Sunday, October 11, 2009

Latest Update on Sunday: ACC Asian Cup Bangkok 2009

10:40am Huarmark Bangkok

8am: acara Team Pursuit 4km
Pasukan negara mendapat tempat terakhir dalam pusingan kelayakan dengan catatan masa 4:50.948'saat. Ahmad Syakir atau Radio telah menghampakan rakan yang lain apabila beliau terputus selepas lap yang kelapan, dan selepas itu pula M. Faiz ketinggalan hampir 30-40 meter untuk mengikuti Ahmad Fakhrullah Alias serta Yusrizal Usoof yang bertungkus lumus ingin mencatatkan masa terbaik di kejohanan ini.

Pasukan negara berdepan dengan pasukan handalan elit Iran dengan catatan masa 4:29.407's yang di ketuai pelumba berpengalaman Aliereza Haghi. Tempat kedua pusingan kelayakan oleh pasukan Kazakhstan 4:35.285's dan ketiga Hong Kong 4:36.271's. Chinese Taipei akan berhadapan dengan pasukan Hong kong pada final merebut pingat gangsa. Mereka mencatat masa 4:37.399's.

Selepas acara kelayakan 4km berpasukan, acara akhir 1km berlangsung dengan di sertai oleh pelumba Malaysia Radio. Beliau mencatatkan masa 1:12.210 bagi tempat ke-4. Acara ini di menangi pelumba baru Japan Tanaka Haruki dengan catatan 1:06.295's, tempat kedua melalui Ahmadiashjerdi Aliereza dengan masa 1:07.997's. Gangsa di menangi oleh pelumba Chinese Taipei dengan catatan masa 1:09.827's.

Untuk acara Scratch race 36 laps akan berlangsung pada pukul 10:45am oleh 2 pelumba negara Ahmad Fakhrullah Alias dan Yusrizal Usoff. Mereka juga akan mengambil bahagian terakhir acara Madison 40km elite men. Penentuan pingat gangsa akan di nantikan dalam acara 200m oleh Junaidi Nasir pada pukul 1:30pm.

2 comments:

East Coast Cycling Team said...

Tahniah dan berusaha lagi... moga maju jaya untuk Team Malaysia.

shaidin Md saman said...

Tahniah utk seluruh Team, atas kegigihan yang ditonjolkan. Kegagalan pertama bukanlah noktah penamat bagi mencipta kejayaan. Impian pasti menjadi realiti jika usaha tidak terhenti oleh prasangka atau irihati. Teruskan Berusaha saudara!