Monday, August 30, 2010

Merdeka! Merdeka ! Merdeka!


Sempena ulang tahun Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke -53 saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pejuang terdahulu yang telah tekorban (al-fatihah) dan bekorban untuk memerdekakan negara ini di jajah ketika dulu. Jasa mereka tetap akan di kenang oleh semua lapisan masyarakat bangsa dan agama. Takziah buat ahli kelurga walaupun ia telah menjangkau lebih 50 tahun dulu. Saya hargai pengorbananmu wira negara Malaysia.

Semangat perjuangan mereka telah menjadi ikutan dan contoh untuk menghargai erti pengorbanan dan kedamaian Negara ini. Kita semua perlu bersyukur dengan apa yang ada. Kita masih boleh menjalankan aktiviti dengan selamat 24jam sehari seminggu, berkelurga, tidur dengan nyenyak, cukup pakaian dan makanan. Tidak seperti beberapa negara lain yang masih berperang dan mati kebuluran.

Bersyukur terus bersyukur jika tidak angkara tamak kebendaan dan kepentingan diri sendiri akan memusnahkan keharmonian yang selama ini kita kecapi. Sekadar 80% kepuasan sudah memadai untuk kita semua menjalankan kehidupan seharian dan di teruskan oleh anak serta cucu kelak. Kita atau dunia tidak ketinggalan dengan golongan yang kaya yang akan terus ingin jadi kaya dan yang miskin untuk jadi kaya. Ianya kebendaan dunia yang sementara yang tidak menjamin keselamatan yang berkekalan. Kukuhkan ikatan persahabat pasti kita kukuh dalam berkerajaan.

Bersederhanalah dalam hidup kita semua akan damai sejahtera hingga akhir hayat. Kembali pada asas dalam pegangan agama yang telah mengajar kita semua agar saling berbaik antara satu dan lain. Mari kita semua  bersama memohon doa agar Negara Malaysia terus kekal selamat, di hormati dan cemerlang;

Peace No War

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yg- Ke 53. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Mamat Benam Hasrat Tom Robinson


Harrif Saleh (Malaysian National Team) takes out stage two of the tour in Echuca.



Stage two podium (L-R): Tom Robinson (Genesys Wealth Advisers), Harrif Saleh (Malaysian National Team) and Joel Pearson (Genesys Wealth Advisers).
Photo: © Shane Goss

Sunday, August 29, 2010

Adik Beradik Sepakat Ceriakan Pasukan Negara

Stage one celebrations (l-r): Joel Pearson (2nd,Genesys Wealth Advisers), Stuart Shaw (1st,Drapac Porsche), and Harrif Saleh (3rd,Malaysian National Team).


Update - Tour of The Murray River 2010






Janji mereka dilaksana dengan sempurna hasil kerjasama antara pasukan. Ini adalah koleksi pertama dan pelumba berjanji untuk menghadiahkan kejayaan untuk peringkat seterusnya. Kekekuatan yang hadir adalah usaha percubaan demi percubaan yang kini dilihat mereka telah mula menerima keadaan cuaca sekitar. pemakanan, cara dan rentak kelajuan pelumba tempatan Australia.

Cuaca yang cantik memudahkan pergerakan oleh mereka dengan aksi-aksi yang pasti mengerunkan pelumba dan club tempatan Austalia. Hebat sekali. dan Pelumba Negara Malaysia mengganas untuk peringkat pertama dengan kedudukan tempat ketiga (Hariff Salleh) dan keempat (Zamri Salleh) setelah berhempas pulas pada keseluruhan jarak 154.5km. Mereka telah melalui 9 zon pecutan di pertengahan dan tiga pendakian.

Kemalangan besar permulaan antara 25km pertama telah membabitkan pelumba junior negara Al-Ghazali yang mengakibatkan basikal beliau hampir rosak teruk serta mendapat kecederaan di lutut dan kulit jari sedikit terkoyak. Walaubagaimanapun, beliau berjaya menghabiskan perlumbaan dalam kelompok besar dengan mengunakan basikal simpanan.

Riders from the Malaysian National Team observe a vintage car pass by in Echuca before the start to stage one.

Hariff di tabal untuk menyarung Leader jersey untuk U21 dan pelumba sensasi Ahmad Fallanie Ali di tabal penyarung jersey untuk pelumba paling Agresif peringkat pertama.

Ahmad Fakhrullah dengan bonus 2 saat untuk intermediate sprint. Esok peringkat kedua 25.5km circuit dengan 30 pusingan (11 pecutan) dan peringkat ketiga di sebelah petang sejauh 99.8km dengan 7 zon pecutan pertengahan. Sama-samalah kita semua berdoa kejayan mereka dalam memartabatkan lagi sukan berbasikal Negara Malaysia dalam acara lebuhraya khususnya setelah acara trek berada dalam status kelas dunia. Terima kasih.


General classification
# Rider Name (Country) Team Result
1 Stuart Shaw (Aus) Drapac Professional Cycling 3:32:15
2 Joel Pearson (Aus) Genesys Wealth Advisers 0:00:05
3 Harrif Saleh (Mas) Malaysian National Team 0:00:09
4 Zamri Saleh (Mas) Malaysian National Team 0:00:10
5 Michael Phelan (Aus) Drapac Professional Cycling 0:00:11


Tahniah. Maju Maju Maju !

Monday, August 23, 2010

Perhubungan Dunia dan Basikal


Berbasikal adalah salah sukan yang di minati ramai selain sukan-sukan lain seperti bola sepak, olahraga dan sebagainya. Ia tidak terhad kepada umur, saiz, miskin dan kaya, lelaki dan wanita, tua dan muda. Antara tahun 1880-1890 basikal telah di cipta dengan mengunakan kayuhan pada pedal (complete dan selamat) dan sebelumnya orang terdahulu mengunakan kuda sebagai salah satu pergerakan dari satu tempat ke satu tempat sebagai pengangkutan.

Hasil kebijaksanaan orang terdahulu dengan era permodenan basikal telah di cipta untuk semua lapisan masyarakat seperti yang telah dinyatakan di atas. Kebiasaannya yang telah berkeluarga sudah tentu akan memperkenalkan serta membeli basikal plastik/besi (contoh) untuk anak-anak sebagai tanda anak itu mulai membesar untuk berdikari dan secara tidak langsung telah mendidik anak itu untuk kearah aktiviti yang sihat.


Ia di asuh dari setiap keluarga dalam era permodenan pada hari ini. Mudah dipandu serta berkemampuan oleh setiap individu yang menginginkannya. Secara logiknya, budaya ini di lahirkan oleh setiap keluarga tentang titik jalinan perkembangan serta salah satu saluran yang boleh membantu pembangunan aktiviti berbasikal terhadap sebuah negara itu dari sudut formal (perlumbaan) dan tidak formal (beriadah etc)

Negara Malaysia juga tidak ketinggalan dengan budaya sihat ini tetapi ia kurang mendapat sambutan oleh pihak keluarga dengan informasi yang di terima. Di sinilah mulanya dan cara mana untuk memikat terpulang kepada pihak tentu untuk memastikan faedahnya berbaloi oleh mereka. Pelbagai cara boleh di lakukan jika inginkan individu terlibat dalam berbasikal dengan lebih serius lagi. Contoh mengalakkan XPDC berbasikal, Basikal Ria, Karnival, Sekolah antara Sekolah, Akedemi Fantasia Berbasikal dan sebagainya.

Ia memerlukan kerjaan oleh individu yang boleh membimbing dalam memberi kemesraan kepada masyarakat bagi aktiviti berbasikal. Saya meminati berbasikal ini dengan saluran oleh abang saya dengan berbasikal xpdc, menonton perlumbaan yang berdekatan kawasan rumah, basikal ria dan mula serius apabila rakan baik terlibat dalam persatuan berbasikal Negari.

"Jika" pati ini boleh di perkenalkan (selalu) sudah tentu negara mendapat sambutan yang mengalakan untuk menjadikan ianya sebagai industri pelapis (kebangsaan) akan datang.

Tiada junior tiadalah senior. Tiada aktiviti tiadalah pembangunan. Tiada kemahuan tiada pencapaian dan tiada perlaksanaan dan tiadalah apa-apa hasilnya.

Juniorlah kunci utama dalam sukan berbasikal untuk membuka pintu kecemerlangan sukan ini dan membantu mengembangkan bakat mereka.

Sejarah Berbasikal Junior dengan secara rasminya telah diadakan pada tahun 1868 dalam acara lebuhraya (RR) di Paris dan pertama kali acara trek kebangsaan berbasikal junior di anjurkan pula pada tahun 1895 di mana Sukan Olimpik pertama pada tahun 1896. Dengan penganjuran itu barulah acara trek di minati ramai di seluruh dunia sehingga ke hari ini negara Malaysia telah punyai pelumba kelas dunia seperti Azizul Hasni "Aweng" dan Rizal Tisin dalam Track World Championship. Tahniah.

Sekian lama dan hasil kejayaan mereka telah mendapat tempat oleh generasi baru dan penaja bagi memudahkan impian mereka di capai. Dapat?

Kita semua berharap segala program pembangunan yang telah di jalankan dapat menghasilkan pelumba yang berkualiti serta berjaya demi Sukan Berbasikal Negara Malaysia.

Friday, August 20, 2010

Harrif selesa di lebuh raya

 " I used to train too much, too many hours. 
In my first year as a pro I trained thirty-five hour a week, which is too hard." 
- Tony Rominger

KUALA LUMPUR - Meraih tempat ketiga di peringkat terakhir perlumbaan Jelajah Geelong, Ahad lalu membuktikan pelumba negara, Mohd. Harrif Salleh sudah semakin selesa dalam acara lebuh raya walaupun dia sebelum ini sering kali disenaraikan dalam acara trek.

Menurut pelumba kelahiran Terengganu itu, dia sekarang ini semakin mendapat rentak dalam acara lebuh raya, sejak menyertai sirkit pertama siri perlumbaan kebangsaan Australia, Jelajah Gippsland.

"Saya semakin selesa dan kembali menemui rentak bagi acara lebuh raya, ini mungkin disebabkan saya banyak mengambil bahagian dalam acara trek membuatkan kekuatan saya semakin bertambah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia melalui laman sosial, Facebook.

Jelasnya, beralih acara daripada trek ke lebuh raya membolehkan dia mempunyai tenaga yang banyak terutama sekali ketika melakukan pecutan baik di zon pecutan.
"Ketika melakukan serangan baik di zon pecutan mahupun garisan penamat saya dapat merasakan perbezaan ketara berbanding sebelum ini, cuma masalah saya sekarang ialah di zon pendakian dan melakukan breakaway," katanya.

Kata Harrif, dia mendapati pelumba pasukan lain mula berjaga-jaga dan tidak memberi ruang kepadanya selepas berjaya meraih keputusan cemerlang bagi kedua-dua perlumbaan ini.
"Kalau boleh dalam perlumbaan sirkit ketiga, Jelajah Murray River yang bermula Khamis depan saya mahu muncul juara, mungkin kali ini ada peluang kerana terdapat 14 peringkat yang kebanyakannya kriterium dan laluan landai.

"Saya gembira melihat kedua-dua jurulatih John Beasley dan William Walker berpuas hati dengan prestasi saya, apa yang saya perlu ialah mengekalkan terbaik ini," katanya.

Thursday, August 19, 2010

Membaja Akar Umbi

Motivation can't take you very far if you don't have the legs.
- Lance Armstrong

Mendidik dalam kejurulatihan kepada seorang pelumba baru adalah suatu perkara yang bukan mudah. Ia perlu mengambil masa untuk menerap perkara asas dengan kukuh agar mereka cekap dalam ilmu yang di beri oleh jurulatih. Salah satu perkara utama yang perlu dilakukan dalam membentuk generasi baru/junior(13-16 tahun - pendapat saya) adalah dengan memperbanyakkan pada sudut kemahiran teknik taktikal (SKILL) mengendali basikal samaada dalam kemahiran berbasikal road, trek dan mtb.

Ini adalah pendedahan yang perlu dilakukan oleh jurulatih kepada peringkat usia ini dengan sebaiknya selepas mereka melepasi peringkat elite Junior (17-18 tahun - pendapat saya bagi peringkat World Junior Championship). Ini adalah sudut pandangan dan pengalaman saya sejak berkecimpung dalam berbasikal Negara Malaysia.

Atas pengalaman yang di lalui, perkara ini tidak di bentuk atau di terap semasa hari pertama saya berkecimpung oleh kerana tiada jurulatih dan hanya menjejak ilmu dari pelumba senior yang sedia ada ketika itu. Aktiviti yang di lakukan hanya berkayuh sejauh mungkin dan selaju yang mungkin. Oleh itu, kelemahan dalam kemahiran mengendali basikal begitu lemah dan terpaksa menempuh cabaran baru ketika usia pada peringkat senior.

Boleh dikatakan ramai yang terkorban dalam peringkat senior dan pelumba yang berjaya hanya datang dari jurulatih yang berilmu dan tekun dalam kejurulatihan. Ketika era saya secara purata pelumba yang berjaya keperingkat kebangsaan datangnya dari pasukan Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Percayalah pelumba yang berjaya datangnya dari pelumba yang mempunyai kemahiran yang tinggi. Jurulatih inilah melahirkan pelumba berbakat serta kejayaan pada peringkat senior kelak dan perlu berterima kasih dengan usaha membentuk akar umbi membina struktur berbasikal negara Malaysia.

Jika lemah dengan dua kemahiran ini maka lambatlah untuk mendapat hasilnya. Selain pelajaran teknik berbasikal, saya sudi berkongsi tentang kemahiran " tactical development". Cara mengendali agak mudah dengan mengajar melakukan group sprint dalam kelompok kecil dan besar.

Ia mendidik pelumba kita dalam situasi keadaan sebenar dalam penamat ke garisan penamat. Jika ia menjadi kebiasaan dalam latihan maka untuk mencapai kejayaan adalah tinggi. Lakukan antara beberapa kali dalam latihan harian atau minggu. Kelajuan tidak perlu di terap akan tetapi cara berhadapan situasi itu perlu di didik terlebih dahulu serta cara dalam kedudukan untuk memecut ke penamat antara 200 meter terakhir atau kehendak jurulatih.
Mini race(perlumbaan mingguan) adalah salah satu bentuk kemahiran tinggi di dalamnya secara complete. Malangnya mini race tidak di terap dalam berbasikal negara kita. Ia boleh di lakukan jika ada kemahuan dan juga kerjasama oleh semua peringkat dan lapisan. Percayalah, jika ia berlaku negara akan banyak mempunyai bakat-bakat yang berkualiti pada masa akan datang serta sedia menjadi pelapis kepada senior yang sedia ada. Bersama menjayakannya untuk sukan berbasikal.



Video di atas adalah salah satu cara membentuk generasi yang berkualiti dan secara tidak langsung ia telah membentuk kemahiran asas serta menarik minat pelumba dan ahli keluarga. Di fahamkan,  European Cycling Tour Assen 2010 ini telah mendapat sambutan dari Norway, Denmark, Germany, Lituania, Finland, Netherlands, Netherlands Antilles, United Kingdom, USA dan Switzerland. Peserta yang terlibat pada umur 6 tahun keatas sehingga mencecah lebih 700 peserta. Kita mampu melakukannya dengan kemahuan.


Terima Kasih.
Fi

Sunday, August 15, 2010

My Redeemer Lives - Team Hoyt



Ketemu kita sekali lagi dalam coretan saya yang serba kekurangan dan yang penting di sini adalah ingin berkongsi dengan anda semua dalam satu kisah benar seorang ayah dan seorang anak yang kurang upaya (OKU) dalam kejayaan melakukan permulaan perlumbaan sehingga ke penamat IRONMAN. Video kisah benar ini telah mendapat tontonan lebih 9,175,278 di seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Mulanya video ini telah di post oleh salah seorang sahabat karib Hardi Razali di Facebook beliau. Jesteru itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kisah ini dengan lebih meluas kepada kenalan lain di dalam blog saya.


Jika anda menghayati sebaiknya saya percaya anda akan menitiskan air mata kegembiraan dengan kejayaan dan semangat yang di lakukan oleh mereka berdua. Kekuatan yang datangnya oleh kedua mereka perlu menjadi ikutan oleh semua atlit pada masa kini untuk tidak mengalah dan berputus asa.


Kisah ini telah memberitahu kita semua kejayaan bukan sahaja dengan memenangi tempat 3 terbaik (podium) tetapi menang dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk pencapaian terbaik dan sejarah diri sendiri.


Fighting itu penting dalam perjuangan bagi seorang atlit yang ingin berkelas dunia yang telah di tunjukkan oleh ayah dan anak kurang upaya ini. Tidak mustahil kejayaan akan datang dengan usaha gigih serta diiringi doa. 

Bersyukurlah atlit berbasikal Negara kerana kian memuncak dengan limpah bantuan jutaan ringgit oleh pihak kerajaan bagi melunaskan impian anda semua. Bersungguhlah dengan pemberian yang tidak terhingga. AMBIL KESEMPATAN dan GUNALAH KESEMPATAN ini.

Benar, politik sukan tanahair memang berlaku tetapi anggap itu sabagai salah satu tebing anda melangkah ke suatu puncak kejayaan. Anda akan tangisi kegembiraan serta kepuasan yang tidak terhingga sehingga ke akhir hayat. Percayalah atlit berbasikal. Mari maju terus maju wira negara Malaysia.

Saya berharap atlit berbasikal akan berjaya dengan lebih cemerlang dan di bantu oleh semua pihak yang terlibat bagi menyokong usaha kejayaan mereka untuk Kecermelangan Negara Malaysia tercinta.


Saya mohon maaf jika coretan di atas ada mengandungi unsur yang kurang sihat dan tidak terniat untuk menyakiti pembaca dan ia adalah untuk bersama memotivasi kepada semua terlibat menjayakan impian negara memenangi emas pertama Sukan Olimpik 2012 London.




Dari Brisbane, Queensland.

Saturday, August 14, 2010

Fattah dan Arfy dengan catatan peribadi

UCI Junior Track World Championships, Montichiari, Italy August 11-15 2010

Dua pelumba Pelapis Kebangsaan Majlis Sukan Negara Malaysia sedang bertempuh dalam peringkat tertinggi Dunia yang sedang berlangsung di Montichiari Italy. Mereka telah melakukan catatan terbaik peribadi dengan kedudukan tangga ke 27 (Fattah) dan 32 (Arfy) dari 55 pelumba yang melakukan kelayakan 200
meter pecut ujian masa lelaki.

Pencapaian catatan masa yang di lakukan oleh mereka boleh di banggakan walaupun gagal layak kepusingan seterusnya. Tidak mustahil jika di berikan peluang dan pendadahan yang lebih banyak saya percaya pelumba muda ini akan lebih menyerlah dan menjadi penyambung kepada pelumba senior yang sedia ada.

Keberanian dan pencapaian ini perlu di ambil serius oleh berbasikal negara bagi memperkukuhkan struktur berbasikal negara Malaysia agar pelapis ini tidak ketinggalan jauh berbanding pelumba senior mereka ketika ini. Tiga tempat teratas pelumba junior telah menguasai dengan catatan masa 10. 3xx saat.

Saya berharap dengan program yang di lakukan akan dapat melahirkan lebih ramai pelumba yang berbakat serta berkualiti pada masa akan datang. Sokongan dari pihak kerajaan mampu menjadikan sukan berbasikal sebagai industri pada masa akan datang lebih-lebih lagi satu projek membina Trek Velodrom di Nilai, Negeri Sembilan yang di jangka akan siap kurang dua tahun lagi. Mari bergabung mengharumkan nama negara Malaysia di mata dunia untuk sukan berbasikal khususnya. Terima kasih Malaysia.


Men's sprint qualifying
# Rider Name (Country) Team Result
1 Stefan Bötticher (Germany) 0:00:10.304
2 Matthew Glaetzer (Australia) 0:00:10.375
3 Bernard Esterhuizen (South Africa) 0:00:10.380
4 Julien Palma (France) 0:00:10.463
5 Philip Hindes (Germany) 0:00:10.526
6 Maddison Hammond (Australia) 0:00:10.533
7 Mauricio Quiroga (Argentina) 0:00:10.696
8 Lewis Oliva (Great Britain) 0:00:10.712
9 Evgeny Mescheryakov (Russian Federation)
10 Matthijs Büchli (Netherlands) 0:00:10.716
11 Quincy Alexander (Trinidad and Tobago) 0:00:10.717
12 Kian Emadi (Great Britain) 0:00:10.722
13 Gediminas Petrauskas (Lithuania) 0:00:10.740
14 Nikita Balunov (Russian Federation) 0:00:10.741
15 Benjamin Edelin (France) 0:00:10.748
16 Robert Kanter (Germany) 0:00:10.753
17 Scott Mulder (Canada) 0:00:10.760
18 Rino Gasparrini (Italy) 0:00:10.775
19 Santiago Velasquez Morales (Colombia) 0:00:10.806
20 Anargyros Kollaras (Greece) 0:00:10.839
21 John Paul (Great Britain) 0:00:10.844
22 Kirill Samusenko (Russian Federation) 0:00:10.856
23 Kim Van Leemput (Belgium) 0:00:10.865
24 Ievgenii Parfenov (Ukraine) 0:00:10.881
25 Sebastien Marques (France) 0:00:10.894
26 Shotaro Sakamoto (Japan) 0:00:10.930
27 Mohd Fattah Amri Zaid (Malaysia) 0:00:10.943
28 Jose Miguel Caldentey Cabezas (Spain) 0:00:10.957
29 Eryk Laton (Poland) 0:00:10.979
30 Adrian Opasewicz (Poland) 0:00:10.986
31 Juan Carlos Casas Gomez (Colombia) 0:00:10.994
32 Muhd Arfy Qhairant Amran (Malaysia) 0:00:11.001
33 Ondrej Rybin (Czech Republic) 0:00:11.022
34 Jamie Green (Australia) 0:00:11.023
35 Matthew Baranoski (United States Of America) 0:00:11.044
36 Giacomo Del Rosario (Italy) 0:00:11.064
37 Pablo Javier Perruchoud (Argentina) 0:00:11.105
38 Hiroshi Kimura (Japan) 0:00:11.119
39 Thore Bradtberg (Denmark) 0:00:11.127
40 Gertjan De Smet (Belgium) 0:00:11.130
41 Lucjusz Kardas (Poland) 0:00:11.132
42 Jonathan Matias Gatto (Argentina) 0:00:11.146
43 Stylianos Aggelidis (Greece) 0:00:11.164
44 Jose Moreno Sanchez (Spain) 0:00:11.175
45 Asier Roncero De Leon (Spain) 0:00:11.189
46 Robin Wagner (Czech Republic) 0:00:11.203
47 Theodoros Tzimas (Greece) 0:00:11.247
48 Mauro Catellini (Italy) 0:00:11.279
49 Dennis Looij (Netherlands) 0:00:11.321
50 Yuki Ito (Japan) 0:00:11.332
51 Boris Beelen (Belgium) 0:00:11.334
52 Camilo Amadeo Cruz Paredes (Colombia) 0:00:11.351
53 Rochéz Harbers (Netherlands) 0:00:11.475
54 Khadiviboroujeni Amir (Islamic Republic of Iran) 0:00:11.528
55 David Rajs (Czech Republic) 0:00:11.554



Adiq ada Potensi

Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my
2010/08/14

IMPIAN untuk menyaksikan adanya pelumba negara beraksi di Tour de France bukanlah mustahil kerana Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) kini dalam rancangan ke arah merealisasikan perkara itu.
Meletakkan sasaran untuk menjadikan Adiq Husainie Othman sebagai pelumba pertama ke arah itu, Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad berkata, Adiq yang kini bersama pasukan profesional benua, Drapac Porsche dilihat mempunyai potensi cerah.

Katanya, keupayaan juara kebangsaan itu amat tinggi berbanding pelumba lain namun pelumba seperti Anuar Manan dan Ahmad Haidar Anuawar turut berpeluang melaksanakannya.

“Adiq memilik semangat juang yang tinggi. Kita boleh saksikan keupayaannya dan dia seorang pelumba endurance yang baik.

“Tambahan pula ketika ini dia bersama pasukan luar yang mampu terus menggilap bakatnya untuk diketengahkan,” kata Naim.

Begitupun Naim sedar, tidak mudah buat Adiq, pelumba berusia 19 itu merekodkan sejarah dalam waktu terdekat ini dan dia sekurang-kurangnya memerlukan tiga atau empat tahun untuk bersaing bersama pasukan profesional.

Adiq dinobatkan sebagai juara kebangsaan 2010 selepas menewaskan Shahrul Mat Amin di tempat kedua, Ahmad Fakhrullah Alias (ketiga), Ahmad Fallanie Ali (keempat) dan Anuar Manan (kelima) di Kejohanan Kebangsaan yang berlangsung di Negeri Sembilan Jun lalu.

Sementara itu bagi Adiq yang kini berpangkalan di Australia berkata, berkata berkat latihan yang dilalui dengan peluang bersaing dalam perlumbaan antarabangsa di Eropah dan Asia, dia yakin hasrat bersaing di Tour de France bukanlah angan kosong.

“Saya dapat rasakan cita-cita saya untuk bersaing di Tour de France akan jadi kenyataan satu hari nanti tapi belum pasti bila ia akan menjadi kenyataan.

“Tapi saya meletakkan sasaran pada umur saya 23 atau 24 tahun untuk saya mencipta rekod menjadi pelumba pertama berlumba di sana,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Adiqadapotensi/Article

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan


Salam

Ivanhoe Victoria, Melbourne - Sempena kedatangan bulan Ramadhan al - Mubarak ini, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat islam di seluruh dunia yang menyambutnya. Kita semua bersyukur telah sekali lagi di beri peluang untuk beramal di bulan mulia kali ini yang mungkin kita tidak akan bertemunya lagi di tahun yang akan datang.

Kuatkan iman dan semoga amalan ibadah kita semua di terima oleh Allah swt.
Amiin.

Fairoz Izni Bin Abd Ghani

Thursday, August 5, 2010

Road Program 2010

Salam sejahtera. Saya kini berada di Melbourne bagi mengikuti Road Program sehingga menjelangnya LTDL 2011. Kami baru sahaja tamat dari perlumbaan Tour of Gippsland (8 stage ) 28hb Julai - 1hb Ogos 2010 yang lalu dan akan mengikuti perlumbaan seterusnya
  1. Tour of Geelong 11hb - 15hb Ogos 2010 (1st Ramadan)
  2. Tour of The Murray 29hb Ogos - 5hb September 2010 ( Ramadan )
  3. Tour of Tasmania 16hb - 21hb September 2010 [ Aidilfitri ]
  4. Road World Championship Melbourne U23 - 29hb September 2010 - 3hb Oktober 2010
  5. Road race 167km Commonwealth Games Delhi 10hb Oktober 2010
  6. Asian Games Guangzhou 2010 ( RR 22hb-25hb November 2010 )
Setakat ini pelumba yang mengikuti Road Program di Melbourne
  1. Amir Mustafa Rusli
  2. Adiq Hussainie Othman
  3. Ahmad Fallanie Ali
  4. Zamri Salleh
  5. Mohd Harrif Salleh
  6. Yusrizal Usoff
  7. Ahmad Fakhrullah Alias
  8. Mohd Shahrul Mat Amin
Peluang yang ada, agar saya dan pelumba dapat menimba ilmu serta pengalaman berkampung di Melbourne. Pengamatan saya ia amat bagus sekali dengan perlumbaan yang akan di sertai oleh pelumba negara bagi persiapan dua temasya terbesar iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2010.

Ini adalah Road Program yang pertama kali di anjurkan oleh MNCF bagi melihat status kekuatan dan taraf para pelumba lebuhraya setanding dengan pelumba luar negara Asia dan Dunia. Di harap program ini dapat di teruskan seperti Track Program yang telah lama berkampung di Melbourne dan beberapa negara sebelumnya.