Friday, November 6, 2009
Aksi Gagah dan Bukan Gelojoh
HAKA: Salah satu tarian yang saya minat dengan gerak dan semangat api yang ditunjukan.
Tarian Haka dengan mata, lidah dan reaksi anggota badan memainkan peranan yang sangat penting. Ada juga, melihat dengan gelak tawa, ada juga melihatnya dengan begitu teliti sehingga ingin juga membeliakkan mata. Itu adalah tafsiran yang diterima oleh otak kita dan tumpuan masing-masing. Dalam berbasikal, riaksi tarian haka ini seperti karektor seorang sprinter. Ia melibatkan berperasaan yang gagah atau berkeyakinan yang sangat tinggi.
Kawalan emosi ini sangat penting untuk memastikan pihak lawan bermatian untuk mengalahkannya. Tidaklah, bermaksud mengikut rentak dan membuat tarian ini di atas trek cuma yang ingin saya sampaikan adalah seseorang sprinter tidak mudah lesu dengan setiap kali beraksi. Ha...!!! Ka...!!!
Muka, mata, mendada, berkepak(misalnya), menghembus nafas(tidak terlalu kuat atau over) adalah saikologi awal kepada pihak lawan. Ia sepatutnya dalam keadaan yang sederhana bagi cubaan menjatuhkan(semangat) peratusan kepada pihak lawan. Hati-hati dengan kawalan ini jika tidak ia menampakkan kamu seperti gelojoh di atas trek sehingga skill dan teknik bersepah atau hilang arah. Dapat?
Berimej gagah dan berkeyakinan tinggi adalah salah satu faktor seseorang dapat melakukan dengan terbaik dan maximum seperti Haka!!! Berjersey Harimau Negara perlu lah di pertontonkan dengan karektor yang gagah, dan tidak seperti Hang kebun yang bercangkul. Jersey tiger sudah menarik perhatian pihak lawan dan juga dengan kejayaan yang telah tercapai.
Ada beberapa, yang agak lesu melihat pihak lawan sebelum beraksi. Badan menjadi tiba-tiba panas suam, banyak kali membuang air kecil, kepala berasa pening, perut terasa lapar, tapak tangan mengigil, pertuturan seperti gagap, kaki merasa ringan tidak dapat menekan pedal dengan kuat dan sebagainya. Itu adalah movie bila di perlumbaan luar negara. Bukan salah mereka begitu, ia terjadi oleh kerana kurang beraksi pendedahan dan bercampur(fikir sendiri). Ada juga mengagahkan diri untuk gagah. Bagus juga begitu kerana ia adalah satu proses pembelajaran. Lama kelamaan ia akan jinak dengan maksud saya ini. Saya beri contoh terbaik kepada anda sprinter yang gagah dalam ketenangan(bukan mudah) beraksi. Azizul dan Hafiz Sufian, mereka menggunakan style tersendiri.
Selamba dan lebih rileks berbanding pihak lawan yang ingin di cabar. Biarlah besar mana atau performance, lawan tetap lawan. Ciri-ciri ini cyclist perlu belajar kerana tiada siapa boleh membantu jika kita di atas trek. Bukan sahaja berkayuh 24/7 tetapi pekara ini di abaikan. Boleh belajar daripada video session atau jurulatih sedia ada. Ilmu perlu di tamakkan kerana ia tidak merugikan malah akan membanggakan.
Ada juga faktor mereka tidak di gagahkan semasa dalam sessi latihan. Gagah ini perlu juga di iringi dengan ilmu untuk cepat dan tangkas kerana semasa kepenatan gagah itu akan lenyap sedikit. Latihan demi latihan mental yang di ajar secara terus boleh membina dan di serap kepada cyclist.
Tanpa bimbingan jurulatih atau ketua senior untuk menaikan semangat mereka, memberi motivasi berdasarkan pengalaman, positifkan mereka, cuba enjoykan minda dan sebagainya cyclist berkenaan boleh lalai dengan kekuatan yang ada walaupun cyclist itu memang boleh mencapai kemenangan. Oleh itu, sama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu untuk cyclist negara pada masa hadapan.
Perkara di atas adalah untuk saya berkongsi sedikit pengalaman yang ada yang telah di lalui selama ini. Tiba masa untuk diri saya membantu 110% kepada berbasikal negara Malaysia. Di atas adalah satu cara be the best dan mohon maaf jika ada tersalah.
Pelajaran hari ini
"If you find yourself standing to accelerate, on level ground, it is a sign that your gear is too high or that your saddle is too low."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Salam,
I m waiting more thn 3 week. You came back with a great info n precious comments. THKS A LOT Bro.
You told the truth: "Practice make perfect".
Actually, you hv this the standard of mind n hp many more around us especially teenagers.
WHAT EVER YOU DO IS POTRAIT OF YOURSELF
I lv your comments tht related in cycling. It can be used in our whole life. TQVM
Salam Abg SMS,
Maaf agak sedikit sibuk menghabiskan workbook cycling level one dan telah pun di hantar. Harap mendapat keputusan yang cemerlang. Basic soalan yang di beri amat teliti. Ia ibarat semua dalam satu. Jurulatih perlu mengamalkan dan digandingkan dengan pengalaman. Jika tidak, ia kurang berkualiti semasa mengajar cyclist. Saya selalu memikirkan apa kelemahan dan cuba memperbaiki sebaik mungkin. Saya berjanji untuk menyumbangkan sebaik mana isi pengalaman walaupun di pukul ombak takkan ku rebah.. Terima Kasih a.saidin kerana selalu memperhatikan da menunggu coretan saya yang masih mentah. Memang banyak idea yang ingin saya curahkan tetapi..Ombak sangat besar di hadapan saya, memukul badan kerana melangkah setapak kedepan. Akan terus melangkah dengan senyuman kerana ia cuma basah sahaja. Fairoz Izni memerlukan masa dengan ilmu kelas dunia. Doakan saya. The Best Man Win!! Haka!!!
Wassalam.
Salam,
Sepanjang 1/2 abad hidup saya, amat kurang saya bertemu orang yang sepemikiran dengan saya khususnya orang muda. Namun, sepanjang mengikuti info di sini, saya begitu tertarik kerana saudara begitu informatif, kreatif dan sarat dengan idea bernas dalam mengapai visi. Pada saya, usia bukan penghalang untuk menimba ilmu. Oleh itu, saya doakan agar saudara sentiasa tabah dengan onak ranjau kerana ia mematangkan kita. Saudara telah lalui pelbagai pengalaman maka jadikanlah ia kayu pengukur tentang kekuatan atau kelemahan untuk mara lebih jauh.
Sebenarnya,banyak idea yg saya kutip dpd saudara.Persamaan pemikiran menyatukan w/pn berbeza profession atau usia.
Terima kasih atas pggln abang SMS mengingatkan: "SMS" adalah signature saya sejak sekolah hgga kini tapi saya lupa sungguh..kerana saya juga manusia seperti saudara.
"kekuatan diri manusia adalah himpunan spiritual, mental, emosional dan fizikal. Jadi usah cicirkan mana2 satu."
Moga terus tabah dan cemerlang. TQVM
Let"s gooooooo and do its coach...! Good luck....!
Thanks to Cycling Dungun yang banyak menyokong dan bersama melahirkan pelumba-pelumba muda untuk di serap ke peringkat yang lebih tinggi. Saya berharap anda juga berjaya menimba ilmu pengetahuan. Plus kita kena selalu bertanya dan sentiasa melaksana serta kreatif. Dungun Team Boleh!!!
Bang SMS,
Thanks for everything. Jumpa next tajuk. Semoga mendapat kesihatan yang baik serta keluarga tersayang. Amiin
Hi,
Knowledge sharing is the key to success.
Zamani Hussin
Teh Tarik Krew
Post a Comment