Saturday, October 10, 2009

Nyanyian Lagu Negaraku dengan tenaga AJAIBnya

Sabtu 10hb Oktober 2009

Seawal jam 530am kami mula mengerakkan jari jemari untuk bersedia mengharungi cabaran pada hari pertama dalam kejohanan tahunan Asian Cup Round. 630am pelumba sudah melakukan pemanas badan sebelum acara pertama bermula pada jam 8 pagi. Hanya dua pelumba sahaja yang boleh menyertai acara 200m pecut iaitu Rizal Tisin dan juga Junaidi Nasir. Pelumba Iran Mahmud Parash melakukan permulaan yang sgt baik dengan catatan 11.099's. Dengan kelajuan 5.31's pada 100m pertama Rizal Tisin menjunamkan basikal beliau dengan penamatan catatan pada 11.100's berbanding catatan terbaik beliau iaitu 10.2x'saat. Junaidi menjadi pelumba pilihan dengan pelepasan terakhir dimana beliau mencatatkan dengan kepantasan 11.021's pada ranking pertama.

Pada saring suku akhir Rizal terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 kepada pelumba muda Jepun Maruku Wada. Rizal menampakan keletihan apabila mudah di jinakan oleh Maruku. Lantas semangat yang ada serta pengalaman Junaidi, tanpa segan silu meranapkan harapan Shih Hsin Hsiao dengan kecundangan 2-0.

Aksi separuh akhir menghampakan niat beliau untuk melangkah terus dalam saringan emas dan perak. Dengan kekalahan 2 kali berturut membenarkan beliau untuk merebut pingat gangsa yang akan di adakan pada esok(Ahad)jam 1:30pm.

Disamping itu, bagi acara 30km points race pelumba pelapis kebangsaan Yusrizal(-10) hanya menduduki tangga ke 9 keseluruhan. Mohd Faiz tidak dapat meneruskan kayuhan oleh kerana beliau di arah keluar dari trek(Overlap). Tempat pertama di menangi oleh pelumba Iran dengan 77 mata, kedua Hongkong 64 mata dan Kazakhstan 23 mata.

Ahmad Syakir atau panggilan rakan "Radio" mencatatkan masa 5:12.56 saat untuk tempat ke-6 bagi acara 4km Individu Pursuit. Penentuan emas perak dan gangsa akan di ketahui pada hari esok. Radio akan memutarkan kayuhan acara 1km ujian masa perseorangan lelaki pada 8:35am.

Jepun antara negara yang sering mengunguli bagi acara Keirin malah mereka adalah pengasas bagi acara ini. Dengan melihat kecergasan yang terlihat bagi kedua pelumba elit negara merisaukan oleh kerana jadual yang agak berdekatan malah cuaca agak terik. Rizal antara yang berkali2 mengeluh dengan recovery yang agak lambat. Dengan waktu rehat kurang 2 jam selepas makan tengahari mereka sekali lagi turun dalam acara kelayakan Keirin. Rizal dan Junaidi dengan mudah melayakan diri pada pusingan kelayakan Keirin. Pusingan akhir membarikan 2 pelumba MALAYSIA, 2 pelumba Jepun, 2 pelumba Iran.

Dengan undian Rizal dan Junaidi masing-masing pada kedudukan ke 6 dan ke 2. Baki selekoh ke-4 apabila motor mendekati para pelumba, Junai lantas bijak mencecah awal di belakang motor sehingga baki 2lap terakhir. Rizal hanya menumpukan kelajuan di belakang 2 pelumba Jepun serta Junaidi dengan aksi lincah (swing up) mendahului pada lap terakhir yang mulanya mengumpan pelumba Iran di belakangnya. Baki separuh lap berikutnya Jepun mengasak habis habisan untuk mara kedepan tetapi Rizal Tisin dengan bijak serta tenaga ajaibnya memutuskan harapan pelumba Jepun serta Iran. Tempat kedua pelumba Iran Farshid dan gangsa oleh Haruki Tanaka dari Japan. Lagu negaraku berkumandang di Velodrom HuaMark sambil penonton memberi penghormatan berdiri semasa lagu di mainkan.

Perasaan berbaloi berlari melalui kegembiraan kami semua tidak terhingga selepas berbagai strategi dan teknik dibincangkan. Selepas 30 minit kemudian langit menangis kegembiraan atas kemenangan dan semangat kami dengan hujan lebat berbalas pembatalan dan acara postpone ke hari esok. Fairoz Izni melaporkan dari Huamark Bangkok.

No comments: