Madium - Surabaya 162km
Surabaya - Cuaca amat baik hari ini dengan segala persiapan kami ke garisan permulaan begitu teratur tanpa sebarang halangan. Matlamat yang ingin di capai adalah melakukan pemisah selepas kilometer 40 kerana jarak yang akan di laluan adalah landai dan memberi laluan kepada pelumba luar untuk melakukan pemanas.
Perancangan awal berharap agar tidak terburu-buru oleh kerana masih terlalu awal dan masing-masing mempunyai tenaga (fresh). Jadi, pasukan hanya menguasai di bahagian hadapan sambil makan dan minum.
Suhu cuaca yang agak panas memperlihatkan pelumba berulang mengambil air bagi memastikan tidak dehydrate yang membolehkan pelumba lesu di peringkat seterusnya. Seawal pagi, kami mengunakan banyak ais agar air minuman yang akan di bekalkan sentiasa dalam keadaan sejuk sehingga ke penamat nanti di Surabaya.
Pelumba negara Malaysia sentiasa mengetuai kelompok hadapan dalam peringkat ini dan saya sering menerima laporan semasa melalui radio communication oleh pihak komisar di mana pelumba negara dalam cubaan membuat pemisah bersama kelompok kecil.
Ahmad Fallanie Ali antara pelumba yang mempunyai harapan yang tinggi bagi menyarung jersi pecut dengan perbezaan 6 mata di belakang sebelum peringkat ke-tujuh (7).
Attacking yang di lakukan selepas 50km pertama berhasil apabila beliau berjaya memunggut dua (2) mata pada zon pecutan pertama sambil Zamri Salleh dengan tiga (3) mata di belakang Carrera Sherwin dari Pasukan 7-Eleven Philippine.
Selepas zon pecutan pertama km67, masing-masing tidak dapat bertahan lama dan kemudiannya di telan kelompok peloton yang di asak oleh pelumba tempatan Indonesia dan juga pasukan pendahulu (yellow jersey) dan penyarung jersi pecut Santoso Budi.
Tidak lama kemudian, asakan bertubi-tubi telah meloloskan kelompok kecil menjadi kelompok pendahulu dengan Shahrul Mat Amin berjaya dengan punggutan tiga (3) mata pada zon pecutan ke-dua (2) pada kilometer 101.
Peringkat ini amat sukar untuk pelumba negara meloloskan diri oleh kerana semasa di dalam kelompok pendahulu masing-masing gagal memberi kerjasama antara mereka untuk mengekalkan purata kelajuan yang stabil selaku pendahulu.
Satu attacking melibatkan antara 13 pelumba termasuk Sharul Mat Amin telah berjaya sampai ke penamat dengan jarak antara 25 saat di belakang peloton besar itu. Sharul hanya berjaya di tempat ke-empat (4) sekaligus pasukan negara menjadi pasukan pertama dengan catatan masa terpantas hasil gabungan masa oleh Ahmad Fallanie dan Ahmad Fakhrullah Alias.
Esok peruingkat ke-lapan (8) dari Surabaya ke Jember 192.5km termasuk 11km neutralized dengan tiga (3) zon pecutan km81.9, km112.1 dan km169.9. Semoga pelumba negara selamat ke penamat dan mencipta lagi kemenangan . Tahniah dan Full Gas!
Sunday, October 31, 2010
Saturday, October 30, 2010
Pasukan Negara Terus Mengasak
Peringkat Ke-Enam (6) - Jogjakarta-Madiun- 167km
Hajat Zamri Salleh tidak kesampaian apabila terbabas di bahu jalan dan beliau gagal mengawal keadaan kemudian melanggar sebatang pili bomba di tiga (3) kilometer terakhir sebelum penamat sekaligus gagal menumpaskan keupayaan Sergey yang antaranya persaing utama beliau di awal perlumbaan bagi setiap peringkat.
Zamri mengalami kecederaan sederhana di mana kepalanya menjunam terlebih dahulu di permukaan jalanraya. Impak yang kuat telah menyebabkan keretakan di bahagian hadapan helmetnya.
Bagaimanapun beliau gagah menghabiskan perlumbaan bagi memastikan pasukan negara tidak ketinggalan. Sementara itu, Shahrul Mat Amin selaku back up kepada Zamri berjaya menduduki tempat ketiga di belakang Sergey (Polygon) di tempat ke-dua (2) dan tempat pertama di miliki jaguh kebangsaan Indonesia Ferinanto yang mula kembali menjalani latihan bagi menghadapi temasya Sea Games 2011.
Ahmad Fallanie mujur tempat ke-dua (2) dalam kategori pelumba pecut untuk peringkat ini setelah berjaya mengumpul 4 mata keseluruhan dengan tempat ke-dua (2) pada zon pecutan ke-dua (2) dan ke-empat (4) pada zon pecutan ketiga.
Beliau antara pelumba yang paling agresif dalam peringkat ini dengan cubaan membuat pemisah secara solo dan kelompok mulai zero (0) km sehingga ke penamat. Tahniah Ahmad Fallanie dan juga rakan sepasukan yang lain.
Esok peringkat ke-tujuh (7) sejauh 162.5km dari Madiun ke Surabaya dengan laluan landai. Semoga pasukan terus mencatat keputusan terbaik.
Dari kiri; Sergey, Ferinanto dan pelumba negara malaysia Shahrul Mat Amin
Persedian pihak penganjur sedikit terganggu hari ini oleh kerana Gunung Merapi sekali lagi meletus beberapa kali waktu subuh (tempatan Indonesia) dengan menghembuskan asap berdebu yang bertebangan sehingga ke arah penginapan kami. Gunung Merapi boleh di lihat dari tingkat tempat menginap antara 20km. Semua yang terlibat dan pelumba terpaksa memakai penutup hidung dan mulut (mask) bagi mengelakkan agar kesihatan tidak terganggu dari pernafasan kami di sini.Hajat Zamri Salleh tidak kesampaian apabila terbabas di bahu jalan dan beliau gagal mengawal keadaan kemudian melanggar sebatang pili bomba di tiga (3) kilometer terakhir sebelum penamat sekaligus gagal menumpaskan keupayaan Sergey yang antaranya persaing utama beliau di awal perlumbaan bagi setiap peringkat.
Zamri mengalami kecederaan sederhana di mana kepalanya menjunam terlebih dahulu di permukaan jalanraya. Impak yang kuat telah menyebabkan keretakan di bahagian hadapan helmetnya.
Bagaimanapun beliau gagah menghabiskan perlumbaan bagi memastikan pasukan negara tidak ketinggalan. Sementara itu, Shahrul Mat Amin selaku back up kepada Zamri berjaya menduduki tempat ketiga di belakang Sergey (Polygon) di tempat ke-dua (2) dan tempat pertama di miliki jaguh kebangsaan Indonesia Ferinanto yang mula kembali menjalani latihan bagi menghadapi temasya Sea Games 2011.
Ahmad Fallanie mujur tempat ke-dua (2) dalam kategori pelumba pecut untuk peringkat ini setelah berjaya mengumpul 4 mata keseluruhan dengan tempat ke-dua (2) pada zon pecutan ke-dua (2) dan ke-empat (4) pada zon pecutan ketiga.
Beliau antara pelumba yang paling agresif dalam peringkat ini dengan cubaan membuat pemisah secara solo dan kelompok mulai zero (0) km sehingga ke penamat. Tahniah Ahmad Fallanie dan juga rakan sepasukan yang lain.
Esok peringkat ke-tujuh (7) sejauh 162.5km dari Madiun ke Surabaya dengan laluan landai. Semoga pasukan terus mencatat keputusan terbaik.
Friday, October 29, 2010
Pelumba Negara Intai Jersi Hijau dan Menang Peringkat
Ringkasan; The Speedy Tour d’ Indonesia, Jakarta - Bali
24hb Okt – 3hb Nov 2010
Jogjakarta - Tour d’ Indonesia (TDI) adalah salah satu perlumbaan jelajah terakhir dalam persiapan pelumba Negara Malaysia bagi menghadapi Le Tour de Langkawi 2011. Dengan jarak keseluruahan 1418 km TDI ini adalah fasa latihan di mana mereka akan menghadapi 10 peringkat dan satu KOM pada peringkat yang ke-5(lima).
Peringkat ke-lima (5) adalah peringkat yang paling mencabar dengan laluan berbukit yang mana pelumba akan menghadapi dua(2) zon KOM di kilometer 84 (Alt; 1059 m) dan kilometer 89.1 (Alt; 1013 m) di kawasan Monumen Selo dan akan tamat di Jogjakarta antara 22km dari Gunung Merapi.
Ucapan Takziah;
Penjaga Kunci Gunung Merapi Mbah Maridjan turut terkorban dalam keadaan posisi sujud di rumahnya. Saya mewakili pihak Berbasikal dan Negara Malaysia mengucapkan takziah buat semua mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat.
Al-Fatihah.

Laluan TDI agak mencabar dengan jarak yang jauh dengan zone pecutan yang mana, pelumba Negara harus bertindak cepat dengan segala situasi untuk melepaskan diri dari peloton.
Di lihat dari kekuatan, pengalaman dan pendedahan, pelumba Negara mampu untuk menyarung jersi pecut (green jersey). Hingga kini (peringkat ke-5), pelumba Negara masih ketinggalan 8 mata dari penyarung jersi hijau Santoso Budi dengan 11 mata. Pelumba Negara Ahmad Fallanie di tangga ke-7 dengan 3 mata di belakang oleh pemegang.
Strategi awal adalah untuk membantu Shahrul Mat Amin untuk mengumpul mata pecut pada setiap zon pecutan dalam semua peringkat. Situasi yang begitu aggressive sedikit mengagalkan strategi kami.
Ahmad Fallanie bertindak mengejar mana-mana pelumba yang cuba melakukan pemisah sebelum zon pecutan dan juga selaku pemisah secara solo atau berkelompok jika berpeluang terlepas dari peloton.
Peringkat masih berbaki 9 zon pecutan sehingga di peringkat ke-sembilan (9) sahaja. Kita berharap, pelumba sentiasa bertindak bijak dalam segala situasi di setiap peringkat dan yang mana boleh mengagalkan pasukan luar.
Peringkat ke-empat (4) antara keputusan terbaik oleh pasukan negara dengan keputusan tempat ke-dua(2) Zamri Saleh, Ke-empat(4) Ahmad Fakhrullah Alias, Ke-enam (6) Sharul Mat Amin dan sekaligus pasukan Negara berada tempat yang pertama pada peringkat berkenaan.
Saya berharap, kejayaan akan di capai pada peringkat seterusnya walaupun mereka berhadapan kesukaran dengan pelumba-pelumba tempatan Indonesia yang sentiasa agrasif selepas zero kilometer di lepaskan dengan melakukan attack secara bertubi-tubi untuk mereka meloloskan diri sampai ke garisan penamat secara solo atau bergabung antara negeri mereka.
Peringkat ke-lima (5) adalah peringkat yang paling mencabar dengan laluan berbukit yang mana pelumba akan menghadapi dua(2) zon KOM di kilometer 84 (Alt; 1059 m) dan kilometer 89.1 (Alt; 1013 m) di kawasan Monumen Selo dan akan tamat di Jogjakarta antara 22km dari Gunung Merapi.
Gunung Merapi telah muntah dan pihak penganjur mengambil keputusan Peringat ke-lima (5)di batalkan. Bencana ini mengakibatkan antara 20-30 kematian sementara 200 yang masih hilang mengikut sumber perkembangan di sini. Semua yang terlibat berkabung dengan mengikat tali reben hitam di lengan kanan dengan kayuhan Peduli Merapi 10km pertama kemudian menaiki bas, pelumba berkayuh semula berbaki antara 5km ke penamat bagi menyambut segala persiapan yang di berikan oleh pihak penganjur sementara hadiah wang untuk peringkat ini akan di sumbangkan kepada pihak mangsa Gunung Merapi.
Esok, peringkat ke-enam(6) sejauh167.2km serta neutralized 12.2km keseluruhan 179.4km dari Jogkarta ke penamat di Madiun dengan tiga (3) zon pecutan pada KM 51, KM100.5 dan KM134.9.
Ucapan Takziah;
Penjaga Kunci Gunung Merapi Mbah Maridjan turut terkorban dalam keadaan posisi sujud di rumahnya. Saya mewakili pihak Berbasikal dan Negara Malaysia mengucapkan takziah buat semua mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat.
Al-Fatihah.
Kudentsov Menang, Hari Pertahankan Jersey Kuning
Hendra Mujiraharja - Okezone
SEMARANG - Sergey Kudentsov bangkit di Etape 4 Speedy Tour d’ Indonesia 2010. Pembalap andalan Polygon Sweet Nice (PSN) ini berhasil finis pertama. Sementara itu, rekan setimnya Hari Fitrianto mempertahankan Jersey Kuning.
Kudentsov menjadi pembalap terdepan yang menyentuh garis finis di Semarang, Rabu (27/10/2010). Pembalap asal Rusia unggul atas pembalap asal Malaysia Mohd Zamri Saleh dan pembalap Projo Waseso dari tim Kutai Kartanegara.
Meski menang, Jersey Kuning gagal direbut oleh Kudentsov. Pasalnya, jersey kebanggaan ini berhasil dipertahankan rekan setimnya Hari. “Ini balapan yang sangat bagus. Saya tidak kecewa gagal dapat Jersey Kuning, karena yang megang jersey kuning masih rekan setim,” kata Kudentsov kepada wartawan.
Sementara itu, meski gagal finis 10 besar di Etape 4 ini, namun Hari masih mempertahankan Jersey Kuning. Sebab, pesaing terdekat M. Taufik terjatuh. Hari mengaku senang bisa mempertahankan gengsi tertinggi ini.
“Saya rasa ini adalah balapan yang sangat bagus, meski banyak kecelakaan. Namun, saya sangat senang masih bisa mempertahankan jersey kuning ini,” tandas pembalap yang juga memegang Jersey Merah Putih ini.
Berikut hasil Etape 4:Pembalap - Catatan Waktu - Time Bonus
1.Sergey Kudentsov (PSN) - 2:06:00 - 10
2.Mohd Zamri Saleh (MAS) - 2:06:00 - 6
3.Projo Waseso (KKT) - 2:06:00 - 4
Klasemen Pembalap Total Waktu (Jersey Kuning)
Pembalap - Catatan Waktu:
1.Hari Fitrianto (PSN) 10:19:56
2.Erwin Jaya (PSN) 10:19:58
3.Lex Nederlof (CLS) 10:20:07
Klasemen Pembalap Total Poin (Jersey Hijau)
Pembalap - Poin
Budi Santoso (UBK) 11
M. Taufik (YOG) 9
Prasetya Heksa (CCC) 6(acf)
Pembalap Malaysia Ikut Peduli Merapi
YOGYAKARTA – Kepedulian yang tinggi dilakukan pembalap Malaysia. Mereka ikut memberikan sejumlah sumbangan kepada korban Gunung Merapi di Sleman.
Ya, suasana berbeda terlihat di garis start Speedy Tour d’Indonesia (STdI) di Semarang, sekira 90 pembalap dari berbagai negara dan klub terlihat sangat santai. Sebab, etape 5 sudah dihapus dan digantikan menjadi Peduli Merapi.
Pic: Pembalap Malaysia Fallanie Alie/ Foto: Hendra Mujiraharja-Okezone
Meski banyak yang menyayangkan dihapusnya rute Semarang-Yogyakarta, namun sejumlah pembalap luar negri sangat mendukung keputusan panitia STdI yang menghapus lomba dan menjadi Peduli Merapi.
“Tak menjadi masalah etape 5 ini dihapus. Bahkan, saya sangat mendukung aksi kepedulian manusia yang dilakukan panitia lomba ini,” demikian penjelasan pembalap Malaysia Fallanie Alie kepada wartawan, Kamis (27/10/2010).
Bukan hanya itu, manajemen tim sudah menyediakan sejumlah dana untuk memberikan sumbangan kepada korban bencana Gunung Merapi di Sleman. Tapi, Fallanie menolak memberitahukan jumlah uangnya.
“Ya, manajemen tim memang sudah menyiapkan sejumah uang untuk memberikan sumbangan kepada korban bencana,” tandas pembalap No.48 ini tanpa memberikan keterangan berapa uang yang sudah disiapkan untuk memberikan sumbangan.(msy)
Kamis, 28 Oktober 2010 - 18:41 wib
Hendra Mujiraharja - Okezone
http://sports.okezone.com/read/2010/10/28/43/387568/pembalap-malaysia-ikut-peduli-merapi
Tuesday, October 19, 2010
" Saya Kembali 2011 "
Gambar: M. Fauzan Lutfi ketika aksi dalam acara trek di Velodrom Cheras, Kuala Lumpur.
Sukan Komanwel New Delhi 2010 telah menutup tirai dengan " The Best Ever Performance " oleh pasukan trek pecut kebangsaan dengan satu (1) emas oleh Josiah Ng - Keirin, satu (1) perak oleh Mohd Rizal Tisin - 1 Kilometer Ujian Masa Perseorangan Lelaki dan satu (1) gangsa menerusi Mohd Azizul Hasni Awang, Josiah Ng dan M. Rizal Tisin dalam acara Pecut Berpasukan (Team Sprint).
Kejayaan itu juga telah mengembirakan semua rakyat Malaysia dan juga peminat sukan berbasikal tanahair di mana kita sedia maklum Nor Affandy Rosli adalah pelumba tunggal yang berjaya memenangi pingat perak pada Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 dalam acara lebuhraya lepas beramai-ramai lelaki.
Di samping kejayaan serta program yang berlangsung, Presiden UCI dan Berbasikal Negara Malaysia telah pun memberi perhatian dan pengampunan kepada rayuan oleh pelumba kebangsaan Mohd Fauzan Lutfi 24-tahun yang ketika itu telah menggegarkan berbasikal Negara Malaysia atas kesalahan yang menyalahi peraturan undang-undang UCI.
Hukuman pengantungan beliau di pendekan, yang mulanya mendapat bantahan oleh president UCI oleh sebab tertentu dan salah satunya UCI mahu pelumba (berdaftar) yang melanggar syarat-syarat dan peraturan perlu adil dan bersih dari segala pengambilan bahan terlarang dalam mana-mana perlumbaan di sertai kecuali pelumba itu mendapat rawatan khas bagi merawat kecederaan (etc.) dan medikal oleh pihak yang layak ke atas pelumba itu serta dijamin bersih untuk menyertai perlumbaan berikutnya di mana satu surat pengesahan TUE COMMITTEE DECISION akan di keluarkan.
Pengalaman pahit itu juga, telah menjadi pengajaran kepada beliau serta semua generasi kini dalam perlumbaan di masa akan datang yang tidak akan berlaku untuk seterusnya.
Bekas juara kebangsaan itu yang kini menjalani latihan harian seperti biasa dalam persiapan 2011 di mana hukuman beliau akan tamat pada Febuari 2011, bererti tidak dapat beraksi pada LTDL 2011 nanti.
Saya percaya semua sokongan yang di berikan telah menyuntik semangat dan mengembalikan sinar baru lebih-lebih lagi oleh para pelumba lebuhraya negara Malaysia yang perlu menonjolkan diri dengan dana yang diberikan untuk program lebuhraya dalam usaha menaik taraf kelas mereka di peringkat yang lebih tinggi serta jangka masa panjang.

Saturday, October 2, 2010
ABU SAMAH (tengah) pada sidang media di Melbourne semalam
MELBOURNE - Nama Malaysia kini semakin mendapat perhatian dunia apabila Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) telah mengiktiraf negara sebagai antara kuasa besar dalam arena sukan basikal antarabangsa.
Presiden UCI, Pat McQuaid ketika Mesyuarat Kongres UCI di Melbourne sema- lam, tanpa berselindung, melahirkan rasa bangganya dengan pelumba Malaysia yang mula mencipta kejayaan demi kejayan dalam kejohanan-kejohanan utama di peringkat tertinggi, khususnya dalam acara trek.
Kenyataan ini disahkan sendiri oleh Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab yang turut hadir pada mesyuarat sehari tersebut yang terdiri daripada anggota-anggota Jawatankuasa Eksekutif UCI itu semalam.
"Pada mesyuarat Kongres UCI tadi (semalam), Presiden UCI, Pat McQuaid telah melahirkan rasa bangganya dengan penca- paian pelumba-pelumba kita di peringkat antarabangsa.
"Ini telah meletakkan nama negara kita sebagai antara kuasa besar dalam sukan basikal dunia. Jika dulu kuasa-kuasa besar di Asia ialah Jepun dan Korea Selatan, namun kini Malaysia sudah mula tergolong dalam kalangan negara besar tersebut," kata Abu Samah pada sidang akhbar di Melbourne semalam.
Menurut Abu Samah lagi, status yang disahkan oleh Presiden UCI itu membukti- kan bahawa program latihan pelumba negara di Melbourne selama ini telah berjaya memberi pulangan besar dan ini semua adalah hasil jalinan kerjasama yang utuh di antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan juga PKBM sendiri.
"Jika dulu pelumba trek yang menjalani latihan di sini mempamer peningkatan memberangsangkan tetapi kini saya lihat pelumba lebuh raya yang dihantar tiga bulan lalu juga telah mula menunjukkan perubahan dari segi prestasi dan pencapaian," kata Abu Samah.
"Ini membuktikan bahawa PKBM tidak mensia-siakan kepercayaan (peruntukan) yang KBS berikan kepada kami untuk memastikan pelumba-pelumba trek dan lebuh raya negara mendapat pengetahuan dan pengalaman yang bernilai di luar negara.
"Cuma apa yang saya harapkan ialah pelumba skuad lebuh raya kita akan terus berusaha dengan lebih gigih supaya dapat mencatat pelbagai kejayaan dan mengukuhkan reputasi mereka sama seperti skuad trek kita, contohnya Azizulhasni (Awang) dan Rizal (Tisin)," ujarnya lagi.
Seiring dengan status yang diberikan itu, Abu Samah menambah, UCI juga bersedia memberi peluang kepada pelumba-pelumba negara memantapkan lagi kualiti yang sedia ada dengan menjalani latihan di Pusat Lumba Basikal Dunia (WTC) di Aigre, Switzer- land tidak lama lagi.
"Pusat latihan ini juga ditawarkan kepada mekanik-mekanik dan juga pengurus pasu- kan basikal negara supaya dapat mempelajari perkara teknikal dan cara-cara mendapat jemputan berlumba dalam kejo- hanan luar negara.
"Ini penting kerana jika pengurus pasu- kan sendiri kurang mahir dalam hal ini, maka jemputan untuk menyertai kejohanan-kejohanan besar bagi pasukan mereka akan terbatas," ujar Abu Samah.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Abu Samah memberitahu bahawa UCI juga sedia membantu Malaysia menganjurkan satu kejohanan jemputan pemanas badan sebelum Sukan Olimpik 2012 London sekira- nya velodrom baru bertaraf dunia siap di- bina sepenuhnya di Nilai.
"Pat (McQuaid) dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek telah pun berjumpa dan secara dasarnya bersetuju supaya velodrom baru ini harus siap sebelum Sukan Olimpik 2012.
"Sekiranya velodrom tersebut siap sepe- nuhnya, UCI sendiri bersedia memberi hak kepada Malaysia menganjurkan satu kejo- hanan jemputan pada bulan Ogos sebagai pemanas badan sebelum ke Sukan Olimpik 2012," tambah Abu Samah.
Ketika mengakhiri sidang media semalam Abu Samah sempat memberitahu: "Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih saya kepada bekas Ketua Setiausaha KBS, Datuk Yassin Salleh dan Ketua Setiausaha KBS yang baru, Datuk Mohid Mohamad di atas kepercayaan yang mereka berikan kepada PKBM."

Friday, October 1, 2010
Skuad Lebuh Raya Mantap
Daripada SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my
MELBOURNE - Skuad lebuh raya basikal negara menerima suntikan baru menjelang saingan musim 2011 nanti selepas jurulatih baru, Graham Seers akan memulakan tugasnya awal Januari tahun depan.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PK- BM), Abu Samah Wahab menjelaskan, kehadiran jurulatih dari Australia itu adalah untuk memantapkan lagi cabaran skuad negara yang ketika ini kehilangan beberapa pelumba berkualiti yang menyertai Pasukan Lumba Basikal Terengganu (TCT) bermula pada Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
Abu Samah turut menjelaskan, Seers yang pernah melatih skuad negara pada Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, akan membuat keputusan mengenai pelumba negara sama ada terus menjalani latihan di Melbourne tahun depan atau kembali ke tanah air.
"Besar kemungkinan jurulatih baru, Graham Seers akan melatih skuad lebuh raya negara pada Januari 2011. Secara dasarnya beliau telah bersetuju untuk melapor diri pada awal Januari tahun depan.
"Skuad lebuh raya kita akan di- kendalikan sendiri oleh Seers dan beliau akan tentukan sama ada pelumba-pelumba lebuh raya kita akan pulang semula ke Malaysia atau terus menjalani latihan di sini (Melbourne)," kata Abu Samah ketika ditemui semasa kunjungan ke kediaman pelumba trek negara, Azizulhasni Awang di Melbourne semalam.
Abu Samah turut menambah bahawa keputusan menghantar pelumba negara menjalani latihan di bawah penyeliaan John Beasley selama tiga bulan di Australia telah menampakkan hasil yang memberangsangkan menerusi peningkatan prestasi yang dipamerkan pada perlumbaan di negara tersebut.
"Saya rasa pelaburan yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi dana RM1.5 juta telah berjaya membuahkan hasil dengan peningkatan yang ditunjukkan oleh pelumba kita yang menyertai lati- han di Australia," kata Abu Samah.
"Saya amat berterima kasih kepada KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN) yang telah bersetuju memberi kami peruntukan terse- but untuk tiga tahun lagi bermula 2011 hingga 2013."
Begitupun, Abu Samah mengakui bahawa taraf pelumba lebuh raya negara masih jauh ketingga- lan berbanding dengan pelumba- pelumba dari Asia dan sebagai cara untuk meningkatkan lagi kualiti pelumba negara, kejohanan lumba basikal selama satu hari akan diperbanyakkan lagi pada tahun depan.

Subscribe to:
Posts (Atom)