Thursday, February 17, 2011
Kayuhan Mereka,Tuai Emas
Salam sejahtera kepada semua keluarga berbasikal negara Malaysia yang masih menanti perkembangan atau perjalanan hala tuju berbasikal negara malaysia yang mana kita sedia maklum pelumba negara baru sahaja terlibat menyertai perlumbaan Asian Cycling Championship di Korat Thailand dengan keputusan dua emas, tujuh perak dan lima gangsa telah memperbaiki kutipan pingat berbanding tahun yang lalu.
Walaupun tidak terlibat membantu pasukan lebuhraya elit lelaki oleh kerana beberapa masalah tertentu, saya sebagai wakil kepada keluarga berbasikal menguncapkan sekalung tahniah di atas kejayaan wira negara yang bertanding.
Perkembangan ini dilihat sebagai satu platform di mana pelumba trek negara telah pun bersedia bagi mengalas cabaran di masa hadapan lebih-lebih lagi kepada pelumba pelapis kebangsaan yang konsisten dan masih memerlukan perhatian yang rapi agar prestasi tidak terganggu seperti yang di tonjolkan oleh sebilangan mereka sejak kebelakangan ini. Ini harus seperti membaja benih untuk melihat hasil bila ia menjadi pokok yang telah matang.
Usaha ini perlu di teruskan agar kekuatan ini terus kekal dengan bantuan dan saluran bagi membantu mereka sebaris kepada pelumba elit ketika ini.
Di harap keputusan yang di cipta perlu di gilap lagi dan harus di analisis sebaik mungkin bagi memastikan catatan lebih pantas di masa hadapan. Bagi tahun ini saya bercadang akan turun beberapa tapak kebelakang bagi membantu generasi saya agar pelumba lebih bersedia yang di kehendaki oleh kita semua dan berbasikal Negara Malaysia. Bantu saya untuk bantu mereka. Selamat Maju Jaya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment