semasa 2001. Lee robert salah seorang pelumba yang pandai dlm selok belok hidup berdikari, Semasa dia bersama national team dia juga pelajar UPM. Dia pintar membahagikan jadual latiahn yang diberikan dan semasa belajar sehinggalah tamat pengajian kelulusan Diploma. Lee Robert telah di iktiraf pelajar cemerlang oleh pihak UPM. Dan kini dia seorang anggota polis berpangkat Inspektor 3paku bahagian perisik dan jenayah. Juga telah di iktiraf sebagai anggota yang cemerlang beberapa bulan yang lalu.

Berbalik masalah yang di hadapi oleh Mat Parit ini adalah alasan untuk keluar dengan cara baik. Tetapi kita telah terlepas bakat2 yg ada sepertinya kerana untuk mendapat cyclist boleh dikatakan mudah tapi kualiti kurang. Sukan berbasikal kita tidak segah seperti negara luar. Nasiblah kita sekarang ada John Beasley, Tapi berapa lama lagi? 5 tahun? 10? 20 tahun? lepas itu?.......?hah?....

Saya menulis di sini adalah kerana sayangkan sukan berbasikal negara dan saya faham apa yang mereka perlukan. Duit? kejayaan? kepuasan? come on.... cuba dekati lebih mendalam dengan mereka ini. Mereka juga manusia ada hak kebebasan dan maruah hidup seperti kita. Mereka telah menghabiskan usia muda untuk negara, apa salah kita perbetulkan keadaan kemahuan dan beri bimbingan seperti John beasley katakan dalam seminar baru2 ini.


Tapi apa yang saya dapat selidik secara tepat dan mendalam dari kawan2 rapatnya Mat Parit telah mengalami emosi yang kurang senang sekian lama. Ketidak puas hati dan tidak di hargai. Itu yang saya dengar sendiri, jika mereka bohong maka saya bohonglah kepada pembaca. Dia menjadikan alasan itu untuk berundur supaya tidak mahu memanjang2kan cerita. Hati pun dah tawar dan tidak tahu apa sebenarnya plan untuk dia.

Dan lagi kita juga akan kehilangan 2 pelumba wanita negara. Dan memang telah meletak jawatan untuk bekerja dan belajar. Isu wanita ini sama seperti Mat Parit. Kesian sungguh. Saya juga telah menemui salah seorang dari pada mereka. Hasil perbincangan secara peribadi dia juga mengatakan masalah yang di hadapi emosi dan maruah.

Itu saja lah yang saya boleh berkongsi dengan pembaca, next challenge...................
Peace no War.



Tata...

Monday, September 22, 2008

Bersama Chris Hoy dan buat lawak





Malaysia - Track Cycling - Beijing Olympics 2008



ohohohohohoho.... apa komen?

Apa kata Rebecca Romero in Training

Ross Edgar competes to gain gold, silver and bronze ...



Ross Adgar kecik cili padi. Tenaga yg di hasilkan begitu berkualiti dengan cara pengambilan makanan/nutrition yg tepat dlm pembakaran semasa latihan dan perlumbaan. Latihan yg di beri jurulatih di ambil dengan jujur setiap session, serius dan tekun. Saya melihat sendiri semasa kami menjalani latihan di Perth Australia, Kompleks sukan WAIS dan Speedome Midland sebelum menjelangnya Sukan Komanwel Melbourne 2006. Chris Hoy dengan angkatan 28okg(skuat) 2reps. berbanding saya 160kg dan bench press 100kg(angkatan peribadi).

Carlos Sastre in "Overcoming"





Kita bagaimana?

Nak tahu? CsC punya preparation? JOm!!















Apa yg kita lihat, bagaimana mereka menjadikan kekuatan Team Work sebenar untuk kejayaan bersama, lihat bagaimana cara kerja yg dilakukan semua sentiasa teliti agar planing tidak terjejas dan jujur antara satu sama lain, dari awal preparation membentuk kekuatan supaya kejayaan terhasil dan kepuasan akan terasa bila berjaya.

Jika ingin di bandingkan dengan cara pro dan cara kita amatlah jauh sekali. Lihat cara bjarne Riis(Coach) berkomunikasi dengan cyclist( cyclist di hargai). Itu salah satu team building kerana mereka menjadi bersatu walaupun terdapat pelbagai negara dalam team csc itu.

Mekanik ada 8, mereka buat cara mekanik(tak perlu sibuk dengan pengurusan lain), 15 doctor, tukang urut dengan cara tersendiri rapat dengan cyclist, di situ kita lihat mereka boleh meluahkan rasa peribadi walaupun bukan kerja mereka tetapi atas team work dan minat yg ikhlas. Mereka juga adalah professional, berterus terang dlm apa jua ke tidak puas hati dan mereka ambil itu sebagai isu yg perlu di atasi dengan cepat sebelum merebak meluas bukan mendorong cyclist kepada kemusnahan kerier mereka oleh itu kita perlu mengenali dan membantu mereka supaya permasalah boleh diatasi. Our cyclist?coach?officer?

Kita jangan ambil mudah, kita semestinya belajar dan terus belajar. Jika kita anggapnya biasa ia akan jadi biasa biasa sahaja. Cyclist memerlukan perhatian perbagai aspek, emosi, keperluan, persefahaman antara cyclist dan juga jurulatih. Mereka bukan robot, bukan askar atau polis, bagaimana kita nk build sebegini, pandai2 lah dengan cara tersendiri, jgn asyik nk meniru, pemalaslah nama nya. Semua org happy dan enjoy,sukan berbasikal negara cemerlang. Boleh? Kita masih kekurangan jika sikap ego terus bermaharajalela.

Saya teringat bagaimana kata2 jurulatih saya Jasmi Baba berkata " Hidup ini jangan jadi bodoh, nanti kita diperbodohkan, oleh itu kita kena belajar jadi pandai, tetapi bila dah pandai jangan pula hendak memandai mandai... Fikirkanlah

Team Work, Team Work and Team Work!!! 2008



rileks lah brothers... sak kok luhhhh... Hiburan dulu. Jumpa lagi. Enjoy...

Lance Armstrong-Time Trial-2005

Tour de France 2007 Australian interviews stage 20 part 3

Mari lihat cara pro cyclist testing

Friday, September 19, 2008

Saya bagai anak terabai’

Saya bagai anak terabai’

Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my
persiapan ke Beijing tapi sia-sia." title="KEJAR IMPIAN...Nor Azian (dua dari kanan) buat
persiapan ke Beijing tapi sia-sia." border="0" height="217" width="300">
KEJAR IMPIAN...Nor Azian (dua dari kanan) buat
persiapan ke Beijing tapi sia-sia.

TIDAK tahu siapa yang harus dipersalahkan atau di manakah silapnya sehingga menyebabkan pelumba basikal wanita negara, Nor Azian Alias terlepas peluang untuk beraksi pada temasya Sukan Olimpik di Beijing, bulan lalu.

Apa yang pasti nama pelumba dari Johor itu berada dalam senarai pelumba yang layak ke Olimpik menerusi acara lebuh raya apabila Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) menetapkan pelumba yang berada dalam senarai kelompok 100 terbaik dunia layak mewakili negara masing-masing.

Menurut syarat UCI, 65 pelumba dalam ranking dunia secara automatik layak untuk beraksi manakala baki 35 pelumba lagi dipilih daripada senarai pelumba negara yang belum mempunyai wakil.

Azian menduduki tempat ke-76 dalam senarai UCI yang dikeluarkan Mei lalu, yang meletakkannya dalam kedudukan selesa untuk mewakili negara ke Olimpik.




“Saya benar-benar kecewa. Peluang bukan mudah diperoleh. Saya terpaksa menunggu empat tahun lagi biarpun saya sebenarnya sudah layak untuk beraksi di Olimpik, temasya yang menjadi impian setiap orang yang bergelar atlit.


“Mengikut syarat berkenaan, memang 100 peratus saya layak ke Olimpik. Mungkin UCI mengira mata berdasarkan penyertaan saya sebelum ini seperti kejayaan meraih perak di Kejohanan Basikal Asia di Bangkok dan pingat emas Sukan Sea, Manila,” katanya.

Azian berkata, dia hanya diberi peluang menyertai satu perlumbaan iaitu Kejohanan Lumba Basikal Asia 2008 (ACC) ke-28 di Nara, Jepun, dan selepas itu tidak lagi menyertai mana-mana perlumbaan.

“Selepas pulang dari Nara, April lalu, saya sekali lagi membuat semakan dan memang nama saya masih tersenarai dalam kelompok 100 pelumba terbaik dunia.

“Saya hanya terus berlatih dan selepas 31 Mei iaitu tarikh akhir senarai nama yang layak ke Olimpik dikeluarkan, saya diberitahu saya tidak layak.

“Mungkin kerana UCI menganggap saya tidak lagi aktif berbasikal kerana tidak menyertai sebarang pertandingan selepas Nara, maka nama saya terkeluar daripada ranking dunia,” katanya.

Azian, 28, berkata Persatuan Kebangsaan Basikal Malaysia (PKBM) serta Majlis Sukan Negara (MSN) mengetahui perkara itu dan turut berusaha membantu dengan menyediakan jurulatih khusus untuknya bagi mengukuhkan kedudukan menjelang Olimpik.

Bagaimanapun, Azian terus ditimpa malang apabila dia tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada jurulatih terbabit malah tidak menjalani latihan seperti sepatutnya seorang atlit.

“Saya pun tidak tahu apa yang terjadi. Perkara itu benar-benar membuat saya tertekan. Saya seperti anak terbuang yang diabaikan. Saya tidak tahu apa silap saya,” katanya yang berharap dapat menerima perhatian sewajarnya sebagai seorang atlit.

Thursday, September 18, 2008

PENCARIAN RAJA KEIRIN NEGARA DI DALAM "KOL"SERIES

WELCOME TO KEIRIN OPEN LEG TWO-SATURDAY NIGHT FEVER AT VELODROME CHERAS KUALA LUMPUR


Snowball....Kali pertama dianjurkan di malaysia pada mlm KOL2 untuk side event, yang menghangatkan suasana apabila semua pelumba di beri 10 laps sahaja dan setiap pusingan bernilai RM20 bagi pelumba pertama melintasi garisan. Amir mustafa antara pelumba yg mendapat wang tunai terbesar RM100, rm20 kepada Anuar Manan, RM20 Shahrul Afiza, RM 20 Suhardi Hassan, RM20 M. Fattah dan RM20 untuk Jasmin Roslan.

Datuk Naim: Datuk jom lah kita kayuh sekali, kaki dah mengigil nie.

Datuk Astaman: Sabar dulu Datuk, Tayar saya belum pump lagi, kita tunggu next KOL3, kita pastikan budak2 nie kecundang, lepas raya kita dah boleh start secret training, you tunggu tempat biasa, tau lah nasib mereka Datuk..

Datuk Naim: Ok2 Datuk, kita analisis dulu kekuatan dan kelemahan mereka.. settt.. KOL3 mereka kena tapau lah dengan kita.. emm.. Insya allah..

Datuk Astaman: amiin, mudah mudahan.. jemputlah datang raya di rumah nanti ok.

Datuk Naim: Insya allah...


tunjuk skill: heyyy... nasib tangan saya cedera(eddy) Olimpian Beijing 2008. Thanks sudi hadir membantu
Amacam boleh? nie bike Rizal Tisin gunakan di Sukan Olimpik Beijing 2008 baru2 ini. Tapi tak sempak korek block asap. Harap2 menjadi ceduk last corner nanti.


Damai.. Amaran awal dari Anuar Manan kepada pelumba trek negara. Jaga baik mungggg!!!

Ini lah 9 finalist acara keirin, siapa sangka John beasley beralih kepada Akmal Amrun dan tidak kepada anak buahnya Rizal Tisin(kerana perjanjian hadiah tunai 50%-50% tidak di persetujui).

Bertafakur sejenak... kelihatan Rizal Tisin membaca doa penenang diri memandangkan hampir sebulan tidak berkayuh selepas balik bercuti dari Sukan Olimpik Beijing. Beliau di apit Zahraa(pelumba wanita pelapis)kanan, dan Anuar Manan(kiri)
Sedia.. Fauzan Lufti dlm tumpuan Keirin Heat pertama.

Cuba Lagi.... Zamani dan Akmal hanya memenangi tempat pertama dan kedua dlm acara sampingan Scratch Race. Kelihatan Timbalan president MNCF YgBahagia Datuk Naim menyampaikan hadiah kepada pemenang. Tepat jam 1pagi kami bersurai. Terima kasih kpd semua yg hadir pada KOL2 dan berjumpa lagi the next KOL3, Insya allah.

Akulah Raja Keirin... Rizal Tisin di apit oleh pemenang kedua Harnizam Basri(kanan) dan Anuar Manan(kiri). Bersama pada malam itu supporter cyling negara iaitu Yang Berbahagia Datuk Astaman Abdul Aziz yang sudi datang serta menyampaikan hadiah pada pelumbaan KOL tanda sokongan dan juga memberi sumbangan tunai secara peribadi untuk KOL dan pembangunan sukan berbasikal negara Malaysia. Tahniah kepada semua yg terlibat.

Malang nasibku.. Akmal terpaksa tepuk dahi apabila niatnya itu dipadamkan oleh Zamani(skuad pelapis kebangsaan) di saat-saat akhir dalam acara sampingan 5laps Scratch Race yang mempertaruhkan hadiah tunai RM200 dan RM100.

Siapa hebat???.... Akmal Amrun mempertaruhkan kayuhan peringkat akhir Keirin Open Leg 2, apabila harimau2 negara terus menerkamnya di garisan tamat. Amir Mustafa, Rizal Tisin dan Harnizam Basri mengerah seluruh tenaga untuk menjadi Siapa Raja Keirin sebenar.

Kejar tengokkk... Jasmin Roslan terus memecut dihadapan dan Rizal tisin bijak mengambil peluang menunggu selekoh terakhir untuk mendapat tempat ke final.
Berdebar2 : barisan pelumba dalam heat kedua dari kiri Jasmin Roslan, Akmal Amron, Zulhelmie, Anuar Manan dan Rizal Tisin di bantu head Coach negara John Beasley.
Hafiz Sufian(champion KOL1) mengetuai di selekoh terakhir di kejar rapat oleh pelumba berjersey Terengganu(atas) juga Fauzan Lufti yang tidak mahu peluangnya di sia-siakan ke pusingan ke-2, kelihatan juga M. Fattah (Kedah) menekan kuat kayuhan untuk asakan kepada pelumba lebih senior.
Para pelumba bersiap sedia untuk menunjukkan kehandal masing bagi memastikan kedudukan mereka adalah tepat sesudah motor pace keluar dari trek yang di bawa oleh sukarelawan Isma rizuan. Terlihat di belakang motor Jasmin Roslan dan Rizal Tisin bejersey Selangor. Manakala Marvin George dari sabah berada di belakang Rizal.
aksi Harnizam Basri dlm heat keirin menunjukkan skill memperlihatkan kelibat jaguh 4km individu persuit Amir Mustafa dan juga di ekori rapat oleh pelumba handalan lebuhraya Suhardi Hassan yg turut melayakkan diri kepusingan kedua.

Monday, September 15, 2008

THE GREAT OF KOL2

Semalam adalah hari yg paling best dan puas hati oleh kami semua kerana sekian lama bertungkus lumus memastikan keadaan dan kelancaran KOL2 boleh berjalan dengan baik tanpa ada sebarang kesulitan. Sabtu 11pagi saya dan Hardi Razali ke trek bersama2 cyclist, untuk memastikan peralatan basikal cyclist sedia untuk berlumba pada malam hari nanti. Sementara itu, saya, Hardi dan dibantu Rizal Tisin mengejar masa untuk mencari air minuman 100plus dan mineral di shoping berdekatan area Cheras untuk di berikan kepada penonton dan cyclist yg hadir. Agak keletihan dan kurang tidur kerana kami selesai final meeting pada hari sabtu jam 2pagi. 3ptg saya sampai rumah, barulah dpt pejamkan mata dlm 2jam. Bestnya. Seperti biasa, tanggungjawab ketua keluarga membeli juadah berbuka puasa di bazaar Ramadan berdekatan Bandar Kinrara.

Pada awal nya planning kami untuk datang pada jam 10 malam selepas solat terawih tetapi memandangkan Arnaz NST dan Hardi Razali begitu berkobar2 ingin berada lebih awal untuk mempersiapkan segala urusan. Jadi saya dan Isma bertukar fikiran untuk dtg awal juga selepas berbuka puasa. Kami semua berada di tengah trek dlm jam 815pm. Masa itu keadaan trek masih gelap kecuali tempat duduk penonton sahaja terang. Kami berharap jangan lah cuaca hujan melanda kerana inilah 1st time buat race trek waktu malam. Alhamdulillah syukur, tuhan maha kuasa telah mengizinkan kita semua untuk berlumba pada malam KOL2.

9malam lampu limpah mula di buka awal untuk memastikan agar tiada lampu yg bermasalah. Hardi, Arnaz dan Isma jalan kan tugas dengan sgt baik. Arnaz menyediakan walkie-talkie, Hardi dengan persiapan laptop, aturcara, dan di Bantu wife nya Doctor Nor azlin sebagai unit Medikal walaupun kami telah di Bantu oleh pihak Ambulan ISN Malaysia. Isma dengan latihan membawa motor untuk acara Keirin nanti, Mereka dasyat. Dlm jam 930pm, pakar2 IT Tengku Hadi dengan kamera photo finish dan Ajeep sebagai pakar dlm bidang urusetia dan juga IT. Segala urusan berjalan baik satu persatu.

10malam- Kelihatan Jasmin Roslan dan Amir Mustafa dengan motor memasuki trek dan mendaftar awal. Seterusnya para pelumba Suhardi Hassan dan Jimy cyclist KL serta pelumba2 Majlis Sukan Negara elit dan pelapis kebangsaan. Juga pelumba Le Tua Anuar Manan. Pelumba pilihan juga kelihatan iaitu M.Rizal Tisin (Olympian Beijing 2008).

1030pm- warm up 20minit motor pacing untuk semua cyclist sebelum pelumbaan Heat pertama acara keirin. Total 5 heat kesemuanya. Pelumbaan semakin panas oleh kerana pada malam itu Datuk Naim menhulurkan RM200 dan Datuk Astaman RM1000 secara on the spot. 9 pelumba yang berjaya ke final. Kelibat finalist keirin dengan asakan dan kelajuan speed yg maksimum oleh pelumba dan di menangi oleh 1st- M.Rizal Tisin, 2nd-Harnizam Basri dan 3rd-Anuar Manan. Pemenang membawa balik cash RM500, RM300 dan RM200. Datuk Malek Mydin secara peribadi menghulurkan RM50 kepada pelumba wanita yg berani memberi cabaran kepada pelumba lelaki dan terus ke pusingan kedua. Itu lah yg kita mahu. Jangan takut dan tak perlu complicated. Kayuh tetap kayuh.


Kami telah merancangkan side event 5 laps scratch race untuk pemenang tempat pertama RM200 dan kedua RM100 sahaja. Di menangi oleh pelumba pelapis kebangsaan M.Zamani(black).

Dan acara penutup tirai KOL2 menjadi rebutan dan paling kecoh adalah pelumbaan Snow Ball. Pelumbaan pertama kali di anjurkan di Malaysia. Ia mengandungi 10 laps, setiap laps mengandungi RM20, setiap pelumba yg mencecah awal garisan setiap lap akan di berikan RM20, jadi Amir Mustafa menjadi pelumba awal yg paling byk mencecah garisan sebanyak 5 kali dan mendapat RM100. Suhardi Hassan juga mendapat RM20, Anuar Manan RM20 , M.Fattah RM20 dan sebagainya.

1pagi- pelumbaan tamat dengan meriahnya. Hadiah acara keirin di sampaikan oleh Yg bhg Datuk Astaman Abdul Aziz dan Datuk Naim untuk acara Scratch Race.

230am- Meeting di area s.petaling bersama group KOL. Tak lupa juga, solat isyak dan terawih sendirian di rumah.

Kami KOL Group ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg hadir demi membantu pembangunan sukan berbasikal Negara Malaysia. Kami berharap KOL series akan terus berjalan setiap bulan dan diharap semua pihak sudi membantu dan memberikan sumbangan sebagai mempermudahkan acara ini di jalankan. Kami mohon maaf jika tidak dapat memberikan kepuasan kepada anda semua semasa KOL2 beroperasi.

Big thanks+salute to our group Arnaz NST, Hardi Razali, Isma Rizuan, Tengku Hadi, Ajeep, Doc Azlin, Datuk Malek Mydin, Zairee Berita Harian dan di bantu secara sukarela oleh Mat Kodiang, yafiz jamaludin serta Jalil from Nilai . You all so great and success! See u the next KOL3. Insya allah. Amiin.

Saturday, September 13, 2008

Tournaments to boost quality of local Keirin riders

2008/09/13
Tournaments to boost quality of local Keirin riders
By Arnaz M. Khairularnaz@nst.com.my
Email to friend Email to Friend Print article Print Article


THREE years of dominance of keirin events at the Asian Cycling Championships has led to the belief that more can come out of Malaysia, beginning with the Keirin Open at the Kuala Lumpur Velodrome tonight.

Evolving out of national back-up squad coach Fairoz Izni Abdul Ghani's idea and the demand for track races, this event is funded mainly by contributors from within the cycling fraternity.

Malaysia's two Asian keirin champions -- Rizal Tisin (2006) and Azizul Hasni Awang (2007 and 2008) are also expected to make an appearance.

More than 30 riders from the back-up squads for sprints and endurance events, and several state centres of excellence will be competing in the second round tonight.

The first round was held as a closed event last month where riders from the back-up squad competed against each other, with former national rider Hafiz Sufian bagging the title.
"We're trying to work out an event each month of the year, so that the trainees based locally have something to look forward to as even international events are hard to come by," said Fairoz.

"Even when there are international events, only a limited number of our riders get to compete in them. So, we need to boost the activity locally."

Apart from the keirin, a points race will also be held as a side event, featuring riders from the road and endurance squads, with the event beginning at 10.30pm.

"This is a one off late night event, to suit the needs of the fasting month. We'll be holding it earlier after this," said Fairoz.

Sunday, September 7, 2008

Di jemput semua hadir KOL2.(Keirin Open Leg)



Salam, semalam saya telah bersidang untuk menjayakan KOL2 walaupun kita semua menjalani ibadah puasa. Terima kasih yang turut hadir pada perjumpaan semalam sehinggalah jam 320am. Sebenarnya banyak benda yang mudah dalam menjayakan sesuatu even/acara untuk pembangunan basikal, hendak seribu daya sebenarnya untuk orang yang minat dan bukan ada dasar bagi mencari kepentingan peribadi. Perkara begitu mudah dan tidak perlu diberi penelitian yang terlalu detail kerana jika tidak ia mengambil proses begitu lama. Sampai bila pun usaha yang hendak kita lakukan tidak akan terlaksana. Seperti KOL ini, ia perlulah terlebih dahulu mendapatkan persetujuan pihak2 tertentu atau terlibat, yang selebihnya pelaksaan itu terpulang kepada kita bagaimana cara atau kehendak penganjur bagi pembangunan sukan berbasikal negara.

Saya juga tidak terfikir dengan meeting kami semalam, ia sgt simple/tenang/keperluan asas. Yang penting kita kena buat dan jangan cakap banyak tetapi tidak dilaksanakan ibarat kita sembang2 dlm kedai kopi genap masa dan idea dah habis terus balik rumah tidur. Saya berharap, cetusan idea kami akan terus berkembang dan mendapat sambutan dan kita semua sama2 jayakannya.

Tidak mustahil memang ada individu yg akan mengkritik mencari kesilapan atas dasar sikap/sifat dengki sesama kita walaupun usaha ini adalah bertujuan pembangunan untuk semua. Ia sudah pasti, tetapi saya sudah pun bersedia dengan sikap ini. Saya terima jua apa pun berlaku yang penting kita inginkan sukan berbasikal negara terus maju dan dihormati.

Jika tiada masalah kami akan langsungkan KOL2 ini pada hari Sabtu 13hb September 2008 jam dalam lingkungan 11 malam. Pendaftaran adalah percuma. Kita akan "warm up" bersama2 dan saya akan menjemput semua pelumba negara kita yg menyertai olimpik beijing(jika mereka berminat) untuk sertai KOL2 untuk memeriahkan suasana. Dari situ kita dapat merapatkan lagi hubungan national cyclist dengan junior/peminat bersama berlumba mencari level atau pengalaman. Cyclist lain tidak perlu risau jika kehadiran mereka yang penting beri saingan positif. Itu misi kami. Kami dengan hati terbuka menantikan kehadiran anda semua ke Keirin Open Leg 2 (KOL) dan bawalah family serta rakan2 untuk memenuhkan tempat duduk trek velodrom. Jika boleh bawakan kompang dan serta sorakan pukulan gendang.

Insya allah saya menjemput juga Ketua Jurulatih negara John beasley untuk membantu kita semasa KOL di jalankan. Terima kasih rakan2 yang sudi mengeluarkan poket money untuk bayaran sewa lampu limpah(spotlight) untuk beberapa jam dan hadiah tunai kepada pemenang KOL2.

Terima kasih sekali lagi kepada semua sukarelawan/peminat/cyclist yang terlibat menjayakan KOL. LOVE YOU GUYS.

Tuesday, September 2, 2008

Hendak Seribu Daya

Cyling di Malaysia sememangnya masih kecil berbanding negara2 luar yang hidup mereka bersukan pada setiap hari setiap waktu, ada sahaja orang bersukan, pergi kerja pun kayuh ke office. Makna kata "Tiada Hari Tanpa Latihan".
Kita perhatian sekarang ini, masyarakat telah mula berjinak2 mengenali dan bersukan. Antaranya untuk kesihatan diri dan keluarga. Mereka tidak lagi malu2 bersukan, asal ada "kaki" pedal pun pusing. Saya lihat ramai orang2 yang berumur kian membanjiri laluan ulu langat, genting sepah dan sebagainya. Jadi, mereka(publik) yang bersukan ini tahu perkara asas dan susahnya nak maintain kecergasan. Oleh itu mereka(public)boleh menilai sebelum mengkritik seseorang atlit yang tidak mencerlah. Payahnya hendak bercerita tentang dlm hal2 ini kecuali jika atlet itu sendiri yang tidak deliver setelah diberi semua full support dari pihak Nasional. Haa lu pikirlah sendiri...

Saya tertarik dengan cyclist part time iaitu Isma Rizuan 29 tahun berkeluarga. Dia seorang kawan rapat kepada saya semasa mewakili negeri melaka. Dia terpaksa meninggalkan basikal dlm sekitar tahun 1994 untuk menunaikan hajat keluarga supaya berjaya dlm pelajaran. 1996 kami menduduki SPM. Saya melihatnya sebagai cyclist contoh bagi pelumba2 muda yang ada sekarang. Beliau begitu tekun dalam mengenali lebih dlm tentang cyling di Malaysia, Jika dulu dia selalu mendengar kurangnya menyerlah pelumba negara, sekarang dia mula faham dari akar umbi sejak bersama menjalani latihan bersama pelumba negara. Saya mengajak supaya mendekati bagaimana ianya berfungsi dan proses dilakukan. Saya berbangga, tangkapan negatif kini bertukar positif, pandangan keluhan kami mula melahirkan idea2 dan memahami alam berbasikal negara. Macam2 perkara perlu di titik beratkan untuk melihat kejayaan cycling malaysia.

2003-2004 kami bertemu setelah terputus hubungan. Ketika itu isma berbadan besar 98kg. Dia mengambil keputusan untuk menurunkan berat badannya dengan berkayuh dan berenang. Walaupun bekerja dan berkeluarga beliau smart dlm membahagikan masa supaya targetnya tercapai. Berkat kerajinan beliau tercapai akhirnya berjaya menurunkan berat badannya dari 98kg ke 64kg. Dalam masa 3bulan usaha keras itu di lakukan. Tahniah. Sekarang beliau berjaya dalam cycling part time bersama club P2K. Berlatih setiap hari dan memasuki setiap perlumbaan dan sanggup menghabiskan wang ringgit sendiri untuk berlumba bersama rakan2 malah sanggup mendengar permasalahan yg timbul dari saya supaya pelumba2 lebih cemerlang. Beliau banyak memberi pandangan dan idea2 kepada saya. Kami saling bertukar2 pendapat inginkan perubahan buat berbasikal negara Malaysia. Apa yang saya dapat dari usaha itu, Jika beliau boleh lakukan sebagai part time cyclist inikan pula full time cyclist. Maksud/kesimpulannya adalah "usaha diri sendiri tidak merugikan dan sedia belajar menambah ilmu dari kesilapan serta jangan cepat melatah". Sekian
click disini http://www.nestle.com.my/powerbar/team/athlete-highlight.htm

Monday, September 1, 2008

Harapan dan sokongan anda untuk negara

Hari ini 1st day solat terawih bersama perenang selat inggeris Dato' Abdul Malek Mydin di kampung Baru. Sampai2 sana mereka dah mula solat terawih. Seperti biasa setiap tahun di sana mengimport Imam Arab terpilih yang sememangnya kita semua tidak akan jemu atau tertidur dengan bacaan ayat suci al-quran. Babak yang pilu adalah semasa imam membaca doa qunut pada witir yang terakhir, imam membacakannya dengan penuh keinsafan dan tangisan sepanjang lebih kurang 10-15minit. Ramadan ramadan ramadan...

Saya baru sahaja pulang dari rumah pada jam 3:30am. Kisahnya kami duduk bersidang di tempat biasanya parlimen bersama tetamu abg zairee berita harian. Juga brothers yang telah lama bersama keluh kesah dengan dunia pembangunan lumba basikal negara Malaysia. Tajuk utama kami adalah Keirin Open Leg Series. Lama juga membentangkan isu ini, sampaikan bergelas2 kami minum air, perbincangan kami kearah pembangunan masa depan lumba basikal negara. Mereka sanggup menggeluarkan bantuan sendiri dan sudi bekerjasama tanpa mengharapkan balasan. Saya begitu terharu tertarik dengan cara pemikiran mereka yang tidak mengira pulangan untuk diri tetapi ingin kan kepuasan di atas usaha yang ikhlas. Banyak idea untuk jangka masa panjang tetapi kami ingin memulakan peringkat pertama sebagai permulaan bagi mendapatkan sambutan dan penilaian kepada setiap individu yang menceburi arena basikal trek negara masa kini. Kita juga tahu trek pecut negara telah meletakan negara kita setanding negara2 terkuat seperti Great britain, australia, Japan, German dan sebagainya. Kita mahukan impian emas atau sekurang2nya pingat olimpik dari sukan berbasikal negara. Saya pohon dari sekarang kita mula kan misi ini agar impian itu tercapai supaya kita sama2 berbangga Malaysia bukan lagi jaguh kampung malah di segani oleh jaguh dunia. Terima Kasih kepada individu dan swasta yang sudi membantu untuk menjayakan KOL ini. Saya berharap dengan bantuan ini KOL akan lebih dikenali dan lancar walaupun ia tidak melibatkan perbelanjaan besar. Motif KOL ini sebenarnya adalah untuk memperbanyakan pelumbaan trek di Malaysia dan memberi nafas untuk kita semua untuk melihat kejayaan serta mencari bakat2 baru sebagai pelapis negara kepada pelumba elit akan datang. Saya percaya sokongan dari anda semua sedikit sebanyak meningkatkan mutu kualiti pelumba-pelumba Malaysia. Marilah sama2 bergerak tanpa mengira kedudukan dan terus maju dan maju. Jutaan terima kasih kepada pembaca dan semua yang terlibat. Selamat bersahur.