Tuesday, January 25, 2011
LTdL 2011: Peringkat Ketiga - 144.9km Taiping ke Sitiawan
Cuaca sedikit terik di permulaan perlumbaan peringkat ketiga dari Taiping menuju Sitiawan di mana poloton tidak begitu aktif walaupun ada beberapa pelumba yang cuba membuat pemisah dari awal selepas 0km di lepaskan oleh kerana pelumba pendaki dalam cubaan mencapai garisan di puncak bukit KOM 4 (Bukit Gantang) dengan ketinggian 158m.
Para pelumba GC(General Classification) mengasak seawal antara 10km di puncak KOM pada kilometer 17.3. Sebelum pendakian, satu perlanggaran berkelompok di mana pelumba Kebangsaan Malaysia dan tempatan terselamat dari insiden berkenaan.
Selepas pendakian berkenaan satu zon pecutan(satu) di kilometer 32.7 telah di rangkul oleh pelumba TSG Anuar Manan yang telah memintas lebih awal pelumba Italy Andrea selaku pendahulu perlumbaan setakat ini.
Pelumba Kebangsan Malaysia, Rizuan Zainal bijak melepaskan diri bersama Rhys Pollock(Drapac) untuk seketika sebelum tempatnya di ambil alih oleh Loh Sea Keong yang bercita untuk melakukan pemisah sebelum perlumbaan di lepaskan pada jam 11 pagi ini.
Loh dan Rhys berganding dengan baik sehingga berjaya selaku pendahulu ketika itu dengan jarak 81km sebelum matlamat mereka di tumpaskan oleh beberapa pasukan yang tidak berkenaan(Landbouwkrediet) dalam GS juga mengejar mereka pada 6km terakhir kepenamat.
Walaupun di telan peloton setelah lebih empat(4) minit di hadapan, Loh berjaya melepasi dua zon pecutan dan beliau telah memungut 10 mata dan bonus sebanyak 6 saat sekaligus GC beliau berada pada tempat ketujuh keseluruhan dengan perbezaan 22 saat di belakang penyarung jersi kuning Andrea Guardini.
Boleh di katakan peringkat ini banyak berlaku perlanggaran atas pergeseran anatara pelumba serta kecuaian mengendali dengan baik walaupun kilometer terakhir masih berlaku asakan dan atas insiden berkenaan itu pelumba Rizuan Zainal mendapat kecederaan di bahagian kiri pelvis, lutut dan tangan.
Esok antara hari penentu yang juga peringkat yang mencabar bagi semua pelumba yang terlibat dengan pendakian ke Cameron Highlands yang akan bermula di Ayer Tawar ke Tanah Rata sejauh 137.6km. Sepanjang laluan ini akan di hidangkan tiga(3) zon pecutan, satu KOM 3, KOM 1, KOM(hors) 1613m. Semoga mencapai di puncak dengan memastikan zon nadi dan tidak cemas menjadi pengejar kepada kelompok pendahulu nanti.
Tenang sebaiknya sambil makan dan minum untuk tidak meninggikan nadi bagi mencapai keputusan kepuncak dan penamat. Selamat maju jaya kepada pelumba Kebangsaan Malaysia dan tempatan negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment