Wednesday, October 21, 2009
Hala tuju pelumba pelapis wanita di tunaikan
Her bike nearly disqualified, Longo rallies to the time trial title.
Jeannie Longo claimed her 56th French national title in the time trial championship in St. Brieuc on Thursday. Her victory came 30 years after she took her first blue, white and red jersey on the road back in 1979
Big "TWO THUMBS UP" to...
Azian Alias dan Uracca Leow Heoy Sim adalah pelumba wanita yang paling lama dalam arena sukan berbasikal negara, malah kita sering melihat lakaran yang di berikan oleh mereka sejak sekian lama untuk bersama mengharumkan nama Negara Malaysia.
Mereka telah banyak berbakti walaupun berbagai rintangan yang perlu di hadapi demi sukan ini. Azian Alias yang berasal dari Muar Johor akan menjalani Kem latihan di pusat latihan negara di Melbourne bersama rakan-rakan lain yang telah lama berpusat di sana. Beliau akan menumpukan segala ilmu dan latihan sistematik di Melbourne sebelum beliau beraksi di Sukan Sea Loas pada Disember 2009 ini. Harapan mengunung sudah tentu di berikan kepadanya agar negara kita mempunyai bisa yang luar biasa.
Di samping itu seorang lagi ratu negara Uracca Leow terpaksa mengorbankan sukan ini buat sementara demi menghabiskan masa pelajaran yang begitu padat. Beliau akur dengan pengorbanan selama ini walaupun ia sangat perit dan mengambil masa untuk memberi kata putus atas keputusan yang akan meranapkan impian itu seketika atau di penghujung kariernya.
Nilai antara kedua-dua mereka sangat tinggi oleh kerana mereka lah juga menjadi idola atau ikon kepada generasi yang baru seperti beberapa pelapis yang sedia ada Nurul Ahmar(selangor), Fatehah(Terengganu) dan Ruzatulzanariah(Kedah). Jika anda masih ingat sewaktu kegemilangan beberapa jaguh wanita negara melalui Halimah Md Janis(Muar Johor), Masliza(JOHOR), Asriena Sulaiman(Selangor),Lin(Selangor, kakak kepada Asriena) Siti Sarah Muda(Terengganu)serta rakan yang lain sewaktu mereka bangit dengan kekuatan diri dan semangat kesukanan. Negara Malaysia memang ketandusan pelumba wanita sejak dahulu lagi dengan serba kekurangan. Banyak juga program yang telah di anjurkan tetapi kurang berkesan.
Sepi dengan tumpuan khas kepada golongan ini menghasilkan bilangan yang rendah serta tidak berkualiti. Saingan antara mereka tidak sama level dan ia berada dalam kelompok "Biasa-biasa". Sudah tentu budaya adalah salah satu faktor kelemahan ini serta di ikuti kekurangan pendedahan dalam kejohanan serta impak dari tumpuan khas kepada mereka.
Tumpuan bermaksud bukan erti kata memanjakan mereka tetapi sifat mereka perlu di kaji dengan secara terperinci. Di perhalusi dengan cara dan retak karektor pada setiap individu dari mereka. Bukan mudah kita atau seseorang jurulatih itu untuk membimbing mereka, pelbagai karenah yang perlu di ambil. Negara ketika ini hanya mempunyai 1-2 orang jurulatih wanita. Jadi, semua pihak, jurulatih lelaki perlu memahami sifat kewanitaan oleh mereka. Mereka di anggap kumpulan yang istemewa oleh kerana perbezaan saiz body, body composition, aerobic power dan juga kekuatan otot.
Jurulatih akan menghadapi pelbagai aksi yang akan di berikan oleh mereka. Bersabar, positif, komunikasi yang telus akan menjalinkan perhubungan yang baik. Dalam pembinaan dan mengalakan mereka dalam menceburi arena berbasikal, peranan jurulatih sangat penting. Pengorbanan dan kepayahan lebih sedikit berbanding pelumba lelaki lebih-lebih lagi mereka dalam peringkat usia yang muda. Mereka tidak boleh di samakan walaupun secara fizikal kita hanya melihat mereka ini lebih kurang dengan seorang pelumba lelaki. Tanggapan itu agak terpesong. Itu adalah skill yang jurulatih perlu belajar mengenal mereka serta bijak membimbing mereka kearah mengembangkan ramai atlet wanita menceburi sukan berbasikal khususnya.
Big "TWO THUMBS UP" kepada Cawangan Pelapis Kebangsaan, Majlis Sukan Negara oleh kerana berpeluh keringat bagaimana membina satu menara khas kepada pelumba pelapis wanita dengan mengadakan WOMEN TRACK CYCLING CAMP 2009 yang sedang berlangsung sehingga 26hb Oktober 2009 ini. Seramai 30 pelumba wanita yang di sertai dari semua negeri untuk menyertai kem ini bagi memberi nafas baru buat Sukan Berbasikal Negara. Kem seperti ini perlu ada serta idea yang di cungkil oleh para cawangan pelapis sewajarnya di hargai. Mereka dan jurulatih negeri di bawah naungan MSN telah berjaya mengumpul atlet wanita walaupun ia dalam kadar rendah pada fikiran anda tapi tinggi bagi kami.
Pelaksaan sebegini akan membuktikan ketandusan pelumba wanita tidak di persoalkan malah kami berharap pihak keluarga berikan semangat positif kepada mereka dan juga mengalakan anak-anak mereka menceburi dalam bidang ini. Majlis sukan negara serta jurulatih sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan selama ini bagi merialisasikan impian sukan berbasikal(wanita) mengegarkan dunia oleh pelumba kebangsaan wanita kita.
Semua pihak etc. berbasikal bersama mengeluarkan idea-idea seperti ini dan bukan hanya berpeluk tubuh serta ingin bergambar bila mereka berjaya. Pihak media juga memainkan peranan penting dalam faktor memperkembangkan golongan ini. Sukan berbasikal sudah di ketegorikan kumpulan A bersama Badminton dan Memanah. Payah lelah oleh jurulatih negeri tidak terkira. Mereka bermula dari benih yang perlu di semai. Jadi, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya di lupakan padahal merekalah permulaannya contoh Rozaimi Omar adalah jurulatih Azizul Hasni begitu juga Rohaizad(Selangor)adalah bimbingan awal kepada Rizal Tisin.
Input yang saya dapat dari beberapa jurulatih, sebenarnya kita punyai pelumba wanita akan tetapi masalah ketiadaan basikal serta kekurangan basikal. Ini juga faktor tergendala kemerosotan pelumba negara. Saya melihat sendiri kedaifan mereka dengan basikal yang sedia ada. Saya begitu terharu walaupun mereka kekurangan kelengkapan tetapi mereka punyai semangat untuk berjaya seperti senior yang ada. Dana yang ada digunakan oleh Pelapis MSN untuk membeli basikal trek yang boleh menampung sepenuhnya atlet yang menyertai kem ini. Saya sangat berharap program ini berjaya dan mari menjayakannya.
French legend Jeannie Longo-Ciprelli is in Beijing to contest her seventh Olympic Games. The most successful female cyclist ever still races on a competitive level. The French cyclist achieved her first victories in the late 70s, notably taking the first of her 55 French Championship titles in 1979. More than 1,000 victories followed, including 38 world records and a total of 106 medals at the Olympic Games, the Worlds and the French Championships.
Terima kasih kepada keluarga, jurulatih2, Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara, Crew Institut Sukan Negara yang terlibat dalam Kem yang bersejarah ini serta program seperti ini dapat di laksanakan pada masa akan datang lebih kerap dan mendapat sambutan yang tinggi untuk masa akan datang.
Fakta:
Seorang peserta kem ini adalah bekas atlet Silat Olahraga. You Are Welcome!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
bagus
Isma
Menarik sangat menarik fakta fakta yang coach berikan. Terpegun saya menghayatinya....Tahniah coach moga akan lahir rider2 wanita yang boleh mmengantikan Kak Yan,Urica,Fatehah dan lain2 dalam gelanggang dunia berbasikal masa akan datang.
Moga Maju Jaya Suakan Berbasikal Di Malaysia....Kami DCT menyokong demi kebaikan sukan ini.
Terima Kasih. Kita sama-sama majukan sukan ini tanpa mengira keringat. Belajar, belajar, belajar, belajar, belajar...
Experience is a good teacher. Every step should start from the bottom of our heart.
MOVE.. MOVE...MOVE....Lets take a challenge dear!
Benar, move!!!... Pengalaman yang sgt baik utk diri saya juga mengenal cyclist yang bermula dari zero knowledge.
to train and give an input to those are fresh (newbies) in cycling is more tolerate and easier than those who are claim experienced and knowledgeable..
To Fairoz, I'm respect your point of view as new generation coach.
GO, and Left the arrogant people at the back
Salam , baru melawat blog ini sgt menarik dan ada yg mengelirukan...terdapat beberapa fakta yang agak tergelincir...pada mereka yg tadak buta sejarah lumba basikal boleh lah tuan mencanai ceritanya tp bagi saya ..tuan ibarat menumpang budi...(maaf jika sedikit emosional) Ingin saya jelaskan ...nama2 yg tuan sebut sbg pelumba wanita negara... Halimah Janis dan Masliza Nordin..siapa jurulatihnya sebelum mereka dijemput ke MSN? - "Othman Rashid". Norazian Alias pula adalah seorang school leaver yang saya kutip untuk ke SUKMA 2000 di Pulau Pinang..bila melihat kecekalannya berkayuh dari egamat ke Muar - naluri saya berkata ,'budak ni boleh menjadi juara'.. bersama Ishak Amin sebagai pengurus ketika itu.Selepas SUKMA dia dijemput ke MSN dan mengaku pula Albert soloyan sbg jurulatih yg bertanggunjawab membimbingnya.. kemudian kita ada Ruhayah Sarip (Johor)..wakil Sukan Sea 2001 ttp sebelum ke Sukan SEA beliau telah pun ditewaskan oleh Noor Irma Madi atlet SSBP ketika itu baru tingkatan 5,selain itu dia juga menewaskan Eurecca di SUKMA Sabah.Kemudian SSBP Irma Madi dan ditarik ke MSN ttp ditewaskan pula oleh Nana (Ruszatulzanariah )yang ketika itu tingkatan 3 di sukan Danga Bay.. Menangis Irma..kemudian SSBP lahirkan pula Fatehah Mustapa (Terengganu)tewaskan Nana di SUKMA Kedah..menangis Nana...Alhamdullillah ketika itu Fatehah tidak terus ke MSN, beliau memilih untuk tunggu hingga lepas SPM dan berhijrah ke MSN..kemudian SSBP hasilkan pelumba wanita..(tanpa jemu tp perit asyik jadi feeder kpd MSN) Narissara Sompong, (Perlis) Jupha (Perlis) dan Katek (Zahraa Anuwar)menguasai podium Sport Excell sepanjang 2007 dan 2008. Tp 2009 , dgn tidak sabar2 mereka dijemput ke MSN...tp dengarnya Narisara yg saya gilap dah balik kampung..apa dah jadi? Sedih kerana bakat mereka belum berkembang telah layu..usaha saya from zero knowledge jadi sia2. Byk atlet SSBP yg saya latih, bimbing, didik ttp layu di tengah jalan bila ke MSN...Syukurlah Junaidi Nasir, Akmal Amrun, Fateha masih ada meneruskannya..walaupun saya tidak dapat kredit dari mana2 pihak tp saya puas, cuma ralat mereka tidak menjadi apa yang sepatutnya..kini, SSBP masih lagi teguh walaupun banyak pihak tidak suka kehadirannya..cuma janganlah atlet muda ini dinafikan bakat mereka kerana seorang jurulatih yang tidak popular..dan kekurangan segala bantuan kami tetap akan memberi cabaran...
Yang benar - OTHMAN BIN RASHID - ex-Malaysian rider now SSBP coach.
p/s - ini bukan bantahan hanya kisah benar. Tk.
Salam,
1. Terima Kasih atas ucapan dan pandangan walaupun komen tuan memang emosi serta terkeluar dari tajuk ini tapi bagus mencuba.
2. Saya bukan "Tumpang Budi" cuma diberi peluang untuk membimbing pelumba negara ke satu tahap yang boleh memberi saingan kepada pelumba luar negara.
3. Jika ada tergelincir sila majukan point tersebut.
4. Sejarah adalah sejarah, Majukan kejurulatihan untuk diri sendiri serta melahirkan pelumba-pelumba yang berkualiti untuk jangka masa yang panjang.
5. Komen yang bernas bukan dari asakan minda yang tidak tenteram dan di sakiti.
6. Jika anda bermasalah dengan pihak berkenaan dan juga politik yang melanda kepada diri tuan, sila suarakan masalah tuan kepada mereka.
7. Saya baru sedar pelumba berkenaan adalah bimbingan tuan, ini sejarah untuk saya simpang.
8. Saya ucapkan tuan akan lebih berjaya dan terus berjaya.
Thanks for your time and welcome to 2010.
Salam,
"..(tanpa jemu tp perit asyik jadi feeder kpd MSN) "
mengapa perlu Perit menjadi feeder kepada MSN? bukankan itu yang memang sepatutnya? SSBP dan SSBJ membekekalkan atlete berpotensi untuk di gilap lagi?
"Selepas SUKMA dia dijemput ke MSN dan mengaku pula Albert soloyan sbg jurulatih yg bertanggunjawab membimbingnya.. "
kesian lembu punya susu tapi sapi dapat nama.
"Byk atlet SSBP yg saya latih, bimbing, didik ttp layu di tengah jalan bila ke MSN...Syukurlah Junaidi Nasir, Akmal Amrun, Fateha masih ada meneruskannya..walaupun saya tidak dapat kredit dari mana2 pihak tp saya puas, cuma ralat mereka tidak menjadi apa yang sepatutnya..kini, SSBP masih lagi teguh walaupun banyak pihak tidak suka kehadirannya..cuma janganlah atlet muda ini dinafikan bakat mereka kerana seorang jurulatih yang tidak popular..dan kekurangan segala bantuan kami tetap akan memberi cabaran...
Yang benar - OTHMAN BIN RASHID - ex-Malaysian rider now SSBP coach."
Cerita menarik.SSBP di bawah MSN kan seperti SSBJ. mengapa pula kekurangan bantuan?
Harap Saudara Othman boleh kongsi dengan kami di sini. Apa yang tersirat dan tersurat.
Seronok dan teruja pabila dapat tahu cerita cerita di sebalik tabir begini.
regards
Zamani Hussin
Teh Tarik Krew
Salam 1 Malaysia
1 Terima kasih di atas respon komen saya..Saya bukanlah emosional cuma ada yang makan cili kot...he he..
Beginilah..kita semua orang basikal...semua nak majukan basikal..tetapi berapa lama lagi yang perlu untuk lahirkan atlet berbakat...
Janganlah kata jurulatih tidak mahu majukan diri. Mungkin masih ada ramai lagi jurulatih yang hebat ttp mungkin tidak diberi peluang untuk memajukan diri...
Apa perasaan sdra atau mana 2 jurulatih sekiranya atlet sdra yang bentuk, gilap tiba- tiba di ambil orang.. kalau berjaya baguslah, sayalah orang paling gembira. masalahnya ramai rider saya layu tengah jalan macamana perasaannya..Narissara tu kuat..di mana silapnya kecundang..Nana pula, kenapa tak boleh beat Azian lagi? Berapa lama Nana nak ambil nak beat Yan? Perit kerana bila keluar SSBP mereka seolah - olah tewas. Itu yang saya ralat..kononnya atlet SSBP spt ada masalah disiplin. Kemudian ada intake baru, saya didik, latih tak sampai dua tahun dipanggil ke sana..kalau boleh biarlah lepas SPM baru lah mereka berhijrah dan potensi mereka dah dikenal pasti.
Antara anak didik saya yang terpilih wakil negara
1 Jamil Kadiron (atlet sukma johor)
2 Halimah Janis (SUKMA JOHOR)
3 Masleza Nordin (SUKMA JOHOR)
4 Sayuti Zahit (SUKMA JOHOR/ SSBP)
5 Amiruddin Jamaluddin (SUKMA JOHOR/ SSBP)
6 Faizal Mohd Noh (SUKMA JOHOR/ SSBP)
7 Junaidi Nasir (SUKMA JOHOR/ SSBP)
8 Fateha Mustapa (TERENGGANU/ SSBP)
9 Akmal Amrun (SEL/ SSBP)
10 Nor Fadzillah Jamaluddin (SEL/SSBP)
11 Arwah Safwan Sawai(Labu)(KEDAH/SSBP)
12 Jupha a/p Somnek(PERLIS/ SSBP)
13 Zahraa Anuawar (PHG/ SSBP)
14 Muhd Arfy Qhairan bin Amran (SSBP SEJAK FORM 1)
15 Panjang (Razif Salleh)(SUKMA JOHOR)
tak tertulis saya lagi. Terlampau ramai untuk di catit. Dan ada pula yang mewakili ATM & POLIS..syukur..
itulah hakikatnya.Saya menulis ni bukanlah untuk meraih simpati atau hati disakiti...tidak..tak baik kata begitu pada saya orang lama dalam bidang ini..
saya selalu berpendapat, adakan persaingan yang sihat itu yang terbaik. Rasanya saya yang lebih ikhlas di sini..buat pengetahuan semua, SSBP sedang menghasilkan lagi atlet muda dan ada atlet wanita juga ..marilah kita sama- sama berdoa agar sukan ini dipandang tinggi oleh badan sukan lain.
Sekian terima kasih.
Sgt terharu bila jurulatih luar negara menghargai kita.
Selamat Maju Jaya untuk sdra juga.
Blogger Othman said...
Salam 1 Malaysia
1. Walaupun saya ini muda berbanding tuan, tetapi saya juga belajar dalam etika kejurulatihan.
2. Teliti dengan pembangunan sukan berbasikal negara Malaysia kerana sukan berbasikal negara memang agak muda dengan masalah yang tuan cuba sampaikan.
3. Piramid sukan berbasikal sedang di bentuk dan ia tidak lagi sampai setahun serta ia mengambil masa untuk di perbaiki di seluruh negara.
4. Kita perlu bijak dan iklhas dalam tugasan yang di beri kerana ia adalah amanah dan tangungjawab kita semua semasa kita menanda tangani kontrak kejurulatihan.
5. Masalah dan politik memang jelas melanda oleh semua peringkat termasuk pelumba negeri dan negara.
6. Pelumba yang berjaya akan cepat mengambil peluang semasa berada dalam kendalian jurulatih di bawah naungan Majlis Sukan Negara.
7. Kita tidak boleh menyalahkan MSN dengan sebarang bukti yang jelas.
8. Ada juga jurulatih dan pelumba yang kurang mengambil kesempatan dan mengunakannya.
9. Ramai juga atlet yang bermasalah dengan pelbagai masalah dan alasan yang di beri kerana mereka telah di hidangkan program yang padat serta perjanjian prestasi.
10. Ada juga yang tidak bermasalah tetapi bagaimana cara kita untuk tackle atlet tersebut berada langkah seterusnya.
11. Prestasi kejurulatihan negara perlu di pertingkatkan. Ia bermula jurulatih berkenaan.
12. Di satu peringkat atlet negara akan tersingkir oleh kerana prestasi yang sama serta di nilai dari masa ke semasa dan juga sains sukan.
13. Itu adalah risiko yang di perlukan termasuk jurulatih.
14. Saya dapat membaca tersirat yang tuan sampaikan berkenaan jurulatih itu.
15. Ada tersirat kenapa program SSBP di tutup serta merta dan tuan sahaja yang tahu isi kandungannya.
16. Menasihati orang yang salah tidak salah, yang salah memikirkan kesalahan orang lain.
17. Jadi janganlah tuan mengunakan perkataan "Tumpang Budi'terhadap jurulatih MSN.
18. Saya di beri tanggungjawab dan amanah untuk negara serta membimbing atlet dengan lebih cemerlang dalam kehidupan seharian dengan pengalaman yang saya dapat.
19. Jurulatih perlu kreatif dalam era sekarang kerana kita semua perlu update dan upgrade diri dengan suasana sains sukan yang lebih menjamin dan mudah.
20. Ilmu adalah segalanyanya.
21. Percayalah, sukan berbasikal negara akan lebih cemerlang dan sejarah lama akan menjadi pedoman buat pelumba zaman sekarang.
22. Sukan berbasikal negara telah pun berubah.
23. Hanya sebilangan sahaja yang tidak mahu berubah.
24. Maafkan saya jika ada perkataan di atas menyakiti tuan dan ia sedikit tidak terniat menyakiti dan cuma memberi pandangan BARU.
25. Be Genius and Thanks for you infomation and Good luck.
Wassalam.
salammm
tentang piramid sukan berbasikal negara ,betul juga kalau tak dr zero mana nak datangnya kemahiran dan teknik pelatih , semua ni bermula dari akar umbi bimbingan orang yang terdahulu mencungkil bakat pelumba itu,kita tak perlu la menyebut siapa yang telah didik atau yang membawa pelumba itu ker arena berbasikal nagara, tetapi sekadar hanya berbangga kerana mempunyai sejarah yang mungkin pelumba itu sendiri tak akan lupakan sampai mati , kerana kalau pelatih itu tak bawa masuk dia ker arena berbasikal ini tah apa jadi lah agak nya , bagi pihak pengurusan pula kalau dah diberi peluang pergi mamana mana kejohanan belajar la dari segi pengurusan sukan itu juga, jangan hanya pergi mahu bawa beg sahaja,pelumba kemana pegawai kemana nanti report pelumba disalahkan, tak bagus lah macam tu.
sekian terima kasih
Post a Comment