Sunday, January 23, 2011

Di sini Mulanya

Le Tour de Langkawi atau Jelajah Langkawi yang telah di anjurkan sejak 1996 kini mencapai tahun yang ke-16 tahun dan juga edisi 16 bagi 2011 yang satu-satunya perlumbaan di Asia dengan dua Hors Category . Para pelumba akan mengharungi 10 peringkat bermula 23hb Januari - 1hb Februari 2011.

Merupakan ilham gagasan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad di mana beliau telah sudi meluangkan masa merasmikan edisi ke-16 ini di Dataran Lang pada 22hb Januari 2011 setelah beberapa edisi yang lalu gagal di laksanakan di Pulau ini.

Jelajah ini lebih tepat di adakan di Langkawi(satu peringkat atau permulaan, etc) oleh kerana dengan panggilan "Le Tour de Langkawi".

Jelajah ini di adakan di Langkawi oleh kerana untuk menamatkan " Sumpahan Mahsuri 7 Keturunan" sebagai menarik perhatian serta destinasi pelancongan bertaraf dunia di Malaysia.

Peringkat pertama berjalan dengan baik sekali dengan perlumbaan sejauh 94.3km bermula di Dataran Lang dan tamat di Pekan Kuah, Langkawi. Peringkat ini dengan laluan hampir landai dengan tiga zon pecutan dan tiga KOM(Cat 4) yang mana pelumba Andrea Guardini dari pasukan Farnese Vini - Neri Sottoli berjaya menawan peringkat ini dengan catatan masa 2jam 3min 28saat meninggalkan pelumba di tempat kedua dari pasukan kebangsaan Korea iaitu Park Sung Baek dan tempat ketiga di sandang oleh pelumba kelahiran Terengganu, Mohd Harrif Salleh dari Pasukan Terengganu ProAsia Cycling(TSG) dengan purata kelajuan 45.83km/h.

Peringkat kedua akan bermula di Kangar dan akan berakhir di Butterworth sejauh 145.4km dengan tiga zon pecutan dan di jangka tamat pada jam 1:35ptg. Semoga pelumbaan berjalan dengan lancar dan selamat hendaknya. Tahniah kepada pemenang dan Malaysia Boleh!

1 comment:

Anonymous said...

Salam,
Tahniah,
Petanda awal yg memberangsangkan.

Maaf tak dapat saksikan w/p di tempat sendiri...tapi sentiasa ikuti dlm berita tv.

sms