Monday, January 24, 2011

LTdL 2011: Peringkat Kedua 145.4km - Kangar ke Butterworth


Peringkat kedua LTdL 2011 menyaksikan para pelumba akan berhadapat laluan landai dari Kangar ke Butterworth sejauh 145.4km dengan tiga zon pecutan iaitu di kilometer 32.4km( S1 - Jitra ), 83.2km( S2 - Guar Cempedak ) dan 111.4km( S3 - Sg. Petani  ).

Kelompok besar dalam keadaan tenang atau tidak begitu aktif malah membenarkan dua pelumba dari pasukan Suren Cycling Team(Hamid Shirisisan) dan Team Champion System(Deon Locke) dengan jarak masa pemisah hampir 6 minit di hadapan.

Selaku pendahulu, mereka berjaya menyapu ketiga zon pecutan serta berbaki antara 30 kilometer terakhir mereka di telan kelompok besar yang di ketuai gabungan oleh dua pasukan Europcar dan Landbouwkrediet sehingga di ambil alih dari Pasukan Adiq Hussainie Drapac Professional Cycling pada 3 kilometer terakhir yang mana satu perlanggaran besar di kilometer 2 serta perlanggaran begitu hampir di garisan penamat.

Mujur kemalangan itu tidak mengakibatkan mana-mana pelumba dari pasukan Kebangsaan Malaysia dan juga pelumba Malaysia yang mewakili pasukan Continental masing-masing.

Anuar Manan pendahulu pelumba Asia(TSG) di tempat ketiga pada peringkat ini setelah henjutannya di patahkan oleh Andrea(pendahulu) dan Boris yang berasal dari Rusia dari pasukan Iran Tabriz(TPT). Setakat ini, pasukan Kebangsaan Malaysia di tempat ke-10 keseluruhan dan ke-2 bagi keseluruhan Asia di belakang pasukan Terengganu ProAsia Cycling di tempat pertama.

Esok, peringkat ketiga sejauh 144.9km dari Taiping ke Sitiawan para pelumba akan di lepaskan pada jam 1100 pagi dan di jangka akan tamat pada jam 1404ptg. Peringkat ini akan menghidangkan satu pendakian(158m - KOM-Cat4) km 17.3 serta tiga zon pecutan pada km32.7(K. Kangsar), km 77.0(Beruas) dan km 100.6 di Pantai Remis.

Semoga pelumba Negara Malaysia lebih yakin dan bertenaga mengharungi peringkat ketiga ini di garisan penamat berdekatan The Store Supermarket jalan Lumut. Malaysia Boleh!

No comments: