Enam pelumba negara telah di kenal pasti untuk mewakili negara ke perlumbaan yang berprestij Le Tour de Langkawi 2011. Mereka dipilih berdasarkan prestasi yang konsisten dengan laluan landai dan berbukit, ujian lab, pengalaman serta beberapa data daripada pasukan (HPT) Institut Sukan Negara Malaysia sejak kem latihan bermula.
Ini adalah pasukan yang telah mendapat kepercayaan oleh jurulatih lebuhraya negara Graham Seers yang bertugas sejak awal Januari 2011. Pengalamannya membentuk pasukan lebuhraya bagi LTDL 2011 pasti memberi keputusan yang lebih baik serta pelumba tidak melepaskan peluang ini dengan sebaiknya bagi menjulang nama negara Malaysia di setiap peringkat nanti.
Pelumba berpengalaman Suhardi Hassan yang gagal pada edisi yang lalu kini bangkit pada edisi 16 LTDL 2011 selaku ketua pasukan setelah berjaya menunjukkan peningkatan walaupun sudah berumahtangga. Komitmen serta pengorbanan beliau harus di contohi sebagai seorang bapa yang tidak sekali berputus asa demi mengharumkan nama negara Malaysia.
Jutaan tahniah kerana terpilih secara merit dengan segala kekuatan yang di tunjukkan selama ini dan berbasikal Negara Malaysia berharap pasukan terbaik kali ini akan sentiasa mencapai prestasi yang cemerlang pada edisi ini dan mengikuti jejak langkah seperti pasukan trek Negara Malaysia. Full Gas!
No comments:
Post a Comment